Followers

Thursday, May 29, 2014

Experience - 6 months ;)

Bismillahirahhmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera dan segala puji-pujian untukNya. Salam takziah untuk MH370, AlFatihah utk Sultan Perak dan salam maju jaya untuk anak anak murid yang disayangi.

hampir setengah tahun rasanya tak update blog. Terdetik mcm-mcm perkara nak cerita,macam macam nak kongsi tapi asyik takde mase nak menaip. Alhamdulillah, kehidupan bekeluarga semakin happy, dan bahagia. Dan kini, kandungan sudah mencecah 6 bulan lebih. Inshaallah akan masuk bulan ke 7. Baby pun sihat. hampir 800gram beratnya. Excited pulak nak menyenaraikan barang-barang keperluan yang ingin dibeli.

Tidak semua wanita merasai pengalaman ini. Walau nampak kayak mudah, tetapi sepanjang 6 bulan yang sudah berlalu, pelbagai cabaran yang dilalui. Tidak lupa untuk tambahkan lagi kesabaran dalam banyak kesakitan. Setiap wanita tu, mesti lain-lain pengalaman masa preggy. Untuk aku, terlalu awal aku merasai sakit pinggang dan cramp di kaki. Sampai satu ketika, pasti air mata akan mengalir kerana tidak sanggup menahan kesakitan.

Rasa kesyukuran yang meninggi apabila dikurniakan En. suami yang sangat memahami isterinya yang jauh muda 8 tahun ni. Pelbagai kerenah. Aku sangat menyarankan kepada bakal-bakal suami lebihkan kesabaran dalam menjaga isteri yang sedang berkeadaan begini.

Hampir setiap bulan En.Suami terpaksa membeli baju dan setiap bulan itu jugalah lilitan perut semakin membesar. Ohooi dan tidak malu juga aku katakan, setiap inci dan saiz pakaian kita semakin membesar. dan berat badan semakin bertambah. Bersabarlah wahai En Suami. isteri-isterimu ini akan cuba melangsingkan badan semula. Hahaha! :D

Pernah satu hari, aku ke Klinik Kesihatan Ampangan untuk melalui pemeriksaan mingguan. Aku duduk menunggu giliran sebelahnya. Tiba-tiba aku terdengar nasihat nurse kepadanya. "puan, tolong makan banyak sikit yee, baby awak kecik sangat ni. sedangkan awak dah masuk 8 bulan.."
"Alhamdulillah rasa bersyukur sangat walaupun berat semakin bertambah, tapi bayi berkeadaan sihat . Ujian air kencing dan darah juga sifar dari didatangi penyakit lain.."

Terdetik juga dalam hati ni, aku rasa macam aku dah gemukk sangat ! dan obess sangat ! tapi,. nurse still nasihat, makan je.. jangan kawal kawal !! pernah satu bulan aku cuba kawal pemakanan aku, tiba-tiba tekanan darah aku semakin menurun. uffffttt !! masa tu rasa mcm terkejut .. what the ??! kenapa tekanan turun. Aku dinasihatkan supaya ambil lauk-lauk yg sesuai. contohnya lebihkan makan kerang,hati, minum susu dan lain.

Aku berharap pemeriksaan yang akan datang tekanan darah kembali normal. Ermmmm. dan aku rasa cukup sampai disana sahaja kongi kongsi. Mungkin lepas ni dah boleh update barang apa yang boleh di beli. ouch ! Excitednya tengok barang baby :D

Mohon doakan kesihatanku serta yang baby bakal lahir :) Amin !