Followers

Wednesday, April 27, 2011

Turkiyyat wa Maghribiyat zouina bizzaf

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya


[ Surah At Tin: 4 ]




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuhh ^__^ salam sejahtera kepada semua pembaca ( mcm ade orang bce) semoga kalian dibawah naungan dan lembayungNya




agak agak korang tertanya tanya tak apa maksud entri ini? oke, tajuk tu dalam bahasa darijah Morocco nie, maknanya : orang Turki dan Maghribi cantekkkk sangat sangatt.. haaa...siap taukidd tu.. memang tak nafikan setiap peciptaan Allah keatas makhlukNya memang molek molek belaka..




Ahad yang lepas kami Maliziat Casablanca dijemput untuk hadir ke Ayyam Thaqafi iaitu hari kebudayaan orang orang Turki..wahhhhh..! punya laa terujaanya bila sampai kat sini.. HS ingat an, kat Morocco nie, tak ramai pon orang Turkey yang stay sini, rupa rupanya punya la ramai eaa..! siap bergenerasi agy.. woahhh. bertuah sungguh dapat tengok orang orang mereka. sebabnya, dikatakan rakyat Turkey ini ialah generasi SultanMuhammad Al Fatih dan keturunan Nabi Yusof..ye tak ye? wallahua'lam..bertuah sungguh mereka..!!




tapi tak mengapa, bukan itu yang Allah lihat nanti..yang membezakan antara kita semua ialah, ketaqwaan kita kepada Sang Pencipta itu..:) tidak kiralah kita ni dari suku , kaum , bangsa , negara manapunn.. kalau di dunia sudah melakukan amalan yang baik, maka tempatnya di akhirat nanti ialah Syurga , dan juga sebaliknya pula ialah Neraka..




Now! i will show to you all gambar gambar yang sempat di snap bersama sama merekaa..gambar sahaja tidak mampu untuk meluahkan apa yang HS rasa..so , layan jek laa gambar yang ada..




nak harap tunggu DSLR, tak payah la.. Lumix 12 Megapixel pon da kire oke kott..




indahnya ukhuwah kerana Allah..






Asmaa' [ Maghribiyyat ] wallahi, nahnu nuhibbuki fillah !!


manisan Turkey






orang Turkey ..








orang orang Turkey mata diorang mesti berwarna..huuu. toksah nak klon klon pakai contex lens pun.. hahaa! ni naturall punyaa ^__^









ni, namanya Dilek



kalau tak silap, yang ni namanya Sumayyah






disini lah kami membina sebuah memory bersama kawan kawan Turki yang baik baik..bak kata angah.." nampak jelas keikhlasan mereka dengan orang lain.. "




~ Groupe Scolaire prive Mohamed AlFatih ~




semoga ukhuwahh ini sentiasa berpanjangan dan tidak putus putus. inchaAllah :)



























Sunday, April 24, 2011

Happy Spring Time

Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera untuk pengunjung blog HS dan semua umat Nabi Muhammad. jangan lupa untuk berselawat ke atas baginda. Mudah mudahan mendapat syafaat :)

Today, HS sengaje jee nak hidang pic bunga bunga nie.. biasalahh orang gayat tengok bunga banyak banyak. dulu ade pameran bunga kat PutraJaya , tak nak pergi tengok. padan mukeee..! hahaha~ bukan tak nak tengokla.. mase tu kan Stam, so tak de laa tengokk dee..heisshh..:P

haaa... actually ni Bunga Kertas jek. tapi macam teruja gilaaa gilaaa..sebab first, bunga ni warne pepel. slexx ar, time ni tak pakai pulak baju kurung purplee.. adehh =.=" Baju oren punn jadikk lah.ade la kene kene sikit dengan beg jamiahh tu an..hee :D


hohoho! ni agy laaa..! excitedd sangat snap pic yang nie, siyuss excited !! bak kate kakak kakak senior nie, " eh korang tunggu lahh bunga dia lebat dulu.." hohoho! tak sabarr sangatt dahh! cukup lah warna purple ni dah buatt den teghujeee weyhh !! heee :D nanty dah lebat bunga dia snap agy banyak banyak.. haha!!


omakkkk, mohh tanam pokok ni kek Mesiaa. t adek balekk leh tengok bunga pepel ni hari hari..huuuu..~

(( folder picture musim bunga bakal penuh ))


Semoga Allah memudahkan urusan pembelajaran kami di bumi ni Ya Rabb ^__^ fatrah exam semakin terasaa



Saturday, April 23, 2011

semoga panjang umur :)

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca yang sudi mengunjung di anjung seri hati den ni...:D huuu.. mood bercampur baur sekarang nie. duk hebat sangat fikir tentang Diet Atkins. hahhaaha! oke oke , abaikan jek la. ..


Alhamdulillah, hari ni dilalui dengan baek jekk :) senyumm selalu, riang sangat tengok bunga bunga kat Jamiah tadi..Subhanallah. Maha Suci Dia yang memberi segala nikmat di dunia nie..semoga, dengan nikmat ini HS lebih bersyukur denganNya..


tiga hari yang lepas, HS ade call mak kat Seremban. Alhamdullilahh mak sehat sehat agy di Malaysia nun..Syukran ila Allah :) naik bulan Mei ni tanggal 13 Mei insyaAllah panjang umur, emak pun menjangkau 55 tahun. woahhh.. sudah tuakah emak saya? hheheh :D emak saya awet muda taw.umur sudah tua, kerja macam orang muda.. adik rindu sngat nak pelukk emak nie..:)

emak dengan anak muridnya Husna Najwa sempena tahlil arwah wan
borak borak dengan emak, mcam macam emak cerita..HS suka dengar cerita emak. takkan lari dari topik utama. mesti cerita fasal family.tak kesah la cerita tntg apa pun, yang penting tajuknya mesti FAMILY jugak. emak memang up to date la..hehe!! terbaeekkk ! dapat lak selapas pemergian nenda tercinta ni, emak selalu balik kampung..waaaaa..! Kampung Terusan, Juasseh, Negeri Sembilann !! rinduunyeeee !!


tiba tiba emak bertanyakan pendapat HS..woahhh. dah lama tak jadi perunding kanan emak. .. kuikui..rupa rupanya..~


"adik.. adik.. mak nak tanya ni.."
" haaaa..ape dia mak..? mak ni, gaya cakap , macam ada benda HOT jeww.."
" eisssshhh , adik ni, tade pape pon..cenggini, dik rase lah kann.. emak nak pencen awal ke.. lambat..?? "
" hah...??!! mak dah nak pencen daa.. woahhh umur mak da 55 laaa!! "
" haaa tu la dik, emak ni haaa.. naek poning daa dengan kerja sekarang ni. makin bertimbun timbun.. guna komputer pulak tuh..Ya Allah, rasa nak menangis emak ni.."
" heheheh.. emak niee.. kelakarr laa...
" yela dik..sekarang ni mak dah tak boleh nak ngdap sangat komputer tu, kalau bagi emak senduk ke kuali ke periuk ke jalann la.."



[ emak memang cpat tepu bab bab komputer. hehehe ! ]


" ala..makkk.. mak pencen lambat la.. adik pon lambat lagi balik Msia la.." [ kecewa ]
" ermm.. kalau emak lambat, maknanya emak pencen 2014 la dik.."
" haa...oke la tu makk..! takde la mak bosan kat rumahh.. "


tiba tiba mak cakap..


" emak cadang gini dik, kalau emak pencen awal , boleh lak mah stay kat Morocco tu..tunggu smpai adik habes belajarr.."
" wargghhhhhhhhhhhh..! emak serius ke..? kalau macam gtuu.. adek setuju 100% !! pencen awal jek la makkkk !! "
" hamboihhhhh, suke ea kauu dikkk.. pastu mak boleh pergi Syria pulak,kalau ade rezeki Along smbung stdy sne nnty "
" wargghhhhh!! emakkk.... bestnyeee !! oke la tuuu! adek setujuuu !! "


hohoho! emak juga ada cadang nak apply kerja sebagai musyrifah untuk orang pergi Haji ke Mekah tu..moga moga ada yang terbaekk untuk emakk..sukanyaaaa laaa HS dengar kalau betul itu niat emak sebenarnya nak pencen awal.. daripada darah tinggi emak naik smule disebabkan kerja pejabat dia, lebih baek dia stay n kerja macam gini. lapangg la sikit masa tu..


^___^


Ya Rabb , kalau betul lah emak boleh stay Morocco ni dengan HS, memang semakin bekobar kobar smngat nak belajar.. heee :D dan secara tidak langsung, impian emak memang berjaya nak duduk sama sama dengan anak anaknya di luar negara..


apa apa pun pilihan emak, HS memang setuju..sebabnya , emak seorang yang berfikiran jauh. Dia pun dah banyak jumpa orang, kalau kemana mana, ade jekkkk kawan yang dia kenal.. Ya Allah murahkan lah rezeki keluarga kami. dan berkatilah kehidupan keluarga kami. Moga Engkau menunjukkan jalan keluar yang terbaik untuk emakku Ya Rabb. Sesungguhnya Engkaulah sebaik baik pengadil di muka bumi ini..


insyaAllah.. allahumma aminn..!!

Thursday, April 21, 2011

cuti part 3 : yang pergi tetap pergi


Assalamualaikum w.b.t . selawat dan junjungan ke atas baginda kekasih Allah.
Vendredi Saint Malaisie ^__^

" Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Sihat sebelum Sakit
Hidup sebelum Mati "

baru baru ni cuti Musim Bunga, HS telah di isi dengan Program Spring Intectual Village anjuran Exco Pendidikan PMMM.. alhamdulillah telah lalui dengan jayanya serta penuh semangat ! sangat tidak disangka kerana semua kawan kawan daripada setiap wilayah telah turun untuk diprogramkan. Pelbagai aktiviti yang disajikan oleh senior demi melahirkan pelajar tahun satu di Morocco terbaik dan sentiasa memperkukuhkan Bahasa Arab dalam pertuturan.

program dijalankan selama 3 hari. tetapi jiwaku sepenuhnya hanya ada pada hari kedua sahaja. HS pun tak tahu knape..?! sedangkan setiap aktiviti yang disajikan sangat memberikan manfaat pada HS. huuu..SAKIT KEPALA yang amat sangat memang membuatkan HS tidak mampu untuk memberi kerjasama pada kumpulan..mintak maaf semua.. :(

tepat je hari ketiga program dijalankan iaitu The Ceremony of Spring Intelectual Village, sakit kepala semakin menjdi jadi.. suruh angah urut kan kepala kat luar dewann. argghh. masa tu terus tengok jam. . . dan terus congak dalam kepala.. oh , Malaysia sudah petangg..

sempat pulak tercandid gambar nie..~

"eh , angah .. Malaysia da petanglah Ngah.." [ angah mengangguk sambil mengurut kepala ]

"angahhh.. adik ada sumting la nak bagitahu , hati ni rasa laen macamm jek. macam ade benda buruk yang berlakulahh dalam family kita.."

"dah la tu dikkk. ko ni suke pkir bukan bukan laaaa.."

"ye ngahh..cayee laaa. adik rasee macam ade family kita yang meninggal duniaa la Ngah.." [ sambil mengangkat kepala ]

"eishhh kau niee..! mulut tuu ..~ "[ terus sambung urut kepalaku ]

oke..! Majlis Penutupan Program pun berjalan dengan lancar dan gah nyaa.. 90 % Majlis Penutupan itu, berjaya dikonduk oleh kawan kawan HS..

balik ke rumah penginapan Bouhlal, Rabat. memang takde kerja lain. terus switch on lappy angah. Online Facebook..Chatbox la dengan kawan HS.. tiba tiba ..

Abahku ; BUZZ !! [ Ym]
Abg Ngah Shahir ; tegur di Chatbox FB
FaizNur ; tegur jugak di Chatbox FB

mereka bertiga tanya soalan yang pelikk..~


abah tanya hanya mampu BUZZ jekk..
Abang Ngah Shahir pulakk.. tiba tiba tanya..

"adik oke..? "

" eh, adik oke jek.. kenape ea..?"

" betul ni oke..? "

"ye.. betul la.. heishh...kenape ni bang ngah.. "

" adik exam bile ye? "

"eh , lame lagi laa..bulan 6 ni.. pe mimpi tiba tiba jekk tegur nie.."

----- terus off -------

FaizNur pulak tanya soalan aneh =.='
"hana, kau sayang nenek kau takk...? "

" Ya Allah, pe yang tak sayang ea.. tu jek la nenek yang aku ade. "


"Na.. Na...

" ha ye Tin " [ terasa sesuatu hati berdebar ]

"Tin...aq rase macam sumting wrong sumwhere la. baek kau bitawuu..."

eh, xdela Na, aku tgah buat modul kekeluargaan nie.."

" oh .. oke.. tapi cam tipuu jekk.. bagi jek la tawuu....nenek aku dah tak de keee...?!!! " :(

"Na , Na, ko kene sabar tau. sepupu kau baru msg aku, dy suh pesan kat kau yang nenek kau dah tak de.. arwah baru meninggal tadi. jam 11 malam.. "

" ya Allahhhh..!!! siyuss ke?! aq call mak aq sekarang jugakk..!! "

tutt .. tut.. tuuttt..~

"Salam, mak..?! mak kat mane nie..? makk.....!! [ dub dub dub dub] betull ke....???!! "

" Dik...doakan wan ye dik...ishkk ishkkk.. wan dah tak de...... "

" makkkkkkkkkkkkkkk ! bile? kenape..??! "

" oke dikk.. mak tak boleh lame nie, mak tengah drive nak ke Seremban. adik & angah jgn lupa, ngaji, baca yasin kat wann yee..."

" ye makk... insyaAllah. mak drive elok elok ye.. "


Ya Allahh..!! sentapnya time tu Tuhan jek yang tahuuu..Ya Allah mudahkan urusan pengebumian jenazah nenek kesayanganku..HS memang tak mampu nak keluarkan air mata. sebab hati ni memang dah ready jek apa apa yang berlaku..

2 jam lepas tu, terus bagitahu angah tentang kematian nie. angah terus baling hanger kat HS. adehh..! sakitnyaa time tu. dia ingat HS bergurau. woahh..! HS memang suka gurau. tapi bab meninggal dunia nie, bukan type HS la nak gurauu punn..

huuuu..~ baru la dapat detect, kenapalahh kepala ni sakitt sangat masa tu. Tuhan jek yang tahu..rupa rupanya, memang betul apa yang HS sangka.

hurmm. tak sangka 5 April 2011 ialah tarikh keramat buat keluarga kami. perginya seorang nenda yang dikasihi tanpa disangka. . tubuh badan yang sihat lagi.Alhamdulillah wan pergi dengan tenang..menurut emak, wan melepaskan nafas terakhirnya sempat mengucap Syahadah dan seolah olah tidur..

apa apapun , HS tak boleh nak menangis beria ria. rindu tu tetap ada, kerana tidak dapat sertai majlis pengebumian tu. huuu..~ teringat pesan wan..

" Dik Na, ekau kalau ghindu dokek omak kauu haa.. polukk banta tu kuek kuek..cium tiang umah kau tu.. hhehe [ gelak comel wan ].. ilang la deh ghindu tu..Dik Na, belaja ghajin ghajin yo, ghindu toksah dilayan an bona do.. maghin omak kau nak bergaji bosar cenggtu la ghoman ea.. tahan ghindu tu.. sok sok leh meghaso mogang gaji bosar..Dik Na, ni haa..ado satu laie, duduk kek neghagho oghang tu jangan nak manyak bona cenekerrr [ cekadak ] ea..ekau tu da bosaa..pndai pandai jago dighi mo Kek Ngah tuu..."

aduhai nenekku...iA wann. adek belajar pandai pandai kat negara orang nie..adek jage diri. yang paling penting toksah nak banyak cenekerr..heee :D ghindunyeeee kat pantun wann..!!

Ya ALlah , semoga keluarga diberi kekuatan atas pemergian ini dan roh nenek dan atuk tenang di alam sana.. allahumma aminnnnn..~




































