Followers

Thursday, May 10, 2012

Tips mudah menjawab exam ;)

Assalamualaikum w.b.t

tak jawab dosa , jawab sayang. haha ! kan dah tertiru Maria Elena. hehe :D
sementara ade masa 5 minit yang terluang ni , aku nak sharing sikit dekat korang semua. maybe bende ni korang dah tahu , tapi nak puaskan hati aku , aku nak jugak cerita semula. hee :D firstly aku nak bagitahu , sekarang memang fatrah exam untuk bebudak oversea. dan tak lupa juga , kawan-kawan Malaysia pun ade yang tengah bertelungkus lumus nak exam juga.

Setakat ni , dah 3 papers mid sem aku dah setel. Alhamdulillah jawab semua lancar. antara yang paling lancar ialah , Ilmu Tajweed & French . walaupun ade satu soalan yang buat aku frust tapi 3 soalan yang selebihnya aku berpuas hati. huuhuhu.. oke , bukan tu yang aku nak cerita ..

Pointnya kat sini aku menyarankan dan menggalakkan sebelum masuk dewan @ kelas peperiksaan @ hari peperiksaan , banyakkanlah membantu orang sekeliling. Tetapi memang tak dinafikan agar u alls wajib usaha dahulu . ekeke :D

Aku percaya dan pasti kawan aku yang sambung stdy dekat negara Arab mesti mengalami perkara yang sama , contohnya sebelum masuk Jamiah , sepanjang jalan u alls berjalan mesti ada nampak si peminta sedekah , si peminta simpati , si peminta makanan dan lain-lain lagi. Kebetulan pula , semalam aku nak pergi ke Jamiah , takde pulak semua orang-orang ni. Yang berbezanya ialah , exam ustad ni , dia terlupa nak bawa Kertas Format Jawapan.. jadi , ustad meminta agar kami sediakan kertas jawapan sendiri ..

Masa aku nak letak beg dekat atas stage, dengan penuh sopan santunnya aku mengeluarkan Sedozen Test Pad aku. made from Malaysia ni. Mak cik Latifah seorang pelajar kelas aku meminta 2 helai . tapi aku beri 3 helai. sebab aku faham tulisan orang Arab memang besar-besar , puas dia menolak , tapi aku paksa dia terima jugaa.. lepastu , aku bagi 3 helai juga dekat 2 orang kawan Arab aku yang lain.. faham jekla orang Arab ni , memang cepat mendoakan kita . Dalam masa tu sahaja , diorang semua mendoakan aku agar mudah jawab exam. cepat-cepat aku meng-amin-kan..

Oke , mulalah exam , Alhamdulillah , aku dapat jawab dengan lancar. dan yang seronoknya , semua bab yang aku tak berapa nak usik , semua tak keluar. hehe :D segalanya aku tawakal pada Dia yang akan berikan aku kejayaan . aminn !

yang aku nak mentionkan di sini ialah , BANYAKKAN MEMBANTU ORANG LAIN , kadangkala kita tak tahu , selepas kita sudah membantu orang lain tu , kemungkinan besar dia mendoakan kita dalam hati.. Lebih baik memberi daripada tidak memberi. dan lebih lebih baik lagi kita memberi sedikit daripada tidak memberi langsung.

pesanan emak aku , 
" Tawakkal dan Percaya dengan rezeki Allah , Dia yang Kaya , minta padaNya ! "

p/s: ini bukan penulisan kebanggaan , tetapi cuma mahu berkongi. hee :D chill deh ;) Bonne Chance et Bonne Courage de examen ! Je t'aimee <3


No comments: