Followers

Thursday, February 24, 2011

cuti part 2 : sisa hidupku semase

Assalamualaikum dan salam sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kesempatan ni HS mampu untuk coret mencoret pengalaman menghabeskan sisa sisa cuti semester 1 HS. alhamdulillah , result semester 1 pun oke. tidaklah mengecewekan. dapat lah ape yang HS usahakan :) alffunn mabrouk kat semua kawan kawan sperjuangan HS :)

haaa, mase untuk bercerita . ngeee..xD! oke, start dari 15 Febuari 2011 HS tak henti henti berjalan. mase ni lah nak jalan. manekan tidak hampir sbulan duduk rumah depan laptop. hurggghh! bapak bosan ea. tak habes habes mengomen ngomen kat FB, updated status sampai kne tegur dengan senior , masak sampai tak jadi , basuh baju sampai kering dan macam macam lagilahhh! huh! tak sanggup nak citer..hahaha!

15 Febuari 2011 bersamaan Selasa HS & the geng went to Book Fair! haaa..international ni..semua kitab kita dari Timur Tengah semua ade. dikire international la tu kann..?! betul tak?! tapi yang membuatkan weirdnye ialah, HS tak jumpa pun bendera Malaysia :( huhu! sedeh jugak laa..!5 jam berjalan , adelah booth negara Jepun , Turkey , Mesir , Lubnan , Jordan , Magribi dan lain lain lahhh..! haa..suke lahh an dapat jumpa ramai sangat bangsa. dah la besarrr gedabak tempatnya.Alhamdulillah la tak sesak macam PWTC tuh. kalau tak , ade jugak kawan HS yang hilang kowtt.. haha! oke , selepas solat zohor, HS dan kawan kawan singgah sebentar di booth Jepun..comel sangat buku buku dan majalahnyaa! geram gila! tapi yang tak best , HS tak boleh nak beli buku yang ade kat booth dia. just pameran sahaja,. huhuh. . :(


azan solat Asar pun berkumandanglah, kami semua tak sempat nak solat disitu. konon kononnya nak solat di Masjid Hassan Thani tapi tak boleh, sebabnya hujan semakin lebat. so kami terus pulang. hebat tak hebatnya. mase hujan tu, tak pakai apa apa baju sejuk pun.. fuhhh! bibir pun jadi biru tu. tunggu pulak bus no.63 selama 30 min. aduhh! tensyen betol..~ penatttt sangat sangat. naseb baekla dapat sit. huh :(



Alhamdulillah, dapat juga HS miliki kitab Muwato' yang diidamkan dari form 5 masa study Pend Syariah Islamiyah , novel English mix Arabic dan kitab Usul Fiqh untuk sem 2 nanty :)


oke ! enough , kite teruskan pada hari yang berikutnya iaitu 18 Febuari 2011 bersamaan Jumaat iaitu hari yang tak dirancang..kami serta merta bertolak ke Mohammedia..! sebenarnya semua nak melepaskan hajat nak ke Ekspo barangan Morocco. so, tanpa menolak ajakan tersebut HS dan ahli bait terus packing bag ke Mohammedia.! waahh seronok sangat barang barangnya.HS sempatlah bile comforter baru just 100 dirham je.



jaranglah nak jumpa kat Malaysia. haha! ade makna yang tersirat disitu. kui3..~ siapa yang di Morocco saja yang tahu barang Morocco macam mne. kalau jual kasutnya mcam mne.jual baju mcm mne hee..dan bagai bagai lah..! tapi tak pe. bila lagi nak jalan tempat orang. ni jelah masenya :)


pada keesokannya 19 Febuari 2011 bersamaan Sabtu, HS dan semua ahli bait dan kakak kakak Mohamedia iaitu dari Villa A.B.U pun join ke pantai! wahhhhhhhh! nak katenye, lepas lah segala rindu kat Malaysia bila nampak pantai. dapat lak picnik kejap kat sane makan nasik lemak made from kak Husna. haha! sedap gile! licin! haha~ yang paling besssssst sekali , dapat lah buat video kejap. created by kak Yusra jugak.. best bawak kak Yusra ni, dy gemar ambil photo berdas das.. haha! rianglah gamaknye!


cukup sekadar ini sahaja pengalaman cuti part 1 HS di semester 1 :) akan bersambung part ke 3 nya. insyaAllah :)

Wednesday, February 16, 2011

aku dah bace, korang try lah :)


"katakanlah (Muhammad) kepada orang orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang orang yang tidak takut akan hari hari Allah ( hari hari pada waktu Allah menimpakan seksaan kepada mereka ) kerana Dia akan membalas sesuatu kaum sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan "
surah : Al Jasiyah
ayat : 14
muka surat : 500

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera buat kawan kawan blogger dan sekalian makhluk di muka bumi ini. :) peace no war. dengar kate lepas ni giliran Morocco pulak nak rusuhan..?! kami hanya doakan yang terbaek. dan still mengharap doa doa orang laen.sesungguhnya Allah bersama sama mereka yang benar :)

bace- pilih -telek telek kitab kitab Arab di Book Fair semalam:)

^___^


since November 2010 setiap pagi kami ada Tadabur Quran bersama sama Ahly Bayt. totally nya enjoy la..! sape tak enjoy ..?!! Quran tu beb! khabar berita gembira.. seronok sangat baca nya!! tenang tuuuhh! percayalah.. HS dah buat, kalian bagaimana? topup iman anda mulai detik ini :)


oke! ayat Allah di atas ditujukan kepada pendakwah pendakwah . kalau kita perhatikan zaman sekarang sudah ramai sangat pendakwah yang menonjolkan diri, heee..kalau nak tahu, share satu ayat Dia pun dah dianggap dakwah tau. ingat tu :) tapi kita kena tengok jugak, dah berapa ramai yang frust menonggeng dengan dakwah mereka tu..bak kate orang, tak de zuuup kat hati. huhu..~


tak pe! jangan mudah putus asa!! serius HS nak kate, janganlah mudah putus asa kalau orang abaikan kata kata kita..renung kembali kisah kisah Rasulullah..yang berdakwah dan apa pula reaksi kaumnya ketika itu :( sayup..! tapi Baginda still tegakkan kebenaranNya :) kuat! gentle! haa..ekau sumo camno??! baru suruh buat assignment dah merungut2..heee


peace no war la beb! peace! so , melalui ayat ni .. ALlah menunjukkan bahawasanya wahai pendakwah..dont give up! move move!


biarlah orang yang kita nasihat tu kate.. " alaaaa..! kau sebook pehal? ni dunia aku..! kubur kita laen laen..baru belajar tinggi nak tunjuk lagak lak ngan ayat kau tuhh.."


heish~ awat hang tu baguih sangat ka..? cehh! jangan sambut dengan kata2 macam ni suda.. heee..:) tak pe tak pe..~ yang bagi hidayah tu Allah..kita hanya mampu menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..ingat tu yea wahai daie sekalian :) jika anda sayangkan islam yang lame dibina dahulu..please never give up!


wahai kawan kawan , bukalah minda..dunia semakin tua dimamah usia..! ditambah pula dengan kerakusan darpada tangan tangan manusia !


T____T


ingatlah! Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melaenkan mereka yang berani mengubah keadaan hidup mereka sendiri :)


kembalilah kepada ayat ayat Dia tadi..Allah akan membalas sesuatu kaum itu dengan apa yang telah mereka kerjakan..


Rindu Rasulullah bukan hanya pada selawat Baginda sahaja, malah praktikkan segala sunnah Baginda..insyaAllah hidup diredhai :) amineeee!


salam ukhuwah sampai syurga,

-HS-

Sunday, February 13, 2011

kenangan kita terlalu indahkan [part 2]


" siapa kata kenangan itu tidak indah?! tidak kiralah pahit atau manis bagi HS semuanya indah. ia dikatakan tidak indah ketika kita harungi saat itu. hakikatnya ia menjadi terlalu manis jika dikenang semula..:) "

ouh..! HS tak tahu kenape cepat sangat air mata meleleh tatkala membaca entri faiznur saat ini :(( berjurai kot..~ dalam hati ade taman lah kate kan..~

Assalamualaikum pembuka bicara ..~ before terlupa..nak umumkan today waktu Malaysia ialah Valentine Day..huh! tiada makna pun semua nie! alaa bukannya kalau kita sambut valentine ni kita boleh kekal dengan pasangan kita tuh..lebih baik kita sambut Maulid Nabi yang akan datang ni..tahu tak Nabi Muhammad s.a.w tu rinduuuuu sangat kat umatnya?! ish!! sama sama kita islah diri yee..! :)

hari ni nak tulis entri panjang panjang biar sampai patah kuku! peduli hape..!! tak kire!! semua ni pasal Faiznur ni la..~ cett! ttbe HS rasa terpanggil untuk menulis tentang dia , kamu , kita dan mereka :)

kamu ;)

wahai Faiznurku sayang..~ aku tak akan pernah lupa semua kenangan yang kau coretkan sampai tak tertulis tu..! kau macam tak paham..aku seorang yang sentimental..aku boleh sebut jugak cuaca ketika kenangan itu semua! haha


Timah yang tercomel!

Aman sweetttt!
^____^

kami budak baru

permulaan 2010 dan penghujung 2010 bagi aku semuanya manis manis belake!! since hati kita nak stay STAM sampai lah aku fly ke Morocco :) indahnya saat itu..copy paste dalam exam [hahaha..shutt] - PWTC - calling calling dtengah malam - berwebcam dengan org Timur Tengah - ?! haha! banyak! banyak sangat pekara yang tersirat..huh! dari aku menangis kau pujuk, dari aku pujuk kau nangis..semua tu lah!


PWTC..so sweet!

kalau kau nak tahu , aku enjoy sangat berkawan dengan kau. bersahabat dengan kau dan berteman dengan kau..! kalau kau nak tahu lah , tak nak tahu , tak pe..bluwekk! c(;

T___T

saat paling touching sekali yang pernah aku lalui bersama kau dan kawan kawan yang lain , masa aku dah nak berhenti STAM.. yela..macam tergantung sangat jek cara aku berhenti sekolah..dengan STAM yang tertangguh MUET terbengkalai , tak dapat nak jumpa warden sepenuhnya , tak dapat nak inform kat kawan kawan semua . macam macam lah..! tapi semua tu , kau yang temankan aku kan?! huhu..! sorry ea.. susah kan kau naik Rumah Warden banyak kali :( :( tak de niat pun nak buat semua tuh..!! huwaaa huwaaaa.. :((

aku saje je buat buat tak sedih masa mak aku jemput aku kat sekolah tuh..yela tak kan nak menangis..dah la kebetulan ada mak Natasha , ayah Natasha emak aku , semua budak lelaki kat padang..huhu..! dapat lak kau bagi aku surat sepanjang panjangnye.. 3 ++helai tak silap aku.. huhu..! dan pemberian kau yang sangat bermakna bagi aku..even kau juz bagi aku minyak panas hijau jek. sebab kau tahu aku jenis tak tahan sejuk waktu malam.. aku tak boleh tidur kalau tak pakai stokin..jenis akan cepat raflamoe bila tidur tak pakai comfeter..dan akan akan akan akan sebagainya. then kau pun bagi aku minyak panas tu kan..?! huhu!! terima kasih sangat sangat tau..kau jugak kawan yang sanggup buat semua ini kalau aku tertidur begitu sahaja kan?!
huhu..! dari pakaikan stokin , tanggalkan crmin mata , selimutkan aku , dan bla bla bla..

=_= "

tapi malangnya..!!!! minyak panas tu...huhu minyak panas tu... T___T huhu tak sampai kat Morocco pun..~ orang yang mak aku kirimkan dokumen aku tuh , dia tak bagi kat anak dia :( dia kata dia lupa nak ambil kat sit KLIA tu !!! aku sangat tersentap dengan kejadian tu, maaf! baru sekarang aku nak bagi tahu kau hal ni..~ mak aku lagi terkilan sebab mak aku kenal kau..! mak aku tahu aku perlukan minyak panas selalu..:( tapi nak buat macam mana?!! T_T

semua kenangan aku Timah , Aman dan Kau..tak pernah luput dalam ingatan aku..! dan kertas yang kau beri pada aku lewat tahun 2006 dulu , sampai sekarang aku tak buang lagi.! still dalam purse aku. kau ingat tak..?! lagu nasyid..~

"sesegar hijau daunan

begitulah kita diibaratkan

tiada siapa yang bisa memisahkan kita

antara

kita semua "

even note kecil tu sekarang dah macam kuning kuning..kepam kepam..aku still tak buang lagi..! sebabnya.. bagi aku , ayat tu sangat meaningful lahh!!!

teady bear Timah pun still aku sangkut lagi dalam loker baju aku! argh! tak boleh nak lupa semua itu! dengan Aman yang tak henti henti hantar meseg rindu kat aku..im soorry Aman! aku tak boleh nak reply meseg kau! rm 4! siapa tahan?! Celcom kejam ! Celcom kejam ! tapi tak pe , Facebook ada.. Yahoo Mesengger ada .. Skype pun ada .. keep in touch kat situ je yea..c(;

winter aku dan mereka

Aidiladha bersama mereka

sekarang, aku pun dengan mereka.kau pun dengan mereka. mereka ini yang membawa suka gembira sedih duka rindu aku. teman jiwa hati aku tatkala di tuutttt!! haha! kau pun tahu kan?!hermm sekarang, padan muka diorang kene dengar ceritacerti aku di malam hari..layan angan angan aku yang karut marut..macam korang selalu dengar malam malam tuh..jeling jeling aku bila aku over gelak..hahaha!! sangat padan muke!! suke aku lah..uwekkk. haha!

korang semua nak tahu tak?! aku dapat rasakan yang salah sorang dari korang akan datang Timur Tengah jugak! Mesir dah aman!peace no war! insyaAllah korang boleh continue study kat sane.t cuti cuti aku datang lah sane, tak pun korang datang Morocco ataupun kita semua tunggu di UK..oke?! boleh?! leh kita round round the world !! arghhh! itu yang aku impikan since aku jejak bumi Maghribi nih! eishh! berangan jek aku..~

sama sama ye kita doa..semua dapat sambung study tinggi tinggi!! nanti jumpa, semua dah grad! arghhh seronoknya!! jadi orang hebat hebat ye :)

wakho [oke] HS ! sofi HS ![cukup] terlalu panjang kau tulis.. takut dia tak terbaca..! "arghh..! mustahil dia tak baca entri aku..ngee.." bisik hati kecilku ~
p/s: maaf gambar yang tak seberapa krn ini lappy baru saya.kenangan lalu banyak di lappy lama..~
sejenak merungkai..~

huh..~ dari 5.30 petang sampai ke 10.24 malam. prepare untuk esok sem 2.doakan aku! ;)
























Friday, February 11, 2011

i'm enjoy with my cooking**

mari memasak bersama sama chef HS ! haha..


assalamualaikum salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. semoga kalian semua sehat dan ceria ceria selalu ;)

boleh ke tidak entri HS kali ni , nak masuk kan entri tentang masakan..?! haaa.. siap nak masukkan resepi sekali..oke x??!

kalau dulu dulu HS ni paling malas sangat masuk dapur..malas gile lah! tapi alhamdulillah sejak HS dapat sambung belajar kat Morocco nie..dah tak boleh nak harapkan mak & maid masak lagi untuk HS.. so dah boleh masak sendiri taw ;)

ala..resepi yang HS nak bagi ni pun..entah entah korang semua dah tahu. tapi bak kate orang..kita ni manusia jangan belagak..amek jek! mane lah tahu bila dah try nanti sedap pulakkan..! :P haha~ perasan pulak..


HS menulis entri ini bagi menjawab kritikan kawan HS di Facebooh nih. haha.." lebih baik cari perempuan yang tak lawa, daripada perempuan yang lawa tapi tak reti nak masak.." hermm HS sebagai seorang perempuan tersangatlah malu dengan kritikan ini..haha! i ni perempuan lah!!


so bg gurl @ boys yang baru nak berjinak jinak dengan kuali , senduk , dapur gas tuh..meh sini HS nak ajar sikit..so nanti tak perlu nak suruh mak masak untuk kita @ no need kedai mamak lagi okeehh!!! boleh masak sendiri ;) ala..paling budusss pun, pandai lah masak sambal untuk makan bujang je..heee xD

dah dah..stop annoying..** ni nak beritahu bahan bahan untuk masak sambal..tak kesah lah nak pedas ke tidak ke. tp, bahan bahannye tetap ini..**

p/s : untuk hidangan 4 orang kebawah. jika ramai, sila tambah bahan bahannya :)

  1. segenggam cili kering (untuk pedas )
  2. sebijik tomato
  3. sebiji bawang merah besar
  4. garam secukup rasa
  5. beberapa sudu gula ( ++ gula jika terlalu pedas )
  6. asam keping / asam jawa (jika perlu)
  7. apa apa bahan yang ingin di campur bersama sama ; mungkin seperti ikan bilis / udang / sotong / dll yang rasa bersesuaian dengan citarasa..

oke..cara caranya ialah..cuba mengikut turutan taw..;)

  1. rebus cili kering sehingga nampak ianya mendidih. buang biji biji cili kering tersebut. takut takut boleh terkena apendiks
  2. potong tomato berbentuk segi empat/ segi tiga untuk dikisar
  3. potong juga bawang besar tadi untuk dikisar
  4. kisar kan step 1 , 2 dan 3 bersama sama ( jika mahu sambal sedikit ) tetapi boleh juga diasingkan step 1 itu daripada step 2 dan 3 ( jika mahu sambal banyak )
  5. panaskan minyak dan masukkan step 1 , 2 , 3 itu kedalam kuali .. dan biarkan ianya dimasak selama 4-7 min.
  6. apabila sambal itu sudah nampak merah kemerahan sudah tiba masanya memasukkan garam secukup rasa..jangan lunggah garam dalam kuali sudah lah..:P
  7. 10 min seterusnya boleh la rasa sambal anda tersebut..jika terlalu pedas, boleh lah masukkan 3 sudu gula atau lebih untuk mengurangkan kepedasan itu ;)
  8. akhir sekali boleh lah masuk kan bahan bahan yang ingin di campur seperti udang / sotong / dll ..jangan lupa basuh bahan tadi sebersih bersihnya ya..! xkan lah step membasuh pun nak HS tunjukkan..haha! :P

bagaimana nak tahu sambal dah siap di masak atau belum??! senang sahaja..pastikan sambal tadi nampak lebih merah menyala dari sebelumnya dan pastikan letupan gelembung gelembung sambal tadi semakin bekurangan..faham tak..?!

oke.. enough..! sambal boleh di angkat dan dihidang..selamat mencuba!!

Thursday, February 10, 2011

like..?! heee xD~

kenapa HANASZIED tu suka sangat ea LIKE status orang kat FACEBOOK..?!



Assalamualaikum w. b. t :) ermm entri ini sebenarnya HS khususkan kepada kawan HS ** cik lawyer yang pelik sangat dengan kegiatan HS sekarang..! haha...:P

kelakar jek bila HS pkir balik apa yang dia persoalkan ni..haha! oke..~ enough! stop laughing oke ;)

yang HS paling tak sangka tu, dia boleh tanya n tag my nickname FB tuh..haha! rupa rupanya HS ade geng yang suke dok like - like ni ea...:P



my dekstop yang tidak seberape ^_^

actually HS dah lama nak tulis entri yang ni..sebabnya.. meng-like status orang di Facebook adalah salah satu kegiatan wajib seharian yang dilakukan oleh HS..! hey hey hey..I punya suka laa I nak like..hahah!

oke la..~ my reason nye wahai cik Lawyer..ialahh.. taDa..! haa hamek kau..~

  • sebab nak suruh cik lawyer like balek status HS..! haha~ xdelah gurau jek
  • sebab sudah tak de koje laen
  • sebab HS dah tak de ayat dah nak mengate dan mengomen. haha!
  • sebab HS minat sangat dengan post yang telah di post tu..
  • sebab kadang kadang status anda ade kene mengene dengan life HS
  • sebab dapat keep in touch rasanya la..
  • sebab..erm ape lagi ea..??!

nasib baik lah 'dislike' tak wujud dari dlu. agak nya kalau wujud dari dulu mesty HS punya habit jugak tuh. haha! act sekarang dah ade taw 'dislike ' kat Facebook. juz kamu kamu semua kena update la Facebook kamu tuh. siap dah ade layout Facebook agi taw..

ala korang ni mengadelah..! yang reason laen tuh boleh la pkir sendiri..ala korang pun macam lah tak penah like status orang.hahah!

oke . fullstop.! ** entri sekadar suka suka untuk isi masa lapang **

cuti part 1 : sah, salji itu putih! ** wink wink **

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..ceh dah macam pembce berita pulak.harap semua insan tersayang sehat sejahtera khendakNya :)


sejak 2 menjak ni rase macam malas sangat nak update experience HS yg mahal nie. tapi ape pon. harus dikongsi bersama. sebabnya ade orang yang tertunggu tunggu dengan entri baru. haha! ngaku jek lah orang tu..^_^ hee..


oke lah..nak dipendekkan cerita, 29 - 31 Januari 2011 tecatat lah sebuah memori terindah untuk HS pertama kalinya melihat salji turin di dpan mata! ouch..! sangat mengagumkan! indah sungguh ciptaan Allah.




sudah termaktub dalam Al Quran bahawasanya di bumi ada 7 lapisan atmosfera ;seperti yang diketahui hujan , salji , dan tiupan angin hanya berlaku di lapisan ke tujuh ( exosphere ) herm mungkin skrg HS di lapisan ini kot. haha!


mungkin picture snap yg ini tidak terlalu nampak saljinya. tetapi hakikatnya, salji itu turun depan mataku! happy ** rasa nak bawak emak & along & wan & anis & semua family merasai salji ini..~

kepada kawan kawan yang dah order salji satu botol dari HS .. im sorry la..~ tidak dapat menunaikan hajat itu. salji terlalu sejuk. kaki tangan kuku terlalu kaku. nak buat snowman pon dah tak sanggup.! urfgghh! tudung yang agak tidak menyenangkan kerana basah dek salji ~

inilah wajah HS yang sangat takut kan ketinggian..wahhh gunung ni tinggi sangat! ni pon baru naik sikit jek. dah tak sanggup nak pandang bawah. sedangkan replika kapal yang kat Melaka tu pun HS dah takut nak naek sbb gayat..ni kan pulak nak maen salji kat area atas tuh..haha! mintak maap ler..! sok sok tahun depan, maen salji kat tempat rata la pulak..!! seram sangat nih..~HS pun tak tahulah.. gayat ni keturunan mana yang HS dah ikut. bhahah!! xD



oke..picture ni pula, still kat Fes a k a bandar yang paling bersih di Morocco . bak kata supir yang xbayar roadtax tu..bandar kecil Eropah la..~ mase nih la salji betul betul turun! lebat pulak tuh..!



oke oke oke. stop! malas nak bebel banyak banyak..nanti boring..ini lah antara pic HS & kawan kawan yang sempat di snap di Ifrane, Fes, Morocco. actually banyak sangat,.! sampai 5. sumting GB la pic folder ni jek..! hahaa...banyak gilo! anyway g la tgok sndri kat Facebook HS yep..~


alhamdulillah impian HS dari darjah 5 ni dah tercapai ! tunggu impian seterusnye akan digapai tidak lama lagi :)






Sunday, February 6, 2011

i wanna what i wish..**

salam n hello everyone..~
semoga semua sehat sehat belaka disamping orang di sekeliling anda..
dan
bagi sesiapa punya hari lahir hari ini, moga dirahmati Allah..~
bila dengar kejayaan orang ..
kebahagiaan orang..
kebijaksanaan orang
HS rasa sangatttt cemburu..
mood sedang bercampur baur..=.="
entah jeles lah.. haha!
belek belek pic senior yang sudah merantau jauh d negare orang
melihat kebahagiaan mereka dengan tercinta..
kejayaan senior senior yang tersangatlah hebatttt..
waaaahh! seronok nye merekaaa..! !
muka sedang berfikir..n ter shrugging - shrugging**
mampukah aku ..?!
jika HS " syarifah" yang dulu..
agak agak dapat atau tidak "Hana" yang sekarang miliki yek..?
terlalu banyak kenangan manis yang terawang awang sekarang nih..
tidak mampu dicerita..
manusia sememangnya tidak puas dengan apa yang mereka miliki..
yes! that right.! so HS aja aja fighting!
you must be what do you wish..~
semangat baru untuk semester 2 even result tidak dapat lagi T_T
tahniah kepada my sis!
kamu sering membanggakan emak kita :)
salam new semester..^_^

Wednesday, February 2, 2011

RESULT STAM 2010 mabruk kawan kawan..!

Assalamualaikum, salam sejahtera .~ moge semua nya sihat sihat hendakNya.

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribu ribu tahniah atas kejayaan kawan kwan STAM saya di MAAHAD AHMADI , GEMENCHEH..! kalian semua tidak pernah mengecewakan guru guru sekalian. even perangai dan habit kita selalu membuatkan guru guru berasa risau. haha! kalian terbaek.!

erm, HS merasa sangat terkilan sebabnya.. since SPM result & STAM result tidak dapat hadir bersama sama kawan kawan berkongsi kegembiraan..huhu..apakan daya. semuanya takdir. masa result SPM dahulu HS pergi ambil lesen kereta,. masa result STAM ni pula HS sudah pun berada di Morocco. huhu..tidak mengapa. tidak dpat berkongsi pun bukannya sengaja,..semuanya bersebab..

HS dah expect da..kawan kawan STAM kali ni mesty najah punya la! hebat gilerr..! alhamdulillah telah berjaya mencatat rekod yang terbaek selepas tahun 2005.. iaitu seramaiiii..

  • 2 MUMTAZ SUFI
  • 22 MUMTAZ
  • 19 JAYYID JIDDAN
  • 19 JAYYID
  • 1 MAQBUL
  • 1 ROSIB

ya Allah HS sebagai kawan tersangatlah berbangga dengan kejyaan kawan kawan sekalian.tidak pernah menghampakan.bagi yang ROSIB & MAQBUL tu..tidak mengapalah.mungkin takdir anda sebagai pelengkapnya..huh..:( dan mungkin juga rezeki anda bukan disini,tetapi di masa akan datang nanti insyaAllah..!

alhamdulillah..kawanku yang 3 tuh..semua nya berjaya,walau hakikat nya mereke tersangatlah risau dengan result mereke..hermmm HS dah kte dan antunna boleh..x caye.! hee :)

hah..??! result HS pula..erm..tidak kesampaian la natijahnya ,.huh..2 JAYYID JIDDAN 4 JAYYID. erm..alhmadulillah.tiada yang MAQBUL..huhu..~ bak kata Ustad Taufik.." kalau kamu sabar sekejap tunggu STAM dulu, ala aqal mesty kamu boleh dapat JAYYID JIDDAN "

eerrmm..tidak mengapalah ustad..mungkin juga rezeki saya bukan disitu.tetapi disini atau akan datang :) syukran ustad ustad semua ..! sudah didik kami dengan jayanya..teringat pula kelas di pagi petang siang malam hari tu..:P heee..~

anyway..doakan HS untuk result semester 1 pula ya..teramatlah risau ..! saya tidak mahu istidrak..! dan saya juga tidak mahu risaukan emak saya..!

btw..nak pesan kepada rakan rakan STAM jangan lupa isi borang UPU @ timur tengah cepat cepat.jangan lengah lengah tahu..! kita cuba jek..mana yang baek itu..insyaAllah , Allah tunjukkan jalan.tidak mengapa,, U tempatan juga kita berjihad..U Timur Tengah lebih lebih lgi pula jihadnya..

salam kejayaan untuk kawan kwan semua..:)sayang semua!!