Followers

Thursday, January 27, 2011

hadis 4..

Assalamualaikum w.b.t...
senyum seindah suria..yang membawa cahaya..senyumlah dari hati..duniamu berseri..~ waahh..indahnya ciptaan Allah diberinya kita pelbagai kenikmatan..:)

hendak diceritakan di sini HS telah terpilih untuk menguraikan Hadis 20..HS hanya mampu terrsenyum selepas diplih..heee..XD~ tetapi Hadis ke -4 sahaja..

setelah membaca- menelek-menyemak - dan take note Hadis 4 nih..HS nak cerita and share sikit tentang hadis ni..ermm...HS pun tidaklah sehebat housemate yang lain..semuanya hebat hebat dalam berbicara..sekadar nak top-up top-up tu..boleh la kot (0.O) heee..~

oke..segalanya bermula di sini..~

HADIS 4 :- Dripada Abu 'Abdul Rahman, 'Abdullah bin Mas'ud r.a katanya Rasulullah telah memberitahu kepada kami, sedangkan Baginda seorang yang benar dan diakui kebenarannya, sabdanya : " sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut (rahim) ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani. kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian menjadi seketul daging selama itu juga. kemudian diutuskan kepadanya Malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat perkara : rezekinya-ajalnya-amalannya- dan celaka atau bahagianya. demi Allah, amalannya dan celaka atau bahagiannya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. tetapi ia telah didahului oleh catatan ketetapan ( suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka. juga seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. tetapi ia telah didahului oleh catatan ketetapan sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga "
( riwayat al - Bukhari dan Muslim)

INTIPATI HADIS :-
  • Nabi s.a.w menyebut peringkat kejadian janin didalam perut ibu yang melalui tiga peringkat.40 hari pertama berupa setitis air mani. 40 hari kedua menjadi segumpal darah dan 40 hari ketiga menjadi sketul daging
  • Roh ditiupkan slepas empat bulan . Jika janin gugur selpas empat bulan , ia mestilah dimandikan - dikafankan -disembahyangkan dan dikuburkan di kwasan perkuburan orang Islam . Haram sengaja menggugurkan janin...!!
  • malaikat ditugaskan meniup roh kepada janin
  • wajib beriman dengan qadha dan qadar Allah. ia merangkumi empat tahap : ilmu-catatan - kemahuan - penciptaan
  • gesaan memperbanyakkan amalan soleh kerana manusia tidak tahu bila ajalnya tiba
  • bertawakal dan berserah kepada Allah
  • hidup manusia ada dua kategori : celaka - bahagia
  • berwaspada daripada kesudahan yang buruk ( su'ul khatimah) . untuk itu wajib bagi setiap muslim membersihkan batinnya spertimana ia bersungguh sungguh membersihkn zahirnya..!
  • perlu berwaspada daripada maksiat dan dosa, khususnya yang tersembunyi. perlu juga berwaspada daripada terpedaya dengan amalan sendiri
  • syurga dan neraka adalah hampir terhadap seseorang hamba..

Alhamdulillah..~ segalanya telah ditelitikan..jika ada apa apa kesalahan HS sila tegur HS scre privasi oke..? :) HS harap malam ni dapat bentangkan tajuk ni dengan penuh bersemangat ..:)

heee..! aja aja fighting..!!

No comments: