Followers

Wednesday, September 19, 2018

my Second baby. Operate @ Normal ?

Bismillahirahmannirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

syukur kepada Allah yg Esa telah mendengar segala rintihan hati hambaMu ini suami isteri. DariMu yg telah mencampakkan kepadaku zuriat utk ditanggungjawab dan amanah ini. Sungguh.. aku memohon kepadaMu ketabahan dan kecekalan didalam hati utk mendidik dan mbesarkan anugerah terindah ini..

Mashaallah lamanya aku tak hapdet blog yang kian bersawang berhabuk ber ber ber segalan BER ni,. maafkan aku blog.. ini adalah bukti jika aku tiada di dunia,, anak anak boleh mbaca apa yg aku corertkan ini kelak.. selepas setahun melahirkan anak kedua baru ada masa nak hapdet blog hari ni.. itu pun sebab diorang sedang lena diulit mimpi indah

Alhamdulillah detik 5 Desember 2015, telah lahir seorang zuriatku seberat 3.21kg di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada jam 1.36 petang. alhamdulillah lahir sahaja dia dari kantung rahimku terus Allah menurunkan hujan, barangkali hujan rahmat hendakNya.. bayi itu diberi nama Umar Qayyum bin Muhammad Hafiz

tiga minggu sebelum kelahiran.. aku dan suami sungguh gusar. kami diminta untuk berjumpa dengan pakar di HTJ, Seremban. kerana apa?! keranaaaaa... kandungan yg kedua ni space dia tak sampai 2 tahun. dan kelahiran pertama ialah ceaser , maka aku disarankan utk meminta nasihat pakar utk kelahiran bayi kedua ni. alhamdulillah ketika itu aku dan bayi memang tiada masalah dalam kandungan. kesihatan aku juga dijaga dengan baik. dari segi darah, kencing manis semua tu takda.. syukur pada Allah. cuma apa yg doktor suggestkan kat aku ada 2 choice.

Pilihan pertama. OPERATION . DOktor beri aku pilihan pertama ni, sebab dia kata jarak tak sampai 2 tahun. dia takut sangat tisu rahim aku koyak kerana luka jahitan yg pertama tidak sembuh sepenuhnya. Dengan itu, mereka suggestkan aku pilihan ni. tambahan pula rahim juga bole pecah if kita pressure tu push out baby untuk keluar.. masa aku dengar nasihat doktor ni.. memang menyeramkan. ko sanggup ke nak dengar organ organ dalaman kita jd mcm tu? ergh ! ya Allah mmg tak sanggup..

nak kata mereka tak bebel. Wallahi.. tipu lah kalau aku kata doktor2 tak bebel. apa aku buat.. buat dunno je. tutup telingaaa je pakai skaf tebal.. tak sanggup nak dengar, kita anggap doktor hanya menjalankan tugas dia..

Pilihan kedua. NORMAL dan tunggu detik dan saat itu tiba. senangkan pilhan yg kedua.. walaupun aku dah pernah rasa kontraksi masa nak melahirkan Wafiy walaupun 4 jam ja.. itu sudah ckup mengatakan yg contraction tu sakit gilaaaaa.. ! dan doktor tknak ambil apa apa risiko if aku pilih normal.. dan akn lakukan emergency operation if baby lewat jgk mcm Wafiy dulu.

now you have 30 minutes to decide. aku pun keluar bilik doc.. dan bincang. hati mana tak luluh.. kita bukan ada sakit pape pun utk decide operation. aku call Emak. call mertua. tapi jawapan mereka bercanggah. emak tak nak aku kena induce. dan umi taknak aku kena bedah. last.. we all yg decide sendiri. tawakal pada Allah. tawakal dan tawakkal. kalau sempat balik rumah takpe jugak. tp doc suruh jgk decide waktu tu.. sebab nanti nak kena masuk pool semula nak panggil appoinment mmg leceh.. so kitorg decide NORMAL. apa apa jadi kita serah diri pada Allah. tp apa yg kita nak mmg NORMAL.
dan kami pun balik. dua dua senyap.. tak tahu,, betul ke pilihan kami ni..

dan,,, kami decide petang tu jugak nak pergi HTAN, Kuala PIlah.. nak jumpa pakar disana. nak dengar apa yg mereka nak nasihat pulak.. Lepas zuhur, terus pergi sana. tup2 doktor dah tak ambil patient. sebab dah petang. so terus buat appoinment utk next week.

The next week. Doctor cakap.. everything okey. 80% you boleh normal. dan dia siap tanya kenapa you mesti nak bg pilihan operate,. so aku pun explain apa y pakar HTJ cerita sebelum tu. dan dia pun mengiyakan.. tp dia kata,.. just proceed your decision..

kami tak puas hati.. dan the due date is 5 Dec 2015.. 3 Dec tu , we all decide ke KPJ, Seremban.. sebab selama ni pun memang ke pakar situ if anything happen. dan terus decide nak jumpa Dr. Ishak. okey.. dia pun cek aku. siap tengok kot2 dah ada bukaan ke belum.. so masa tu dia nye explaination mmg konkrit. 100% masuk akal. Dia kata.. "your baby mmg okey. awak pun okey. takda msalah.. so why you wanna to induce @ operate ? tak perlu paksa.. baby mmg akan keluar. Inshaallah ! " dia pun kata rahim pun dah lembut.. inshaallah hormon2 utk kontraksi mesti datang dalam 2 ke 3 hari ni... kata kata dia tu buat kami puas hati.. so hanya berdoa sahaja kami laki bini ni..

and the day..4th Dec.. tak yah tunggu 2 3 hari, esok tu juga dah sakit. dari subuh.. aku pelikk ni sakit apa.. tp buat relex ja... masa tu Jumaat. suami mmg dah mintak cuti.. aku siap buat brekfast bagai.. masa dah zuhur tu aku rasa sumting. pesal sakit sgt ni.. terus donlod apps COntraction kat airdroid. aku pun syak.. ni mmg kontraksi..

mertua dah smpai rumah. dia kata.. takyah tunggu lagi, terus g hospital.. whatsss the ?! takkan sekarang. aku tak siap sedia papa..pergi2 jer... nurse kata dah bukak 2cm. dan aku pergi toilet je nampak ada lendir darah tu.. terus dia kata aku kena admit ward. wuarghhhhhhhhhhhhhhhhh sedihnya..! msa tu dah tak fikir baby.. tp fikir siapa nak jaga Wafiy..

and the end.......... ALHAMDULILLAH contraction macam wanita lain. dan paling IMPOSSIBLE, SYUKUR ! NORMAL. kami berdua laki bini sangat sangat sangat bersyukur hajat kami diperkenankan..


No comments: