Followers

Wednesday, January 8, 2014

My Wedding ;)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Aku telah berjaya menamatkan zaman anak dara pada 5 Oktober 2013 pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Niat di hati dari bulan Oktober lagi nak update blog yang kian usang ni. Tapi baru hari ni masa lapang. Syukur kepada Allah dikurniakan suami yang sempurna agamanya, baik akhlaknya, sopan budi bahasanya. Moga aku terus matang untuk kehidupan baru ini.

Sesungguhnya setiap perkahwinan tiada yang mudahnya. Persediaan yang mungkin sukar dan memenatkan, tetapi setelah selesai lafaz akad nikah , terus lega hanya Tuhan yang tahu. Nyata, Allah untuk memudahkan segala niat yang baik !

Aku cuma nak share bberapa picis gambar untuk tatapan sebagai kenangan.









Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

 Semoga perkahwinan saya dan Encik Hafiz bin Hakim sentiasa diberkati dan diredhai :)

Sunday, September 8, 2013

Kemudahan Sambung Belajar di Morocco

Assalamualaikum w.b.t

ke hadapan saudara dan saudari yang berhajat untuk menyambungkan pelajaran di Morocco. Kalian amat dialu-alukan kedatangan untuk menyambung pelajaran ke sana.

walaupun saya hanyalah pelajar lepasan Ijazah di wilyah Casablanca, saya amat berbesar hati jika ada dalam kalangan kita yang ingin sambung belajar di sana. untuk maklumat lanjut dan info maklumat untuk lanjutan Universiti dan Wilayah di Morocco, bolehlah terus ke link blog persatuan kami PMMM

anda boleh lah terus ke pautan yang telah di sediakan. di situ telah dikepilkan beberapa dokumen yang perlu disediakan untuk membolehkan memohon belajar di sana.

Negara Morocco sangat mementingkan kualiti setiap pelajar. Maka pihak kedutaan di Maghribi ini hanya membuka peluang kepada beberapa orang pelajar sahaja utk sambung belaja di sana. contohnya hanya 15 orang sahaja setiap tahun yang ditawarkan untuk ke Maghribi. Oleh itu, saya ingin menyatakan hasrat kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh sahajalah yang memhon ke sana. Jika terdapat beberapa keraguan, maka eloklah batalkan niat, kerana ianya akan menutup peluang pelajar lain yang berhajat untuk ke sana.

Di sini, peluang kursus pembelajaran yang ditawarkan tidaklah terlalu banyak. contohnya pengkhususan Bahasa Arab dan Pengajian Islam sahaja. terdapat kos lain di sini, tetapi setakat ini, ianya masih tidak diiktiraf lagi di ngera Malaysia kita.

Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Arab Darijah (bahasa pasar) / Bahasa Arab Fushah/ Bahasa Perancis / Bahasa Sepanyol. Antara bahasa yang wajib di pelajari di Universiti ialah Bahasa Arab. Perancis. Sepanyol dan Bahasa Inggeris. Para pendidik di sana, sebolehnya akan menggunakan bahasa Arab Fushah bagi menghormati para ajanib dari negara lain seperti Turkey, Malaysia, Arab Saudi, Indonesia, Thailand dan lain-lain.

Bilangan pelajar ajanib di sana tidaklah terlalu ramai. jika kita lihat Mesir dan Jordan, dalam sebuah wilayah mampu mencecah 1000 orang pelajar Malaysia dan adakalanya lebih dari itu. tetapi suasana pembelajaran di Maghribi jauh berbeza. Barangkali kuantiti paling ramai mungkin hanya sekitar 20 orang sahaja termasuk lelaki dan perempuan. Oleh itu, pelajar Malaysia mampu menguasai bahasa Arab dengan lebih mendalam lagi. Tamabahn pula, budaya Banga Arab di sini sungguh memuliakan tetamu daripada negara lain.

Cuaca di negara Andalusia ini terdapat 4 musim. Sejuk/ Salji - Bunga- Luruh- Panas . setiap musim ini mengalami 3 bulan fasanya. dan Fasa pembelajaran juga hanya mempunyai 2 semester sahaja setiap tahun. Yang lebih menguntungkan kami pelajar di sana sentiasa dapat menikmati cuti pada setiap fasa musim tersebut. Contohnya pada musim bunga April, universiti tutup untuk bercuti selama 2 minggu.

Maka dengan itu, pelajar mempunyai masa yang terluang untuk melawat negara jiran yang berhampiran dengan Maghribi ini. Contohnya seperti Spain / France/ U.Kingdom / Italy / Russia / London dan sebagainya. Setakat ini, pengangkutan untuk ke sana tidak menjadi masalah bagi pelajar. kerana Maghribi telah menyediakan beberapa penerbangan murah . feri dan sebagainya.

Pembelanjaan. Di sini kami menggunakan mata wang dirham Morocco. rate nya lebihkurang RM 1 bersamaan 2.6 Dirham. walaupun kami free sepanjang pembelajaran, tetapi dari segi pembelanjaan kehidupan seperti sewa rumah, makanan, pengangkutan dan lain-lain agak mahal sedikit kerana ianya di akibatkan pengaruh Negara Eropah. tetapi setakat ini, pelajar tiada masalah kerana pihak persatuan Anak Negeri, Kebajkan dan pihak kedutaan sentiasa menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang mempunyai masalah kewangan.

Makanan dan Budaya. Roti menjadi makanan ruji orang Arab Morocco. Kuskus , harirah dan lain-lain sentiasa digemari oleh masyarakat Malaysia di Maghribi. setakat ini, tiada pelajar yang kurus akibat tidak lalu makan. hehe, jiran-jiran Arab sentiasa meraikan perbezaan kami. maka, pelbagai makanan yang sesuai yang boleh dipilih untuk menjadi makanan harian. Beras juga dijual di sni. tetapi ianya agak mahal. kerana permintaan tidaklah terlalu tinggi. permintaan ini hanya bergantung kepada foreigner yang tinggal di negara ini.

terlalu banyak untuk diceritakan di sini. emak saya yang datang ke Morocco pun rasa mcm taknak balik malaysia. Morocco mempunyai keunikan sendiri. ianya terlalu jauh perbezaan berbanding dengan negara Arab yang lain.

marilah kunjungi Morocco dan rasakan keunikannnya tersendiri !! Sesungguhnya aku rindu nak belajar di Morocco semulaaa !!!!!

kalau rajin, add saya sebagai friend anda di Facebook untuk lihat pelbagai gambar percutian kami di Morocco :) [ Hana Szied ]

Monday, July 29, 2013

Safely arrived at Malaysia

Bismillah Salam Sejahtera..

Alhamdulillah sudah 5 hari tiba di Malaysia. dah nak masuk 1kg naik berat . nasib baik ianya maseh dalam keadaan terkawal. kepada emak along angah kak dibah dan tut tut , terima kasih laaaa jemput kat KLIA . siap bawak lauk udang sambal dan curry puff faveret .

untuk balik kali ini, aku berharap agar jetlag tidak berpanjangan. hopee so. hopee so.. banyak benda nak kena buat. seriyusly . Alhamdulillah done satu persatu. banyak lagi nak kena pecut.

mohon doakan kelancaran urusan saya.

# nak beli baju raya !
# nak beli kasut raya !
# nak beli tudung raya !

nak nak nak nak !! k bye :)

Thursday, July 11, 2013

Berpuasa dengan Herbalife

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan 1434. Alhamdulillah sudah tahun yang ke 3 berpuasa di Morocco. dan tahun ke 21 aku berpuasa sebagai umat Islam. moga puasa kali ini bertambah amalan dan berganda pahala .

kelainan sikit pada tahun ini. bersahur dan berbuka dengan Shake Herbalife. Alhamdulillah , puasa yang kedua sudah turun 1kg. Ehiks! seronokkan :)

kalau nak tahu, plan aku senang saja. tapi macam biasa la, benda yang baik memang sangat pricey sikit. 1stly , ambil Formula 1 Shake , Formula 3, Aloevera , dan TC Formula. sepatutnya kena complete dengan Teamix sekali, tapi takdan nak minum , dah azan subuh. hihi..

oke, senang je. caranya :

SAHUR

- 500ml aloevera
- 500ml Shake Herbalife. sengaja kurangkan sedikit. 3 scoops Formula One. dan 1 scoop Formula 3
- 6 biji kurma
- mineral sebanyak 400ml.
- 1 kapsul TC Formula

sepatutnya , lagi banyak minum air kosong lagi bagus. tapi apkan daya , di Morocco azan jam 3.45pagi. aku baru sudah solat dah jam 3.20pagi. makan masa sikitlah nak minum tu. memadai sekadar yang korang mampu.

BERBUKA

- sama seperti di atas - lebihkan minum air kosong. supaya terawih korang lebih cepat dan takde malas malas nak solat :) yang berbuka, takde alasan minum mineral sikit. hihi. sebab masa panjang. lagi baik kalau korang bawak mineral ke masjid jugak :)

masa berbuka ni, aku tak ambil apa-apa pun hidangan berwarna. maksud hidngan ini ialah lauk-kuih muih dan sebagainya tu lah. yang aku ambil hanya shake dan kawan-kawannya sahaja.

andai kata, lepas solat maghrib, korang maseh rasa lapar lagi, ada baiknya kornag pergi shake lagi. tapi aku rasa mustahil korang rasa lapar, sebab shake sangat mengenyangkan ! seriyusly !!

MOREH

oke untuk moreh , 1 liter air atau lebih. lepastu korang nak balun hidangan berlauk atau kuih2 terpulanglah. tapi , beragak-agak sikit kuantitinya ya!! sebab lepastu korang akan masuk tidur. jangan bawak kolestrol sekali bawak tidur sebelah bantal korang. hihi

Alhamdulillah , puasa pertama lost 0,5kg. dan puasa kedua sudah masuk 1kg . doakan aku ye! untung-untung balik Malaysia 23 Julai ni dapat lost 7kg pun jadiklah ! hihi.

oke selamat beramal. Ingat ! sihat bertenaga di Ramadhan , langsing bergaya di hari Raya !!