Followers

Sunday, September 8, 2013

Kemudahan Sambung Belajar di Morocco

Assalamualaikum w.b.t

ke hadapan saudara dan saudari yang berhajat untuk menyambungkan pelajaran di Morocco. Kalian amat dialu-alukan kedatangan untuk menyambung pelajaran ke sana.

walaupun saya hanyalah pelajar lepasan Ijazah di wilyah Casablanca, saya amat berbesar hati jika ada dalam kalangan kita yang ingin sambung belajar di sana. untuk maklumat lanjut dan info maklumat untuk lanjutan Universiti dan Wilayah di Morocco, bolehlah terus ke link blog persatuan kami PMMM

anda boleh lah terus ke pautan yang telah di sediakan. di situ telah dikepilkan beberapa dokumen yang perlu disediakan untuk membolehkan memohon belajar di sana.

Negara Morocco sangat mementingkan kualiti setiap pelajar. Maka pihak kedutaan di Maghribi ini hanya membuka peluang kepada beberapa orang pelajar sahaja utk sambung belaja di sana. contohnya hanya 15 orang sahaja setiap tahun yang ditawarkan untuk ke Maghribi. Oleh itu, saya ingin menyatakan hasrat kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh sahajalah yang memhon ke sana. Jika terdapat beberapa keraguan, maka eloklah batalkan niat, kerana ianya akan menutup peluang pelajar lain yang berhajat untuk ke sana.

Di sini, peluang kursus pembelajaran yang ditawarkan tidaklah terlalu banyak. contohnya pengkhususan Bahasa Arab dan Pengajian Islam sahaja. terdapat kos lain di sini, tetapi setakat ini, ianya masih tidak diiktiraf lagi di ngera Malaysia kita.

Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Arab Darijah (bahasa pasar) / Bahasa Arab Fushah/ Bahasa Perancis / Bahasa Sepanyol. Antara bahasa yang wajib di pelajari di Universiti ialah Bahasa Arab. Perancis. Sepanyol dan Bahasa Inggeris. Para pendidik di sana, sebolehnya akan menggunakan bahasa Arab Fushah bagi menghormati para ajanib dari negara lain seperti Turkey, Malaysia, Arab Saudi, Indonesia, Thailand dan lain-lain.

Bilangan pelajar ajanib di sana tidaklah terlalu ramai. jika kita lihat Mesir dan Jordan, dalam sebuah wilayah mampu mencecah 1000 orang pelajar Malaysia dan adakalanya lebih dari itu. tetapi suasana pembelajaran di Maghribi jauh berbeza. Barangkali kuantiti paling ramai mungkin hanya sekitar 20 orang sahaja termasuk lelaki dan perempuan. Oleh itu, pelajar Malaysia mampu menguasai bahasa Arab dengan lebih mendalam lagi. Tamabahn pula, budaya Banga Arab di sini sungguh memuliakan tetamu daripada negara lain.

Cuaca di negara Andalusia ini terdapat 4 musim. Sejuk/ Salji - Bunga- Luruh- Panas . setiap musim ini mengalami 3 bulan fasanya. dan Fasa pembelajaran juga hanya mempunyai 2 semester sahaja setiap tahun. Yang lebih menguntungkan kami pelajar di sana sentiasa dapat menikmati cuti pada setiap fasa musim tersebut. Contohnya pada musim bunga April, universiti tutup untuk bercuti selama 2 minggu.

Maka dengan itu, pelajar mempunyai masa yang terluang untuk melawat negara jiran yang berhampiran dengan Maghribi ini. Contohnya seperti Spain / France/ U.Kingdom / Italy / Russia / London dan sebagainya. Setakat ini, pengangkutan untuk ke sana tidak menjadi masalah bagi pelajar. kerana Maghribi telah menyediakan beberapa penerbangan murah . feri dan sebagainya.

Pembelanjaan. Di sini kami menggunakan mata wang dirham Morocco. rate nya lebihkurang RM 1 bersamaan 2.6 Dirham. walaupun kami free sepanjang pembelajaran, tetapi dari segi pembelanjaan kehidupan seperti sewa rumah, makanan, pengangkutan dan lain-lain agak mahal sedikit kerana ianya di akibatkan pengaruh Negara Eropah. tetapi setakat ini, pelajar tiada masalah kerana pihak persatuan Anak Negeri, Kebajkan dan pihak kedutaan sentiasa menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang mempunyai masalah kewangan.

Makanan dan Budaya. Roti menjadi makanan ruji orang Arab Morocco. Kuskus , harirah dan lain-lain sentiasa digemari oleh masyarakat Malaysia di Maghribi. setakat ini, tiada pelajar yang kurus akibat tidak lalu makan. hehe, jiran-jiran Arab sentiasa meraikan perbezaan kami. maka, pelbagai makanan yang sesuai yang boleh dipilih untuk menjadi makanan harian. Beras juga dijual di sni. tetapi ianya agak mahal. kerana permintaan tidaklah terlalu tinggi. permintaan ini hanya bergantung kepada foreigner yang tinggal di negara ini.

terlalu banyak untuk diceritakan di sini. emak saya yang datang ke Morocco pun rasa mcm taknak balik malaysia. Morocco mempunyai keunikan sendiri. ianya terlalu jauh perbezaan berbanding dengan negara Arab yang lain.

marilah kunjungi Morocco dan rasakan keunikannnya tersendiri !! Sesungguhnya aku rindu nak belajar di Morocco semulaaa !!!!!

kalau rajin, add saya sebagai friend anda di Facebook untuk lihat pelbagai gambar percutian kami di Morocco :) [ Hana Szied ]