Followers

Thursday, June 30, 2011

my Result & register semester 3

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera untuk pengunjung budiman :) May Allah bless u all ~ tidak lupa juga , Salam ISrak Mikraj aku ucapkan kepada semua..janganlah kita pernah lupa bagaimana peristiwa israk mikraj tu berlaku..~

Alhamdulillah.setinggi tinggi kesyukuran ingin aku panjatkan! woahh ** macam nak berucap lah pulakk.. rasanya masih tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan alfunn mabrouk untuk kawan kawan & housemate yang baru sahaja menamatkan diri sebagai semester 2 dan senior senior semester 4 :) we praise to Him ! Dia yang bagi jodoh kejayaan ini pada kita semua. Alhamdulillah...!!

walaupon aku tidaklah berapa nak cemerlang, tapi Alhamdulillah, pointer aku meningkat. dari 10.61 di semester 1 ----> 11.25 di semester 2..~

Alhamdulillah. inilah pointer yang aku target before mula exam. memang BETUL pakar motivsi kata, kita mesti punya target diri ! kita mesti ada misi dan visi ! kita mesti ada plan untuk hidup kita. kita MESTI kita MESTI !!

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN DAN APA YANG KITA USAHAKAN!!

oke enough pasal diri aku. kalau korang nak tengok gambar macam mana keputusan exam di Morocco di tampal , sila ke blog kakak aku..~haa.. cenggitu lah gamoknye kami nak tengok result. tak macam kat Malaysia. check gune online jek. jelesshh! tapi tak pe.aku syukur jek. setakat online cenggitu, aku tak kesah..yg pnting , AKU BELAJAR !

-----------------

Alhamdulillah juga, aku pon dah sudah register untuk semster 3..! insyaAllah , after this, aku target Mustahsan pulak !! pointer mesti 12.00 keatas.. amin amin amin !! insyaAllah!

apa yang aku belajar dari semester 2 ni, aku harus alert dengan masa.YE ! aku mengaku memang aku ni malas nak amik tahu ttg keliling. melainkan org bg tahu @ aku nak amik tahu. lagi lagi pasal folio. hahah! mati aku. 2 minggu dah start nak exam final baru aku thegeh hegeh nak pergi Maktabah kat bandar cari info.. gile tak gile ingat sekolah lagi ke kakk oooii...! so, after this i must to be alert !

\0.o/

second pulak, try try try try try [ ni susah skit ] banyakkan bergaul dengan kawan Arab lain. hayyak. aku ni jadi pemalu pulak kat sini. kat Malaysia tak pun.HAHA! seriyuss..~ lagi lagi dengan peniaga @ akhoya akhoya tuu. fuhhh. segan i *_* kui3! insyaAllah , i try my best ! cube cube. nak beli barang sendiri, kene cakap sendiri !! act, kawan kawan aku baik sangat, mesti diorang nak tolong cakapkan.aku hulur duwet jewww. HAHA :D

misi & visi & matlamat aku yang seterusnya aku bersambung akan datang..~

oke, sehingga berjumpa lagi ^_^ tata! gud evening Malaysianss & gud morning Moroccan

Monday, June 27, 2011

OMG OMG !! My First Sight !

Assalamualaikum w.b.t.

May Allah bless you alls..~ Malaysia jam 701 a.m. sesiapa yang sedang bekerja, selamat bekerja. yang mengajar , yang hendak start enjin ke tempat kerja, yang siap siap nak ke kuliyah, first day kuliyah..yang nak ambil result exam , nak pergi temuduga kerja, nak nak nak dan nak... SELAMAT SELAMAT ye semua. semoga hari ini hidup anda berwarna warni..~

cakap pasal warna warni ni.. aku ade suatu pic nak tunjuk. sangat sangat aku teruja..! my first sightt beb! terujaa giler. aku tak kesah orang nak kata aku ketinggalan zaman ke hape. yang penting aku sangat teruje sekarang ! tadi , after Isyak.. aku godek godek album kawan aku ni, Siti Syazwani, student wilayah Kenitra. dia baru balik bercuti dengan kawan Arab dia ke Ouazanne.. aku pun tak reti nak sebut name tempat ni macam mane. yang penting ejaan dia cenggtu lah..~

tadaaaaaaaaaaaa!! aku terjmpa pic nih. wahh ! anak ayam berwarna warni..! comellll nyewwwwwww!!! [ gaya AnwarHadi] heee :D aku mohon ambik dua pictures dia. pastu edit kejap.sebab terlmpau excited !

menurut senior aku, actually wujud je anak ayam warna gini + biru + + mcam macam colour lagi kat Malaysia..tapi kenapa aku tak pernah tahu? cehhh..! macamlah budak BANDAR.. kui3! sekolah kat kampung kampung jugakk..hehe :D

tapi selepas aku meng-google tentang anak ayam ni, dan terbaca satu fakta ni. dia kata , anak ayam ni disuntik telurnya sebelum menetas. dan tuan nya boleh memilih warna apa yang mereka mahu.. dan anak ayam ni, akan terus membesar dengan COMEL ! tapi yang men- touchingkan aku ialah .. warna anak ayam ini akan berubah selepas membesar. Anak ayam ni akan bertukar warna sperti ayam normal yang lain..

uffff =.=

teringin nak jaga anak ayam nie.. seriyus sangat sangat comel !! aku terbayang anak ayam ni sangat comel masa aku bagi dia makan & masa dia tengah hibernate..! ayyehh..~ time tu aku nak snap dia banyak banyak..! huuu..~

tunggulah.. after dapat result ni, aku keluar makan angin sekitar Morocco ni..aku cuba untuk mencarikk anak ayam ini.. HAHAHA. [ gelak jahat ]

\m/

oke weyh. tu jek.. siapa siapa yang tahu kat mana anak ayam ni diperlakukan sebegini, bagitahu aku ea.. :) tak kesah sama ada di Malaysia @ Morocco..

aku sangat excitedd.. ^_^

p/s: pssssssssttt.. aku dah ade tumblr =) siapa siapa yang ada, meh aku nak follow. macam best jugak guna tumblr tu. mudah & kacang goreng ! siapa siapa yang belum ada, yuk sign up. aku risau dengan Blogspot sekarang. kurang baiklah keselamatannye :D

oke. tata! nunite. Mahasuci Allah yang menjadikan anak ayam itu comel !! :)

Sunday, June 26, 2011

43'c --->47'c

Assalamualaikum.. wbt..salam Summer to Malaysians:)

aquk pingin dan butuh ma ais batuk campuqq skarang kamu tawu apa enggakk??!!
[ mood indonesia ]
ufff..~ =.=' im cravingg A.B.C you know ! pinginnnn bangat. kalau hari hari aku dijamu ABC pon aquk enggak kesahh dong..~everyday aku melalui dugaan temperature sehingga 43'C till 47'C
siapa yang tak pernah rasa, jangan nak banyak bunyi. seriyus aku katakan.. tersangat PANAS.. aq tak dapat bayangkan classmate aq yang dari Iraq tu.. dia kata , kalau Iraq , temperature till 50'c keatas.. ahhhhh tidakkk..~ i need sunblock !

hangus hangus..

tapi , dekat sini .. walaubagaimanapun kita merungut panas panas dan panas..ingatlah , Allah yang turunkan semua nikmat ini kepada kita..

Nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan??! sudah selama ini kita boleh bersenang lenang dengan kesejukan , nyaman , selesa , apa lah salahnya jika Allah hendak turunkan kepada kita dengan rasa yang panasss ini.. sabarlah dalam menempuh liku hidup didunia. kerana dunia bersifat sementara..

bak kata housemate aku , Sohadah Rahmat , jangan kerana panasss yang sedikit Allah turunkan kepada kita disini , kita tersyirikkan Dia.. ingatt tu !! agak agak korang fahamkan syirik yang dimaksudkan disini..maksudnya merungut rungut.. terimalah dengan redha..bersabarlahh :)

nasib baik ade summer break 3 months , cuba bayangkan kalau takde. naseb kau ! lagi pulak merungut. belum menghadap lagi perangai orang Arab. lagi pulakkk..

+__+ hayyak !

erm , anyway.. aku sangat happy hari ini.. kerana mak aq dah pandai balas komen kat Facebook. haha! mudah sikit aku nak berinteraksi dengan beliau.. :) siap poke poke aku lagi tau kat Chatbox.. haha :D pastu, bukan takat tu jek , siap suruh aku & anga online skype lagi aw... ^_^

sejam lepas tu, abah pulak main calling calling & webcam dekat Yahoo Mesengger :) ayyeh ! kira completelah hidup aku hari ini..

F.A.M.I.L.Y ---->
father and mother i love you !



p/s : rumah aku ade stok ayam. tapi aq tengah blur esok nak masak ape. ade idea? =.='




Saturday, June 25, 2011

im sorry !


Assalamualaikum w.b.t. May Allah bless our days until hereafter. insyaAlllah..~ today, belum ada lagi nak update tentang percutian. mungkin untuk minggu ini , kami tidak akan keluar berjalan jalan. kerana suhu di Morocco sudah menjangkau 43'C hampir hampir ke 47'C..

grr.. aku yang stay dalam bilik tak keluar keluar ni pon, sudah sunburn muka.baru duduk dalam bilik. belom keluar mana mana lagi. ufff..naik bus pon dah taktahan dah. rasa nak muntah smua ada.. baru ni ada plan nak ke Derb Ghallef. ala ala kedai elektronik yang popular kat Morocco nie. majoriti, kalau nak beli alatan elektronik kat kedai ni lah. such as, handphone , laptop, camera, handycam, segala macam tu semua adelahh.. macam rugi sape tak join cuci mata kat tempat ini..

----------------
------

cuma satu aku pinta sekarang, may Allah
bless our relationship between us..

huh..~ susah juga, kalau sering bertindak mengiku
t perasaan sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. YE ! aku SETUJU mengatakan itu HAK KITA , itu HIDUP KITA, tetapi ingatlah satu saat kita menghadapi satu kepayahan & cabaran, dan ketika itu kita harus menoleh kebelakang untuk mencari pendamping dan peneman kepada diri kita..~ PERCAYALAHH...


aku taktahu kalau memang mampu untuk hidup seorang diri. MAAF SANGAT SANGAT aku hulurkan terlebih dahulu. because i need someone to hear my BIG problems.. mom, i need you now ! i need you to hear all my problems and stories from my heart like before you waste your time with me..~ pleasee ! ya Rabb, temukan aku dengan ibuku walaupun skejap didalam mimpi !

but, i wanna to say from deep in my heart..from Surah Asr

Demi masa (1)
Sesungguhnya manusia itu benar benar berada dalam kerugian (2)
kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan NASIHAT MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran (3)

aku pun tidaklah terlalu baik untuk menasihati orang lain. kerana aku lebih lebih teruk dari anda mungkin..~ tapi apalah salahnya dan gunanya andai sesama kita ada yang mengingati.. andai satu masa apabila kita tidak ingat, maka Allah pula yang akan mengingati kita pula. insyaAllah..!

dan apalah salahnya jika seseorang itu sentiasa memberi tolong selagi ianya tidak bertentangan dengan mana mana..jangan ketika senang dan punya pendamping kita buta dengan orang sekeliling kita yang meminta TOLONG, tetapi ketika dalam keadaan susah.. masa itulah kita tercari cari , dimana orang sekeliling kita tadi..

... seperti dalam Surah Al Maaun

  • Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? (1)
  • Itulah orang yang menghardik anak yatim, (2)
  • dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. (3)
  • Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (4)
  • (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. (5)
  • orang-orang yang berbuat riya.(6)
  • DAN ENGGAN MENOLONG DENGAN BARANG YANG BERGUNA (7)

    seperti apa yang kita tahu, setiap manusia itu memang banyak kekurangannya & ada juga kelebihannya. tidak kisah cantik mana pun dia, masih ada kekurangan lagi , bijak mana pun seseorang itu, baik mana pun dia, tinggi mana darjatnya, tua mana umurnya, hebat mana pun dia , dan lain lain lagi , dia masih punyai kekurangan. dan ingatlah ... kitalah pelengkap hidup mereka. dan salinglah kita melengkapi sesama kita sendiri..

    aku pinta dariNya agar lebih matang dalam menerima keadaan seseorang itu..belajar menerimanya dengan hati yang terbuka..agar hidup ini sentiasa diredhai olehNya..

    sesungguhnya meminta ampun dari Sang Pencipta sangat mudah untukNya memaafkan kita. tetapi, yang susahnya apabila meminta ampun dari manusia..~meminta maaf sangat senang. tetapi untuk memaafkan agak sukar. kerana itulah ungkapan MAAF & MEMAAFKAN itu sangat berharga..!

    aku MINTA MAAF kepada kawan & yang lain andai banyak mengguris perasaan kalian ! may Allah bless us , our life , our study , and more than that ! best of luck in examination. najah kabir menanti kalian !

    Thursday, June 23, 2011

    cuti part 6 : rezeki dengan makanan

    Assalamualaikum w.b.t .May Allah bless u alls and our relationship ^_^


    sekarang aku masih menaip di wilayah Mohammedia. Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir. tidak sangka , apa yang tidak dirancang sebelum ini, berjalan dengan lancar. percutian di wilayah Mohammedia sangat sangat menyeronokkan :D

    now baru lepas subuh. jam menunjukkan jam 449 pagi. Morning Malaysians & Moroccians :) kene taip entri laju laju. mata sudah mula mengantuk. hee :D


    alhamdulillah sekali lagi, picnik yang kami rancang suda selesai. dan tidak dilupakan pada BBQ malam tadi. yang mula jam 930 malam till 245 pagi. HAAHA. lma tak lama. biasalah. perempuan bukan kerje.


    main main api ni, agak lambat sdikitlah..~oke.. aku malas nak bebel panjang. yuk layan gmbar yang sempat disnap..

    menu seharian ini









    before mulakan perjalan ke pantai, bergmbar dihadpan rumah akhowat


    perjalanan hanya 10 minit. dan 15 minit kalau lenggang kangkung.


    huish..~ mengarut :D


    "mira , kasut hana masuk pasir lah.. "

    "haah lah hana.. kasut mira pon.."


    sudah smpai port kami. sedang menunggu matahari terbenam.


    Maha Suci Allah !!
    main game. anjuran kakak Yousra ^_^
    group aku. [ duck ]

    " kak yus.. kak yus , saya seganlah .. tak payah lah buat trademarkk "

    *__*

    matahari semakin mengecil dan terbenam.

    suweetnye..! dapat tengok sunset :)


    selesai sudah game & picnik di pantai,. till jam 845 malam..~

    seronok bau air laut masin! rasa seperti di Malaysia !! =.=

    sebelah malam , after solat Maghrib, terus prepare untuk mula BBQ. kami perempuan. agak teragak agak untuk menyediakan segala brang2 BBQ. special thanks to senior2 ikhwan Mohammedia.

    selesai memanggang ayam sebanyak 5.2 kilogram jam 1115pm. houh..! mati aku..~ makan tidak mengikut masa. then, terus smbung filem Karak..ada show jam 1245 pagi..

    aku ingat syo0k sangatlah cerita tu..h0h0h0..rupanya rupanya, jangkaan aku melesit. biasa jek. nanti korang trylah tgok sndri. sbb aku tak mmpu nak cerita ttg itu. hahak..(0.o)

    oke.. esok balik Casablanca semula.moga moga tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan esok pulaa..~

    so, the point for today, semua manusia masih mampu hidup di perantauan, walaupun ibu bpa & yang tersayang jauh dimata. tetapi dihati dekattt :) ukhuwahfillah until whenwhen :)

    Wednesday, June 22, 2011

    cuti part 5 : 4 tragedi sepanjang perjalanan

    Assalamualaikum w.b.t , very gud morning to Malaysians people , and gudnight to Maroccains ^_^ . bermula penggembaraan kami sebagai seorang mahasiswi..~ HEE :D

    now, hampir genap 8 bulan di bumi Morocco , so kami bercuba cuba untuk berjalan sesama kengkawan tanpa senior.kami bertujuh cuba untuk meberanikan diri mengembara ke wilayah Mohammedia yang hanya mengambil masa sepatutnya 15 minit dengan menaiki train.

    actually, before ni, kami pergi ke wilayah ni dengan menaiki bus. tmbang lebih kurang dalam 10 dirham jek. disebabkan sekarang suda bermula summer, faktor cuaca telah mengakibatkan kami semua menukar plan agar menaiki train. totally , semua :-


    • train : 15 dirham

    • teksi : 18.50 dirham

    • teksi dari Mahattah ke rumah akhwat : 10 dirham

    agak mahal sedikitlah..tapi, yang aku nak cerita disni bukan ttg itu, kami terpaksa mengharungi pelbagai cabaran yang langsung tak masuk akal aku langsung. dan detik petang tadi seolah olah kami dalam drama melayu @ hindustan yang biasa korang tgok show kat Tv tu... :D

    first of all, smpai jek kat perhentian Keretapi Loasis tu, terpampang waktu depart [tiba] train tu. jam 805 malam. sedangkan kami tiba , jam 630 petang. oleh itu , kami tunggu lah sehingga tiba train ke Mohammedia. ingatkan tiba tepat pada masanya , rupanya terpaksa retard lagi [ postpone] selama 10 minit..uffff =.=

    second, alhamdulillah train tiba jam 810 malam. walaupon sebut jek malam, actually suasana langsung tak menunjukkan seperti malam. jam 8 itu seolah olah menunjukkan jam 4 ptg. cahaya matahari maseh terik lagi. kepala aku sudah pula pening pening lalat & rasa nk muntah..~

    third, masuk ke dalam gerabak train dengan penuh ceria muka. tetapi malangnya, sit yang tidak mencukupi. kadang kadang aku rasa macam jeles sangatsangat ngn orang arab & warga lain. sebab diorang dapat sit. beg diorang pon diorang letak kat sit.macam lah beg diorang bayar sit tu jugak. huihh..~ so, kami bertujuh terpksa berdiri selama mana yang mungkin. naseb baik ade sorang brother main gitar. haaa. aku rasa macam ade sedikit happy disitu..padahal beg aku sangat berat coz, aq ngangkut lappy kesayangan aku nih :)

    fourth, tiba tiba, sampai diperhentian kedua Casaport, suis semua terpadam. kami ni pelik sebenarnya, tapi sebab mungkin kami ni tak matang lagi bab bab train ni, so kteorang pun bantailah berdiri punyalah lama. sedangkan semua passengers yang naik tu dah kecoh kecoh dah nak turunkan barang..tak terpkir langsung untuk tanya pe yang sdng berlaku..

    Ya Allah baru tahu, kami semua kne exchange train...! agak bengang disitu. tapi apakan daya. dy cakap French.. masa tu, dah tak de masa lagi dah. tukar dengan keadaan segera. makcik makcik tu angkat barang2 diorang yang gedabak gedabak tu..4 kawan aku dah berlari ikut jalan yg betul. kami yg bertiga lagi ni, orang arab tu dah suruh ikut pintu yg berlawanan arah tu dah. rupanya.. train satu lagi dr way yang lain akan dtg. tak sempat aku nak buat apa2, orang arab tu terus tarik tangan aku naik train.. arghhh! tidakkkk !! masa aku naik tu , laki arab tu , terus tutup pintu train tu kuat kuat. mana taknya... train dari way yang lain tu dah otw dah. pegawai train yang in charge tu pun dah tiup wisel kuat kuat suruh cepatt..

    aku rasa, kalau aku lmbat dalam 3 minit, kompem dah lunyai aku dengan train lain arah tu. nauzubillah..matikan aku dalam husnol khatimah Ya Rabb !

    Alhamdulillah, kami semua selamat. tak de pape yang berlaku. cuma kaki aku suda mula membiru dan bengkak coz laki arab tu tarik aku dengan kadar segera sgtsgt. sakiiitnyaa!

    tapi malangnya juga, kami bertujuh still lagi tiada sit..~ :( anyway kami bersyukur, sampai jugak rumah akhowat di Mohammedia ni..15 minit yang kami jangka rupanya 4 jam..~

    smpai rumah, solat , makan jemaah , terus menonton filem jemaah juga . bertajuk Sanggul Beracun..~

    esok ke pantai.. insyaAllah..harapan moga esok ada sinar bahagia diantara kami <3 !

    May Allah bless our friendship Ya Rabb & please forgive all our mistakens, missunderstanding, misscommunication between us..aminee ^_^

    p/s: jam 3 pagi sekarang. aku tak mampu nak uplod picture. nantilah aku hapdate gambar train yang tinggi tu.. =.= nunite !

    Monday, June 20, 2011

    cuti part 4 : Madinah Casablanca

    Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah telah bercuti selama 3 hari ^__^ semalam Isnin 20 June 2011 telah selesai Bitaqah Watani kami semua. a.k.a I/c Morocco la en. Alhamdulilah , tak payah nak ulang alik ke Balai Polis tu lagi.. untuk meraikan kegembiraan ini, kami semua telah makan angin kat Masjid Hassan Thani , Casablanca.

    Masjid Hassan Thani ni ialah antara masjid ketiga terbesar didunia. wow.. ! hebat sangat ! masa mulamula berjalan kat sini , seriyus aku katakan yang aku sangat merindui untuk jejak ke Mekkah . rindunya. akhir aku pergi ke Mekkah 1999. lama tak lama. banyak sangat perubahan kat sana. Ya Rabb izinkan aku menjadi tetamuMu sekali lagi..

    Moga dimurahkan rezeki untuk kesana. InsyaAllah !

    beberapa keping gambar untuk dkongsi bersama ^__^

    Masjid Hassan Thani dan sekitarnya

    laluannya ala ala Taj Mahal punya ukiran kan

    bahagian dalam Masjid. selepas zohor berjemaah

    hee :D berpicnik sebentar dengan hidangan dari Sohadah Rahmat

    mee goreng , kek batik , honeydew ,makanan ringan.
    [ nampaknya aku dah cheat day ]

    dari kiri Aiman , aku , Syahadah

    inilah Sohadah Rahmat

    dari depan , Mira, Sohadah,aq,

    Ahlina,Aiman,Masturah & Syahadah
    agak malu jugak ttiba nak beratur.
    ala, gayat dengan angin laut lah katekan :P

    maybe this is last tyme aku minum Jus
    selagi aku tak capai target aku.
    hhahaa :D

    Alhamdulillah, menjamu Jus
    6 dirham untuk cawan kecil dan 10- 15 dirham untuk cawan besar
    aku pilih Jus Tuffah jek [ epal ]

    sempat snap bunga kat Bandar masa dalam bus.
    cantikkan! even sekrang dah summer.
    bunga still ade lagi ^__^

    tyme to go !
    balik rumah , enjoy after 5 hours at Madinah
    tambang : 4 dirham

    berkembang jugak otak aku.kalau tak, duduk jekla dalam bilik,tak keluar keluar .

    thats all for today. esok plan kononnya nak ke Mohammedia. Mohamedia seolah olah kampung kami ! lepak lepak bau air laut kat sane . Casablanca ni , bandar Perindustrian. hari hari bising bunyi transport jek..

    oke. tata. moga cuti ini bermnfaat.























    Saturday, June 18, 2011

    holiday 3 bulan

    Assalamualaikum w.b.t . alhamdulillah segalanya sudah berakhir, kini penantian sebagai seorang mahasiswi untuk menunggu result pula. Ya Allah moga diberi keputusan yang bagus bagus jek nanti. insyaAllah..

    hari ini bersamaah 18 June 2011, bermulanya cuti untuk 3 bulan aku di Morocco.rasakan panjangnya cuti tue.3 bulan tu..~ :D dengar memang seronok. tapi hari pertama ni jek , aku dah rasa macam cacing kepanasan dah. tak senang duduk jek rasa kat rumah nie. pegi ruang tamu , tengok kawan kawan 3 orang semua pasang headfon kat telinge , masuk bilik satu agi , 2 orang juga tengah hadap lappy main game n berinternetan. masuk dapur , tengok sekeliling , pandang lampu , bukak icebox , eermmm still tak de bnde yang aku boleh makan. so , street teruskan perjuangan aku masuk dalam bilik semula. haha. duduk jek la seharian dalam bilik.

    orang Msia pula tak online. heih pelik aku. =.= diorang bzy ke...? penat aq tunggu kawan kawan aku, satu pon takde. last last bertweet tweet la aq ngan roomate aku nie. padahal jarak 2 jengkal jek. still nak bertweet tweet gak. hak3!! :D

    sekarang aq tengah plan aktiviti yang berfaedah.puas aku cari link link yang berfaedah nak share share, tak jumpe gak. actually berlmbak sangat sangat. cuma hari ni internet asyik crashed jek. memang housemate aku n termasuk aku hangin jek. hak3! naseb la..~ wifi pon takmacam wifi. rase nak cubit cubit jek wayar tu...

    apa yang aku fikir seharian nie ialah NAK PERGI BANDAR NAIK TEKSI , THEN SINGGAH BANK KEJAP , DRAW DUWET. TERUS BOOK TIKET KE MALAYSIA.hahaha! serius...~ pastu balik sini before bulan 9.. because bulan 9 baru nak menapak ke bumi Cordoba. hayyak ! lama lagi deh.. =.='

    siapa siapa yang ada terbaca entri aku nie, TER jek TER.. aku tak kesah , korang nak bace ke tak nak ke. hak3! dialu alukan untuk accompany aku sepanjang cutiku 3 bulan ni. ea ea ea..~ please..buhsan deh..tak kire di tweeter @ FB @ YM @ooVoo.. opss.. sorry , Skype jek aku tak sign in..ade problem..

    matlamat aku cuma ada dua jek untuk holiday ni, first : nak habeskan baca kitab yang aku ada beli kat Maarid Kutub dlu tu..second, rahsia. .. tak perlu diberi tahu.

    moga moga Tuhan thabitkan hati aku untuk setelkan visi aku nie..amin ^___^

    special mabrouk untuk Farah Hana n the geng yang bakal jadi guru. kemasukkanya pada 19 June 2011 ni di Maktab , selamat menjadi mahasiswi yang berjaya ! :)

    Saturday, June 11, 2011

    SALAH FAHAM..~

    Assalamualaikum w.b.t

    aku tak mampu nak tulis dan mengarang dengan panjang, cuma aku nak kata , sila ke link berikut -----> luahan hati wanita . itu sahaja.. :D

    maaf, aku bukanlah WANITA yang SEMPURNA. kerana cinta BUKAN mencari orang sempurna tetapi menemukan seseorang yang MAMPU untuk menjadikan dirimu SEMPURNA..

    hope u alls guys sehat sehat sokmo. chill chill ^___^ kawan kawan selalu suruh aku chill.. tapi ingat senang senang ke nak chill mase tgh sedeyh? huuu. tapi tak pe..~ belajar senyum 1 , 2 , 3 ea?!

    anyway , please forgive me for all my mistaken and conversation between i and u..hope we can smile each other like before ..^___^

    11 June 2011 : exam French [ setel , alhamdulillah ]
    13 June 2011 : exam Fikru Islamiy
    16 June 2011 : exam Feqah
    17 June 2011 : exam Informatique

    18 June 2011
    ---> the end of my examination ---> bercuty --->berpicnik --->berchat chat (@_@)

    misi terbaru ---> mencari Villa baru to stay for 3 years. huarghh *__* jangan jauh jauh deh dari Jamiah , mau aku malas nanty masuk kelas. HAHA !

    try to be positive to all , insyaAllah !

    Tuesday, June 7, 2011

    nak cepat ke lambat ?

    Assalamualaikum.w.b.t salam sejahtera. semoga semuanya sehat sehat belake.May Allah bless u alls..

    entri hari ini cuma nak curik masa aku stdy kejap. erghh. dari pukul 630 pagi tadi until now 3ptg aku still lagi dengan kertas nota aku yang ada 20 muka surat tu. wuarghh.berat jugak woo. baca boleh lah.. nak ngapal sebijik sebulat uhh, Tuhan jek yang tawu lah..~Alhamdulillah tadi call kawan arab aku yng Ghizlane cantik tu , dia kata tak de kelas. heee :D seb baek. tu yang aku menyempat jek nak menaip nie...~

    actually aku sekarang tengah buntu dengan perkara yang tak akan berlaku. HAHA..! ade ke patut aku fikir, nak cepatkan masa kee....nak lambat kan masa. huih! =.= sedangkan kalau aku mintak dua dua bende tu kat Tuhan , Dia still akan bg masa yang sama jugak.heihh.merepeklah aku ni..

    yelahh, kalau lambatkan masa,, kan best .. aku boleh wat revision banyak banyak agi..senang sikit aku nak hadap EXAM uhhhh..tapi, kalau masa lambat mesty aku lambat nak cuti musim panas..cuti 3 bulan uh. siapa tak semangat..?!! HAHA!

    tapi an, kalau masa dicepatkan pulak.....~ kompem kompem kene hadap exam agi 6 paper uh. arghh tidak tidak tidak.aku sangat takut nak ambil paper Tarikh Adab Masyriq. ustazah tu macam skema sangat sangat..kiteorang punya folio an, beliau tak nak ade border.. colour colour, bunga bunga. HAHAH..! macam tak paham jek an. kalau dak Malaysia buat folio memang cenggtu. kaler kaler maen peranan. konon kononnya , dapat markh lebih ar..dapat kat ustazah tu.. haram nak terima. kehkehkeh. so kami kene buat lain..~ =.='

    pastu an, kalau lambat masa an, mesty aku lambat nak cuti. aku nak gi jalan jalan ngn housemate aku.plan nak g Spain naik ferry. GAGAG! moga dimudahkan semuanya urusan visa nanty ;)

    okelah, nak sambung study balek. walau bagaimanapun masa berlalu. aku & kawan kawan puas bersengkang mata menahan cuaca kat sini yang memerlukan ketabahan dan kecekalan haty.sebab sekarang tengah SEJUKKKK sangat !@__@

    Rabbuna Yusahhilana Ya Rabb ! ^___^ amine :)

    Monday, June 6, 2011

    TAWAKAL ILA ALLAH !

    Assalamualaikum and thanks to God kerana maseh ada peluang untuk bernafas dan mengunakan seluruh pancaindera dengan baek. Alhamdulillah, Allah tidak tunggu kita minta pon, Dia yang Maha Pemurah tu dah bagi. FREE !

    bersyukur juga , aku baru selesai 2 paper yang sangat menyakitkan ! grrrrr~ aku macam kurang berminat bila sebut exam exam dan exam! aku tak minattt.. siyusss..tapi, orang kata , exam ni bukannya masa untuk tunjukkan kebagusan ke hape ke, tapi cuma kita nak tunjuk kat proff tu yang kita sangat faham apa yang beliau ajar masa kelas tu..

    heih =.=' the problem is.. bukan aku tak faham apa yang proff & lect tu ajar. faham benor . bebenor aku faham ! cuma aku tak faham soalan :( geramnyaaaaaa ! arghhh..seriyus aku sangat tertekan sekarang ! tak pe takpe. maseh berbaki 6 paper.

    kalau boleh bawak Kamus Miftah masa tu baest gilerr kot..! haha, jangan berangan la HANA !

    sem II aku cuma target , 4 paper jek ! lebihnya 4 paper gak. adehh..~ samo yo..nak TAKNAK ! memang kene hadap jugak 6 paper ni struggle yang mungkin ! waktu waktu gini , memang aku TAWAKAL habes laahh ..

    Allah pun kata , diakhirat nanty Dia bukannya melihat hasil kejayaan setiap hambanya , tetapi yang dilihatNya ialah usaha kita. YEAH ! usaha kita dan sejauh mana tawakal kita padaNya..

    cepat cepatlah habis exam. aku dah tak tahan. AKU SUKA BELAJAR,AKU BUKAN MALAS BELAJAR cuma aku taksuka waktu peperiksaan. HAHA! aku pon tak tahu kenape..~ kehkehkeh. XD

    saja nak sedapkan haty sekarang nihh..~ huhhhhhh..cuba terima hakikat apa yang berlaku..

    soalannya nak tawu tak macam ner? final nie. final . tapi.......... dy bagi kertas jawapan ,penuhkan nama , kelas , pengajian apa, pastu .. terus bagi 20 soalan by lisan. bukannya atas kertas ke ape ke..tapi salin soalan dari proff tu, so kami pelajar Malaysia terhengot hengot , terkejar soalan tu..~hoohoh! jawab setiap soalan tu cuma limit 3 minit jek. arghhh ! apa yang harus aku fikir. Bertuah jugak kawan kawan Malaysia. sistematik sangat peperiksaan sana..!

    tapi takpe , Allah dah pesan kat kita , yang Dia tak suka dengan orang yang BERPUTUS ASA.jadi, aku yang pilih jalan ini untuk aku meneruskan hidup , so.. aku harus harus dan harus untuk meneruskan kehidupan aku..

    semoga aku & kawan kawan terus tabah ! amin ! try senyum lebar lebar ^____^

    Saturday, June 4, 2011

    mimpi yang bermaknakah??!

    Assalamualaikum and gud evening guys ! The Most Gracious The Most Merciful. huh.. Malaysia dah jam 1048 malam. sini still awal lagi. Alhamdullilah, maseh dikurniakan dalam nikmat iman dan islam...


    saat ini aku menaip dengan rasa sebak didada. walaupon, air mata tidaklah mengalir lagi. tapi bak kata kawan arab.. ade zuqq dye! heih =.=' aku nak tanya pada koranglah yang tahu tafsir mimpi..kalau sudah 2 orang antara members of family kita yang dah mimpi pasal kematian.. adakah sebenarnya, itu akan berlaku..?


    Yallahhhh.. nauzubillah min zalik.. aku tahu, kalau betul itu saat datangnya mati itu. matikanlah kami dalam husnol khatimah. iaitu sebaek baek pengakhiran..


    seperti Firman Allah, " Dan sungguh akan kami uji manusia itu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kekurangan jiwa, dan kekurangan buah buahan, berilah olehmu kabar gembira kepada orang orang yang sabar " [ Al Baqarah: 155 ]


    aku takut sebenarnya nak uplod pic ini


    dan disambung lagi , " iaitu orang orang yang apabila ditimpa musibah,merka mengucapkan : Innalillahi wa inna ilaihi rajiuuun " [ Al Baqarah : 156 ]

    alkisah hikayat Along ...~

    pada suatu hari dia membawa aku , angah ke satu tempat yang mana tempat itu ialah gerai burger.ketika itu, aku sangat teringinkan burger. [ aku pon tak tahu nape] dteruskan lagi, pemilik kedai burger tersebut ialah kawan baik along..kami pun terus menempah burger special seperti biasa dan along membelanja aku dan angah.

    tiba tiba, pemilik kedai burger tadi terus mengejar kami bertiga dengan pisau.kami cuba untuk melarikan diri dengan spenuh jiwa dan raga dari pemilik gerai itu. tetapi malangnya, aku terjatuh, dan along cuba datang untuk membawa aku lari..lalu kawan along yang pemilik kedai itu terus tetak tetak badan aku sampai mati..

    hurghhhhhhhhhhhhhh! aku tak dapat bayangkan keadaan itu..! Yallahhh! Yallah..limaza limaza??! hal yumkin sayakunu hazihi qissahh min ahlamu???! laa.. robbama la..!!

    masa call along melalui ooVoo ni, aku buat buat tabah jek. dan berdoa dalam haty moge semua ini dijauhkan !!

    baru baru ni pula, angah..angah dan hikayat mimpinya..

    sebuah van putih yang cuba meletakkan keretanya dihadapan rumah aku. lalu datang seorang nurse menghulurkan sehelai kertas.. dan tertulis.....................disebabkan kemalangan ................kematian..............jam....................

    angah terus membuka kain putih yang terselindung jenazah itu.. rupanya rupanya, itu ialah Alongku!! dan terkesan pula pada mukanya kesan jahitan..

    ufffffffffffffffffff! tak mungkin tak mungkin semua ini akan berlaku..! Ya Allah elakkan Ya Allah..andai betul kematian itu hampir , berikan kami waktu untuk menghambakan diri kepadaMu Ya Rabb !!!

    tetapi, ingatlah..! " Allah tidak akan membebani seseorang dengan kesanggupannya.........
    [ Al Baqarah : 286 ]

    Wednesday, June 1, 2011

    baru aku tahu

    salam , and very good morning to all blogger :) sekarang jam Morocco menujukkan 430 pagi. aku baru habes stdy .. hari ni , iAllah exam jam 10 pagi..~

    eh eh eh, dont forget to gain our new Taqwa. . sekarang da masuk bulan Rejab.. atention, saya suda mula rasa rindu dengan Ramadhan ! heeeeeeee :D

    tadi, after stdy then belek belek kitab & note semua, aku terus call emak. aku paling suka call mak. sebab mak selalu update cerite terbaru.haha! borak borak. bla bla bla.. then, mak pas fon kat Along..borak punye borak..~ ni semua pasal nak amek berkat lah nie. sebab da nak exam..~ :D

    tiba tiba terdetik nak tanya ,

    eh, along.. Padil sehat ke?? Padil tu kcing kesayangan aku. dy kat Msia skang ..

    ya Allah dikkkkkk.. ! ko nak tahu , ritu .. along baru langgar dy pakai tayar kereta emakk..

    hah???! ko bia betuii.. huuuu.dah tu Padil camne?

    Padil skang merajuk. da lame tak nak masuk rumah.duduk jek dalam sangkar tu..cuba kau panggil dy, along bukak loudspeaker ea??!

    oke oke.. [ terus panggil , tapi dy tak nyahutt pon ]

    huuu..tersentap jugak la dengar, walaupon anak Padil yang kali ni , aku tak penah tengok pon..kui3!



    tah tah , comel dy cenggini kottttttt.. alololo..comel sungguh ! erm tu jek laa story ari nie..hehe ! tepu dah pale bace bace n ngadap huruf arabic.. haha!


    anyway, dun forget to wish me and all my frens at Morocco luck in this examination ! i wanna get the best result in this semester ! arju ila Allah !


    Allahumma amin. man jadda wa jada, wa man zara3a hasoda.. :) siapa yang menuai, dia yang mendapat hasil. iAllah ! semoga yang terbaek utk aku dan kawan kawan :)



    Allah is always beside us ! yeah ! believe it !