Followers

Saturday, March 24, 2012

let's try new word ;)

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera atas semua musleem & musleemat ! Have a nice day ..
jam menunjukkan 430 pagi..actually malam ni aku tak dapat nak tidur sebab ada Arabian ni buat "Haflah Zifaf" ( Majlis Kahwin ) jadi bunyi-bunyian , muzik , tari menari memang tengah rancak dekat sebelah imarah ( apartment) aku ni.. nak tension pun tak boleh jugak , sebab kita ni pun menumpang kat negara diorang , nak tak nak kenelah faham adat diorang tu..~

Pendekkan cerita, one day ni ada seorang akhowat tu dia berjumpa dengan kawan Arab dia, then terserempak dengan orang Australia juga. bila nak cakap selamat tinggal / bye bye tu .. mesti kawan arab dia ada wish something , means mendoakan si akhowat ni lah .. jadi si Australia ni pun berkata dengan si akhowat ni.. " sebenarnya aku takut dengan orang islam ni , sebb kalian sentiasa mendoakan satu sama lain " kalau koranglah di tempat ukhty tu , mesti korang rasa bangga sangat sangat dengan Islam tawww ! :D

so, berkat waktu pagi ni..aku nak jadi ustazah kejap. heee :D sengaja nak sharing sharing. ape salahnya kan ?! nak ajar Bahasa Arab sikit jek pun. kalau korang perasankan , Bahasa Arab ni unik aww , bila sekali korang speaking arab , mesti rasa mcm "mashi" ( pro ) jekk . siyuss! even korang baru nak terkotak katik dalam Arab..aku mula-mula cenggitu jugak masa first2 datang Morocco ni..pandai jek Arab , dapat jek A minus masa SPM dlu, tapi bila dah smpai rasa macammm "wallohhh" ( kosong) sebab semua orang cakap berhabuk-habuk..huuu ~


tadaaaaa ! NEW ARRIVAL VOCABULARY FOR YOU ..
  • Allah yubarikfik - Semoga Allah berkatimu
  • Allah yashfik - Semoga Allah mmberi syifa utkmu
  • Allah yataqabbal ibadatik / thiyamukum - Semoga Allah terima ibadatmu/ puasamu
  • Allah yarham walidain - Semoga Allah merahmati ibu ayahmu
  • Allah yutowwil umurik - Semoga Allah panjangkan umurmu
  • Allah yau'unukum - Semoga Allah membantumu
  • Allah yuftah alaik - Semoga Allah buka jalan untukmu
  • Allah yuqowwik - Semoga Allah memberi kekuatan padamu
  • Allah yahfazik - Semoga Allah menjagamu
  • Bitaufeek wa Najah - Good Luck / Semoga berjaya
  • Laeil saeidah - Selamat Malam
  • Jazakillahhu khayr katheeran - Semoga Allah membalas kebaikan kpdmu
  • Tareeq Salamah - Have a nice journey / Selamat jalan
  • Rabbuna Yusahhil - Semoga Allah mudahkanmu
Oke ! cukup sampai sini dlu , banyak lagi wish wish arab yang best-best , tunggu aku perhatikan kawan arab aku berborak dulu eh .. nanti aku sambung vocab baru. hehe ^^ aku sangat sukalah bila kita berjumpa kawan-kawan kita tu, dan sebelum kita cakap bye bye tu , better korang wish ayat-ayat di atas kat mereka . tanda kita yakin dengan Allah dan segala bergantung dengan Dia.

dan try biasakan cakap "Shukran" daripada "Thank You" inilah perkataan yang aku susah sikit nak sebut. sebab dah terbiasa cakap "tengs .. tengs .. tengs " kalau korang perhatikan bila kita cakap tengkiu tu kan , mesti bibir kite muncung an. hehe :D cuba sebut " shukran" pulak .. maniss jek bibir tu :) so , lets change our word ! from tengkiu to shukran ... inshaallah , lama-lama nanti oke laa.. bila da cakap shukran , jawabnye afwan laa kann ~

selamat mencuba kawan - kawan , kepada siapa yang nak tambah vocab yang baru , aku sangat mengalu-alukan kedatangan wish anda di ruang komen di bawah ! seeking the knowledge ~

Allah yubarikfikomm jamiann :) tata ! Bonjour Maroccainssss ^^



Wednesday, March 21, 2012

Malaysia ?

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba aku terasa semakin sayu dan terus sayu. dalam diri berbakul bakul rindu aku titipkan buat emak aku . tengok jek la wajahnya yang tenang kat tepi ni , memang buat aku bukak blog setiap hari . hayoyoyo..

semalam , akak aku datang rumah aku untuk guna Internet untuk berusrah bersama akhowat di France. nak dijadikan cerita, usrahnya habis lewat. kira-kira Malaysia sudah jam 7.00 pagi . tiba-tiba .. plupp .. pluppp tanda sign-in Skype emak aku online.. akak aku dengan eksaited terus tegur. ( ala-ala bunyik BUZZ YM! ) hehe :D padahal mana ade BUZZ kat skype. hee :P bla bla bla bla dan bla.. terus menunjukkan Morocco jam 230 pagi. aku pun dah tidur . tapi tidur2 ayam dalam Mazafil ( jenama selimut tebal di Morocco ). sebab aku bantai coffee lagi malam tu . huuu . gara gara study semua nih :D last last , aku terus terbangun dari tidur ayam aku tadi...

terus webcam dengan emak .. emak aku terusss senyum lebar tengok aku dalam selimut tu.. ( sejukk kot spring time ni ) then , mak terus tanye dengan muke sweet beliau dan suare spontan .. " adikk , adikk... adikk nak balik Malaysia tak tahun ni ? " hahhhhhhhhhhhhhh ?!!! terkejut aku , terus pisat pisat mate .. betulke apa yang mak aku tanye nih ??! aku dengan spontan dan langsung tak fikir apa-apa lalu menjawab " daripada mak bank in suruh adik balik Malaysia , baik adik travel ke Mesir ambik kelas dengan kawan -kawan "

( bila aku masuk kuliyah - toilet - dapur - jamiah - kedai potostat untuk hari ni , aku terfikir , kenapa aku jawab mcam gitu dengan soalan mak aku tu? eee , tak patut jek rase !! ) - menyesal tak sudah *__* haruss tukar keputusan dengan segera .

make a good decision now Hana !

huuuu. muke mak aku sedikit kecewa , dan aku bertanya lagi .. " jadinya , emak tak jadi datang Morocco ke masa anga konvo bulan Julai ni ?? " lalu emak menjawab , " emak datang la next year masa adik konvo pulak .. " uff uff ufff !!! seriyuss ke ape aku dengar nih ??? nampaknya emak betul-betul seriuss suruh aku balikkkkk ..~

jadi , seharian . sedetik . sejam berlalu . dan malam bertemu kembali. aku mengharapkan emak aku reply meseg fon aku dan komfem kan semula. ye mak !!! adik betul betul nak balik Malaysia ! nak jumpa emak dan semua saudara - mara.. huuu..~ aku dapat bayangkan emak kesunyian sebenarnya.. aku pun sunyi jugak. ehehe :D :D dah dua kali raya 2 anak daranya tiada dengan dia.. tinggal along jek kat Malaysia ..

Allahh ! Rabbuna Yusahhil Allah ! kawan-kawan lain semua dah beli tiket ke Malaysia. i will buy to0 .. hope soo ~ please lah , aku try jugak nak transit mana-mana negara .even Mesir 4 hari pun jadi laa..asalkan aku dapat jumpa kejap kawan2 di sana ! tapi keluarga lebih penting.

I miss You Momma ! Mama , Baba , Gege , Jie jie , wo ai ta men !! hen haoo hen haooo !! Padil pun aku rindu jugakkkkkkk !!
Semoga Semester 4 ni aku cemerlang , then result baik , dmurahkan rezeki, boleh balik Malaysia dan beraya di sana dengan tenang dan aman . tolong doakan aku yeh ! hikhik^^

Tata , Bonne Nuit ! Nunite , and Morning Malaysianss :)


