Followers

Friday, March 15, 2013

Besancon, bermula cintaku!



Besancon, bermula cintaku!
Kini baru aku mengerti betapa besarnya makna dakwah yang perlu dibawa oleh seorang daei yang hebat . Ianya bermula dari kisah seorang pelajar yang merasakan hidupnya biasa-biasa,pelajaran dan akademiknya biasa-biasa , tidak berapa suka dengan program luar sekolah dan memiliki sebuah keluarga yang biasa-biasa.
Hany ketika itu Tingkatan 4. Pada zaman persekolahannya, dia telah dilantik sebagai seorang naqibah yang mana dia perlu menjadi `leader’ dalam sebuah bulatan kecil bersama-sama adik adik junior.Ketika itu dia merasakan “ kenapa mesti aku yang terpilih untuk membawa usrah junior di sekolah ini ?! bukankah dalam ramai-ramai kawan-kawan aku tu ada lagi yang lebih hebat ? .. huh !” Hany berdengus sendirian..
Hany melalui program usrah itu seperti biasa dan tidak langsung menganggap usrah itu ialah medan baginya untuk mengembangkan dakwah. Ketika itu, apa yang penting baginya hanyalah menghabiskan syllabus yang diberi oleh guru. Bukan itu sahaja, malah dia juga tidak tahu bagaimana ingin menjadikan usrah itu seronok, dan membuatkan juniornya tertarik dengan dakwah.
Sampai satu hari, Hany terplih untuk melanjutkan Ijazah di luarnegara. Ketika itu, emaknya tidak berhenti-henti berpesan . “ adik.. sampai di overseas nanti, jangan lupa cari usrah ya” Hany cuma mampu tersenyum kerana dia kurang berminat dengan kerja-kerja dakwah ini. Mungkin dia terkesan dengan pembawakan usrahnya ketika dia tingkatan satu dahulu. Waktu itu, naqibahnya sering mencari-cari kesalahan anak usrah dan kadang-kadang dia pergi ke usrah dengan keadaan terpaksa dan pulang dalam keadaan muka yang kelat. Tidak cukup dengan itu, ada sahaja surat layang yang ingin diberi pada ketua naqibahnya.
Tiba sahaja Hany di perantauan, keadaan masih sama. Senior juga mengajaknya untuk mengikuti usrah. Hari-hari usrahnya dilalui dengan biasa-biasa dan menganggap usrah yang perlu diikutinya itu seperti peraturan yang perlu dipatuhi. Sampai satu ketika, ‘housemate’ nya mempelawa Hany untuk ‘travel’ ke Kota Cinta, Paris dan Negara Terbersih di Dunia, German.
‎"It's smarter to travel in groups"
‎”It’s smarter to travel in groups”
Mereka telah membuat keputusan untuk ‘travel’ selama seminggu. Dan waktu itulah Paris yang dinamakan Kota Cinta telah menyentuh hatinya dengan dakwah. Dia telah berjumpa dengan ramai akhowat di wilayah Besancon. Akhowat itu tidak pernah ada rasa putus asa untuk menjemput Hany datang ke rumah mereka. Sedang Hany cuba untuk mengelak dan ambil keputusan untuk ‘stay’ di Paris dan housemate yang lain ke Besancon.
‘Indeed ,a girl travel alone like a open treasure box !
Apakan daya, Hany bukanlah seorang yang berani untuk berjalan seorang diri. Tambahan pula, dia mempunyai satu prinsip ‘Indeed ,a girl travel alone like a open treasure box !’ Maka, dia terpaksa akur dengan ‘housemate’nya yang lain. Setibanya Hany dan kawan-kawan ke wilayah itu dengan menaiki kereta api SNCF yang kelajuannya lebih daripada KTM di Malaysia, kedatangan Hany telah disambut gembira oleh akhowat Besancon tu. Sampai sahaja di rumah mereka, dihidangnya pula dengan makanan yang mewah, dibawanya Hany berjalan-jalan sekeliling kota itu, menghirup udara segar di tasik yang penuh angsa dan mendaki bukit di Citadelle Besancon.Yeah! Bagi Hany permandangan di situ sungguh indah dan tenang.
Pada sebelah malamnya, Hany bertaaruf dan saling mengenali dengan akhowat tersebut. Rupa-rupanya malam itu hati Hany telah disentuh dengan dakwah. Bukan itu sahaja, malah dakwah, tarbiyyah dan fikrah. Barulah Hany faham dan terfikir, patutlah ‘housemate’nya dan akhowat ni beriya-riya sangat mahu Hany datang di Besancon tu. Hany dan kawan-kawan telah menghabiskan 3 hari di kota Besancon. Banyak cerita Rasulullah dan pengalaman Sahabat sepanjang berdakwah telah dikongsikan bersama.
Akhirnya, Hany telah termasuk di dalam kancah dakwah ini. Yang mana dia menganggap dakwah itu tersangatlah penting kerana jika bukan ini kerja-kerja Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda pada zaman dahulu, mana mungkin Hany mendapat title dan nikmat Iman & Islam sekarang ..
“Sesungguhnya seorang manusia itu tidak lain dan tidak bukan tujuan hidupnya adalah untuk menjadi seorang khalifah , hambaNya dan berjihad di jalanNya”
[ Surah AlBaqarah:30]
[ Surah AzZariyyah:56]

#repost #
sekarang aku mula menulis di MyFityan.Com. korang rajin rajin lah melawat ke sana :)

No comments: