Followers

Sunday, May 27, 2012

Kasih Sayang Emak + Abah ke Syurga !

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera ! Bonjour Morocco ! aku sedang menaip jam 6:21 pagi, waktu Malaysia sudah jam 1:22 tengahari . Alhamdulillah masih dikurniakan nikmat Iman & Islam .

today aku takde ape nak berkongsi.cuma nak menceritakan ketidaksabaran aku nak pulang ke Malaysia. 1 month , 4 weeks 6 days .yeah ! counting the days !

Morocco --> Egypt --> Malaysia . dekat Egypt for one week sajeh . semata-mata nak merasa nikmat berbulan puasa di sana serta aku hauskan tarbiyyah di Bumi Kinanah tu . * mcm la bfore ni pernah pergi Mesir. teehee :D * dan yang paling penting wanna to meet my friends.. Hafizah + Athirah dan who yang tak balik this summer :') dan mahu berjimba-jimba dengan mereka. hehe ! Miss you ollss damn much tahu !

mungkin ini sahaja peluang yang aku boleh grab nak ke Mesir, aku tak tahu lagi bila boleh datang ke sana. because , mula-mula Along dpat tawaran sambung pelajaran di sana. Tapi, dia nak habiskan Al-Quran dia di Tahfiz Negeri Sembilan, so.. apekan daya.. kenalah fly sekarang. heee :D next year nak grad dah. takboleh la nak jalan jauh lagi. and that moment mesti ber-busy dengan assignment & thesis yang menimbun. wuargh !

and the next yang sangat menggembirakan aku is , my mother dah dapat permit / kelulusan dari pihak IPG nak pencen awal . Alhamdulillah. kesian emak, maybe dia dah tak larat nak tengok kertas menimbun atas meja dia. n then kena pulak menaip kat Microsoft Word, tanda paper , key-in marks pelajar , interviews student baru and so on..huh ! so, Allah dah tunjukkan inilah cara yang terbaik untuk emak. Opsss ! yang paling buat emak nak pencen awal, maybe sebab anak dara dia belajar jauh-jauh kot. hehe :D tinggallah emak + along jek kalau di rumah tu.. Yang seronoknya , emak dah ada plan after dia pencen awal nanti. inshaallah bulan Julai 2012 ni ;)

 sangat tidak sabar sekarang nak spend time bersama-sama. and aku selalu berangan ade Hi-Tea lagi bersama-sama family. gathering kat Port Dickson sambil makan BBQ. hak3! paksu+makngah+pakndak+maklang dan seisi Malaysia. Adik rindu u olls lah !



 oke you guys ! dapat tengok tak wajah wajah we olls sedang ber-happy happy di webcam. terima kasih atas bantuan PrintScreen. hehe! mana tak happy nya, emak+along baru balik dari Kelantan. and then, both of them dah beli baju batik baru for Along's Graduation. oh , sangat tidak sabar ! Semoga Allah berkati mereka & family kami :')

# p/s : kepada Angah , please dont envy with me yeah ! because tiada jem di laluan alam mayaku tanpa mu. hik3! kalau tak mesti sekat2. sebab angah pon call emak , and aku pun nak call emak jugak. hehe. because we tak duduk satu rumah yang sama. by the way, its oke berebut-rebut nak tengok muka emak dapat pahala :D and bonne courage de examen to Angah for last semester + menaip thesis dalam Arabic bukan senang. ber-jam dan berbulan-bulan. Semoga Allah mudahkan dia !

oke hanna ! stop annoyying now , orang dah taknak baca dah . hehe :D last but not least, please pray for me and my friends yang akan final this week ! i love you ollss very much <3 !

Abah selalu pesan , once aku rindu dengan emak + abah + along, jangan lupa sedakahkan Al-Fatihah untuk mereka. korang pun sama tawww :)

hadiah untuk emak + abah


 Allahuma fighlana zunubana waliwalidayna warhamhuma kama rabbayani saghiroo !
Allahumma aminn !


Saturday, May 19, 2012

Sayonara Jahiliyyah !!


Assaalamualaikum w.b.t semoga mendapat manfaat :)

Surah Al-Hajj - 73 - 78


tajuk SAYONARA-WIDAAN JAHILIYYAH-
apekah jahilyyah itu ? adakh jahiliyyah itu zaman jahiliyyah ? kaum kafir quraisy ?

al ahzab : 33
terlalu banyak bentuk jahiliyyah
- perasaan jahiliyyah
-permakaian
 bukan pada pakaian sahaja , malah pada diri kita sendiri dan fikiran , perasaan dan lain2.

3 perkara yang dpt kemanisan iman ( imam BUkhari )
- ingat dan cinta Allah dan rasul lebih daripada orang lain = hati semata-mata
- cinta kepada manusia
-benci kembali kepada kufur
siapa yang ada 3 perkara dalam dirinya , maka wujudlah kemanisan iman dalam dirinya

analogi coklat fererro roche ~
yang ada cecair coklat yang manis di tengah2nya. itu ialah iman .
 dan kerak2nya ialah perasaan / luaran / akhlak kita /pakaian kita/ cara hidup kita .
jika kita mahu rasa kemanisan iman itu, mesti kita inginkan sehingga kelapisan yang ada coklat manis itu tadi .

siapa orang yg kite paling sayang sekali ? emak/ abah / . pernahkah kita lebihkan kasih sayang kita daripada Allah dan Rasul ?
contohnya , kita ada lappy mahal. tibe2 jatuh atas lantai / kolam , adakah kita biarkan atau kita terjun nak amek selamatkan ?

---- fikirkan sejenak----

kita nak sayang orang atau sesuatu itu boleh , tetapi jangan melebihkan ia daripada Allah dan rasul . dan salinglah mengasihi orang lain kerana Allah .

mengapa kita sayangkan parents kita ? kerana telah bersusah payah membesarkan kita dan mendidik kita . asuh / jaga waktu sakit / dll
sedangkan anak ayam pun sayangkan mak dia dan ikut jek mak dia ke mana2..
 jawapan kita pun sama mcm orang yg bukan islam dan binatang2 yang ada. jika kita sayangkan mak kta semata sebab ada naluri kita , kita tak dapat apa2 . melainkan semuanya kerana Allah !

hendaklah benci kembali kepada kekufuran seperti benci untuk dicampakkan dalam api neraka . point yang sangat penting dalam hadis ni. sila ada perasaan benci kepada kekufuran kerana kita ingin meninggalkan nya !!

pada lahirnya kita , kita telah diazankan oleh ayah , dan lahir dalam islam secara automatik / didikan / asuhan / tarbiyah islam dan semuanya islam . tetapi kita tak dpt rasa bagaimana gelapnya jahiliyyah. kerana memang dah nampak islam sokmo , ttp kalau kita lihat semula para sahabat , mereka sudah merasa jahiliyyah terlebih dahulu sebelum rasanya iman itu. cth mnum arak / bunuh anak dll .bila para sahabat sudah merasa semua ini , dan Rasul ajak kepada islam , maka berpindah dan berhijrahlah mereka daripada jahiliyyah kepda islam.bila jelasnya perbezaan itu, maka kerana itulah sahabat2 lebih terbuka matanya..

analogi , sudah duduk dalam black out , baru rasa nak hargai lampu .

mengapa datang daurah ni?
-hope sume datang kerana Allah !
-cuba untuk perlahan-perlahan tinggalkan jahiliyyah itu
-buat jahiliyyah sungguh2 bukan hangat2 tahi ayam jek
-bayangkan dosa2 itu ialah bnde yang menyakitkan kita. cthnye terpijak paku. asal nak buat benda lagha ja , ingat kaki kita terpijak paku..
-pernah tak rasa susah payah kita tinggalkan mak ayah kita sbab Allah ?

surah muhammad : 1-3
bayangkan nak sangkut baju kat dinding , tp takde penyangkut , adakah baju tu akan disangkut ? pasti akan jatuh serta merta. mcm gitu juga kebaikkan , jika dia ada iman / akidah pasti akan terasa manisnya
baju= kebaikan
penyangkut = iman
dinding = manusia

berbeza orang yang muslim & mu2min
islam & kafir. apakah yang dapat membezakan islam dan kafir itu ? penghambaan kita kepada Allah pada setiap masa/ pemikiran kita terhadap agama kita/apabila kita faham dan sedar syahadah kita , pasti kita akan ada satu titik tolak kita terhadap islam

pandai membezakan yang baik dan buruk . cthnya ; usrah itu tidak wajib , yang wajib ialah sesuatu yang kita kena buat untuk menmbah iman kita dan tasawwur kita terhadap islam. jadi , usrah itu ialah wasilahhnya

bagaimana nak hlangkan jahiliyyah itu ?
-perlunya mujahadah yang tinggi dalam mninggalkan jahiliyyah ini !
-perlunya ada azam dan tekad yang tinggi juga . cth; cerita korea/ lagu lagha.
-pastikan ada teman untuk beri kekuatan pada kita
- cuba kurangkan sikit-sikit dahulu
-make sure our aqidah kita saleemah dan sahih
- niat baik , tapi tak ikhlas ssh juga ,
- buat ikhlas tpi x baik . susah juga !
-manhaj hidup yang betul
-wala2 yang benar ( pengikut ) - maidah : 55

al imran : 118 jangan pilih pemimpin yang takde syariat

Baqarah : 208
jika kita tak ikut syariat , pasti kita akan ikut hawa.

sekiranya perkara2 ini dapat dilaksanakan , maka terlaksanalah tuntutan iman
kuatlah dalam melawan mujahadah kita tu !!!

semoga dengan pengisian ini dapat membantu kita berubah membuang jahiliyyah .
semakin banyak kita bljar , berharap semakin jelas kita dengan ilmu dan berusaha memastikan dalam diri kita ini zero jahiliyyah . inshaallah !!

from ,
Hana Szied
before editting

Thursday, May 10, 2012

Tips mudah menjawab exam ;)

Assalamualaikum w.b.t

tak jawab dosa , jawab sayang. haha ! kan dah tertiru Maria Elena. hehe :D
sementara ade masa 5 minit yang terluang ni , aku nak sharing sikit dekat korang semua. maybe bende ni korang dah tahu , tapi nak puaskan hati aku , aku nak jugak cerita semula. hee :D firstly aku nak bagitahu , sekarang memang fatrah exam untuk bebudak oversea. dan tak lupa juga , kawan-kawan Malaysia pun ade yang tengah bertelungkus lumus nak exam juga.

Setakat ni , dah 3 papers mid sem aku dah setel. Alhamdulillah jawab semua lancar. antara yang paling lancar ialah , Ilmu Tajweed & French . walaupun ade satu soalan yang buat aku frust tapi 3 soalan yang selebihnya aku berpuas hati. huuhuhu.. oke , bukan tu yang aku nak cerita ..

Pointnya kat sini aku menyarankan dan menggalakkan sebelum masuk dewan @ kelas peperiksaan @ hari peperiksaan , banyakkanlah membantu orang sekeliling. Tetapi memang tak dinafikan agar u alls wajib usaha dahulu . ekeke :D

Aku percaya dan pasti kawan aku yang sambung stdy dekat negara Arab mesti mengalami perkara yang sama , contohnya sebelum masuk Jamiah , sepanjang jalan u alls berjalan mesti ada nampak si peminta sedekah , si peminta simpati , si peminta makanan dan lain-lain lagi. Kebetulan pula , semalam aku nak pergi ke Jamiah , takde pulak semua orang-orang ni. Yang berbezanya ialah , exam ustad ni , dia terlupa nak bawa Kertas Format Jawapan.. jadi , ustad meminta agar kami sediakan kertas jawapan sendiri ..

Masa aku nak letak beg dekat atas stage, dengan penuh sopan santunnya aku mengeluarkan Sedozen Test Pad aku. made from Malaysia ni. Mak cik Latifah seorang pelajar kelas aku meminta 2 helai . tapi aku beri 3 helai. sebab aku faham tulisan orang Arab memang besar-besar , puas dia menolak , tapi aku paksa dia terima jugaa.. lepastu , aku bagi 3 helai juga dekat 2 orang kawan Arab aku yang lain.. faham jekla orang Arab ni , memang cepat mendoakan kita . Dalam masa tu sahaja , diorang semua mendoakan aku agar mudah jawab exam. cepat-cepat aku meng-amin-kan..

Oke , mulalah exam , Alhamdulillah , aku dapat jawab dengan lancar. dan yang seronoknya , semua bab yang aku tak berapa nak usik , semua tak keluar. hehe :D segalanya aku tawakal pada Dia yang akan berikan aku kejayaan . aminn !

yang aku nak mentionkan di sini ialah , BANYAKKAN MEMBANTU ORANG LAIN , kadangkala kita tak tahu , selepas kita sudah membantu orang lain tu , kemungkinan besar dia mendoakan kita dalam hati.. Lebih baik memberi daripada tidak memberi. dan lebih lebih baik lagi kita memberi sedikit daripada tidak memberi langsung.

pesanan emak aku , 
" Tawakkal dan Percaya dengan rezeki Allah , Dia yang Kaya , minta padaNya ! "

p/s: ini bukan penulisan kebanggaan , tetapi cuma mahu berkongi. hee :D chill deh ;) Bonne Chance et Bonne Courage de examen ! Je t'aimee <3


Saturday, May 5, 2012

Master Planning . Malaysia or Morocco ??

Assalamualaikum w.b.t

malam ini mood ingin menaip membuak buak. tetapi aku takde idea nak tulis ape. cuma nak cerita keadaan aku kat sini jek la. alhamdulillah , masuk bulan Mei , memang fofuler laa budak budak oversea busy dengan exam kan. termasuklah student Morocco jugak. tapi belum mula final la. baru mid sem. itu pun dah menggelabah tahap ape laa.. mane taknye.. baru nak last catch up study smule. sem ni kelas sangat rancak .. i likee !!

dah mula belek belek helaian AlQuran untuk dihafal. Alhamdulillah aku dah ade kesedaran nak bukak buku. hak3! bukan bermakna aku ni pemalas. cuma keadaan aku sekarang ni macam something wrong somewhere. hehe :D yelaaa eksaited nak balik Malaysia.. tapi sejak-sejak nak masuk musim panas nih , mulaa laa selesema bergelumang and then batuk yang tak henti henti. touching aku taww.. mom , i wish you were here noww ! to make me a cup of tea ! huhu !! =='

yang aku nak ceritakan kat sini ialah , tadi aku videocall dengan emak. Alhamdulillah , emak sihat walafiat !! suke tengok emakk . comel ! sambil kunyah curry puff.. hehe :D borak punya borak... tetibe hati aku terdetik to ask and request something dekat emak..

 " emak , andai kata PTPTN dimansuhkan and then pendidikan percuma di Malaysia , bole adik sambung stdy Master kat Malaysia tak ?? "

emak membalas " kenapa ni dik ? dah elok-elok dah dulu nak sambung sana ..Mesir pun emak oke jek.. "

" bukan ape emak , yela , kalau Malaysia dah free macam Morocco ni , adik taknak la lepaskan peluang stdy Malaysia pulak .. oke kan emak ?? "

" kalau betul free , mak kasi inshaAllah , tapi dengan satu syarat , mantapkan Bahasa Arab n try to speak Arabic very fluently .. oke??

" inshaALlah emak , before balik nak try kelas Perancis dulu ke.. tengokla macam mne nanti.. oke kan emak ?? "

" emak oke.. adik oke tak ?? tapiiiii itu pun kalau DAH FREE yee !! kalau tidak , try your best , study kat oversea juga.. peluang besar , jangan dilepaskan .."

Alhamdulillah , sukaaa dengan balasan emak.. entah aku tak tahu kenapa aku mesti tanya soalan macam gitu dengan emak.. sedangkan aku dulu yang terkinja kinja nak sambung Master kat oversea... takpela.. itu sekadar planning jek.. mana mana yang terbaik , aku dahulukan .. better aku lebih suka dengan decision emak aku. kerana seorang ibu lebih tahu kemampuan anak diorang dari anak itu sendiri. hehe :D tetapi ibubapa juga harus memberi kepercayaan kepada kemmpuan anak diorang jugak :')

so , harapan aku kat sini , semoga pucuk pimpinan kita di Malaysia terbuka hati untuk meluluskan perancangan tentang PTPTN & Free Education ni.. i wishh n i hope so !! Allahumma Aminn !!

last but not least , please pray for me and my friendss yang lain samade di Moroco , Egypt , Jordan , Malaysia gudluck exam ! bitaufeek wa najahh !! i love you allsssss ^__^



Padil yang sudah sehat .. 
seronoknya landing atas katil queen emak eh ^^ hehe :D
Semoga Padil & Family sehat jugak. hehe :D 
tak sabar nak hug hug Padil . ngeh3! 
xoxox !