Friday, April 1, 2011

senyum , sabar

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w :) HS cuba senyum untuk malam ini walaupun banyak sangat rintangan yang melanda.selalu housemate berpesan agar SABAR. SABAR SABAR. insyaAllah. i will..baru baru ni , classmate HS namanya Khalilah.. ada share something yang sangat benefit laa bg HS. hurm.. ceritanya sperti berikut..~ zassszzass layan ! spertimana yang kita tahu , terlalu banyakkkk sangat cara untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.. bukan sahaja dengan berzikir kepadaNya sahaja , malah dengan menjaga kebersihan diri dan sekeliling , brbuat baik dengan org laen , bersikap terbuka , tolong menolong dan laen laen.. serendah rendah pangkat iman ialah, mengalihkan sesuatu di jalan agar memudahkan orang laen melaluinya..semua tahukan..?! kalau tanya budak tadika , entah entah mereka lagi cerdik dari kita kot..?! :P kita bukannya Malaikat. kita hanya manusia biasa. yang iman akan menaik dan menurun , oleh itu, buatlah apa yang kamu mampu. Islam kan menyuruh kita agar bersederhana :) bermula la alkisahh.. Khalilah cerita ; pada zaman dahulu , wujud seorang makhluk Allah yang bergelar manusia..manusia itu telah dipilih oleh Allah untuk memasuki syurgaa..Alhamdullilah syukur padaNya manusia ini telah terpilih untuk masuk ke alam akhir yangg penuhhhh dengan kenikmatan. . . sampai satu saat , Allah berkata kepada manusia tersebut.. " wahai si fulan bin si fulan [ tak pasti sape namenye , kalau tahu , bagi tahu saya yaa..] pilih lah pintu mana yang kau suka di syurga ni..! untuk pngetahuan semua , di syurga kelakk banyakk sangat pintu yang ada , pintu TAQWA , SUCI , BAIK , dan lain lain..antaranya lagi ialah PINTU SABAR..manusia tersebut cuba untuk membuka semua pintu pintu yang ada. .. pintu TAQWA = FULL pintu SUCI = FULL pintu BAIK = FULL dan pintu seterusnya juga = FULL tiba di pintu SABAR .. terlalu SEDIKITT manusia didalamnya.. haa.. see..! bertapa sedikitnya golongan yang sabar di muka bumi ni.. huuu..yee! HS mengaku sendiri.. memang susahhh sangat nak sabar..cakap pakai air liur , taip pakai jari , senanglaa..! cuba praktikkan. . huuu. tak pe, kita cuba sikit sikit. bagi yang suka ***@#$$%^& tu..kurang kurangkan la. bagi yang suka membebel tu slow kan la.. bagi yang suka merapu tu macam HS hentikan laa.. hee :D kalau boleh korangg lihat muka korang masa buat smua perkara nie, memang kelakar la kot. agaknya , Malaikat pon gelak tengok korang, sedangkan Allah baru uji dengan ujian yang sekcil habukk jek..huuuu..sebab tu kalau kita kaji semula , dalam AlQuran , Allah banyak sangat berfirmandan berpesan agar disuruhnya kita BERSABAR. BERSABAR BERSABAR.. ingat janji Allah itu pasti.. HS menulis atas dasar mengislah diri kita semula. banyak sangat benda yang kta tak boleh nak sabar. sedangkan Nabi Muhammad dahulu terlebih lebih lagi dugaan dan mehnah ujian yang diterimanya. . Alhamdulillah.. baginda dapat pegang agama dan islam dengan kukuh.. huuu.. rasa hina dan kerdilnya diri ini..
=.="


okee.. itu shaja for today , HS berharap sangat sangat kita semua boleh bersabarr..! ingat , setiap ujian yang Allah turunkan pada diri kita tu , semuanya ada hikmah. dan Allah juga tidaklah kejam.. Dia akan menimpakan ke atass diri kita , perkara yang kita mampu kita tanggung sahaja. . . bila dah suda membebel , merapu meghaban bagai tu , islah diri dan balik semula kepada panduan hidup kita. tanya semula , Nabi Muhammad ada tak suruh umat baginda buat begini ..?! ade tak..?! ade tak...?! ingat tu..!! oke :) ingat , umat yang paling beruntung ialahhh Umat Nabi Muhammad. Baginda ada berkata, " aku sangat merindui umatku.. yang mengikuti agamaku , tetapi tidak sempat untuk melihatku.." Ya Allah.. tersentuh HS bilaa tahu kisah nie.. banyak sangat sirah Nabi yang kita failedd! serius ! banyakk..! semoga , dengan hari yang mendatang kita dapat didik hati kita supaya thabat dalam perjuangan. insyaAllah..Allahumma aminnnn..! ~HanaSzied , 1204 am~