Followers

Monday, February 4, 2019

my Praktikum . . . DPLI DINI

Assalamulaikum w.b.t

Apa khabar semua ?! Sangat lama tidak kemaskini blog ini. Nampak semakin usang. Mungkin setahun sekali agaknya. atau 3 tahun sekali. Alhamdulillah, life semakin hari semakin upgrade. Saya juga dah pun bekerja sebagai seorang guru di SMA REMBAU.





Ramai yang bertanya, macam mana boleh dapat jadi guru tetap sedangkan, IPG dah lama tidak buka permohonan utk Guru Lepasan Ijazah atau disebut sebagai Dip. Pend. Lepasan Ijazah.

OK ! untuk pengetahuan kalian, Sistem pendidikan baharu telah memperkenalkan KSSM bagi sekolah menengah dan KSSR bagi sekolah rendah. Maka Kurikulum Bersepadu Dini ialah satu pembaharuan semenjak 2016. Apabila, kurikulum ini dibuka, secara automatiknya pengambilan guru diperlukan.

Masa keluar je iklan ni, berduyun-duyun lepasan Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Syria, Morocco apply. Memang tak tipu. Ramai sangat kawan dan senior lama-lama aku dulu apply. Sebab semenjak j-Qaf ditutup, senior ramai jadi sukarelawan /  guru kafa / guru sambilan dan sebagainya. Maka kami semua mencuba nasiblah kan..

Alhamdulillah ! aku salah seoarang daripada calon guru yang telah diberi penempatan di sekolah sekarang SMA REMBAU. Telah mula berkhidmat semenjak 16 Jan 2017. Masa tu, walaupun dah mula bekerja, kami masih memegang gred jawatan DC 41 dalam status interim ( guru tidak terlatih ) kegusaran masih dirasai. Dalam tempoh itu, aku dan kawan - kawan tertanya - tanya, bila kami akan diserap untuk menjawat jawatan DG 41 dan dikelaskan di IPG.

Setahun sudah berlalu. Tiba November 2017 , kami semua dapat emel dan surat di sekolah. Bahawasanya kami akan masuk dalam kelas di IPG iaitu KDC ( Kelas Dalam Cuti ) Kelas di IPG ini akan berlangsung pada setiap cuti semester sekolah sahaja. Bermula daripada Disember , Mac , Mei dan exam pada Jun, Oktober .

Masa tu kau takyah cerita betapa sibuknya diri ni dengan assignment , kelas online, kelas bersemuka, presentation, preparing exam , kursus Badan Uniform dan lain-lain. Bertambah pula tugas hakiki mendidik pelajar di sekolah, isteri dan ibu kepada anak - anak aku.

Walaubagaimanapun, aku tetap bersyukur sebab suami sangat memahami situasi diriku masa tu. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku stay bag di sekolah untuk siapkan semua tugasan kuliah. Dan suami ulang alik setiap bulan ke IPG Melaka, dan dialah yang memantau anak-anak sepanjang aku masuk kuliah. Itu belum cerita berapa banyak wang ringgit berhabis untuk setiap kelas. Insyaallah, sentiasa ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu bersama rakan-rakan

Jun 2018 telah berlalu, waktu yang ditunggu - tunggu,  result Exam pun dah keluar. Walau tak berapa tinggi, aku tetap bersyukur. Sebab aku sendiri faham dan mengerti kemampuan diri aku sebagai seorang guru, isteri, ibu dan anak. Alhamdulillah pointer 2.59 pada semester 1 dan dapat meneruskan ke pelajaran ke Semester 2.

Oktober 2018 telah melabuhkan tirai. Aku dan kawan - kawan juga berjaya menamatkan Perkhemahan Badan Uniform di Pantai Melaka. Sangat seronok !!! Tetapi ada suatu berita gembira.. masa itu juga, aku disahkan mengandung anak ke 3. Maka, aku ditempatkan di sebuah chalet oleh Pensyarah kami. sebab kami dan 7 lagi kawan yang mengandung tidak boleh tidur dalam khemah bagi keselesaan ibu dan anak. Masih bersyukur walau terpaksa berhimpit - himpit sikit dan bergilir toilet. Kami berjaya menamatkan perkhemahan tersebut dalam tempoh seminggu !!!

Kini, waktu yang ditunggu - tunggu telah pun tiba. Ia sangat mendebarkan. Praktikum akan bermula pada 11 Febuari 2019 ini. Perkataan Praktkum ini sangat membuatkan aku tidak dapat tidur malam. Hari - hari memikirkannya. Kawan - kawan semua beri semangat dan mereka pesan, campakkan rasa gusar dalam hati kerana pensyarah datang untuk bantu P&P kita. Insyaallah aku akan cuba buat yang terbaik.

Dari segi persiapan, ialah 70% aku dah bersedia. 30% lagi dari persiapan penulisan RPH . MOhon kawan - kawan terus mendoaakan aku berjayaaaaa !!!!

Tak sabar nak menamatkan DPLI Dini ni.. dan paling best, jika panjang umur aku, kami semua akan berkonvo pada 2019 ini. dan pegang baby ke 3.. hihi... Insyaallah !!!!

ok. selamat maju jayaaaaa !!!



No comments: