Followers

Thursday, July 5, 2012

Aku jatuh cinta lagi !


Assalamualaikum w.b.t

dan detik ini , aku semakin cinta dengan nota cintaNya . Oh Paradise Thank You Allah ;)

Surah Az-Zariyyat 1-30

ayat 5 : Sungguh setiap apa yang dijanjikan kepadamu, pasti benar .

orang selalu kurang percaya bila kita bersedekah / menginfakkan harta .. selalu kita tak terfikir yang Allah akan gandakan lagi apa yang kita dah infakkan tu . ingatlah , more you give , more you get .. yang lagi special bila yang si miskin tu yang bersedekah . Ingat , janji Allah itu pasti !

ayat 8 : Sungguh kamu berbeza-beza pendapat

biarpun kita sama warna rambut , duduk sama tinggi , tapi biasanya pendapat mesti berbeza-beza , So , jangan sesekali merendahkan pendapat kawan kita. Ingat taw ! takut ada yang berkecil hati ;)

ayat 15-20 : Orang yang bertaqwa terletak di dalam syurga yang penuh dengan taman-taman . dan terdapat 3 ciri orang yg bertaqwa . Sedikit tidurnya di waktu malam , yang memperbnyakkan berdoa kepada Allah di 1/3 malam . Dan banyak menginfakkan harta kepada orang yang meminta dan orang yang tidak meminta .

Konsep orang yang meminta - si peminta sedekah di tepi jalan
konsep orang yg tidak meminta - kawan kita yang kita faham bahawa dia sedang mengalami masalah kewangan mahupun bantuan lain tetapi dia tidak meminta minta .

ayat 26- 30 : Allah telah menghantar malaikat kepada Nabi Ibrahim dan mengutuskan berita gembira tentang kehadiran Nabi Ishak atas kandungan isterinya Nabi Ibrahim yang telah dikatakan mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat .

sempena Syaaban yang semakin pertengahan dan Ramadhan yang bakal menjelma , perbanyakkan lah istighfar kepada Allah . sesungguhnya Dia maha Pengampun lagi maha penyayang . Pernah dalam riwayat hadis Nabi s.a.w ; sedang betanya Nabi Muhammad kepada Jibril adakah mereka yg mencuri /berzina/minum arak juga diampunkan dosa ?? baginda mengulang ayat itu sebanyak 3x . Jibril tetap menjawab , ya ! Allah itu tetap akan mengampunkan juga ~

----------------------------------------------

Do you know .. ?! Dakwah is very fun . Tarbiyyah is very rilex . Allah hanya mmberi tanggungjawab ini kepada sesiapa yang special sahaja untuk menggerakkan dakwah dan tarbiyyah ini . Jadi , berbahagialah kita as someone special di sisi Allah :))

-----------------------------------------------

sampai situ sahaja nak sharing dengan you alls . doakan aku , lagi 2 minggu nak balik Malaysia . semoga dimudahkan segala urusan dan tercapai mission aku balik Malaysia summer ni ^__^

nah ! nak bagi special song from Maher Zain. hayati la.. special untuk kawan-kawan aku yang bakal melangsungkan perkahwinan . Syahira Amira Zawawi dan Mursyidah Hadi pada Julai 2012 ni. sorryy , tak kesampaian lagi nak tengok kawan sendiri kawen .  mabrouk . semoga jadi isteri solehah <3 love from Morocco !


oke , tata ! semoga bermanfaat sharing hari ni :)

No comments: