Followers

Monday, February 4, 2019

37 weeks and 5 days

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala pujian bag Allah yang telah memberikan iman dan islam dalam diri serta keluarga tercinta. Alhamdulillah juga anakku Wafiy Nazrin semakin membesar dengan cergas dan tidak dilupakan Maha Suci Allah yang telah menghembuskan roh ke dalam rahimku buat kali keduanya. Kini, bayi keduaku semakin membesar dengan baik dan degupan jantung yng sempurna. Moga Allah pelihara kami sehingga tibanya waktu dilahirkan nanti.

Berbaki 3 minggu lagi untuk bersalin si kecil yang kedua. Setelah sekian lama daripada minggu ke 20 kami mencari nama untuknya.. sudah jumpa. yang pasti ada huruf Q. agak berbeza dengan abangnya si Wafiy tu.. hehe...

Seminggu yang lepas aku diminta untuk berjumpa dengan Doktor Pakar di HTJ, Seremban. Alhamdulillah setelah register nama dan scan.. bayi disahkan masih keadaan yang normal. Jantungnya baik. Urinya cantik, kedudukan nya selesa dan beratnya pun kena dengan saiz dan tumbesarannya. Alhamdulillah juga, kali ni HB aku tidaklah semasa kandungan yang pertama. semuanya baik baik aja. Moga moga tiada apa apa yang teruk untuk diriku dan anak juga sepanjang menunggu 3 minggu lagi ni..

Tibalah masa yang ditunggu tunggu untuk berjumpa dengan Dokter Pakar. Punya lah panjang lebar dia cerita tentang itu ini tu ini itu ini. Maka, dokter meminta aku dan suami membuat satu keputusan sama ada bersedia untuk induce/ czer / atau tunggu sehingga sakit normal tu datang. Peratusan aku untuk mendapat normal juga tinggi. Sebab aku bukanlah menglami apa apa gangguan sepanjang kandungan ke dua ni. Alhamdulillah, takde kencing manis, darah tinggi or yg lain lain tu..

Dan pilihan czer dberikan sebab aku czer dulu..itu saja. Dan yang paling mengerikan dokter kata, if aku pilih czer untuk kali ke dua ni.. maka kandungan aku yang ke tiga nanti barangkali akan czer juga dan sudah pasti kena ikat terus.. whats the...?! aku dah mulaa feningggg nak pilih yang mana..

No comments: