Followers

Saturday, September 13, 2014

9 bulan 40 minggu 4 hari - Induce-

assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah setinggi ucpan penghargaan terhadap suami tercinta En. Hafiz bin Hakim, emak tersayang Maimunah Lasim, adik beradik, keluarga mertua dan kawan kawan. aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 22 Ogos 2014 jam 5.17 petang pada berat 3.45kg. diberi nama Wafiy Nazrin bin Muhammad Hafiz

Detik yang mencemaskan. Tepat pada due date 19 Ogos 2014, aku langsung takde terima sebarang tanda tanda yang aku akan melahirkan. sakit sakit langsung takde. Akhirnya aku terus rujuk Dr.Rosy Anak Jawan di KPJ, Seremban. Beliau suggestkan aku induce pada hari Selasa 19 Ogos tu. Tapi bila aku tanya tanya dengan orang terdekat mcm emak, dan mertua.. mereka semua minta extend tarikh. so, Dr. Rosy boleh bagi aku extend hanya seminggu je. kalau takde ape-ape tanda jugak, prkara yang sama pasti akan dilakukan iaitu induce masuk tablet.

19 Ogos telah berlalu, tiba esoknya aku mengharapkan keajaiban berlaku, tapi malam aku masih boleh tidur lena dan siang aku masih selesa. langsung takde sakit yang datang. Tepat 21 Ogos, aku terdapat sedikit keraguan, aku ke Hosp Tuanku Jaafar, Seremban utk check up. keadaan masih normal. tapi air ketuban semakin berkurangan dan bayi semakin mmbesar. aku takut takut yang induce tidak berjaya dan bayi berak dalam.

hmmm. tawakkal dan usaha serta doa tak putus putus. linangan air mata sepanjang hari. Emak suggestkan pada aku dan suami agar aku terus ambil keputusan utk operation. katanya memang ada genetik keluarga dan makcik makcik aku yg induce tak berjaya dan bayi lemas. aku semakin takut. tapi suami masih stick dengan pndirian ibu mertua yg aku akan induce dan induce pasti berjaya.

masih tiada jawapan,masih tiada keputusan, dan masih belum ada tanda sakit. tempoh extend tarikh semakin tamat. akhirnya aku serah diri ke KPJ, Seremban utk induce.

22 Ogos 2014 - Jam 7.30 pagi dah sampai hospital dan mula buat pembayaran muka di kaunter sebanyak RM2k dan akhirnya semua sekali berjumlah RM 12,700 tunai . Redha dan terus redha !

Jam 8.30 pagi. doktor pilihan aku pun sampai di labour room. Sedia utk mulakan induce. disuruhnya buang air kecil dan besar jika berkemahuan. dan terus masukkan tablet. after 2 hours, dah mula rasa skit mcm senggugut. tepat jam 11 pagi, beritahu suami,
" abang, hana da mula rasa sakit.. sakit sangat ni... hana tak tahannnn !"
 "sayang, teruskan baca selawat, teruskan baca ayt ayt pilihan tu. sayang kuat utk semua ni.."

kontraksi terus berlaku, dan terus dan terus. memang aku menjerit sekuat hati. sakitnya mashaAllah. kalau orang lain lebih selesa masa kontraksi dia berjalan atau berdiri, tapi, waktu aku, aku memang tak boleh nak buat apa-apa. aku hanya terlantar di katil. sakitnya hanya Tuhan yang tahu! aku terus menjerit lagi ....

"Allahu akbar !!! abanggggg !!!! sakit sangattttttt !!!!!!! "
"sayang, abang panggil nurse nak tak?. "

akhirnya nurse datang.

" adik, nak ubat tahan sakit tak? atau adik boleh gunakan oksigen ni.."
aku terus menggeleng. aku tahu aku mampu utk tahan sakit kontraksi tu. aku cuba dan cuba...

Jam 1.30 petang, suami terus bergilir jaga dengan emak aku. suami nak solat Jumaat. keluarga mertua dah lama tunggu dalam bilik wad. Emak datang, emak suapkan aku makan. emak papah aku ke toilet utk wudhuk bersolat. emak cakap..

" adik, solatlah jamak zohor - asar.."
 "ok emak.."

terus solat. kontraksi semakin cepat. hampir 7min-7min pasti berlaku. aku tak mampu berdiri tegak. aku solat duduk d kerusi.

jam 2.30ptg, suami dtg amik giliran semula. dia pegang tangan sekuat mungkin. aku tak tahan sakit. sampaikan kolar bajunya aku tarik tarik. sakit yang tak menahan. nurse datang lagi..

" adik, guna lah oksigen ni, at least adik release skit. tak stress sakit mcm ni.. orang lain pun guna jugak...."
 "sayang, cubalah guna oksigen ni, mana tahu bole relax skit.."

aku trus capai oksigen tu. dan hirup, dan lepas, dan hirup dan lepas. aku seolah-olah mcm mabuk.terus terlena. hilang stress skit mungkin..dalam pada tu,

"abang, tolong bcakan Surah Maryam kat hana..."
"oke sayang.."

aku mula bertenang sedikit. bole tutup mata. kejap kejap kontraksi belaku, tangan terus capai utk hirup oksigen. ait mata terus berlinangan tanpa henti .. tepat jam 4.30ptg. Dr.Rosy datang check untuk bukaan rahim. diseluknya Mashaa Allllahhhh ! sakitnya Ya Rabb !!

"Dr. dah berapa cm?? "
 Dr. menggeleng. masih sama. baru 2cm...
" minta izin saya pecahkan ketuban ya.."

dipecahkannya. aku terasa air laju keluar.

" ohmy God ! baby you sudah berak dalam. you nak teruskan atau emergency operation?? .. I boleh bagi you sedikit masa utk buat keputusan atau you boler teruskan tunggu bukaan lagi 8 jam.."

"sayang, abang nampak air tu dah hijau. kita operate ya..?"

 semakin kuat aku menangis. terkenangkan anak. diri aku, costing bill hospital, dan aku dah patahkan keptusan emak...

" siapa nak jaga hana??" siapa nak jaga hana..?"

aku menangis teresak esak...aku sedihhhhh yang aku akhirnya kena juga operation sama keadaan mcm keluarga aku dan makcik makcik aku yg lain..

"abang akn jaga sayang... jangan fikir byran. abang tak kesah...sayang dan baby mesti selamat.."

katil disorong ke bilik bedah. aku tak sanggup nak lepaskan tangan suami.

 "abang, jangan tinggalkan hana! ikot sekali masuk bilikkkkkk tu... "

doktor lain terus ambil tanda tangan aku dan waris lain sebnyak 3kali di atas 3 helai kertas. aku tak mampu baca. aku terus sign.

"ok adik, bawak bertenang, relax. sekarang I nak lakukan epidural. You takkan rasa sakit langsung ya..jangan takut..."
 "dokterrrrr ! saya taknak operationnnnnn! saya taknak.... saya sakit sekarang ni ! saya sakitttt kontraksi skrg !!! "
"iya , kami kesian kat awk, sebab tu kami nak cepat cepat buat..."

 terus disuntik dan tak sampai 1 min, terus half badan aku kebas dan automatik aku benti nanges. aku dengar bunyi gunting, pisau mcm2 alatan dokter. ditutupnya pandangan aku dengan penghadang.
jam 5ptg aku amsuk bilik bedah, 5.17ptg baby dah dibawa keluar.

" Hana... ini baby youuu, tengok sini... you boleh berhenti menangis, baby you sihat aje ni... tengoklah boy ke girl...?"
"alhamdulillah, boy !! "

Ya Rabb syukurnya Ya Allah! semua selamat. sekejap dan terlalu sekejap. cuma aku keluar selepas jam6.30 ptg. Jahitan semua dilakukan dgn baik. aku kesejukan yang tak terhngga! sejuk ! sejuk !

"dokterrrr. saya nak heater ! saya nak selimuttt.."
 aku terketar , menggigil, memang sengaja diorang tak sediakan selimut supaya cepat hilang rasa sakit tu.. nurse angkt aku sekali lagi utk pindahkan katil masuk ke wad pulak. LailahaIlla Lallah. sakitnya mashallah!!! terus ditolak masuk wad biasa.

"abangg ! emakkk ! ummi ! hana sejukkkk! hana nak selimut ! hana nak comforter ...! "
"sayang, tunggu abang balik rumah dengan along ya ambil selimut tebal Morocco tu.."
"abang, amik sekali sweater salji hana.. !"

dialog sampai di situ, dan aku terus terlelap. taktahu bila diorang sampai pakaikan sweter dan selimut kan aku..

jam 5pg aku sedar.

"abang, emak.. bius tu dah habis. adik dah mula sakit mcm biasa.."
"takpe, semua ada sini. nak apa-apa cakap ajee.." "sayang, abg dah tangkap gmbar baby.baby sihat.sayang jgn risau ya..kejap lgi nurse datang hantar baby ye.."

lantas terus tersenyum. dalam hati mahu menangis gembira. air mata terus berlinangan lagi. Subhanallah! Engkau telah selamatkan aku dan anak ya Rabb! Mashaallah, setiap Ibu itu pengalamannya sentiasa berlainan. tidak sama sama sekali ! jauh berbeza ! sejauh mana kita nak derhaka pada Ibu kita?!

ingat, masih berbekas lagi parut di perut mereka walau kita sudah dewasa manapun. Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu !


Thursday, May 29, 2014

Experience - 6 months ;)

Bismillahirahhmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera dan segala puji-pujian untukNya. Salam takziah untuk MH370, AlFatihah utk Sultan Perak dan salam maju jaya untuk anak anak murid yang disayangi.

hampir setengah tahun rasanya tak update blog. Terdetik mcm-mcm perkara nak cerita,macam macam nak kongsi tapi asyik takde mase nak menaip. Alhamdulillah, kehidupan bekeluarga semakin happy, dan bahagia. Dan kini, kandungan sudah mencecah 6 bulan lebih. Inshaallah akan masuk bulan ke 7. Baby pun sihat. hampir 800gram beratnya. Excited pulak nak menyenaraikan barang-barang keperluan yang ingin dibeli.

Tidak semua wanita merasai pengalaman ini. Walau nampak kayak mudah, tetapi sepanjang 6 bulan yang sudah berlalu, pelbagai cabaran yang dilalui. Tidak lupa untuk tambahkan lagi kesabaran dalam banyak kesakitan. Setiap wanita tu, mesti lain-lain pengalaman masa preggy. Untuk aku, terlalu awal aku merasai sakit pinggang dan cramp di kaki. Sampai satu ketika, pasti air mata akan mengalir kerana tidak sanggup menahan kesakitan.

Rasa kesyukuran yang meninggi apabila dikurniakan En. suami yang sangat memahami isterinya yang jauh muda 8 tahun ni. Pelbagai kerenah. Aku sangat menyarankan kepada bakal-bakal suami lebihkan kesabaran dalam menjaga isteri yang sedang berkeadaan begini.

Hampir setiap bulan En.Suami terpaksa membeli baju dan setiap bulan itu jugalah lilitan perut semakin membesar. Ohooi dan tidak malu juga aku katakan, setiap inci dan saiz pakaian kita semakin membesar. dan berat badan semakin bertambah. Bersabarlah wahai En Suami. isteri-isterimu ini akan cuba melangsingkan badan semula. Hahaha! :D

Pernah satu hari, aku ke Klinik Kesihatan Ampangan untuk melalui pemeriksaan mingguan. Aku duduk menunggu giliran sebelahnya. Tiba-tiba aku terdengar nasihat nurse kepadanya. "puan, tolong makan banyak sikit yee, baby awak kecik sangat ni. sedangkan awak dah masuk 8 bulan.."
"Alhamdulillah rasa bersyukur sangat walaupun berat semakin bertambah, tapi bayi berkeadaan sihat . Ujian air kencing dan darah juga sifar dari didatangi penyakit lain.."

Terdetik juga dalam hati ni, aku rasa macam aku dah gemukk sangat ! dan obess sangat ! tapi,. nurse still nasihat, makan je.. jangan kawal kawal !! pernah satu bulan aku cuba kawal pemakanan aku, tiba-tiba tekanan darah aku semakin menurun. uffffttt !! masa tu rasa mcm terkejut .. what the ??! kenapa tekanan turun. Aku dinasihatkan supaya ambil lauk-lauk yg sesuai. contohnya lebihkan makan kerang,hati, minum susu dan lain.

Aku berharap pemeriksaan yang akan datang tekanan darah kembali normal. Ermmmm. dan aku rasa cukup sampai disana sahaja kongi kongsi. Mungkin lepas ni dah boleh update barang apa yang boleh di beli. ouch ! Excitednya tengok barang baby :D

Mohon doakan kesihatanku serta yang baby bakal lahir :) Amin !

Wednesday, January 8, 2014

My Wedding ;)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Aku telah berjaya menamatkan zaman anak dara pada 5 Oktober 2013 pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Niat di hati dari bulan Oktober lagi nak update blog yang kian usang ni. Tapi baru hari ni masa lapang. Syukur kepada Allah dikurniakan suami yang sempurna agamanya, baik akhlaknya, sopan budi bahasanya. Moga aku terus matang untuk kehidupan baru ini.

Sesungguhnya setiap perkahwinan tiada yang mudahnya. Persediaan yang mungkin sukar dan memenatkan, tetapi setelah selesai lafaz akad nikah , terus lega hanya Tuhan yang tahu. Nyata, Allah untuk memudahkan segala niat yang baik !

Aku cuma nak share bberapa picis gambar untuk tatapan sebagai kenangan.









Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

 Semoga perkahwinan saya dan Encik Hafiz bin Hakim sentiasa diberkati dan diredhai :)