Followers

Saturday, June 16, 2012

Tomorrow Israk Mikraj , Syaaban will coming

Assalamualaikum w.b.t

the day that im very very stressed ! soalan Mawaris @ Faraidh sangat agar sukar bagi aku. mood : sangat bertawakkal pada Dia sekarang , dan mampu tersenyum :)

tiba tiba , ribut tak , angin tak , hujan tak , senior dari Mohammedia + Rabat datang Casablanca.. uhhhukkk rindu nye kat u alls . diorang bawak cake choclate + Macaroni bakar plus plus cheese. uhuk . love it !

kesian kat adik adik junior diorang ni. tak cukup kasih sayang. kene tinggal 3 orang jek kat rumah . semata-mata nak exam. sadiss ~

-----------------------------------------------------




Alhamdulillah selesai solat jemaah Isyak berjemaah. semoga Allah terima dan redha amalan kita . yuk niat bersama , esok puasa sunat sempena Israk Mikraj . 27 Rejab 1433  jomm pecut buat amal banyak banyak untuk Syaaban akan datang ni :')

Mabroukk akak akak senior. semua dah najah . tunggu Julai je nak konvokesyen . nak snap gambar banyak-banyak . i love you alls so much <3

# Pray for us yeah seniorss . tinggal satu paper jek lagi untuk syafawi. best of luck untuk u alls nak balek Malaysia :))

Tuesday, June 12, 2012

Orang sibuk Euro. Kita bertarung Exam ..

Assalamualaikum w.b.t

Wal 3asr , innal insanalafi husr ..
Demi Masa , sesungguhnya manusia dalam kerugian .

Salam sejahtera untuk sekalian pemilik laptop masing-masing . Semoga sehat dan ceria selalu. Alhamdulillah , 3 papers to go. doakan saya dan kawan-kawan. so far , semua dilalui dengan baik dan tenang-tenang saja . moga resultnya pun tenang seperti menjawab peperiksaan yang lepas . amin !

Sehingga ketika mana esok saya akan melalui peperiksaan yang paling genting. madah Ilmu Tajweed. even madah ni memang dah pernah belajar since darjah 1 sampailah ke tua ni, umur pun dah 20 tahun ni , aku still menganggap this is a killer subject . bukan sebab pelajaran tajweed yang perlu diperlajari , tetapi daya penghafalanku . uhukkkssss ==' adakah ini sebab aku sudah ada mind set yang aku tidak suka menghafal ? atau masa kecik-kecik aku tak berapa nak makan kismis @ kurma ? hehe :D adakah mungkin itu ? oh tidak ! please positive Hanna ! oke fine hanna ! please stop saying " I cant " You can Hanna ! you just chose not to .. ~ erk ! apekah semua ini :'( adakah perlu berserah tanpa usaha , erkkkk ! itu bukan aku untuk terus menyerah ..  oke , never give up !

selagi tak masuk dewan exam, aku still ada masa nak menghafal ! Gambateee !

----------------------------------------------------------------

6 weeks and 4 days to go ..Malaysia wait for me ! gaya macam nak bersalin pulak rasa. haha . sabar-sabar . lepas habis exam nih , tengoklah ! nak bertukang kat dapur dengan kawan-kawan . kita semua nak main tepung . yeyey ! berganti-gantilah cake nak buat nanti . heee :D *mentang mentanglah master chef ada kat Ma Maison* kene hargai selagi master chef tak balek Malaysia lagi. because she will back . back for good. ekeeke, masa ni kene hargai segala kepakaran cake dia... hee :D

---------------------------------------------------------------------

hari tu , penat sangat study . daripada after subh until Maghrib mengadap buku + note + talkhess yang berlambak-lambak . akhirnya , lepas Maghrib ni hasil kerja ku . heee :D








keluarkan Test Pad sebanyak 10 helai . gunting gunting kertas warna banyak-banyak .potong-potong jadi petak - petak . haaaa , amekkkk. besar sangat dah jadi Calendar .countdown cepat-cepat nak habeskan 2012 . next year nak grade for Degree . doakan ye !

untuk result akhir sem 4 ni , aku baru nak dapat Diploma . Morocco ni macam special. sebab Diploma just sem 1 until sem 4 . dan sem 5 + 6 is Degree . masa ni baru buat thesis sampai pecah mental . hehehe :')

so , sila doakan aku dapat pangkat Mustahsan paling kurang untuk Diploma ni. untuk sem 5 akan datang ,aku try pulak nak strive untuk dapatkan Jayyid Jiddan ! orang selalu kata supaya bina impian tinggi-tinggi. lepas tu try achieve. tapi dalam bab pointer / marks ni aku lebih suka biar sedikit sedikit , asalkan setiap semester pointer kita meningkat dan jangan ada yang menurun . Alhamdulillah :')

sementara nak tunggu azan Maghrib ni , aku nak share satu video yang sentiasa teman aku masa aku study .. tenang sangat. kalau betul-betul hayati , lagilah bole tear drop.. sobsobsob T_T


last , once you read this , please never forget to pray for us . for our imtihan ! Bitaufek wa Najah !

Thursday, June 7, 2012

Memahami Ayat Cinta Dia :)

Assalamualaikum w.b.t
sengaja nak sharing-sharing. sharingkan caring :')

Surah Muhammad 20-38

 Ayat ke 22 : seandainya kita ada kuasa pun dalam dunia , adakah kita akan putuskan hubungan kekeluargaan . Orang ini akan dikutuk

ayat 24 : Siapa yang buat kerosakan atas muka bumi , Allah akan tanya , hati dah terkunci sangat dah ke ??!

Syaitan yang memanjangkan angan2 kita , dan dia yang merayu-rayu dan menggoda kita setelah mendapat petunjuk

ayat 31 : Allah akan menguji kepada siapa yang benar2 berjihad dan bersabar ?! Kewangan / kawan/ tak faham pelajaran. setiap kali ujian kita pasti akan rasa frust , kadang2 kita lupa kenapa Dia uji kita . Bagaimana tahap keimanan kita ?!  Sebenarnya Allah nak uji sebb nak tahu siape yang betul-betul bersabar

ayat 36: Dunia permainan dan senda gurau . Allah memang betul2 ulang ayat ini dan tekankan kepada kita !!

ayat 38 : Bersedekah .. Kadang2 fikir kita tak de duit , sedangkan itu lah tabungan kita dekat akhirat , Fikirlah , sebanyak mana jek kita baru menabung dekat akhirat ..?!

ayat 32+34 : kalau kita dah tak nak join dengan benda baik , jangan nak ajak atau menghalangi orang lain pulak buat benda baik. Allah tidak suka dan tidak mengampuni kita !

ayat 20 + 21 : jihad . orang bertanya kenapa tiada satu surah tntang jihad ? tetapi bila Allah dan turunkan ayat tu , diorang pula yang takut .. sedangkan itulah sebaik-baik jalan di landasan Islam . selepas jihad ada kemanisan yang lain juga !!

ayat 31 : kita baca Quran + tadabbur, tapi perasaan itu lain2 semasa penghayatan pada setiap kali kita baca. Allah memang menekan yang Dia betul2 uji kita [ sungguh / benar-benar] sedangkan kita bila diuji pun kita sudah melatah. Allah menguji dengan ujian yang sangat seperti di Syria. tetapi mereka still tidak mengalah dan mempertahankan aqidah mereka. tidak semestinya apa yang diuji itu menyusahkan , sedangkan ianya juga akan dibalas dengan kemanisan . so, kena bersabar dan berjihad !!

ayat 38 : siapa yang kikir / kedekut, sebenarnya dia yang kikir pada diri sendiri . Kita dah laa dapat duit/ rezeki tu daripada Allah , pastu nak kedekut pulak dengan Allah. Allah boleh buat apa sahaja yang Dia nak. [ ganti] sentiasa menangguhkan hidayah Allah, Jangan sombong dengan Allah .

ayat 25 : Jangan mudah TERbuat dengan perangai jahiliyyah kita. dan kita pula melayan rayuan syaitan itu. Syaitan hanya dapat berkuasa dengan golongan yang tidak merasai nikmat iman yang ckup.

berkasih sayanglah kita kerana Allah dan sama-samalah pimpin ke syurga.

ayat 21 : Taatlah kepada Allah dengan tutur kata yang baik [ surah Ibrahim:24] ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran . Banyak bercakap+bergurau, harap ada benda yang baik dan memberi manfaat kepada orang lain.



p/s :

sahabat ,
maaf , atas teguran saya.. sama-samalah bawa diri ke syurga Dia ! jangan terlampau leka dengan kelazatan dunia ~tegur saya juga jika terlebih alpa .. TT__TT




Friday, June 1, 2012

saat itu namaku disebut berulang kali ..~

Assalamualaikum w.bt

Salam sejahtera and very good morning to Malaysian yang baru lepas subuh dan tetiba dah online tu. hehe dan orang oversea yang sibuk menelaah kitab sampai tak tidur-tidur. Semoga Allah merahmati kalian ~

Madah Manhaj Tafkir [ Thinking Method ] lebih kurang la maksud in English nye.sangat seronok lah , sebabnya banyak buka minda kita. Antaranya, how to manage your time / auliyyat or priority/ problems and how to face your problem and bla bla bla. seronok sangat lah . even ramai yang akan kata madah ini tak perlu ada , sebab ianya telah wujud dalam diri manusia , tapi jika tidak dibuahkan dengan amal , maka ianya tidak akan berhasil juga ~

Antara banyak kalimah dalam madah tu, aku sangat tersentap dengan ayat berikut ,

  • Laisa hunaka fashal bal , hunaka tajarrub iaitu , dalam diri manusia ini tidak ada yang gagal. yang ada cuma ujian .
  • La yumkin an taghayyar waqi'una duna taghayyar sulukina iaitu , Tak boleh kita nak ubah sekeliling kita tanpa kita mengubah diri kita dahulu .

Alhamdulillah , examnya telah berakhir tadi dan sekarang masa untuk bertawakkal . Selepas peperiksaan tamat , seorang pelajar Arab bernama Samirah lantas ke hadapan dan memegang microphone. Lalu dia mengumumkan nama cabutan bertuah kepada siapa yang hadir dalam presentationnya Isnin (28/5) lalu .

" di umumkan wakil Maliziya ....... Bintun Syed Hassan Syarifah Norhanna "

erkk ! apa ni ! hah ? aku ke ... ??! haaaaaaaa ? ohh tidakk .. 300 orang lagi kenal aku hari ini !

"mabrukk hanna , mabrukk .. " (kawan-kawan Arab tersenyum )

 dengan tersipu sipu malu membuka langkah untuk menyambut hadiah tersebut . fuhhhh ~ sangat malu untuk melangkah ke hadapan .barangkali aku tak pernah sekelas dengan tok-tok syeikh mungkin ?? hehe :D  sebab semenjak aku datang Morocco ni , sifat malu aku menjadi-jadi.bertukar menjadi terlebih malu. hahah ! aku pun tak tahu ini simptom dari pemakanan atau sekeliling. kui3! *auta*

maka classmates Malaysia aku semua cakappp .. " hana , sem 4 ni sem ko laa... special lain macam jek ..satu kelas kenal kau dah ... heheheh ( berseloroh lah mereka gelak ) * blushing habiss *

-----------------------------------------------------------------

sudah lah Isnin lalu ( sama hari dengan presentation Samirah ) , aku kena naik atas stage , dan syafawi guna mic depan 300 orang pelajar Arab Morocco. pergh ! Tuhan yang tahulah . that moment , aku kena baca talkhess yang aku dah siapkan dan jawab soalan ustad directly .. finally , satu dewan tu senyap dengar suara aku sorang , jantung semakin kuat berdebar . suddenly , aku tak dapat jawab soalan itu .. langsung kerusi yang aku duduk makin lama, aku hadapkan ke arah ustad , dan menundukkan kepala .. T__T

mungkin ini juga simptom aku buat muka blurr masa ustad buat pemilihan secara random.....

" maliziyaaaaa... aku nak pilih yang pakai hijab warna banafsaji tu ( purple) "

kebetulan , hari Isnin tu 4 orang yang pakai baju purple...

kawan arab membalas " ustadddd , yang ini kaaaa ? hadduuuuu ? hadiiii ?? alwan pistachio ?? "

" la.. laysa hiyaaaa ..laysa hiyaa.. lakin fi amam ..haduu.. colouer mourve " ( keluar French ustad ), lantang ustad memanggil aku kehadapan ..

last-last aku repeat semula syafawi tadi . sebab aku tak puas hati. aku bukan takde point nak syarah depan ustad , yang buat aku jadi blurr sebab depan 300 orang. first time in my life !! huk huk :D sorryy myself :'( masa tu kan , rasa nak cakap depan ustad , ismahliya ya ustad , momkin asyrah bi lughah malayuwiyyah ?? hehehe ^^,

daripada pengalaman aku pada Isnin lalu , aku pun terus tersentap dengan ayat dalam madah Manhaj Tafkir tu , bila kita fikir kita boleh , pasti kita boleh lakukan !! izan syakhson akhor yastati3 , yastati3 enti aydan !! Allah dah ciptakan fitrah manusia itu semua sama. berjaya , rajin dan lain-lain yang malas dan sifat negatif lain itu ,perlu kita cegah, dan ianya datang pun sebab diri kita juga ..

---------------------------------------------------------------

tadaaaaa ! ini hadiah yang aku dapat tadi . Alhamdulillah , exam dijawab dengan lancar , pulang ke rumah dengan tenang . Bila dah dapat kitab ni , jangan biar je dia terperukk.. set dalam mind , balik summer ini , aku ada 2 projek. kena baca 2 kitab untuk 3 bulan .


Moga tak sia-sia pelajaran Manhaj Tafkir aku & kawan-kawan. amin . Ilmu itu buah amal . semoga tidak menjadi orang mensia-siakan peluang . Al fashilun howa ma yusakhiron as-farsuu :')

# oke fine ! blog aku masih buruk lagi. masih kepam dan tidak bermaya. tunggu lepas exam , aku touch-up lah skit. hehe :D pleaseeee memahami aku yang sedang busy ni. hehe :D oke tata. doakan aku , next paper Informatique lagi untuk Kitabi pulak ~