Followers

Friday, March 15, 2013

Sahara Desert, Morocco dan hikmahnya



Sahara Desert,Morocco dan hikmahnya
Padang Pasir Sahara menjadi pilihan hati. Hany dan ‘housemate’ memang kaki berjalan. Pantang sahaja ada cuti semester , pasti mereka akan cuba menjelajah ke mana sahaja yang belum mereka sampai. Kini, mereka cuba untuk merancang percutian di sepanjang Morocco, barangkali mereka memilih percutian di Bumi Morocco sendiri kerana tidak lama lagi mereka akan menamatkan pengajiannya di sini. Mereka cuba untuk ‘grab’ peluang yang ada.
Hany dan 9 temannya telah menempah sebuah Van Cameo berkuasa tinggi. Pemanduan ke Sahara ini memakan masa lebih daripada 4 jam dan bersimpang siur. Di sepanjang jalan itu, mereka telah melalui salah satu jalan yang paling bahaya di dunia. Dades Gorges namanya. Suara-suara jeritan kecil Hany dan teman-teman kedengaran ketika Pak Supir cuba mengambil selekoh di perjalanan.
Dades Gorges
Dades Gorges
Setelah makan-tidur-rehat-bersembang panjang di dalam cameo itu, akhirnya sampai juga ke Sahara seperti yang telah dirancang. Mereka disambut girang oleh Pak-pak Arab dan Abang-abang Arab di situ. Dihidangnya tea-mint serta beberapa hidangan manis dan dilayan mesra.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh Hany. Beberapa ekor unta telah disiap tali dan dirapikan ‘seat’ tunggangannya. Maka bermulah misi penggembaraan mereka menjadi hamba. Di setiap langkah unta tersebut, tersisip di minda dan mengimbau kembali sejarah-sejarah perjuangan Nabi dan Sahabat Baginda. Ketika itu penghujung musim sejuk. Suhu di Sahara yang tiada apa-apa tumbuhan, hanya berlantaikan pasir serta berbumbungkan langit itu sudah menjangkau 13’celcius. Kesejukan yang teramat. Angin-angin semakin kuat. Nasib baik Hany memakai pakaian tebal.
Sahara Desert
Sahara Desert
Perjalanan hampir senja. 30 minit lagi Hany akan tiba di khemah penginapannya yang diwar-warkan seronok itu. Dalam keseronokan teman-teman Hany meng ‘shoot’ sunset yang indah itu, Hany terpana sebentar melihat ‘sunset’ tersebut.
Benarlah firman Allah ; “Sesungguhnya dalam perciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal.
Iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi. Dan berkata “ Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka”
{al-Imran 190-191}
Bayangkan suhu di Sahara ini, jika musim sejuk terlalu sejuk. Jika musim panas tiba semakin panas hampir mencecah ke 60’celcius. Pernahkah kita terfikir bagaimana Rasulullah, Sahabat-sahabat dan para wanita melalui zaman seperti ini untuk  menyebarkan dakwah? Yang memerlukan pengorbanan yang tinggi. Terpaksa meninggalkan anak-anak, isteri-isteri mereka. Bukan sekadar itu sahaja, malah sahabat-sahabat sanggup mengorbankan harta benda milik mereka. Sungguh tinggi iman mereka!
Firman Allah lagi; “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
{at-Taubah;24}
Analisa pula tinggi dan rendah mana pula iman kita. Yang mana, kita hanyalah dikerah agar berjihad menuntut ilmu dan meninggalkan ibubapa di rumah serta hiburan sebentar sahaja sudah tidak mampu.
Tahukah kita ilmu kita lebih tinggi berbanding dengan sahabat-sahabat Nabi? Lihatlah Sumayyah sebagai contoh yang tahu mengucapkan Kalimah Syahadah sahaja ; “Asyhadu an La Ilaha Ila Allah wa Asyhadu anna Muhammad Rasulullah” Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Hanya dengan kalimah ini, iman mereka setinggi langit. Berbeza dengan ilmu kita yang sudah pasti tahu hukum-hukum feqah, asas-asas tiang Islam,tidak cukup itu, punyai pula ilmu bidang lain seperti kepakaran dalam bidang Kedoktoran, Seni Bina, Kejuruteraan dan lain-lain lagi, tetapi masih sukar untuk mentaati Allah dan mencintai Rasulullah.
Alhamdulillah perjalan 2 jam itu mengajar Hany.Semalaman Hany di situ. Dihidangkan lagi santapan makan malam. Tetapi malang sekali tidak mempunyai kemudahan bilik air. Hanya mampu berwudhuk menggunakan air perigi. Malam itu Hany keluar dari khemah dan memanggil teman yang lain untuk melihat bintang di langit. Sehingga jam 2 pagi,barulah mereka masuk tidur di dalam khemah ala-ala kain guni yang hangat itu.
Subuh-subuh lagi Pakcik Arab sudah memberikan arahan kepada Hany dan temannya agar bersiap segera menaiki unta. Sepanjang perjalanan itu, dilihatnya oleh Hany keindahan ‘sunrise’ pula. Subhanallah indah sungguh!
Sunrise
Sunrise
Inilah dinamakan Hakikat Ibadah dan Perhambaan kita pada Allah. Cuba untuk mencintai sesuatu yang kita tidak nampak iaitu Allah. Semakin tinggi pengorbanan kita untuk mencintaiNya, semakin dilihat oleh Allah atas usaha kita itu. Hendak melihat sejauh mana Allah membalas cintaNya pada kita, Lihatlah bagaimana kita merembeskan cinta padaNya !
“Iyyaaka Na‘budu Wa Iyyaka Nastain”
dalam perspektif sufistik merupakan bentuk ubudiyah hamba Allah dalam situasi “Al-Fana”. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kapada Engkaulah kami meminta pertolongan
{al-Fatihah:5}
#repost#
sekarang aku mula menulis di MyFityan.Com. korang rajin rajin lah melawat ke sana :)

1 comment:

wisata outbound said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/