Followers

Friday, March 15, 2013

Bingen,Germany menyapaku!



Bingen,Germany menyapaku!
“Angah ! Kenapa kita mesti pergi Bingen, German tu.. bukan ke kita dah plan nak ke Belgium ?!”
 Lalu kakak Hany menjawab..
“ adik , kat Bingen tu ada akhowat , senang nak travel. Lagipun akhowat Besancon tu dah susunkan untuk kita dan dah bagi no fon , emel diorang lah..”
Pagi itu Hany dan kawan-kawannya yang lain meninggalkan kota Besancon. Dan meneruskan pengembaraan cintaNya di Bingen,German. Kebetulan sepanjang perjalanan Hany ke Bingen menaiki SNCF itu, tiketnya sahaja di tempatkan di ‘ seat high class’ maka dia keseorangan di gerabak itu , ‘housemate’nya yang lain semua sibuk makan biskut bersama, coklat bersama. Hany memandang di sudut jendela gerabak itu melihat embun subuh, Hany merungut di dalam hati “eeee.. kenapa tak singgah Wonderland kat City Paris dulu kee… Belgium kee.. kan best.. boleh tangkap gambar, boleh beli coklat bar banyak-banyakk kat situkan murah !!” Dan akhirnya Hany terlelap sendirian. Barangkali dia terlupa 2 hari lepas dia sudah dapat pengkongsian tentang indahnya ukhuwwah beraqidah bersama akhowat Besancon.
“Ting tong, ding dong..”
Gerabak TGV- SNCF berhenti. Hany masih terlelap lagi. Tiba-tiba sayup kedengaran ‘announcement’ berbahasa German. Celik sahaja mata, dia sudah berada di Negara yang diwar-warkan terbersih di dunia itu.
“yeah ! Bingen aku datanggg …” Walaupun raut wajah Hany ceria melihat Bandar baru, tetapi hatinya sering tertanya-tanya.. “kenapa tak singgah Wonderland dulu ! banyakk anime. Banyak cartoon costume..”
Hany dan semua sedang menunggu akhowat yang bakal menjemputnya dan kawan-kawan. Dalam 15 minit kemudian, seorang perempuan datang menghampiri , kayaknya seperti raut orang Melayu. Tiba-tiba Kak Aisyah mendekati Hany dan kawan-kawannya .. “ eh, maaflah saya lambat datang. Antunna semua ni kan yang dari Besancon tu? Sorry.. saya terkejar-kejar sebenarnya nak ke kelas ni..kejap lagi saya tunjukkan bus, antunna naik dan saya akan bagitahu pakcik bus tu tempat yang antunna akan turun ya. Nanti akan ada kakak tunggu di perhentian tu..”
Hany merenung.. “baiknya hati dia. Sudahkan nak ke kelas, sempat lagi nak jemput kami?!.. tak kenal pulak tu.. borak macam dah lama kenal jee..”
Seusai Hany solat jamak Zohor-Asar, mereka bersiar di sekeliling Bandar itu bersama 2 orang akhowat. Cantik dan bersih yang tidak terkata, kalah persekitaran Putrajaya di Malaysia. Pandai akhowat itu menarik perhatian Hany, dibawanya ke Restoran Turki yang sudah tentu menjadi pilihan Hany dan kawan-kawan, pusat membeli-belah, Kedai Kasut Berjenama dan akhirnya ke satu tempat. Katanya, tempat itu tenang dan menarik. Terdetik Hany .. “ ye! Memang tempat ini tenang! Memang tempat ini menarik.. bersih pulak tu!” Hany memang cerewet orangnya. Mulutnya pasti akan terkumat-kamit dan keningnya bercantum dua kalau ternampak sampah.
Di situlah tempatnya Hany ber-Solusi. Ahkhowat itu menyentuh Hany dengan sebuah bahan bacaan. Majalah Solusi namanya. Ada beberapa potong ayat yang sangat membuatkan Hany tersentuh lagi. Hany terimbau seketika, “patutlah masa aku Lower-Six dulu ada seorang kawan ni suruh aku jadi distributor majalah tu di sekolah.. rupanya majalah tu best ! kenapa aku tak pernah terdetik ye?!”
Pada sebelah malamnya, Kak Shue salah seorang daripada akhowat tu tidak dapat ‘join’ dinner bersama. Angah Hany sebilik dengan Kak Shue. Hany cuba menjengah dan ingin tahu mengapa Kak Shue tak ‘join’ sekali tadi malah ber-skyping pula. Tiba-tiba Angah Hany ‘sepp’ bahu Hany … “shuttttt.. Kak Shue tengah usrah online..jangan kacau..” Lalu Hany melihat sekeliling bilik Kak Shue dan bilik yang ditumpangnya itu. Terlalu banyak di dinding bilik itu tertampalnya mutiara kata daripada Sahabat Nabi , terlalu banyak kata-kata daripada professor  dan alim ulamak terkenal tidak lupa juga  gambar kenangan jaulah mereka.
Sebelum tidur, Hany merenung ke ‘ceiling’ bilik, “bagusnyaa kakak-kakak ni.. macam tak percaya je diorang ni ambil kos Engineering di German ni , macam ambik Pengajian Islam..ada usrah onlinelagi, dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka pun jelas sekali ayat-ayat orang yang telah ditarbiyyah..”
Pagi-pagi lagi sesudah sarapan, 3 orang akhowat tadi mempelawa Hany dan kawan-kawannya ke kebun anggur. Orang Malaysia mana yang tak gayat melihat anggur hijau dan ungu di hadapan mata mereka. Hany sungguh gembira. Sepanjang perjalanan akhowat itu saling kenal mengenali, apa minat Hany , pengajian Hany, keluarga dan lain-lain. Pandai betul akhowat tu menarik hati Hany. Malah Hany juga terus terpaut dengan mereka. Detik Hany, “inilah yang dikatakan dakwah bil hal..”
Sayang sekali Hany ingin meninggalkan Bandar Bingen itu kerana isinya ialah orang-orang yang cuba mendekati Islam jauh lebih baik darinya. Cara mereka menghidupkan Rumah Islam sungguh menambat hati Hany. Sama seperti Rasulullah di rumah Arqam bin Al-Arqam yang mana rumah pertama yang menjadi tempat pembentukan syahsiah yang luhur dan proses pembinaan Individu Muslim.
Begini jugalah Rasulullah mendekati mad’u mereka. Patutlah sahabat-sahabat sangat kuat menegakkan kalimah “Lailaha ila Allah” sehinggakan ditimpanya batu yang besar di dada langsung tidah diendahkan sakitnya. Beliaulah bernama Bilal Bin Rabah. Yang mereka tahu, Allah tetap bersama-sama mereka memperjuangkan Islam itu. Bukan itu sahaja, lihatlah pejuang wanita yang pertama yang syahid bernama Sumayyah yang diikat di tengah padang pasir, dicungkil matanya dengan besi panas, dibenam di dalam air dan dibakar rumahnya tetapi masih setia dengan cinta Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[ Surah Al-Baqarah:218]

#repost#
sekarang aku mula menulis di MyFityan.Com. korang rajin rajin lah melawat ke sana :)

No comments: