Followers

Sunday, May 10, 2015

Question & Answer : Morocco/ Maghribi

Assalamualaikum wbt.

rentetan daripada message Facebook yang berduyun duyun. mungkin persoalan dan jawapan ini juga anda boleh buat sebagai satu rujukan. satu tujukan kepada semua pelajar lepasan SPM yang berminat SAHAJA untuk mengambil berat tentang persoalan dan jawapan ini.

Bismillahirrahman nirahim..

Q : betul ke Edu kat Morocco tu free.
A : yup ! still free..seriuusss takde bayaran. cuma ada bayran sebanyak 25 drham untuk student card bersamaan rm10

Q : cuacanya bagaimana?
A : di maghribi terdapat 4 musim iaitu bunga luruh panas dan salji. Bagi sesiapa yg tidak rajin mandi di Malaysia teramatlah sesuai untuk duduk di negara ni. hiihii.. kerana suhunya mampu cecah sehingga 13'C jika musim salji dan tidak memerlukan utk kita mandi.

Q : pakaian ?
A : usah risau kepada pelajar yg akan ke sana, memang adakalanya orang Arab lihat perempuan Melayu memkai baju kurung tersangatlah pelik. seperti show off. sebab almaklumlah baju kurung kita ni bunga gedabak gedabak. siap liplap liplap lagi, takmasuk lagi dengan kaler yg sangat memukau. maka keadaaan seperti ini yang akan menyebabkan orang Arab lelaki tertarik. kerana perempuan mereka di sana hanya plain sahaja tanpa corak. takprcaya datang lahh :P

Q : jauh ?
A : yup ! memang jauh ! korang bayangkan tak mcm mana nak g Afrika? jauh cm gitulah. 23 jam atas flight jek... perghhhh ! satu hari suntuk. boleh kematu bontot. tapi sape sape yg naek flight mahal mungkin ade 3 perhentian seperti di Doha, London, Mesir dan sebagainya. anda boleh pilih mengikut penerbangan yg sesuai :)

Q : ade ke senior nanti ?
A : yup ! untuk student yang baru sampai.. senior akan guide korang untuk beli belah, barang barang d pasar raya, dan mcm mana nak pilih pakaian. Korang tak perlu risau nak beli pakaian sejuk yg mahal mahal kat Universal Traveller. sebab bila sampai sane nanti,, kepada yang tidak berkemampuan, anda pasti akan dapat pakaian waqaf daripada senior terdahulu. dan bagi siapa yg mampu, senior akan bawa anda utk shopping di kedai pakaian bersesuaian. kat situ melampuh lampuh pakaian yg cantik dan sangat affordable harganya.

Q : rate mata wang mcm mana?
A : Rm1 bersamaan 2.5 dirham. dan adakalanya rate ini akan naik sehingga 3 dirham dan akan jatuh sehinggan 2.3 dirham. korang jangan ingat duit kita ni mahal sangat. kalau sekadar 2 dirham nampak mcm 2 ringgit, sedangkan 2 dirham tidak mampu mmbeli 1 batang aiskrim pun, apatah lagi utnuk naik bas awam. berbeza sangat besar berbanding dengan negara Mesir yg hanya 2 genih sahaja sudah mampu kenyang beli jajan :P

Q : banyak ke syarat nak ke sana?
A : syarat anda bole terus ke blog persatuan kami K-PMMM atau terus ke pautan laman sesawang KPM @ KPT. di sana terdapat beberapa detil yg perlu anda kaji.

Q : bole ke kalau suka suka nak mohon?
A : hmm. aku paling pantang kalau ade yang suka suka nak mohon ke sana tapi cancelkan permohonan last minute. mase zaman aku dulu ada 3 orang yang cancelkan permohonan ke sana. aku rasa nak cekik je orang tu. sebab, bila anda cancel permohonan ke sana, ianya mampu menutup peluang orang lain.

Q : kos apa yang ada?
A : Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Pengajian Islam di maghribi skop nya sangat meluas, dan terdapat beberapa bidang pengkhusussan sahaja di sana. Setiap pegkhususan tertakluk kepada setiap Uni masing masing. Contoh seperti saya di Casablanca, kami hanya ditawarkan 2 sahaja pengkhususan iaitu Alquran dan Hadith dan Aqidah wa Fikr Islami. Setiap pengkhususan hanya mampu dipilh pada awal Sem 5 dan sem 6 sahaja. kerana ketika itu yang melayakkan anda mebuat thesis untuk Ijazah.

Q : mcm mana nak tahu ada pengkhususan ke tak?
A : semua inci tentang subjek dan pengkhususan boleh rujuk di protal K- PMMM kami.

Q : tolong suggestkan Uni mana yang oke?
A : semua Uni oke, takde yang tak okey, semua nya bergantung macam mana cara kita belajar dan berbincang dengan kawan kawan Arab tetang study. jangan percaya cakap cakap orang yang mengatakan Uni tu senang, Uni ni susah, Uni tu asatizah nya baik belaka , Uni ni asatizah syadid dan bla bla bla. semua kajian itu tidak boleh diguna pakai lagi. Semua bergantung how ur learn and understand your study dan apply it into ur lifestyle. haaa gituu kau speking ! :P

Q : yelaa.. takkan la takde Uni yang best ?
A : yup! seriyuss sume best ! takde yang takbest. tapi korang perlu tahun setiap Uni tidak sama bahasa keduanya untuk dipelajari. contoh Casablanca, Bahasa Perancis. kalau tak silap aku Kalau Fes rasanya bahasa Sepanyol. dan mcm mcm bahasa lagi boleh pilih seperti Korea, Mandarin, CIna dan lain lain.

Q : okelah,, kalau cmtu.. wilayah apa yang best?
A : okey ! ni pendapat peribadi aku, aku rasa semua pendapat berbeza beza. first .
Casablanca - aku suka duk wilayah ni best sebab budaya kat wilayah ni orang nya tak sombong. kalau student nya suka sangat sangat ajak orang Msia singgah rumah study sesame, shopping same same, makan same same dan lain. sangat menghormati itu terlalu tinggi. kalau naik taxi, ade jek perkara yang nak dibualkan. tak lupa jugak, kat Casa library yg sangat besar senang untuk buat rujukan thesis. dan ada je student lain dari jauh sanggup turun Casa utk ke libry. Yang palng best ada Masjid Hassan Thani, iaitu masjid ke lima terbesar selepas Mekah, kalau musim Ramadhan , mashaallah sanagt mendamaikan !!! bole scrool post aku yg dlu ttg masjid ni.

Rabat - aku suka Rabat ! Rabat ialah wilayah yang dikelilingi pejabat Pentadbiran. ibaratnya seperti Kuala Lumpur. semua pejabat ada di sini. ianya sangat memudahkan sekiranya kita ada masalah seperti kehiangan pasport dan renew segala macam hal. taklupa juga hal hal pengurusan sijil untuk tamatkan belajar menang semuanya kat sini. palajar Rabat sangat seronok utk hal seperti ini. kerana mereka tidak perlu ulang alik untuk tunggu suatu sijil siap.

Kenitra - hmm aku jarang berkunjung sangat kat wilayah ni, itupun jika persatuan ada buat beberapa program di sni. biasanya SUKMA lah buat kat sini. sebab Kenitra mempunyai satu astaka yang besar dan murah untuk di sewa pada hari sukan kami. Kos hidup dsini juga agak murah dan mudah untuk mendapatkan rumah sewa yg teramat besar dan selesa !!! aku jeles jugakkk kadang kadang

Fes & Marakech - haaa ! tang ni yang best nya sebab salji turun kat sini. teramat sejuk.. memang best duk kat sini, tapi untuk aku yang seolah bertulang rapuh, aku sangat sensetip, rasa mcm tak boleh tidur lena kalau terlalu sejuk. 2 wilayah ini sangat menjadi tumpuan kami pada musim cuti semester, sebab sini tempat jalan dan kota raya yang sangat bersejarah. dan korang boleh tengok banyak istana di sana serta universiti tertua di dunia yang di bina oleh seorang perempuan.

Ok uolss nnt i edit dan updet lagi. Anak dah bangun tidur.. huk3 .. k bye ! hrap ade dpt tambah info korang

Monday, May 4, 2015

MOHON AMPUN DAN MAAF TERSANGAT !

Assalamualaikum wbt.

kehadapan pengunjung blogku, aku memohon ampun dan maaf yang teramat sangat sangat sangat sangat ! sesunggguhnya terasa kecil dan kerdil diri ini..

semalam balik dari rumah Mak Mertua Putrajaya, akak aku terus cakap tanyaa..

dik ! dik ! ko tak bukak message Facebook ko ker? beratus ratus message facebook ko tak bace..??
whatsss thee..? beratus ratus? are you really? ko tipuu ehhhh...
yeee ! cube ko bukak ni.. kat bahagian otherss..

so aku terus log in Facebook dan bukak bahagian others message. ya ampuunnn ! since 2013!!!

rupanya terlalu ramai yang PM aku nak tanya pasal study Morocco dan Argan Oil, dan kenangan di sana .. hukhukhuk. im sorry againn :( my bad !!

aku ialah sejenis makhluk yang rajin online. tapi since 2013 dah ade galaxy tab samsung pemberian ibuku tersayang.. dah agak lama jugak aku tak bukak lappy. so lebih banyak masa online di tab dan henfon. rupanya beratus plak message aku tak baca,

maaf! aku bukan sombong taknak approve friend request kat Facebook. tapi sebab dulu zaman stdy aku ni jenis malas nak layan orang. so aku dah privatekan Facebook. dan kebanyakan orang yang tak de mutual friend dengan aku memang takboleh add aku..

hukhuk. so sekarng zaman dah kerja ni. dan dah berumah tangga. im free from anything. iallah akan mula approve kengkawan facebook harini.. maaf sangat :(

ramai sangat yg tanya mcm mana nak smbung stdy dan hampir 95% yang bertanya tak percaya d Morocco/ Maghribi  ialah Free Education..

ok takat sampai d sni sahaja. aku mampu coretkan. anak hampir bangun pisat pisat matanyaa.. babai tata !! :*