Monday, March 19, 2012

The Kitab VS Face the Book


Assalamualaikum w.b.t

Kehadapan Hana Szied ! kenapalah kau sedang malas sangat ni ?
Bila aku dah malas mcm gini , mulalah tercetusnye perasaaan ingin menaip laju laju . uik uik uik Hana ooii , dalam pembinaan individu muslim manelahh ade orang malas malas gini kakk ooii ... Semuanya bermula dengan Pengetahuan yang luas , kalau ilmu takdokk , guane nak memberi kepada orang lain kelak ?!

erk ! actually , aku kene bace sebuah kitab ni. tajuk dia Hidayatul Hayara fi Ajwab yahudi wa Nasara .. ~ dalam madah Tarikh Adyan ni , aku kene talkheskan ( buat ringkasan ) kitab ni. ingat senang-senang ke nak buat ringkasan ??? Muqadeemah pon dah panjang melebar tawww . inikan pulaa persoalan dalam kitab tu .. ALlah ! gimme strength ..~ ermmmm , yang membuatkan aku lemahnya ialah , tulisan kitab ni kecik kecik. rasa macam kitab thurath ( kitab kuning ) pon ade jugakk.. dan bahasa Arabnya pun sangat tinggi..

keadaan meje studyku yang " agak serabut "

seriyus , kita ni manusia,, terutamanya diri aku laa.. bila face the book tu , boleh pulak berjam-jam lamanya depan laptop . kadang-kadang tu 8 jam seharian . kalau mengadap kitab tu , baru 45 minit dah kene minum kopi 2 cawan . uff uff uff ! sedangkan , takde bende pun kat Facebook tu . tengok news feed , tengok news feed , notification bukan ade pun.. heee : D lepas dah tengok notification takde tu , bukan reti nak sign out , ini sambung ke twitter . ekekeke , memang tak jalan laaa kann ?!

so , aku nasihatkan pada kalian .. jangan jadi macam aku , yang belajar ikut mood ni , kita kene set up timing kita and renew niat kita . what your purpose to be here ?? and why you must study ??! buat time management cantik-cantik , lawa-lawa. dah buat tu , jangan tak ikut pulak .. heee :D kuatkan semangat , dah besar nanti bukan nak jadi Tukang Pam Minyak kat Shell Malaysia tu .. kita nak jadi orang cerdik pandai .. yang sentiasa dapat memberi manfaat kepada orang lain .
( ini tidak bermaksud aku merendahkan pekerjaan itu , sekadar memberi suntikan )

kama qola Allah Taala :-
Rabbi syrahli sodri wa yasserli amri ..
Rabbi habli hukman wa huqnee bi solehinn . aminee !

tolong doakan aku dan kawan-kawan serta senior di sini semuanya kuat melawan nafsu MALAS. HEE :D

Tata ! bonne nuit , gudmorning Malaysia :)




Thursday, March 15, 2012

Ayuh Membina Cinta !


Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua ! sambil menaip , sambil mendengar lagu Muslimah by Nazrey Raihan... best and very meaningfull...try la dengar sekali , seronok & tenang je dengar !

i dont know how to describe my feeling now.. but from today , yuk bina rasa cinta kepadaNya dan RasulNya .. semoga dengan rasa cinta kepada Allah dan Rasul ini , semakin bertambah rasa cinta kita kepada manusia lain juga .. ada dalam al Quran , hablu min Allah , hablu min Nass .. jaga hubungan dengan Allah , inshaaallah dengan manusia juga kita akan baik ..

dengan kasih sayang bukan semata untuk dunia , tetapi juga akhirat yang kekal abadi.. dengan kasih sayang juga , semoga kita sentiasa dikuatkan hati dan ditetapkan hati olehNya untuk berhijrah kepada kebaikan demi Allah Taala dan Rasul . dan jangan bertangguh lagi ! inshaallah !
Ya Muqallibal Qulub Thabit Qulubana ala Deeni wa ala Toa'tikk ! aminn !!

dan sebelum itu , sengaja nak beri tips untuk masuk ke Syurga Firdaus . siapa pulak yang taknak pilih ke sana . Syurga yang letaknya paling atas ! sila semak semula surah Al-Mu'minun . daripada ayat 1 hingga 17 . Qad Aflahal Mu'minun..~ yuk , rajin rajin semak tafsir Quran tersebut . sedangkan Wardina Safiyyah yang busy tu boleh bawa Quran kemana- mana , apatah lagi kita yang tak berapa nak busy nih.. antara tips yang terkandung dalam ayat Allah tersebut ialah ..

  1. solatlah dengan khusyuk
  2. menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan dan percakapan yang tidak berguna
  3. memelihara solat
  4. menunaikan zakat
  5. menjaga amanah dan janji
  6. menjaga kemaluan kecuali dengan yang halal dengan kita
  7. sesungguhnya kita akan mati
  8. dan akan di bangkitkan semulaa pada hari pengakhiran .
Senangkan ?! ALlah dah bagi guidelines da.. cuma kita jek kadang-kadang lupa nak checklist hati kita semula .. inshaAllah , so , from now until the end of our life , lets improve ourselves to be a muslihah and mu'minah women .

Jangan bising nak yang baik , nak yang mithali , nak yang ada ciri-ciri Imam yang baiklah ape lah .. sedangkan kita tak berusaha nak jadi yang baik.. ingat janji Allah ..

Impure Women for Impure Men , and Good Women for Good Men ! An - Nur : 26

oke , sekian . muhasabah diri dan gudnite ! Wassalam ~


Saturday, March 10, 2012

Last but Not Least Senior :')


Assalamualaikum w.b.t

Sekalung tahniah dan miliyounn mabrouk kepada semua senior Malaysia di Maghribi yang berjaya menamatkan pelajaran mereka pada kali ini pada 22 Feb yang lalu .Semoga ilmu yang kalian dapat mampu menjadi bekalan kalian di Malaysia dan akhirat . sama sama untuk Ummah ! Aku rasa masih tak terlambat dan ucap tahniah untuk mereka . even dah ada 2 orang yang dah fly balik Malaysia , tinggal saki baki jek di bumi Morocco ni..

hurmm , makin sunyilaahh nampakknyaaaaa ahly akhowat Morocco. totally pelajar di Morocco ni lebih kurang dalam 120 orang je , untuk konvo kali ke-5 sidang pertama ni jek dah 20 orang graduate , nanti bulan 7 ada lagi majlis konvokesyen ni.. hayoyoyo.. berapa ciput jeklaaa yang tinggal..

Morocco tak sama macam negara Mesir / Jordan / France / German dan lain-lain.. sangat sangat berbeza dari segi jumlah pengambilan pelajarnya.. jadi bila ramai jek yang grad ... almaklum jekla kan kuantitinya tu.. heee :D by the way , aku mengharap kedatangan pelajar baru untuk sesi akan datang ke bumi Maghribi ni semakin bertambahlah walau sedikit sahaja ... hopeeeee sangat sebab nak menambahkan golongan shinwa shinwa.di sini.. HEHE ~


Malam tadi malam terakhir akhowat Casa makan - makan jemaah dengan beberapa senior yang akan fly balik ke Malaysia next week..
selamat jalan dansemoga bertemu lagi di Malaysia ..

hhehe , kali ini akak senior pulak masak untuk adik-adik Casablanca (adik-adik la sangat ) makan eh.. heeee :D tengs and shukran , barakaallahu fikkounn untuk Kak Shelly - Kak Asna - Kak Madihah - Kak Amanina yang datang ziarah kami di wilayah Casablanca ni :')

berpotrait di INPT , Rabat , Morocco

ku akhiri dengan foto kek Tiramisu kak Aman yang sangat lazat ,
very fluffy ni ! nyummy nyummy !


Sekian dan sehingga bertemu lagi Malaysia , selamat maju jaya untuk kalian dan senior lain . Semoga pertemuan dan perpisahan ini kerana Allah :') Doakan kejayaan kami pula di sini berjaya seperti kalian juga !!

Friday, March 9, 2012

Cinta Alam Fantasi ~

Assalamualaikum w.b.t ~

Salam sejahtera untuk semua penduduk Malaysia dan penghuni Morocco . selamat bercuti kawan-kawan di Malaysia.. best of luck for result ! cuti tu jangan lupa isi program dan aktiviti bermanfaat yehh :')

Sepanjang aku berjalan - jalan di facebook aku terjumpa status yang sngat menarik perhatian aku..dan aku sangat bersetuju dengan status tersebut.. Statusnya berbunyi begini .. ~

" aku tak jeles pun dengan couple couple yang ada sekarang. tak kira laa yang jumpa di Facebook / dating kat luar / makan angin sama-sama / dan lain .. tapi aku lebih jeles dengan orang muda yang mampu kahwin awal..semuanya halal..tak kesah nak bersayang - sayang kat mana pun..bukan setakat mak ayah happy , syaitan pun sedih tauu tengokk korang bahagiaa ^^ "

Yeah ! betul sangat makhluk Tuhan ni berkata , i Like tawww !


wahai wanita solehah yang belajar tentang agama terutamanya , aku seru pada diri aku dan makhluk Tuhan lain .. walau bagaimana pun kita sayang kat dia , janganlah tunjuk sangat yang sayang anda itu murah .. boleh jadi apa yang kita sayang tu , bertukar menjadi benci , dan benci menjadi sayang ~

Yelaaaa , hati manusia kan.. mana kita tahu .. bila bila hati boleh berubah , sedangkan batu pun boleh lekuk kene air setiap hari , inikan manusia..heishh ~


Tahukan kita , cinta itu apa maksudnya ?

#retype .. cinta ialah membawa orang yang kita sayang ke dalam syurga .. perasaan cinta itu fitrah , malah haruslah kita hargai dengan kehadirannya .. tetapi bagaimanakah kita uruskan cinta kita tu ?! kalau kita rasa bersayang-sayang kita di Facebook / SMS / Meseg dan laman sosial lain tu dapat membawa kita dan dia ke syurga , ayuh.. raihlahh perlakuan itu.. tetapi jika sebaliknya , hentikan.. dan sila berada di alam yang nyata , berhentilah dari berfantasi..

aku cakap untuk diri aku juga , yang menulis itu lebih lebih lagi akan ditanya olehNya kelak..huhu..sama-samalah mengingatkan sesama kita..

Wahai wanita , sabarlah .. Allah sedang menyusun yang terbaik untuk kita , jangan risau tentang dia , yang penting binalah cinta dan teruskanlah mencari fitrah seorang manusia itu :') Selagi mana tingggi nya sabar itu , semakin tinggilah nilai cinta itu ..

Percayalah dengan janji Tuhan dalam An-Nur : 26

oke , refresh minda , renew taqwa , tajdid niat .. dan maaf salah silap ,
tata .. bonne nuit ^^

Wednesday, March 7, 2012

Belajar dulu ye mak ^^

Assalamualaikum w.b.t

Semoga ceria ceria selalu . untuk semuaaa orang di dunia ni. Selamat Hari Wanita. kalau kat Malaysia mesti semua perempuan nak pakai baju pinky pinky hari ni kan.. :') suweeeet !
Alhamdulillah , semalam dapat jugak webcam dengan emak , lepas beberape minggu tak call . 3 minggu kott.. pukul 3 pagi Malaysia tuu webcam . hehe :D siann emakkk kene bangunn semata nak tengok muke aku. ekeke ^^

masa aku webcam tu sambil-sambil tu aku duk menyiapkan nota Feqah Usrah . urghh ! banyakk sangat kottt sebab tak menyempat nak salin mase Dukturah cakap. tetibe mak dengan nada spontan " dik .. belaja belaja jugak .. jangan lupa cari.... tuttt .... blaa.. blaa.. blaa... "

aku pon dengan spontan serta tergelak-gelak menjawab ..erk ! umur adik dah 20 eh ?! dah kene ade eh ?! hahaha :D kelakarr jeklaa mak ni.. tak pelaaa emak , emak carikan jek laaa. ehehe , segala ribut petir banjir melanda tornardo tsunami .. tu yang haru biru dan hambar jek ni.. hahaha ! mak cakap , kalau dah haru biru tu .. tak po laa.. biar laa deh.. jangan duk fikir lagi ..

heishh , kelakar mak - mak kite ni kann.. diorang pun dah tua tua actually , anak-anak pulak semua dah 20-an , mesti perasaan diorang mcam excited jek nak ada semua tu.. haha sangat comel perasaan itu oke..!! tapi anak anak eh , biaso biaso yoo..malas dah fikir bende ini . ngeh ngeh ^^ omakk yolaa poiee caghikk an yooo :P heeee , hilarioussss ^^

btw , untuk kawan-kawan yang bakal melangsungkan Majlis , aku doakan kalian berjaya dunia akhirat , semoga dapat menjadi Isteri Solehah dan Bidadari Dunia & Syurga untuk Imammuu ! ececece..~

tata ! wasalam :DD

Monday, March 5, 2012

minggu ke-3 Semester 4:')

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , sudah masuk minggu ke-3 . inshaallah , minggu ini dan minggu seterusnya akan aku hadir semua kelass fully! inshaallah , last week tak dpat nak masuk kelas because trip ke Spain tu. selumber jek aku . hee :D btw , madah semester 4 so far ni , memang faveret aku ! hopee hopeee hopeee feel " faveret" tu sentiase berpanjangan smpai laaaa nak exam nanti till semester 6..

today , kelas dari jam 8 pagi till 6 petang . nasib baik adek break jam 1 untuk ghada ( lunch ) . best sangat madah hari ni , firstly Manhaj Tafkir dari Ustaz Asban , urmmm .. not bad .. aku dapat jek catch up apa yang ustaz syarah kan tu , tapi kenape laa aku takde mood tadi . sebab mcm da bersimpang siur sangat pulak syarah beliau. hee :D

tapi yang paling faveret ialahhhh madah Mawaris a.k.a Faraidh . fuh fuh fuh , seolah-olah recall n refresh balik madah STAM aku masa lower six .. rindu kot ! keadaaan dalam Mudaraj tadi pun lebih kurang jek macam kat kelas STAM dlu. heee , haruk harukk nak kire permasalahan faraidh , best best best ! hope , ilmu ni bermanfaat untuk akan datang kelak :')

kepada yang semakin bahagia , teruskan kebahagiaan anda :) saya bahagia melihat anda bahagiaaaaa ! semoga bahagia itu berkekalan hingga keakhirnya !

then , best of luck exam untuk sahabat tersayang FaizNur Fatin di Irbid bumi Urdun , dan along, abg chik dan kawan2 lain yang sedang exam di Malaysia~ i love you all more and more , thanks for being my friend and my shoulder. untuk sahabat yang lain , yuk kite struggle ! hentikan sebarang carcarmarba yang dalam kepala tu yang boleh menganggu pelajran anda. hehe ^^

2013 --> Konvo + Degree + Malaysia



Sunday, March 4, 2012

sekadar bebelan ~

Assalamualaikum w.b.t

sampai satu saat kita akan rasa terlalu muak dengan cerita cinta . daripada dahulunya kita terlalu eksaited dengan cerita itu . hohoh.. pleasee stop thinking about love laa . focus on your study , still banyak lagi tanggungjawab .

actuaally aku baru tengok cerita Aishiteru . episod akhir. ala drama kat Tv9 tu kan.. hukhuk
. takdela nak kate sedeh ke ape , cuma nak membebel skit , mostly lelaki selalu ambil seorang kawan perempuan , dan dijadikan teman bercerita dan menceritakan pelbagai masalah , sharing sharing and etc sehingga perempuan tu tadi TERjatuh cinta kat lelaki tu .. tapi dalam masa yang sama , lelaki tu bercinta dengan perempuan lain .. ayyeh ! then perempuan yg jadi tempat bercerita masalah tu terjatuh cinta and the next part nye , laki tu kahwin dengan orang lain.. oke ! enough and fullstopp ! bosan dengan jalan cerita macam ini. sebab akhirnya sangat sadisss dan perempuan tadi tu pon dah habiskan banyak masa dan perasaan dekat laki tu..
ayoyoyoy .. @__@ !! aku macam kurang berminat dengan cerita mcm gini.. adehhh ~_~ tah hapee jekk !

pesanan khidmat : Jangan bagi harapan kalau tak mampu nak laksanakan ~

lainlaa cerita Izara dengan Amir dalam Vanilla COklat tu. sanggup mempertahankan even parents diorang suruh cerai ..bla.. bla.. bla.. ape laaa.. ~


see , aku dah bazirkan masa aku untuk typing mende ni .
by the way sila jadikan pengalaman anda sebgai pengajaran dalam hidup anda !
oke , babai ! wassalam ~