Followers

Monday, August 6, 2012

Cuti Part 12 : Cairo & Alex , Egpyt

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setelah 6 jam dalam flight dari Morocco , akhirnya sampai juga aku di bumi anbiya yang penuh barakah ni. Allah pun pernah berfirman ,tanah yang suci juga adalah bumi Mesir .

memandangkan cuaca dan musim yang panas , aku tidak berkesempatan untuk ziarah banyak tempat menarik . contohnya , Giza yang ada Pyramid dan replika Firaun tu .

gambar pun tak berapa banyak aku save . sebab tak sempat. banyak gambar ada dengan senior aku jek. btw , Mesir ni sangat special laa. sebab dia bumi anbiya kan . and then ada sejarah antara Nabi Musa dan Firaun .

ramai orang kata, bila dah sampai Mesir ni, kene pandai jaga bahasa , jangan
cakap sedap mulut a.k.a celupar . sebab sekelip mata je , Allah tunjuk apa yang kita cakap. tak kisah la cakap dalam hati or secara zahir .

contohnya, hari tu an , kiteorang panas sangat la.. sampai belengas dalam hostel tu . and then ada antara kiteorang ckap ..

" eh, kipas ni .. ada yang tercabut kang .. "

dan-dan tu jugak tercabut kepala kipas tu . esok tu pulak , kawan aku asyik ulang perkataan sama jek....

" biasa laaa ada masalah kewangan . masalah kewangan . masalah kewangan .. "


esok tu , masa kiteorang jalan-jalan lawat makan Saidina Hussein cucu Nabi Muhammad s.a.w purse kawan aku kene cekau dengan makcik arab . memang sadis ar .

sebab orang kata , kalau mulut jahat , lebih kurang macam Firaun , kalau baik , inshaAllah Nabi Musa . pepatah orang dulu-dulu . seriyus ! ini bukan main-main ..
even kita duk kidding-kidding ke , melawak ke , pun tak boleh nak beriya sangat .. sebab Dia maha Mendengar :)

oke stop ! aku nak uplod gambar .. hiihihi. cuma tak banyak jekkk .. layan ~

ini Asfour, Shubro . kedai kristal semua murah-murah ! best ooo . tapi aku tak tahu nak pilih yang manas untuk family aku . buah rantai ke apa ke semua best dan cantik-cantik. korang kalau ada kawan-kawan ke Mesir , order la ! mesti puas hati !!

makam wali Allah . antara 12 makam wali Allah yang dijamin syurga . sayu je. makam beliau harum jek ! apa lagi , minta doa untuk kebaikan semua :))

berlatar belakangkan istana Raja Faruk, Alex . ada kisah sejarah beliau . tapi masih belum basah lagi dalam ingatan aku. aku try search lagi nanti ~


Kubu Salehuddin Al-Ayubi . sangat besar + tegap . teringat pulak aku dekat Al-Hambra , Spain yang pernah pergi dulu. peninggalan orang hebat terdahulu. moga , peninggalan kita kelak.. ada peringatannya juga !

oke , ciput je gambar yang aku ada. sebab kiteorang pergi pun bertiga jek yang dari Morocco. yang lain semua student Mesir yang bawak jalan. Alhamdulillah dapat jumpa kawan lamaa masa Maahad dulu ..

ops ! yang paling best , sempena 5 Ogos haritu besday aku. sempat jugak la buatkan 4 set kek untuk kawan-kawan aku kat sana :)) Bahagia rasanya ! aku pun tak sempat nak rasa. sebab terkejar-kejar nak ke Airport malam tu balik Malaysia .

Thank You siapa yang wish aku kat Facebook @ Handphone. may Allah bless !