Followers

Saturday, July 21, 2012

Feel it on Ramadhan1433

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah selesai puasa hari pertama, sudah terasa hangatan ke anak tekak . Musim panas yang mencecah 44'c di siang hari . Semoga Allah redha. malam tadi sudah berterawikh di Kenitra , hari ini di wilayah Rabat pula. esok iAllah di Rumah Duta Malaysia . ada majlis Iftor Jamie3e di sana.




seusai azan Isyak berkumandang di Masjid , aku dan akk senior terus siap pakai telekung untuk ke masjid itu . lalu aku mulakan bicara ..

akak , kenapa Ramadhan kali ni saya kurang zouqnya yaa berbanding ramadhan lepas...?

eh , awak baru first time ke puasa di Morocco ??

tak laa kak , last year kan kita pergi sama-sama jugak ke masjid ni.. akak lupa ye ??

hurmm , dik.. mungkin haati awak da sampai Malaysia kot..hehee :D
sebab tu awak rasa mcm gitu ...


ermmmm.. mungkin kot kaq .. sentap saya tawwww ..

sebenarnya mcm gini dek.. kalau kita nak feel Ramadhan ni, bukan dibuat-buat , jadi kita yang kena feelkan sendiri dengan kawan-kawan. so .. jomlaaa target tadarus banyak banyak dengan ahli bayt . kita buat 1 juzuk sehari . dan perkara sunat lain.. lagi bagus kalau dapat buat lebih ..

memang kaq , saya pun berharap begitu . Semoga ditetapkan hati kita ! same same ye kaq !


hari berganti hari , detik dan masa semakin hampir. 6 hari lagi untuk berangkat ke Mesir , dan akan terus ke Malaysia . Allah yusahheeel umur ! aminnnn. Allahumma salimna fi Ramadhan .. :')

ingat ! nak rasa syok Ramadhan , bukan datang begitu sahaja , kita yang kene buat Ramadhan tu seronok , kalau kita buat tak tahu dengan kehadirannya , memang laa kita tidak rasa apa-apa :))

Spread His Love . Thank You Allah !!!

Wednesday, July 11, 2012

KisaH Lelaki yang Miskin menjadi Kaya Raya !!

Assalamualaikum w.b.t

Diceritakan kepada aku oleh senior Master aku .. kisah tentang seorang lelaki yang miskin dan compang camping . tiba-tiba telah menjadi seorang kaya raya.

seorang lelaki umur lingkungan 20-an telah bekerja sebagai seorang yang biasa-biasa sahaja iaitu Jurutol . Dalam pada itu, dia telah mewarisi harta pusaka ayahnya berupa tanah 2 hektar di corok perkampungan . Sampai suatu ketika , lelaki ini kesempitan kewangan . Dia cuba untuk menjual tanahnya itu , tetapi orang kampung hanya mmpu mbeli sebanyak RM 50,000 sahaja. Apa yang menariknya oleh si lelaki ini , walaupun dia kerja sebagai orang biasa-biasa , dia tetap cuba men-settingkan minda dan perbuatannya dengan memberi zakat kepada fakir miskin di area tempat tinggal dia dengan duit gajinya semenjak dia mula bekerja.

 Sambil dia berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki , Allah telah mendatangkan idea kepada dia agar berjumpa seorang hartanah ( kakak punya kakak senior aku ) . Dia meminta agar tanahnya di jual kepada sesiapa yang mahu dengan harga yang berpatutan . Kakak senior aku try untuk rekeman kepada "pihak" ini .. beat punya beat ... "pihak" itu pun deal laaa nak beli tanah tersebut..

 Hari yang tidak dijangka-jangka , suatu malam, lelaki itu pergi ke 7Eleven . dia beli slurpee , tiba-tiba terdetik di hati ke mesin ATM untuk cek balance dalam akaunnya , tiba -tiba dia mendapati RM 300,00 berulangk kali masuk . sehingga mencecah RM 10 juta . 



cepat-cepat lelaki tu call kakak yang hartanah tu . Akak tu terus tersenyum dan meminta lelaki tersebut berjumpa dengannya esok hari untuk tandatangan pelbagai kontrak penjualan tanah tersebut . Lelaki tu terkesima dengan 10 juta tersebut . sampai berulang kali tanya , " apa yang patut saya buat dengan duit ini ??! " Si hartanah terus membalas , tunaikanlah zakat , bersihkan harta kamu kejalanNya . "

Sekarang lelaki itu telah bekerja mewah , tetapi tetap berjiwa humble dan sekarang mempunyai secretary . Senior Master aku ni pun berborak-borak sewaktu dia pulang ke Malaysia tahun lalu , Secretary dia kata , memang sejak dia bekerja orang bawahan dulu dan bergaji sedikit lagi dia memang tunaikan zakat. Mungkin itulah Allah nak ganjari sifat yang pemurahnya . Sehingga satu ketika bila dia terdesak memerlukan wang , Allah membalas dengan nikmat yang melimpah ruah !!

------------------------------------------------

Bila aku dengar cerita daripada senior aku petang tadi , memang aku tak nafikan , Janji Allah itu pasti . ianya sangat benar ! benar benar belaka ! Indeed , ask Allah , He know and will give you more than enough ! 
Tapi kena tajdid niat . bersedekah , bukan semata-mata hendakkan pahala / dikenali ramai atau lain-lain tu .. cuma nya , didik hati untuk mencari redhaNya ..

So , the conclusion is , more you give , more you get ! Banyakkan bersedekah ! Selamat BEramal . Ramadhan nak dekat , waktu ni laa nak lipatkan lagi amalan kita . Semoga Allah redha .

tata $______________$ !

Cuti part 11 : Shopping Complex terbesar di Benua Afrika

Assalamualaikum w.b.t

Salam bercuti masing masing. summer 3 bulan . yang agakk euuwww ~ sebab takde keje nak buat apa. sedangkan berlambak sangat kitab yang kena aku baca. Aku try untuk grab mana kitab kalau aku lapang. Inshaallah . tinggal lagi 2 minggu nak buat persiapan pulang ke Malaysia . tu yang sangat busy. teman kawan-kawan beli souvenier untuk family diorang kat Malaysia. teman senior beli baju dan kasut untuk Konvokesyen . teman kawan jalan-jalan . kenduri kendara . and so on ..~ tapi aku tak nak beli pape pun dari Morocco , just nak memborong kat Egypt nanty . inshaallah !

2 3 hari ni sangat letih. pulang rumah pun lewat. sakit-sakit tumit aku berjalan. hehe :D jadi , aku mengalami sakit tekak yang amat perit . i need strepsils noww! mungkin kurang minum mineral masa jalan-jalan tu.. asyik beli jus buahan jekkk..-__-

Semalam aku pergi Morocco Mall. katanya itu Pusat Membeli Belah terbesar di Benua Afrika. kalau korang tengok dia punya reka bentuk pun agak unik. lokasi dia sebelah laut Casablanca . Di dalamnya banyak sangat kedai berjenama . sangat branded ! Louis Vilton - Fendi - La Fayette - Swatch - Triumph - Prada - Apple TEchno - dan macam-macam lagi laa.. yang nice nya .. bila kedai tu area barang kemas , ade replika cincin. area cermin mata , replika spec . replika lipstick . replika headphone. nice sangat !

replika lipstick 

replika headphone

replika spectacles

di tingkat 2 pulak , ada bahagian Adventure Moroc. banyak tempat game. ala-ala funfair. tapi bukan sebarang funfair. hehe. faham jekla.. orang Arab ade je orang pakai jubah , niqab semua masuk tempat ni.. bawak anak anak diorang . spent time cuti-cuti kan.. so , kiteorang pun rasa macam agak selamat sikit laa untuk masuk kat situ. hehe :D



drive kereta dalam air . fuh semangat bebudak kecik nih

iceland 

ade ice skatting ! per person 65 dirham 

ballon water . 

banyak lagi game yang disediakan. cuma mata jek yang sempat nak record . kamera tak tersempat nak snap banyak dan satu persatu . hee :D


tak ketinggalan jugak , ada akuarium besar sangat . ketinggiannya sampai ke tingkat 3 . kalau nak masuk tengok spesies ikan bagai, kene bayar 25 dirham. siap ada lif lagi dalam akuarium tu .. susah - susah sangat , pakai jek cermin mata 3D tu . tengok dari luar. puas gak. hehehe ^^



Banyak- banyak restoran , aku pilih KFC. lepaskan gian . dah 2 tahun tak makan KFC since aku study Morocco nie. DInner Meal sampai 58 dirham . takpelah , 3tahun sekali jek untuk 58 dirham tu , sok-sok tak dan nak datang lagi ..aku suka sangat kat Food Court ni , ada pemandangan laut . sejuk betol laaa.. makan menghadap laut. ouchh ! tenang nyaaa, Mashaallah  :)))

Di bahagian malamnya , ada air pancut berirama. dia pancutkan air ikut lagu yang di mainkan. Ini salah satu video yang ada di post di Youtube. korang boleh search lagi. banyak lagu yang dah dimainkan semenjak adanya Morocco Mall nih..


Jadi , siapa yang berkesempatan , dan dilapangkan rezeki olehNya ke Morocco , jangan lupa singgah Morocco Mall. bukan sengaja untuk bershopping, tapi melihat keindahan dan keunikan Shopping Complex terbesar di Benua Afrika ni :))


oke tata ! Selamat tinggal Morocco ! 14 hari lagi ^___^

Thursday, July 5, 2012

Aku jatuh cinta lagi !


Assalamualaikum w.b.t

dan detik ini , aku semakin cinta dengan nota cintaNya . Oh Paradise Thank You Allah ;)

Surah Az-Zariyyat 1-30

ayat 5 : Sungguh setiap apa yang dijanjikan kepadamu, pasti benar .

orang selalu kurang percaya bila kita bersedekah / menginfakkan harta .. selalu kita tak terfikir yang Allah akan gandakan lagi apa yang kita dah infakkan tu . ingatlah , more you give , more you get .. yang lagi special bila yang si miskin tu yang bersedekah . Ingat , janji Allah itu pasti !

ayat 8 : Sungguh kamu berbeza-beza pendapat

biarpun kita sama warna rambut , duduk sama tinggi , tapi biasanya pendapat mesti berbeza-beza , So , jangan sesekali merendahkan pendapat kawan kita. Ingat taw ! takut ada yang berkecil hati ;)

ayat 15-20 : Orang yang bertaqwa terletak di dalam syurga yang penuh dengan taman-taman . dan terdapat 3 ciri orang yg bertaqwa . Sedikit tidurnya di waktu malam , yang memperbnyakkan berdoa kepada Allah di 1/3 malam . Dan banyak menginfakkan harta kepada orang yang meminta dan orang yang tidak meminta .

Konsep orang yang meminta - si peminta sedekah di tepi jalan
konsep orang yg tidak meminta - kawan kita yang kita faham bahawa dia sedang mengalami masalah kewangan mahupun bantuan lain tetapi dia tidak meminta minta .

ayat 26- 30 : Allah telah menghantar malaikat kepada Nabi Ibrahim dan mengutuskan berita gembira tentang kehadiran Nabi Ishak atas kandungan isterinya Nabi Ibrahim yang telah dikatakan mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat .

sempena Syaaban yang semakin pertengahan dan Ramadhan yang bakal menjelma , perbanyakkan lah istighfar kepada Allah . sesungguhnya Dia maha Pengampun lagi maha penyayang . Pernah dalam riwayat hadis Nabi s.a.w ; sedang betanya Nabi Muhammad kepada Jibril adakah mereka yg mencuri /berzina/minum arak juga diampunkan dosa ?? baginda mengulang ayat itu sebanyak 3x . Jibril tetap menjawab , ya ! Allah itu tetap akan mengampunkan juga ~

----------------------------------------------

Do you know .. ?! Dakwah is very fun . Tarbiyyah is very rilex . Allah hanya mmberi tanggungjawab ini kepada sesiapa yang special sahaja untuk menggerakkan dakwah dan tarbiyyah ini . Jadi , berbahagialah kita as someone special di sisi Allah :))

-----------------------------------------------

sampai situ sahaja nak sharing dengan you alls . doakan aku , lagi 2 minggu nak balik Malaysia . semoga dimudahkan segala urusan dan tercapai mission aku balik Malaysia summer ni ^__^

nah ! nak bagi special song from Maher Zain. hayati la.. special untuk kawan-kawan aku yang bakal melangsungkan perkahwinan . Syahira Amira Zawawi dan Mursyidah Hadi pada Julai 2012 ni. sorryy , tak kesampaian lagi nak tengok kawan sendiri kawen .  mabrouk . semoga jadi isteri solehah <3 love from Morocco !


oke , tata ! semoga bermanfaat sharing hari ni :)