Followers

Friday, February 11, 2011

i'm enjoy with my cooking**

mari memasak bersama sama chef HS ! haha..


assalamualaikum salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. semoga kalian semua sehat dan ceria ceria selalu ;)

boleh ke tidak entri HS kali ni , nak masuk kan entri tentang masakan..?! haaa.. siap nak masukkan resepi sekali..oke x??!

kalau dulu dulu HS ni paling malas sangat masuk dapur..malas gile lah! tapi alhamdulillah sejak HS dapat sambung belajar kat Morocco nie..dah tak boleh nak harapkan mak & maid masak lagi untuk HS.. so dah boleh masak sendiri taw ;)

ala..resepi yang HS nak bagi ni pun..entah entah korang semua dah tahu. tapi bak kate orang..kita ni manusia jangan belagak..amek jek! mane lah tahu bila dah try nanti sedap pulakkan..! :P haha~ perasan pulak..


HS menulis entri ini bagi menjawab kritikan kawan HS di Facebooh nih. haha.." lebih baik cari perempuan yang tak lawa, daripada perempuan yang lawa tapi tak reti nak masak.." hermm HS sebagai seorang perempuan tersangatlah malu dengan kritikan ini..haha! i ni perempuan lah!!


so bg gurl @ boys yang baru nak berjinak jinak dengan kuali , senduk , dapur gas tuh..meh sini HS nak ajar sikit..so nanti tak perlu nak suruh mak masak untuk kita @ no need kedai mamak lagi okeehh!!! boleh masak sendiri ;) ala..paling budusss pun, pandai lah masak sambal untuk makan bujang je..heee xD

dah dah..stop annoying..** ni nak beritahu bahan bahan untuk masak sambal..tak kesah lah nak pedas ke tidak ke. tp, bahan bahannye tetap ini..**

p/s : untuk hidangan 4 orang kebawah. jika ramai, sila tambah bahan bahannya :)

  1. segenggam cili kering (untuk pedas )
  2. sebijik tomato
  3. sebiji bawang merah besar
  4. garam secukup rasa
  5. beberapa sudu gula ( ++ gula jika terlalu pedas )
  6. asam keping / asam jawa (jika perlu)
  7. apa apa bahan yang ingin di campur bersama sama ; mungkin seperti ikan bilis / udang / sotong / dll yang rasa bersesuaian dengan citarasa..

oke..cara caranya ialah..cuba mengikut turutan taw..;)

  1. rebus cili kering sehingga nampak ianya mendidih. buang biji biji cili kering tersebut. takut takut boleh terkena apendiks
  2. potong tomato berbentuk segi empat/ segi tiga untuk dikisar
  3. potong juga bawang besar tadi untuk dikisar
  4. kisar kan step 1 , 2 dan 3 bersama sama ( jika mahu sambal sedikit ) tetapi boleh juga diasingkan step 1 itu daripada step 2 dan 3 ( jika mahu sambal banyak )
  5. panaskan minyak dan masukkan step 1 , 2 , 3 itu kedalam kuali .. dan biarkan ianya dimasak selama 4-7 min.
  6. apabila sambal itu sudah nampak merah kemerahan sudah tiba masanya memasukkan garam secukup rasa..jangan lunggah garam dalam kuali sudah lah..:P
  7. 10 min seterusnya boleh la rasa sambal anda tersebut..jika terlalu pedas, boleh lah masukkan 3 sudu gula atau lebih untuk mengurangkan kepedasan itu ;)
  8. akhir sekali boleh lah masuk kan bahan bahan yang ingin di campur seperti udang / sotong / dll ..jangan lupa basuh bahan tadi sebersih bersihnya ya..! xkan lah step membasuh pun nak HS tunjukkan..haha! :P

bagaimana nak tahu sambal dah siap di masak atau belum??! senang sahaja..pastikan sambal tadi nampak lebih merah menyala dari sebelumnya dan pastikan letupan gelembung gelembung sambal tadi semakin bekurangan..faham tak..?!

oke.. enough..! sambal boleh di angkat dan dihidang..selamat mencuba!!

1 comment:

Faiznur Ishak said...

hurm..boley caye kot resepi nie..
jangn jadi macam CEKODOK AIR PANAS sudah~