Followers

Sunday, September 8, 2013

Kemudahan Sambung Belajar di Morocco

Assalamualaikum w.b.t

ke hadapan saudara dan saudari yang berhajat untuk menyambungkan pelajaran di Morocco. Kalian amat dialu-alukan kedatangan untuk menyambung pelajaran ke sana.

walaupun saya hanyalah pelajar lepasan Ijazah di wilyah Casablanca, saya amat berbesar hati jika ada dalam kalangan kita yang ingin sambung belajar di sana. untuk maklumat lanjut dan info maklumat untuk lanjutan Universiti dan Wilayah di Morocco, bolehlah terus ke link blog persatuan kami PMMM

anda boleh lah terus ke pautan yang telah di sediakan. di situ telah dikepilkan beberapa dokumen yang perlu disediakan untuk membolehkan memohon belajar di sana.

Negara Morocco sangat mementingkan kualiti setiap pelajar. Maka pihak kedutaan di Maghribi ini hanya membuka peluang kepada beberapa orang pelajar sahaja utk sambung belaja di sana. contohnya hanya 15 orang sahaja setiap tahun yang ditawarkan untuk ke Maghribi. Oleh itu, saya ingin menyatakan hasrat kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh sahajalah yang memhon ke sana. Jika terdapat beberapa keraguan, maka eloklah batalkan niat, kerana ianya akan menutup peluang pelajar lain yang berhajat untuk ke sana.

Di sini, peluang kursus pembelajaran yang ditawarkan tidaklah terlalu banyak. contohnya pengkhususan Bahasa Arab dan Pengajian Islam sahaja. terdapat kos lain di sini, tetapi setakat ini, ianya masih tidak diiktiraf lagi di ngera Malaysia kita.

Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Arab Darijah (bahasa pasar) / Bahasa Arab Fushah/ Bahasa Perancis / Bahasa Sepanyol. Antara bahasa yang wajib di pelajari di Universiti ialah Bahasa Arab. Perancis. Sepanyol dan Bahasa Inggeris. Para pendidik di sana, sebolehnya akan menggunakan bahasa Arab Fushah bagi menghormati para ajanib dari negara lain seperti Turkey, Malaysia, Arab Saudi, Indonesia, Thailand dan lain-lain.

Bilangan pelajar ajanib di sana tidaklah terlalu ramai. jika kita lihat Mesir dan Jordan, dalam sebuah wilayah mampu mencecah 1000 orang pelajar Malaysia dan adakalanya lebih dari itu. tetapi suasana pembelajaran di Maghribi jauh berbeza. Barangkali kuantiti paling ramai mungkin hanya sekitar 20 orang sahaja termasuk lelaki dan perempuan. Oleh itu, pelajar Malaysia mampu menguasai bahasa Arab dengan lebih mendalam lagi. Tamabahn pula, budaya Banga Arab di sini sungguh memuliakan tetamu daripada negara lain.

Cuaca di negara Andalusia ini terdapat 4 musim. Sejuk/ Salji - Bunga- Luruh- Panas . setiap musim ini mengalami 3 bulan fasanya. dan Fasa pembelajaran juga hanya mempunyai 2 semester sahaja setiap tahun. Yang lebih menguntungkan kami pelajar di sana sentiasa dapat menikmati cuti pada setiap fasa musim tersebut. Contohnya pada musim bunga April, universiti tutup untuk bercuti selama 2 minggu.

Maka dengan itu, pelajar mempunyai masa yang terluang untuk melawat negara jiran yang berhampiran dengan Maghribi ini. Contohnya seperti Spain / France/ U.Kingdom / Italy / Russia / London dan sebagainya. Setakat ini, pengangkutan untuk ke sana tidak menjadi masalah bagi pelajar. kerana Maghribi telah menyediakan beberapa penerbangan murah . feri dan sebagainya.

Pembelanjaan. Di sini kami menggunakan mata wang dirham Morocco. rate nya lebihkurang RM 1 bersamaan 2.6 Dirham. walaupun kami free sepanjang pembelajaran, tetapi dari segi pembelanjaan kehidupan seperti sewa rumah, makanan, pengangkutan dan lain-lain agak mahal sedikit kerana ianya di akibatkan pengaruh Negara Eropah. tetapi setakat ini, pelajar tiada masalah kerana pihak persatuan Anak Negeri, Kebajkan dan pihak kedutaan sentiasa menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang mempunyai masalah kewangan.

Makanan dan Budaya. Roti menjadi makanan ruji orang Arab Morocco. Kuskus , harirah dan lain-lain sentiasa digemari oleh masyarakat Malaysia di Maghribi. setakat ini, tiada pelajar yang kurus akibat tidak lalu makan. hehe, jiran-jiran Arab sentiasa meraikan perbezaan kami. maka, pelbagai makanan yang sesuai yang boleh dipilih untuk menjadi makanan harian. Beras juga dijual di sni. tetapi ianya agak mahal. kerana permintaan tidaklah terlalu tinggi. permintaan ini hanya bergantung kepada foreigner yang tinggal di negara ini.

terlalu banyak untuk diceritakan di sini. emak saya yang datang ke Morocco pun rasa mcm taknak balik malaysia. Morocco mempunyai keunikan sendiri. ianya terlalu jauh perbezaan berbanding dengan negara Arab yang lain.

marilah kunjungi Morocco dan rasakan keunikannnya tersendiri !! Sesungguhnya aku rindu nak belajar di Morocco semulaaa !!!!!

kalau rajin, add saya sebagai friend anda di Facebook untuk lihat pelbagai gambar percutian kami di Morocco :) [ Hana Szied ]

Monday, July 29, 2013

Safely arrived at Malaysia

Bismillah Salam Sejahtera..

Alhamdulillah sudah 5 hari tiba di Malaysia. dah nak masuk 1kg naik berat . nasib baik ianya maseh dalam keadaan terkawal. kepada emak along angah kak dibah dan tut tut , terima kasih laaaa jemput kat KLIA . siap bawak lauk udang sambal dan curry puff faveret .

untuk balik kali ini, aku berharap agar jetlag tidak berpanjangan. hopee so. hopee so.. banyak benda nak kena buat. seriyusly . Alhamdulillah done satu persatu. banyak lagi nak kena pecut.

mohon doakan kelancaran urusan saya.

# nak beli baju raya !
# nak beli kasut raya !
# nak beli tudung raya !

nak nak nak nak !! k bye :)

Thursday, July 11, 2013

Berpuasa dengan Herbalife

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan 1434. Alhamdulillah sudah tahun yang ke 3 berpuasa di Morocco. dan tahun ke 21 aku berpuasa sebagai umat Islam. moga puasa kali ini bertambah amalan dan berganda pahala .

kelainan sikit pada tahun ini. bersahur dan berbuka dengan Shake Herbalife. Alhamdulillah , puasa yang kedua sudah turun 1kg. Ehiks! seronokkan :)

kalau nak tahu, plan aku senang saja. tapi macam biasa la, benda yang baik memang sangat pricey sikit. 1stly , ambil Formula 1 Shake , Formula 3, Aloevera , dan TC Formula. sepatutnya kena complete dengan Teamix sekali, tapi takdan nak minum , dah azan subuh. hihi..

oke, senang je. caranya :

SAHUR

- 500ml aloevera
- 500ml Shake Herbalife. sengaja kurangkan sedikit. 3 scoops Formula One. dan 1 scoop Formula 3
- 6 biji kurma
- mineral sebanyak 400ml.
- 1 kapsul TC Formula

sepatutnya , lagi banyak minum air kosong lagi bagus. tapi apkan daya , di Morocco azan jam 3.45pagi. aku baru sudah solat dah jam 3.20pagi. makan masa sikitlah nak minum tu. memadai sekadar yang korang mampu.

BERBUKA

- sama seperti di atas - lebihkan minum air kosong. supaya terawih korang lebih cepat dan takde malas malas nak solat :) yang berbuka, takde alasan minum mineral sikit. hihi. sebab masa panjang. lagi baik kalau korang bawak mineral ke masjid jugak :)

masa berbuka ni, aku tak ambil apa-apa pun hidangan berwarna. maksud hidngan ini ialah lauk-kuih muih dan sebagainya tu lah. yang aku ambil hanya shake dan kawan-kawannya sahaja.

andai kata, lepas solat maghrib, korang maseh rasa lapar lagi, ada baiknya kornag pergi shake lagi. tapi aku rasa mustahil korang rasa lapar, sebab shake sangat mengenyangkan ! seriyusly !!

MOREH

oke untuk moreh , 1 liter air atau lebih. lepastu korang nak balun hidangan berlauk atau kuih2 terpulanglah. tapi , beragak-agak sikit kuantitinya ya!! sebab lepastu korang akan masuk tidur. jangan bawak kolestrol sekali bawak tidur sebelah bantal korang. hihi

Alhamdulillah , puasa pertama lost 0,5kg. dan puasa kedua sudah masuk 1kg . doakan aku ye! untung-untung balik Malaysia 23 Julai ni dapat lost 7kg pun jadiklah ! hihi.

oke selamat beramal. Ingat ! sihat bertenaga di Ramadhan , langsing bergaya di hari Raya !!


Saturday, June 15, 2013

Selesai Sem 6 & MInyak Argan !

Bismillah. Allah Maha Penyayang. Maha Pengasih.

Alhamdulillah , today exam final sem 6 sudah selesai. di akhiri dengan perbincangan Thesis Degree. mohon doakan saya dan anak-anak Asia di Morocco.

Inshaallah jika ada rezeki , saya konvo Julai 2013 ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. selesai 3 tahun di sini. tapi tak boleh nak suka sangat. sebab nak tunggu result lagi mendebarkan . Apatah lagi nanti nak tengok result tu .

Apa yang bole buat kat sini ?? ada lagi satu bulan di Morocco. ini lah masanya nak selesaikan semua urusan di Jamiah dan Kedutaan dan haflah segala mcam. Mula lah kerja kerja menterjemah semua sijil pointer aku dari jamiah ke kedutaan. hari tu dah buat dah. tapi kene buat correction. huh. touching sungguh. takpela..

Aku teruja dengan kucing Amir yang duduk Fes tu. kucing dia macam Russian Cat Blue. comel sangat . aku nak jagakan masa dia balik Malaysia nanti. dia balik 6 July. sekejap jek aku dapat jagakan kucing dia. 3 minggu jek lebih kurang. huhu -.-

oke. pastu isi masa lagi dengan banyak membaca. memasak kuih muih la bagai. yela. taklama lagi nak naik tangga lain. wacehhhh ! Doakan yeee :D

haaaa. pastu , berbaki sebulan lagi ni .. rasa nak jalan Europe je. tapi apakan daya, lebih banyak lagi priority yang perlu dilihat -..- sabar jeklaaa. takpelaa. nanti ada rezeki jalan jalan Italy eh. huhu :(

Oh sebelum aku terlupa.. aku nak bagi tahu,.. aku nak menjual minyak Argan. rasanya korang semua dah maklum kan function minyak argan tu.bukan senang aww nak beli Minyak Argan ni. MOrocco mari . Morocco ni dah laa jauhhhh !!! kalau tak tahu, bole lah googling eh . Kalau nak tahu detail tentang minyak argan ni.. boleh laa PM kat Facebook. atau whatsapp di +60136609249 tawww !

Last , aku mohon korang doakan kejayaan aku eh. Aku nak balik Malaysia dan KOnvo jugak tahun ni ! yey .. oke . gunite. wasalam :*

Thursday, May 30, 2013

Common Sense

Assalamualaikum w.b.t

Tanggungjawab? apa yang korang faham dengan tanggungjawab? Bagi aku ianya adalah satu amanah yang hukum manusia tetapkan / Allah tetapkan . dan jika tak dilaksanakan, maka korang jawab di akhirat.

Dalam konsep ini, aku bukan seorang yang suka nak bagi arahan untuk orang lain buat kerja. Aku sekadar mengingatkan orang lain jika mereka terlupa. Tetapi bagaimana pula dengan orang yang bermasam muka dengan tanggunjawab yang perlu mereka lakukan ??

Dan kadang-kadang aku sememangnya tegas dalam bab-bab ini. terutama tempat yang korang duduk. Kita hidup bermasyarakat, haruslah melengkapi sesama yang lain. Ada tu pula, sudah tahu tanggungjawab mereka tetapi sengaja tunggu disuruh untuk melakukannya.

Aku sangat tak faham. Aku bukanlah jenis emosional. Tetapi membebel itu perlu sebagai tanda aku sangat cerewet dalam bab ini. Dah biasa lihat orang panas telinga bila disuruh, tapi kenapa sendiri tak mahu ingat tentang tanggungjawab masing-masing.

Kerana itu subjek Sivik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pendidikan di Malaysia itu harus diteruskan. Istilah common sense dalam diri sememangnya kurang dalam diri manusia kini.

contohnya ; Kita sudah lihat kawan-kawan bertungkus lumus mengemas rumah dan membasuh pinggan.takkan kita boleh buat tak tahu untuk susun kasut pula.

contohnya ; Kita hantar adik kita ke tusyen @ pusat jagaan. kita tak mampu membayar upah, apa salahnya kalau kita hulurkan buah tangan.

contoh lagi ; Kita nampak dalam kumpulan belajar kita, dia salah seorang yang akan taip dalam Mic Power Point, takkan kita tak bersalah untuk mudahkan kerja dia yang lain.

oke, senang cerita macam ginilah. Andai kata korang balik kampung, korang nampak mak-ayah korang je yang akan bawak balik barang-barang dapur untuk nenek korang di kampung. Dan setiap itu pula, mak ayah korang tetap membayar gaji pembantu rumah nenek korang. Korang ada rasa sekelumit geram tak tengok pakcik-makcik korang yang tak buat apa-apa. Dan kadang-kadang balik ke kampung hanya tahu makan dodol dan tunggu lemang siap je di hari raya.

Mesti korang rasa dah sampai sudah turn pakcik-makcik yang lain untuk membayar bil elektrik pula ke -   menyiapkan persiapan baju raya untuk nenek ke - atau membawa kuih raya dan sebagainya kan .

COmmon sense memang berlaku di sekeliling hidup seorang manusia. Inilah namanya manusia. macam puzzle. lengkapkan sesama yang lain. Susah juga kalau kita tidak ada perasaan sebegini. kelak pasti timbulnya soksek-soksek di belakang kawan-kawan kita @ keluarga kita mahupun adik beradik kita .

Oleh itu, di sini aku sangat menyeru semua makhluk yang membaca entri kali ini dengan penuh perasaan. Sebab sifat sivik @ common sense ini sangat penting dalam diri setiap manusia. Ia mesti diwujudkan! Ibubapa sangat memainkan peranan penting dalam hal ini.

Mengerah anak-anak melakukan kerja mereka sendiri walaupun terdapat orang gaji di rumah. walaupun kita suda mempunyai orang gaji, apasalahnya 2x dalam sebulan itu, kita suruh mereka pula yang iron baju sekolah sendiri, basuh kasut sendiri. Dan yang paling kerap suruh mereka basuh pinggan mereka sendiri.

Sampai di sini sahaja yang aku mampu coretkan. mungkin melalui post video ini anda semakin faham apa itu common sense. Semoga kita diberi hidayahNya. dan doakan saya dan kawan-kawan berjaya dalam peperiksaan akhir ni ya :')

Wednesday, May 22, 2013

Mei - 57 to go !

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah detik demi detik , sudah tiba akhir Mei. Rasanya baru hari tu Happy New Year. Baru jek bulan Januari. percaya tak percaya pun, i/c Morocco aku sudah siaplaaa jugak . hee. Alhamdulillah atas segala nikmat iman dan islam, kenikmatan, kemudahan serta perasaan yang Allah telah anugerahkan kepada hamba hambaNya.

Dikesempatan ini, aku ingin mohon doa kalian yang membaca , terbaca, sengaja baca blog aku ni. Aku dan kawan kawan akan menghadapi peperiksaan FInal Sem 6 inshaAllah bermula  tarikh 25 Mei 2013 , 6 Jun, 7 Jun. Dengarnya 7 Jun tu ada 4 paper . Keempat empat tu syafawi. fening fening. bolos otakku. Mohon doa kami cepat cepat catch up study dan thesis Ijazah .

Semakin cepat masa berlalu, semakin exam bertandang , semakin bertalu talu pula kekusutan di kepalaku . Ohooohooi seram sejuk mak jemah oittt nak exam . nak naqish thesis lagi . phew phew!! 

Apapun aku berharap agar harga roti Gardenia Butterscoth tak naik harga kat Malaysia. haha! mengidam sangat sangat nak makan roti tuu. Asalkan itu roti gardenia , memang rasa mengidam tahap dewa !

btw, sekarang aku suka berjalan-jalan di Facebook je, Instagram kan dah ade. hihi . oke lah, nak study semula. tata :') semoga kalian juga maju jayaaaaa !!!! Terima Kasih :D



Monday, April 1, 2013

enough Morocco. i had tired of this !!

Assalamualaikum w.b.t

Morocco ku tempat belajar ku .

untuk pengetahuan, i/c Morocco aku yang dulu hilang entah ke mana. aku tak tahu orang gaji aku yang ke berapa kemas rumah aku masa open house hari raya tahun lepas. last2 hilang begitu sahaja.
kini aku sedang menanggung derita . derita seorang pendtang asing yang diundang.

maka, tamatlah visa yang 3 bulan tu. expired on Jan 2013. now dah April 2013. agagaga! seriously, tamat je visa aku terus nak pi aman watoni ( balai polis) untuk settle down semua hal ini. sudahnya , pak polis tu katee ade nizom (undang2 ) baru pulak. oke fine! aku ikut kan aje.

sampai nex week nye aku datang lagi dengan membawa doc yang baru pula seperti nizom tersbut. tetapi still rejected. aicett ! ini sudah mendtangkan angin ribut.

maka, sampai kali ke3 aku datang, dia kata, li tasna3 bitoqah jadid , laysa fi huna. tasni3 fi aman watoni qareeb min baytuki ! ( nak buat ic baru, kau bukan buat kat sini, kau kene buat kan balai bdekatan rumah engkau) aiwahh... aku membalas.. la ! la ! usbu3 madi kuntu min huna . wa hadihi wathae9 .. ( bukan! aku dah datang hari tu.. minggu lepas.. inilah documen yang engkau mintak tu )

sudahnya , aku tak diterima lagi. sekali pergi kat aman watoni yang diorang laung-laungkan sangat tu, sekali still polis tu kate bukan buat kat sini. buat kat tempat za9touni ( balai tadi ) gagagagag ! kepala ku makin pusing. akhirnya aku membiarkan diri tidak punya i/c . da la siap tanya aku. shuffi , enti ajanib yakk ? limaza tahtaju bitaqah watoni ? enti mutazawwijah ? beghit 3arus ? ( eh kau kan foreigner, kenapa kau nak i.c morocco . kau dah kawen ke ?? kau nak kawenn ?? ) dah bile plak aku nak kawen. aku nak belajar lerr . *__*

sampai bulan Mac, aku dah risau. mcam mana aku nak ambil sijil ijazah kalau aku takde i/c morocco. so, last week aku mcm lipas kudung , monyet dapat bunga dan tikus membaiki labu. macam2. nak kata terlalu busy yang teramat. ke Rabat urusan Wizarah 3adalah ( justice) - kedutaan - Rabat again . n so on ..sehinggakan aku terpaksa burn 2x waktu ke library . arghhh @_@ !!!

last week aku pergi , polis laki tu kata, hadihi masalah , tahtaju wasthae9 akhor ( utk masalah engkau ni , kau perlukan documen lain ) so, settel down undang2 baru lagi. haiceet ! aku kene buat decelaration yg aku hilang i.c and bla bla bla. dan beli setem 20dh yg bagai nak habes duwet ke taxi mencari setem itu ..

and then, aku ke balai polis hari ini. walaupun aku tahu, aku hampir lewat. aku tetap usahakan juga. tahan taxi dan terus pecut ke balai polis california pulak. aigooo ! aku sangat sangat berdoa. hope sangat dapat setelkan hari ini. sekali aku tinjau. opsss ! alamak ..! kenapa mesti polis perempuan yang jaga kaunter hari ini.. ! sebab aku tahu , bila polis perempuan yang jaga, memnag takkan bagi muka langsung dengan foreigner. aishhhh !

 balai polis tutup jam 130. sekarang tepat 115. maseh berdoa. dan tingg! diorang panggil aku masuk bilik. sudahnya aku pun terangkan.. beghitu bitoqah taasjil jadidah. li anna bitoqah diyali ghaibah fi malizia. al an, intahat ta2shirat dyali..wa ana... ana uridu an istimrar dirasati ( aku nak i.c baru. sebab ic aku hilang di Malaysia. dan visa aku pun dah tamat. aku nak sambung belajar di sini )

dengan muka slumber, dan tak cek pun document aku , terus dia cakap , shufii , hatta ghadan inchallah ! ( eh , esok laaa buat ) dan aku terus tengok jam. erk! baru 115 kott ! kenapa nak tutup awal ?! aku jawab .. i3lachhh ?! ( kenapa?!! ) laaa. intahat wa9t . .. inshaallah ghadan fi sa3ah 9 sobahan . ( tak.. dah habes mase , inshallah esok 9 pagi )

hohoo bebola mata aku semakin menyinga dan mengeluarkan api merah . kalau aku boleh terus merepek cakap BM kat dia kan bagus. agagagaga ! :'( dia tak tahu betapa sakitnye jiwa dan ragaku mencari setem kat tmpat ni. aku merayu lagi . shufffi . momkin al al2an, endi hisooh ghadan fo sobah ... ( eh , pleasse laaa, hari ini. esok pagi aku ade kelas ) dy balas , feyn ?! ( kat mna? ) ana tolabah fi jami3ah hassan thani ain chock ( aku student jamiah hassan thni ain chock ) pastu mukeee tak bersalahh ... die still jawab , inshallah hatta ghadan .. ( iAllah esok jugak )

still have 13 min . LOL ! nak rehat awal . aku sangat teraniaya :"( aku dah ulang alik ke aman watoni byk kali. burn kelass , burn library , burn liqaq. aigooooo.

inshaallah esok aku usaha lagi sampai aku dapat bagi dan hantar documen aku . kalau tak, susah laa aku nak balik malaysia n dapatkan sijil ijazah. pleass do pray for me. uhuksss :"(

aku sangat sedih. aku sangat tertekan. aku sangat frust. aku sangat kecewa. emak i need your shoulders now!!!!!!!!! T__T

# orang arab sangat begini. seriyeslyyy# 

Friday, March 15, 2013

Sahara Desert, Morocco dan hikmahnya



Sahara Desert,Morocco dan hikmahnya
Padang Pasir Sahara menjadi pilihan hati. Hany dan ‘housemate’ memang kaki berjalan. Pantang sahaja ada cuti semester , pasti mereka akan cuba menjelajah ke mana sahaja yang belum mereka sampai. Kini, mereka cuba untuk merancang percutian di sepanjang Morocco, barangkali mereka memilih percutian di Bumi Morocco sendiri kerana tidak lama lagi mereka akan menamatkan pengajiannya di sini. Mereka cuba untuk ‘grab’ peluang yang ada.
Hany dan 9 temannya telah menempah sebuah Van Cameo berkuasa tinggi. Pemanduan ke Sahara ini memakan masa lebih daripada 4 jam dan bersimpang siur. Di sepanjang jalan itu, mereka telah melalui salah satu jalan yang paling bahaya di dunia. Dades Gorges namanya. Suara-suara jeritan kecil Hany dan teman-teman kedengaran ketika Pak Supir cuba mengambil selekoh di perjalanan.
Dades Gorges
Dades Gorges
Setelah makan-tidur-rehat-bersembang panjang di dalam cameo itu, akhirnya sampai juga ke Sahara seperti yang telah dirancang. Mereka disambut girang oleh Pak-pak Arab dan Abang-abang Arab di situ. Dihidangnya tea-mint serta beberapa hidangan manis dan dilayan mesra.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh Hany. Beberapa ekor unta telah disiap tali dan dirapikan ‘seat’ tunggangannya. Maka bermulah misi penggembaraan mereka menjadi hamba. Di setiap langkah unta tersebut, tersisip di minda dan mengimbau kembali sejarah-sejarah perjuangan Nabi dan Sahabat Baginda. Ketika itu penghujung musim sejuk. Suhu di Sahara yang tiada apa-apa tumbuhan, hanya berlantaikan pasir serta berbumbungkan langit itu sudah menjangkau 13’celcius. Kesejukan yang teramat. Angin-angin semakin kuat. Nasib baik Hany memakai pakaian tebal.
Sahara Desert
Sahara Desert
Perjalanan hampir senja. 30 minit lagi Hany akan tiba di khemah penginapannya yang diwar-warkan seronok itu. Dalam keseronokan teman-teman Hany meng ‘shoot’ sunset yang indah itu, Hany terpana sebentar melihat ‘sunset’ tersebut.
Benarlah firman Allah ; “Sesungguhnya dalam perciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.
Iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi. Dan berkata “ Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka”
{al-Imran 190-191}
Bayangkan suhu di Sahara ini, jika musim sejuk terlalu sejuk. Jika musim panas tiba semakin panas hampir mencecah ke 60’celcius. Pernahkah kita terfikir bagaimana Rasulullah, Sahabat-sahabat dan para wanita melalui zaman seperti ini untuk  menyebarkan dakwah? Yang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Terpaksa meninggalkan anak-anak, isteri-isteri mereka. Bukan sekadar itu sahaja, malah sahabat-sahabat sanggup mengorbankan harta benda milik mereka. Sungguh tinggi iman mereka!
Firman Allah lagi; “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
{at-Taubah;24}
Analisa pula tinggi dan rendah mana pula iman kita. Yang mana, kita hanyalah dikerah agar berjihad menuntut ilmu dan meninggalkan ibubapa di rumah serta hiburan sebentar sahaja sudah tidak mampu.
Tahukah kita ilmu kita lebih tinggi berbanding dengan sahabat-sahabat Nabi? Lihatlah Sumayyah sebagai contoh yang tahu mengucapkan Kalimah Syahadah sahaja ; “Asyhadu an La Ilaha Ila Allah wa Asyhadu anna Muhammad Rasulullah” Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Hanya dengan kalimah ini, iman mereka setinggi langit. Berbeza dengan ilmu kita yang sudah pasti tahu hukum-hukum feqah, asas-asas tiang Islam,tidak cukup itu, punyai pula ilmu bidang lain seperti kepakaran dalam bidang Kedoktoran, Seni Bina, Kejuruteraan dan lain-lain lagi, tetapi masih sukar untuk mentaati Allah dan mencintai Rasulullah.
Alhamdulillah perjalan 2 jam itu mengajar Hany.Semalaman Hany di situ. Dihidangkan lagi santapan makan malam. Tetapi malang sekali tidak mempunyai kemudahan bilik air. Hanya mampu berwudhuk menggunakan air perigi. Malam itu Hany keluar dari khemah dan memanggil teman yang lain untuk melihat bintang di langit. Sehingga jam 2 pagi,barulah mereka masuk tidur di dalam khemah ala-ala kain guni yang hangat itu.
Subuh-subuh lagi Pakcik Arab sudah memberikan arahan kepada Hany dan temannya agar bersiap segera menaiki unta. Sepanjang perjalanan itu, dilihatnya oleh Hany keindahan ‘sunrise’ pula. Subhanallah indah sungguh!
Sunrise
Sunrise
Inilah dinamakan Hakikat Ibadah dan Perhambaan kita pada Allah. Cuba untuk mencintai sesuatu yang kita tidak nampak iaitu Allah. Semakin tinggi pengorbanan kita untuk mencintaiNya, semakin dilihat oleh Allah atas usaha kita itu. Hendak melihat sejauh mana Allah membalas cintaNya pada kita, Lihatlah bagaimana kita merembeskan cinta padaNya !
“Iyyaaka Na‘budu Wa Iyyaka Nastain”
dalam perspektif sufistik merupakan bentuk ubudiyah hamba Allah dalam situasi “Al-Fana”. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kapada Engkaulah kami meminta pertolongan
{al-Fatihah:5}
#repost#
sekarang aku mula menulis di MyFityan.Com. korang rajin rajin lah melawat ke sana :)

Bingen,Germany menyapaku!



Bingen,Germany menyapaku!
“Angah ! Kenapa kita mesti pergi Bingen, German tu.. bukan ke kita dah plan nak ke Belgium ?!”
 Lalu kakak Hany menjawab..
“ adik , kat Bingen tu ada akhowat , senang nak travel. Lagipun akhowat Besancon tu dah susunkan untuk kita dan dah bagi no fon , emel diorang lah..”
Pagi itu Hany dan kawan-kawannya yang lain meninggalkan kota Besancon. Dan meneruskan pengembaraan cintaNya di Bingen,German. Kebetulan sepanjang perjalanan Hany ke Bingen menaiki SNCF itu, tiketnya sahaja di tempatkan di ‘ seat high class’ maka dia keseorangan di gerabak itu , ‘housemate’nya yang lain semua sibuk makan biskut bersama, coklat bersama. Hany memandang di sudut jendela gerabak itu melihat embun subuh, Hany merungut di dalam hati “eeee.. kenapa tak singgah Wonderland kat City Paris dulu kee… Belgium kee.. kan best.. boleh tangkap gambar, boleh beli coklat bar banyak-banyakk kat situkan murah !!” Dan akhirnya Hany terlelap sendirian. Barangkali dia terlupa 2 hari lepas dia sudah dapat pengkongsian tentang indahnya ukhuwwah beraqidah bersama akhowat Besancon.
“Ting tong, ding dong..”
Gerabak TGV- SNCF berhenti. Hany masih terlelap lagi. Tiba-tiba sayup kedengaran ‘announcement’ berbahasa German. Celik sahaja mata, dia sudah berada di Negara yang diwar-warkan terbersih di dunia itu.
“yeah ! Bingen aku datanggg …” Walaupun raut wajah Hany ceria melihat Bandar baru, tetapi hatinya sering tertanya-tanya.. “kenapa tak singgah Wonderland dulu ! banyakk anime. Banyak cartoon costume..”
Hany dan semua sedang menunggu akhowat yang bakal menjemputnya dan kawan-kawan. Dalam 15 minit kemudian, seorang perempuan datang menghampiri , kayaknya seperti raut orang Melayu. Tiba-tiba Kak Aisyah mendekati Hany dan kawan-kawannya .. “ eh, maaflah saya lambat datang. Antunna semua ni kan yang dari Besancon tu? Sorry.. saya terkejar-kejar sebenarnya nak ke kelas ni..kejap lagi saya tunjukkan bus, antunna naik dan saya akan bagitahu pakcik bus tu tempat yang antunna akan turun ya. Nanti akan ada kakak tunggu di perhentian tu..”
Hany merenung.. “baiknya hati dia. Sudahkan nak ke kelas, sempat lagi nak jemput kami?!.. tak kenal pulak tu.. borak macam dah lama kenal jee..”
Seusai Hany solat jamak Zohor-Asar, mereka bersiar di sekeliling Bandar itu bersama 2 orang akhowat. Cantik dan bersih yang tidak terkata, kalah persekitaran Putrajaya di Malaysia. Pandai akhowat itu menarik perhatian Hany, dibawanya ke Restoran Turki yang sudah tentu menjadi pilihan Hany dan kawan-kawan, pusat membeli-belah, Kedai Kasut Berjenama dan akhirnya ke satu tempat. Katanya, tempat itu tenang dan menarik. Terdetik Hany .. “ ye! Memang tempat ini tenang! Memang tempat ini menarik.. bersih pulak tu!” Hany memang cerewet orangnya. Mulutnya pasti akan terkumat-kamit dan keningnya bercantum dua kalau ternampak sampah.
Di situlah tempatnya Hany ber-Solusi. Ahkhowat itu menyentuh Hany dengan sebuah bahan bacaan. Majalah Solusi namanya. Ada beberapa potong ayat yang sangat membuatkan Hany tersentuh lagi. Hany terimbau seketika, “patutlah masa aku Lower-Six dulu ada seorang kawan ni suruh aku jadi distributor majalah tu di sekolah.. rupanya majalah tu best ! kenapa aku tak pernah terdetik ye?!”
Pada sebelah malamnya, Kak Shue salah seorang daripada akhowat tu tidak dapat ‘join’ dinner bersama. Angah Hany sebilik dengan Kak Shue. Hany cuba menjengah dan ingin tahu mengapa Kak Shue tak ‘join’ sekali tadi malah ber-skyping pula. Tiba-tiba Angah Hany ‘sepp’ bahu Hany … “shuttttt.. Kak Shue tengah usrah online..jangan kacau..” Lalu Hany melihat sekeliling bilik Kak Shue dan bilik yang ditumpangnya itu. Terlalu banyak di dinding bilik itu tertampalnya mutiara kata daripada Sahabat Nabi , terlalu banyak kata-kata daripada professor  dan alim ulamak terkenal tidak lupa juga  gambar kenangan jaulah mereka.
Sebelum tidur, Hany merenung ke ‘ceiling’ bilik, “bagusnyaa kakak-kakak ni.. macam tak percaya je diorang ni ambil kos Engineering di German ni , macam ambik Pengajian Islam..ada usrah onlinelagi, dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka pun jelas sekali ayat-ayat orang yang telah ditarbiyyah..”
Pagi-pagi lagi sesudah sarapan, 3 orang akhowat tadi mempelawa Hany dan kawan-kawannya ke kebun anggur. Orang Malaysia mana yang tak gayat melihat anggur hijau dan ungu di hadapan mata mereka. Hany sungguh gembira. Sepanjang perjalanan akhowat itu saling kenal mengenali, apa minat Hany , pengajian Hany, keluarga dan lain-lain. Pandai betul akhowat tu menarik hati Hany. Malah Hany juga terus terpaut dengan mereka. Detik Hany, “inilah yang dikatakan dakwah bil hal..”
Sayang sekali Hany ingin meninggalkan Bandar Bingen itu kerana isinya ialah orang-orang yang cuba mendekati Islam jauh lebih baik darinya. Cara mereka menghidupkan Rumah Islam sungguh menambat hati Hany. Sama seperti Rasulullah di rumah Arqam bin Al-Arqam yang mana rumah pertama yang menjadi tempat pembentukan syahsiah yang luhur dan proses pembinaan Individu Muslim.
Begini jugalah Rasulullah mendekati mad’u mereka. Patutlah sahabat-sahabat sangat kuat menegakkan kalimah “Lailaha ila Allah” sehinggakan ditimpanya batu yang besar di dada langsung tidah diendahkan sakitnya. Beliaulah bernama Bilal Bin Rabah. Yang mereka tahu, Allah tetap bersama-sama mereka memperjuangkan Islam itu. Bukan itu sahaja, lihatlah pejuang wanita yang pertama yang syahid bernama Sumayyah yang diikat di tengah padang pasir, dicungkil matanya dengan besi panas, dibenam di dalam air dan dibakar rumahnya tetapi masih setia dengan cinta Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[ Surah Al-Baqarah:218]

#repost#
sekarang aku mula menulis di MyFityan.Com. korang rajin rajin lah melawat ke sana :)

Besancon, bermula cintaku!



Besancon, bermula cintaku!
Kini baru aku mengerti betapa besarnya makna dakwah yang perlu dibawa oleh seorang daei yang hebat . Ianya bermula dari kisah seorang pelajar yang merasakan hidupnya biasa-biasa,pelajaran dan akademiknya biasa-biasa , tidak berapa suka dengan program luar sekolah dan memiliki sebuah keluarga yang biasa-biasa.
Hany ketika itu Tingkatan 4. Pada zaman persekolahannya, dia telah dilantik sebagai seorang naqibah yang mana dia perlu menjadi `leader’ dalam sebuah bulatan kecil bersama-sama adik adik junior.Ketika itu dia merasakan “ kenapa mesti aku yang terpilih untuk membawa usrah junior di sekolah ini ?! bukankah dalam ramai-ramai kawan-kawan aku tu ada lagi yang lebih hebat ? .. huh !” Hany berdengus sendirian..
Hany melalui program usrah itu seperti biasa dan tidak langsung menganggap usrah itu ialah medan baginya untuk mengembangkan dakwah. Ketika itu, apa yang penting baginya hanyalah menghabiskan syllabus yang diberi oleh guru. Bukan itu sahaja, malah dia juga tidak tahu bagaimana ingin menjadikan usrah itu seronok, dan membuatkan juniornya tertarik dengan dakwah.
Sampai satu hari, Hany terplih untuk melanjutkan Ijazah di luarnegara. Ketika itu, emaknya tidak berhenti-henti berpesan . “ adik.. sampai di overseas nanti, jangan lupa cari usrah ya” Hany cuma mampu tersenyum kerana dia kurang berminat dengan kerja-kerja dakwah ini. Mungkin dia terkesan dengan pembawakan usrahnya ketika dia tingkatan satu dahulu. Waktu itu, naqibahnya sering mencari-cari kesalahan anak usrah dan kadang-kadang dia pergi ke usrah dengan keadaan terpaksa dan pulang dalam keadaan muka yang kelat. Tidak cukup dengan itu, ada sahaja surat layang yang ingin diberi pada ketua naqibahnya.
Tiba sahaja Hany di perantauan, keadaan masih sama. Senior juga mengajaknya untuk mengikuti usrah. Hari-hari usrahnya dilalui dengan biasa-biasa dan menganggap usrah yang perlu diikutinya itu seperti peraturan yang perlu dipatuhi. Sampai satu ketika, ‘housemate’ nya mempelawa Hany untuk ‘travel’ ke Kota Cinta, Paris dan Negara Terbersih di Dunia, German.
‎"It's smarter to travel in groups"
‎”It’s smarter to travel in groups”
Mereka telah membuat keputusan untuk ‘travel’ selama seminggu. Dan waktu itulah Paris yang dinamakan Kota Cinta telah menyentuh hatinya dengan dakwah. Dia telah berjumpa dengan ramai akhowat di wilayah Besancon. Akhowat itu tidak pernah ada rasa putus asa untuk menjemput Hany datang ke rumah mereka. Sedang Hany cuba untuk mengelak dan ambil keputusan untuk ‘stay’ di Paris dan housemate yang lain ke Besancon.
‘Indeed ,a girl travel alone like a open treasure box !
Apakan daya, Hany bukanlah seorang yang berani untuk berjalan seorang diri. Tambahan pula, dia mempunyai satu prinsip ‘Indeed ,a girl travel alone like a open treasure box !’ Maka, dia terpaksa akur dengan ‘housemate’nya yang lain. Setibanya Hany dan kawan-kawan ke wilayah itu dengan menaiki kereta api SNCF yang kelajuannya lebih daripada KTM di Malaysia, kedatangan Hany telah disambut gembira oleh akhowat Besancon tu. Sampai sahaja di rumah mereka, dihidangnya pula dengan makanan yang mewah, dibawanya Hany berjalan-jalan sekeliling kota itu, menghirup udara segar di tasik yang penuh angsa dan mendaki bukit di Citadelle Besancon.Yeah! Bagi Hany permandangan di situ sungguh indah dan tenang.
Pada sebelah malamnya, Hany bertaaruf dan saling mengenali dengan akhowat tersebut. Rupa-rupanya malam itu hati Hany telah disentuh dengan dakwah. Bukan itu sahaja, malah dakwah, tarbiyyah dan fikrah. Barulah Hany faham dan terfikir, patutlah ‘housemate’nya dan akhowat ni beriya-riya sangat mahu Hany datang di Besancon tu. Hany dan kawan-kawan telah menghabiskan 3 hari di kota Besancon. Banyak cerita Rasulullah dan pengalaman Sahabat sepanjang berdakwah telah dikongsikan bersama.
Akhirnya, Hany telah termasuk di dalam kancah dakwah ini. Yang mana dia menganggap dakwah itu tersangatlah penting kerana jika bukan ini kerja-kerja Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda pada zaman dahulu, mana mungkin Hany mendapat title dan nikmat Iman & Islam sekarang ..
“Sesungguhnya seorang manusia itu tidak lain dan tidak bukan tujuan hidupnya adalah untuk menjadi seorang khalifah , hambaNya dan berjihad di jalanNya”
[ Surah AlBaqarah:30]
[ Surah AzZariyyah:56]

#repost #
sekarang aku mula menulis di MyFityan.Com. korang rajin rajin lah melawat ke sana :)

Sifat Ketawa & Gurauan Rasulullah s.a.w



1. Ketawa Kerana Gembira
Dari Abdullah bin Mas'ud dia berkata, "Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya aku mengetahui penduduk neraka yang terakhir keluar darinya dan dia menjadi penduduk syurga yang terakhir kali masuk syurga, iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dalam keadaan merangkak, lalu Allah berkata kepadanya, 'Pergilah, dan masuklah syurga.’

Lalu dia mendekati syurga itu, lalu dikhayalkan kepadanya bahawa syurga telah penuh. Lalu dia kembali seraya berkata, 'Wahai Rabbku, aku mendapatinya telah penuh.' (Diulang sekali lagi kemudian pada kali ketiga);

Maka Allah berkata kepadanya, 'Pergilah, lalu masuklah ke syurga, kerana kamu (akan) mendapatkan seperti dunia dan sepuluh kali ganda semisalnya, -atau kamu mendapatkan sepuluh kali ganda berbanding dunia-.' Dia berkata, 'Apakah Engkau mempermainkanku sedangkan Engkau adalah Raja?’."

Perawi berkata, "Sungguh aku melihat Rasulullah saw tertawa hingga gigi gerahamnya terlihat." Perawi melanjutkan: "Dan dikatakan bahawa dia adalah penduduk syurga yang paling rendah kedudukannya." [0272] Riwayat Muslim

Sedikit keterangan : Rasulullah saw ketawa kegembiraan kerana kasih sayang Allah meliputi segalanya. Walaupun lelaki itu berbuat kemungkaran di dunia semasa hidupnya, tetapi kasih sayang Allah kepada makhluknya mengatasi kasih sayang makhluk itu terhadap Allah.

