Followers

Friday, July 29, 2011

cuti part 7 : Summer Break

Assalamualaikum w.b.t May Allah bless u alls blogger. my family . my friends.

Musim Soif semakin mula menampakkan dirinya.. cuaca yang semakin mencabar warga Malaysia di Morocco.. bulan Julai diisik dengan jayanya. cuma aku masih terkilan dengan diri aku. langsung tidak membuka kitab ! ufffff ! masa yang paling sia sia bagi aku !

hurm... firstly , program anjuran PMMM iaitu : Muktamar Senawi . tahniah kawan kawan ku yang sudah berjawatan. tanggungjawab kalian besar. aku sokong dari belakang jeklaaa..

kepada mantan mantan senior yang lain , terima kasih beri tunjuk ajar kepada kami sesi lepas. cehhh.. gaya aku , macam lah ade jawatan besaq sangattt. HAHHA.. aku tak kesah laa semua tu.. abaikann jek ! kui3!

aku orang belakang tabir sudah laaaa.. ajk makanan.. first time uli tepung untuk kueh burger Malaysia

Muktamar Senawi 11 diadakan di dewan INPT , Rabat selama 2 hari :)


barisan pemerintahan sesi 2011 - 2012. muka semangatt tuuu

secondly , alfoun mabroukk untuk senior yang sudah menamatkan pengajian di Morocco dan bakal pulang ke tanah air Malaysia.. bangga kott dah dapat degree & master ! uffff jelesss.. moga dapat dipraktikkan ilmu itu di Malaysia kelakkk senior senior .

aku still pegang ajk makanan lagi. kebetulan dipilih lagi..baking vanilla cake & koktail

Istiadat Konvokesyen kali ke-4 sidang ke-2 di Dewan Banini , Rabat

lastly , Sukan Sea antara Malaysia & Thailand & Indonesia. Alhamdulillah Malaysia bolot banyak emas.. TAHNIAH MALAYSIA. tak sia sia aku memekak kat stadium tu, cehhhh..

yeahhh.. akhirnya aku memgang ajk makanan lagii.. main sudu & camca lagi dod ! banyakk ilmu dapur aku dapat.meh meh, aku dah reti buat kueh keria & kueh cara berlauk & maniss.. cehhh POYO !

OKE.. antara gamenya.. bola tampar , ping pong , badminton, futsal, dan takraw.


Sukan Seas di Dewan Ibn Yassine, Rabat selama 6 hari


bukan kat Malaysia jek hangat dengan HARIMAU MALAYA, Morocco pon tawww.. hehe :D

oke! fine ! see , semua program aku jadi AJK Makanan.. haha! kebetulann ke pe tuh? hayyak. btw, thanks laaa.. aku dah pandai main sudu & camca :)





Salam Ramadhan untuk muslimin muslimat seluruh duniaaa ! Jaga kesihatan yea warga Malaysia di Morocco.. dah ramai sangat demam demam nih. yuhuuu..~ turn aku mayb akan smpai. tekak dah mule gatal gatal pening lalat pon sme jek nak tibe. hohoh ! Rabbuna Yusahillana !

Friday, July 15, 2011

TAHNIAH ! ALLAH YUBARIKK FIKKUMMM !


Alhamdulillah , selawat dan salam atas junjungan baginda s.a.w . First of all, aku nak ucapkan congrate congrate ! alfoun mabroukk untuk semua kwan kawan aku.. !

tepat 15 Julai 2011 kawan aku bakal bergelar Mahasiswa & Mahasiswi. akhirnya penantian aku dari Januari 2011 sudah berakhir. alhamdulillah , setakat yang aku lihat kos pengajian mereka pon aku rase setimpal dengan minat mereka. TAHNIAAHH sangat sangat. bila tengok kos Multimedia , Grafik , Pengajian Islam dan Bahasa Arab , aku rasa sangat sangat tertariklah ! rasa macam nak balik Malaysia jugak , study same same.

heee :D tapi takpe. semua tu rezeki masing masing. Dia sudah menyusun dengan segalanya. terimelah dengan redha :) so , totallynya rmai kawan kawan aku dpat USIM .. hehe berkampung sangatlah korang kat sne ea. hehehe..~ nasib badan. yang nak UIA , dapat USIM. yang nak UKM dapat USIM jugak..kui3!

tak lupa , mabrouk jugak untuk kawan kawan aku di Morocco yang berjaya mendapat pangkat dan senior yang naik pangkat.. menjadi orang penting dalam persatuan bukanlah mudah. ianya satu tanggungjawab & amanah yang besar. semoga kalian menjadi penggerak yang baguss bagusss belake !

bak kata Presiden , tema PMMM kali ini , KEARAH TRANSFORMASI PRODUKTIVITI & KREATIVITI yeaahhh ! aku tengok tema ni pon dah rasa bekeyakinan. hehe. anyway , go go go PMMM di mata dunia :)







p/s: kepada kawan kawan yang bakal ke Mesir, kuatkan hati untuk terus sambung stdy ke Mesir walaupun result UPU itu adalah pilihan pertama kalian. sayangggg , jika tolak , peluang besar tu bukan datang selalu. apa apa pon, istikharah lah jalan yang terbaik. insyaAllah :)


SALAM SESI BARU SEMUAA..
2011-2012

Wednesday, July 6, 2011

zaman bujang

Assalamualaikum w.b.t . May Allah bless our day until hereafter..

sekarang jam menunjukkan jam 2 pagi Morocco.Malaysia pulak 9 pagi..selamat pagi semua :) now, aku tak faham kenapa housemate aku goreng mee. haha! MEE GORENG tu weyh makan jam 2 pagi.. mereng semuanya. INSOMNIA !! aku pun tak faham. adakah ini dinamakan manusia normal??!

kui3!! takpe takpe. gunakan waktu BUJANG dengan sebaiknya! kui3!! aku rasa , mahu hari ni tak tidur. sedangkan kepala aku betulbetul pening !! penat jalan jalan kat Hay Hassan semalam..~

ada la habis dalam %^&* dirham. gila tak gila..

[ini barang barang kakak aku...]

beg sandang --- dirham
set sweater --- dirham
baju --- dirham

actually.. aku macam jealous sebab dia beli beg sandang baru.harganya --- dirham. senang lah kalau nak pergi jalan jalan wilayah lain..erm.. compenant kat beg dia macam cantiklah..sebab tu aku sarankan supaya dia beli.. :D

[ barang aku ]
simple jek !
set sweater --- dirham
baju hijau --- dirham
beg TL -- dirham
selipar -- dirham

totall ---dirham..

sekelip mata aku boleh habiskan sebanyak --- dirham. haaa..~ aku beli ni bukan saje saje jek beli.. sememangnya harus beli :) HAHA! dan sekarang aku puas.lebih lebih lagi ade purple kesayangan aku.

aku tak boleh nak letak angka. takut takut mak aku terbeliak kalau dia baca entri ni. tapi , lebih kurang macam gitulah digitnya :)

kasut hitam aku beli tu, sengaja beli.senang nak pergi pasar.aku ni simple jek.nama pun mahasiswi kan. kalau dah kerja boleh lah nak vogue vogue an..hee :D dlu kat Malaysia senanglah. nak beli barang , ambik jekk. terus sumbat dalam trolley.pastu mak pon bayar. seret je kad kredittt.sekarang takde de. nak beli pon, mengire ngire duwet.cukup ke tak ckup ke. tambah-tambah aku ni , under [ FAMA] fother + mother support. pndai pandai lah nak seimbangkan belanja.

masuk duwet bukan selalu, keluar pun harus jarang jaranglah kan..kakak aku jek, special sikit. ade scholarship..<--- betul ke aku eje? sebab tu aku selalu pow dianye stokk.. HAHA!

erm..kawan kawan aku lagi vogue. hebat hebat semuanya. almaklumlah orang nak pergi bercutilah katakan an..~ sabar ye hana , banyak masa lagi. masa ni lah nak raikan zaman bujang. pakai simple simple jek. vogue pon tak payah sangat lah..TAKDE siapa pun nak pandang kau. baju dalam almari pun tak habis berpakai tau. ade hati nak beli baju baru.HAHA!

seriyus aku katakan. kalau dah smpai kat negara orang ni, memang kena pandai bawak diri. urus hal diri dengan baik..sekali kau hanyut dengan sikap BOROS kau. tak kemanalahh jawabnya..~

kalau dulu sangat menjaga kulit jari,sebab aku jenis cepat menggelupas di jari jari. sekarang dah sangat kuranglah.kena pergi pasar sendiri. cari lauk. sayur. beli barang dapur.segala macam. dulu maid kemaskan rumah ,sekarang segala macam kau yang kena sental daki daki dapur. bukan nak kata aku pemalas kat rumah. tapi, selalu maid yang buat semua tu. aku tolong pandang dan senyum.hak3! jahat aku.

sekarang baik dah :) dulu , nak siang ikan pun takreti. sekarang, aku lah yang paling pro siang ikan. dah takpayah orang masuk dapur ajar aku .. hak3! [ POYOO ]

kadang2 aku jadi tak sabar nak balik Malaysia. nak suruh mak aku rasa masakan aku.drive pergi pasar sendri. beli semua :) nicelah kalau mak aku boleh mampu tersenyum tengok aku buat semua tu. hehe!

okelah.. dah bosan kot cerita aku. sekian sahaja. aku menunggu orang Malaysia online..tapi esok aku bakal menetap di wilayah Rabat selama 2 weeks & Kenitra 5 days. miss my room !








p/s:nak bawakk kasutt hitam tu masukk program boleh?? aku dah takde stok kasutt dahh.. tunggu mak pos dr Malaysia.. pleaseeeeeeeeeeee.. jangan bebel @ pandang slekk kat aku nanti ye senior senior sekaliann. hehe :) sorryyy sangat sangattttt


Miley Cyrus - Stay with lyrics


to y0u..

im ssoorryyyyy ! May God bless u dear ^__^

Sunday, July 3, 2011

kubur itu tidak bertanda !

Assalamualaikum. w.b.t. .. kalimah paling agung , laaaaila haillallahhhh !!

firstly malam ni aku macam kaku nak mulakan typing..sayu sangat. aku pun tak tahu nape?! takkan lah sebab kakak aku, ahlina, dan acu pergi lepak rumah Bayti Jannaty kot..?!

=.='

NO.. No..No.. bukan sebab tu rasanya..aku still boleh lepak sorang sorang selagi ada orang kat rumah. sebab aku ni bukan jenis yang suka lepak banyak tempat. kalau aku stay dalam bilik ni, alamatnya.. sampai aku nak pindah rumah baru next year, aku still suka duduk dalam bilik ni jugak.. HEE .. tak pasal jekk..~

actually aku dah tak tidur seharian.malam ni pun, aku tak tahulah aku boleh tidur ke tak..HEBATLAH aku kalau malam ni pun aku tak tidur jugak..erm.. cuma aku nak share something jek malam ni..aku teringin nak berkongsi rasa. sebab aku tak tahu nak share ngn sape. tapi tolong jangan cakap aku poyo.HAHA! tapi kalau nak cakap jugak , aku tak kesah. aku adalah aku..

erm.. korangkan..pernah tak kadang kadang terfikir mati?! orang selalu kata, orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati... nak kata aku ingat hari hari , tak jugakk.. cuma , sometimes tu.. bila aku angkat baju , aku tengok langit.. time tu aku rasa somethingg.. huuu..~ sentapp hati aku..! time tu laa aku rasa..subhanallahh luasnya langitt..entahh bila ajal aku.. :'(

lepastu , aku selalu bayangkan..keadaan aku mati tu macam mane??! baikkah keadaanya? mengejutkah??!

and then ,orang orang ramai usung aku mcam mana masa aku mati tu..bukan nak cerita berape weight aku..bukan nak kata sebab weight aku diorang tak dapat angkat aku.. tapi sebab amalan aku kat dunia sekarang nie..huhu.. Ya Allah..!!!!! kenapalah kadang2 kita selalu tak perasan yang malaikat pandang dan catat amalan kita??! aku selalu lupa..selalu sangat..huhuhu.. :'(

next , aku terbayang lagi.. saat ikatan muka aku tu dibuka mengadap ke tanah.. ahh... actually aku takut dan seram nak menaip ni..sebab dah malam.. :'( tapi.. orang selalu kata , kalau baik amalan kita di dunia ni, kita masuk dalam tu.. rasa sejukk jek tanah tu.. tapi..kalau amalan kita tak elok, buruk dan sewaktu dengannya..maka, lepas sahaja talkin selesai.. akan datang makhluk Allah yang berbisa..ular.. cacing.. arghhhhhhhhhh! Nauzubillah.. aku takuttt.. takutt seksa kuburr..! sebab tu lah , sebaiknya kita membaca surah Al Mulk sebelum tidur..

sini aku kepilkan fadhilat membaca surah al Mulk harap sangat korang rajin baca..sama sama nak tambah amalan.. huuuu..~

pastu, dihisabnya amalan kita yang pertama iaitu solat.. amalan wajib .. selepas itu barulah ada amalan sunnat. itu kalau kita buat yang sunnat..kalau yang takde??! kau bayangkan kau nak topup balik amalan kau..kau gile nak mintak balik ke dunia..??! JANGAN HARAP..sebab tu, Rasulullah dijadikan contoh.. qudwah hasanah.. :) Allah dah susun semua tu cantiikk jekk untuk hambanya.. bak kata orang , dah sedia dah makanan atas meje. tinggal nak suapppp je..

tambah lagi..kita dudukkkkkkkkkk jek la lama lama dalam tuu.. kalau ada orang yang ambil manfaat dari kita semasa hidupnya didunia atau ada yang mendoakan kita, amanlah kita dalam kubur tu. kalau dy banyak ambil yang buruk dari kita.. maka , berganda gandalah keburukan kita..[ korang faham tak ayat aku ni?? ]

pastu pastu dan pastu.. dan sampai lah kiamat... uffff... kubur tak bertanda weyh..! aku takuttt..! ajal datang bila bila jek.. YA Rabb ! ampuni lah dosa dosa kami ni..aku tidak menggunakan nikmat yang kau beri dengan sebaiknya..

huuuuu..! tersentapp lagi bila ending cerekarama " Bila Azan Berkumandang " dia kata...
Bila azan berkumandang , maka DIAMLAH.. dan segerakan lah SOLAT.. agar senang apabila ajal bertemu dengan kita , maka lancarlah kita hendak menyebut kalimah لا اله الا الله ...

Ya Allah ! thabit qulubana...tetapkan lah hati hati kami di bawah jalanMu !!

sekian sampai sini sahaja. moga entri kali ini ada mmberi manfaat kepada sesiapa yang terbaca.. terima kasih kerana sudi datang blog saya .. sama2lah mengislah diri masing masing.insyAllah!

Jangan kamu merasa gembira kerana kamu merasakan telah berbuat taat, tetapi bergembiralah kerana ALLAH SWT mengurniakan hidayah sehingga kamu dapat berbuat taat.

(Sheikh Ibn A'thaillah)
p/s: tahniah kawan yang bakal menjalani PITT. moga kalian terus berjaya.. moga kawan lain terus dipermudahkan kemasukan sambung belajar.. dan selamat berdemo-demo ye Malaysia !
9 Julai 2011