Malah lelaki itu seolah-olah tidak percaya bahawa dia dimasukkan ke dalam syurga kerana setelah lama dia di neraka. Maka Rasulullah saw ketawa kegembiraan kerana hal itu sehingga nampak gerahamnya.

Ramai antara kita yang seringkali apabila mendengar syarahan atau ceramah mengenai hari pembalasan (kiamat) akan dihidangkan dengan perkara-perkara yang menakutkan yang dipenuhi dengan azab. Sebenarnya menceritakan akan kehebatan syurga dan bergembira akan nikmatnya juga adalah sunnah. Insyaallah risalah ‘Mengenali Syurga’ akan menerangkan lebih lanjut.

2. Rasulullah saw Tidak Ketawa Terbahak-bahak
Dari Aisyah r.ha ia berkata; "Saya tidak pernah melihat Rasulullah saw tertawa terbahak-bahak hingga terlihat anak lidahnya, beliau hanya tersenyum." [4454] Riwayat Muslim dan Ahmad

Sedikit keterangan : Rasulullah saw tidak ketawa terbahak-bahak. Hadith ini tidak bertentangan dengan di atas. Boleh kita ketawa hingga nampak gigi tetapi bukannya ketawa terbahak-bahak sehingga tidak bernafas.
Ketawa yang melampau boleh menyebabkan kemudaratan kepada seseorang seperti pengsan, sawan malah boleh menyebabkan kematian.

3. Bergurau Dengan Tidak Bermaksud Mengutuk atau Mencela
Dari Anas r.a dia berkata, Nabi saw bersabda kepadaku: "Wahai Dzal Udzunain (si pemilik dua daun telinga)." Abu Usamah mengatakan; beliau bermaksud untuk bersenda gurau dengannya." [3767] Sahih Al-Tirmidzi

Sedikit keterangan : Bolehnya bergurau dengan memanggil gelaran kepada seseorang. Gelaran tersebut hendaklah tidak menyakitkan hati atau merendah-rendah dan bertujuan menjatuhkan maruah seseorang. Gurauan yang menipu untuk membuat orang lain ketawa juga tidak dibenarkan kerana boleh menyebabkan salah faham dan fitnah.

4. Dilarang Bergurau Hingga Menyebabkan Kemudaratan
Dari Abu Said Al Khudri, ..... (Diringkaskan).... Abdullah bin Hudzafah berkata kepada mereka; "Bukankah kalian wajib taat kepadaku (sebagai pemimpin)?" Mereka menjawab, "Betul." Ia berkata lagi, "Apakah kalian akan melakukan apa yang aku perintahkan?" Mereka menjawab, "Ya. " Ia berkata lagi, "Kalau begitu aku perintahkan kalian untuk masuk ke dalam api ini."

Maka orang-orang pun berdiri dan berkumpul hingga Abdullah bin Hudzafah melihat mereka akan masuk ke dalam api tersebut, lalu ia pun berkata; "Tahanlah diri kalian, sesungguhnya aku hanya bergurau dengan kalian."
Kemudian ketika mereka sudah sampai Madinah, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah saw, maka Rasulullah saw pun bersabda : "Siapa saja dari mereka (pemimpin) yang memerintahkan kalian untuk melaksanakan maksiat, maka janganlah kalian mentaatinya." [11212] Sahih Riwayat Ahmad

Sedikit keterangan : Gurauan yang menyebabkan atau membolehkan seseorang mendapat mudharat kerananya adalah diharamkan. Selalu kita lihat saudara-mara, rakan-rakan atau orang-orang sekeliling kita  gemar bergurau yang boleh membawa kemudaratan seperti mengganggu orang yang melatah, membuat seseorang terkejut dan seumpamanya.

5. Bolehnya Duduk Bergurau Bersama Rakan-Rakan
Dari Simak bin Harb katanya; aku berkata kepada Jabir bin Samurah r.a : "Mungkin anda pernah duduk-duduk bersama Rasulullah saw? Dia menjawab; "Ya, dan begitu banyak kesempatan. Beliau saw  tidak pernah beranjak dari tempat solatnya ketika subuh atau pagi hari hingga matahari terbit, jika matahari terbit, maka beliau beranjak pergi. Para sahabat seringkali bercerita-cerita dan berkisah-kisah semasa jahiliyahnya lantas mereka pun tertawa, namun Beliau (saw) hanya tersenyum." [1074] Riwayat Muslim

Sedikit keterangan : Rasulullah saw pernah duduk bersama para sahabatnya (Allah meredhai para sahabat Rasulullah saw) dan berbual dengan mereka. Ertinya boleh kita duduk bersama dengan rakan-rakan dan berbual, tetapi bukanlah bualan kosong semata-mata.

Berapa ramai antara kita sekarang duduk berbual 4-5 jam bersama rakan-rakan, tapi bila pulang ke rumah tiada siapa ingat apa yang dibualkan. Inilah sembang kosong dan buang masa.

Perbualan yang baik adalah saling mengingati antara satu sama lain, perbualan ilmu (tidak kira mengenai ilmu apa asalkan bermanfaat) serta tidak mengganggu orang sekeliling.

Berbaiklah sesama sahabat dan sebarkan salam ketika duduk ‘lepak-lepak’ bersama rakan-rakan. Hidupkan kembali suasana mencintai ilmu antara rakan-rakan seperti zaman kehebatan Islam dahulu dan bergurau serta ketawalah seperti Rasulullah saw dan para sahabatnya.


#copy paste from Facebook. sebab baru je bagi tazkirah ini seblum Iftar Jamie semalam :)

Wednesday, January 23, 2013

Nothing ~_~

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah exam semester 5 sudah melabuhkan tirai . harap sangat dapat result yang baik. huhu . amin !

oke fine, sekarang aku sedang menanggung rindu membukit bukau ni. huk huk . tolongggg !!!
ermmmm sepatutnyaa perlu aku menaip thesis sekarang . tapi takde mood sangat sangat nak tengok tulisan jawi .

btw , doakan aku dan kawan kawan untuk thesis dan semester 6 akan datang ni .
result InshaAllah keluar area awal Febuari .


p/s : psss . warna turqoise cantik tak ? heehe :D

k wasalam :)