Followers

Saturday, May 7, 2011

sayunya Hari Ibu 2011




Assalamualaikum w.b.t. ... pertama tama kalinya seumur hidupku menyambut Hari Ibu tanpa ibu disisi. bukan bermakna emak pergi untuk selamanya. tetapi HS di perantauan ni.. banyak sangat onak dan liku ditempuhi dan dteruskan..


Alhamdulillah emak, adik dah sampai ke tahap ini. belajar tinggi tinggi atas didikan dan asuhan emak, dan segala kehidupan adik atas keputusan emak.. Alhamdulillah..semoga semua anak anak emak menjadi anak yang berguna di suatu masa kelak..InsyaAllah..menulis entri ini bukan semata mata Hari Ibu sahaja, tapi aku bakal mengumumkan sesuatu berita gembira yang " agak " tidak pasti lagi..huhu..adik sentiasa mendoakan kesejahteraan emak dan keluarga kita.. InsyaAllah..!




Ya Allah..! teringat saat emak mengorbankan masanya demi menghantarku ke KLIA demi meneruskan pelajaran ke bumi Morocco..adik akan sentiasa mengingati saaat itu.. pesanan emak.. setakat ini , adik tak penah lagi akur.. InsyaAllah moga istiqamah dengan pesanan emak..
jangan ponteng kelas



  1. jangan gado gado dengan kawan kawan

  2. mesti yang terbaik.. pangkat Mustahsan paling kurangjangan suka berbelanja benda benda tak senonoh

  3. jangan susahkan hati emak kat Malaysia..

  4. paling penting sekali kalau ade dapat " berita " yang tidak diingini, kita semua kene redha..atas segalanya..

setiap tahun mak dapat kad Hari Ibu daripada adik kan..mak , mintak maaf ye.. adik tak dapat nak buatkan untuk emak tahun ni..:( arghhh! sayunya.. selalu sangat, bila emak dapat kad tu.. mesti mak letak kat meja office dia..tapi tahun ni jauh berbeza.. hanya panggilan telefon dari perantauan yang mampu adik lakukan..moga mak sentiasa tabah dalam kehidupan dan kerjaya saat abah tiada disisi kita..


T__T


teringat Tazkirah TDI PMMM semalam..jangan ingat Hari Ibu jekk..kita kate sayang semua. tapi tak pernah aplikasikan kasih sayang tu dengan perbuatan kita..huhuh! Amat tersentuh dengan kata kata ini.celik mata , cuba ingat wajah emak..! awalkah subuh kita..? sedekah AlFatihah kah kita untuk mereka setiap hari..? belaja rajin rajinkah kita..? ataupun kitab masih tersusun rapi lagi..?! banyakkah masa yang kita luangkan dengannya ataupun dengan kawan kawan kita sahaja..?! jadilah anak yang taat.. sami'na wa ato'na..[ dengar dan taat ]


Ya Rabb aku menaip dalam keadaan sayu..Kau sampaikanlah kerinduan aku ini kpada ibuku yang tercinta..yang mendidik aku dari kecil sehingga aku dewasa tanpa suami tercinta disisinya..!! Ya Tuhanku, kau berkatilah dan Kau redhailah segala titik peluh ibuku semasa kehidupan didunianya..!!


Petang tadi ada call emak..macam biasa, kami berborak panjang dalam 30 minit mungkin..yang aku paling tidak sangka ialah emak beritahu kepadaku... emak meminta aku balik ke Tanah Air sesi tahun 2012 untuk mengerjakan umrah..bersama sama.. Along , Angah dan Adik..!!tambahan pula along juga sudah tamat Dip. nya di ITQAN, angah juga dah habis Degree kat Morocco saat itu..cuma aku jek yang tinggal.. insyaAllah..! moga Allah mudahkan urusan pembelajaranku disini..tanpa sangkut sangkutt..aminnn..!


emak selalu pesan, jangan lupa solat Hajat.. doakan emak panjang umur..murah rezeki..paling penting, baca Salamun Qaulan Min Rabbir Rahimm..semoga diberi kesejahteraan keatas semuanya..! insyaAllah..huhu..tiba tiba teringat video kat Youtube pasal operation orang bersalin tuh.. terbayang ea kesakitan makk time tu..insyaAllah, adik akan balas segala sakit perit mak tu nanti..aminnn..!!


Mak,.. adik suka sangat bila mak cakap petang tadi yang hati emak sejuk sangat dengan anak anak emak kan [ ini bukan palsu tapi realiti ].. huhuhu.. tapi hakikatnya , kami masih belum lagi balas jasa emak tu..


hurmm..tak mampu untuk berkata panjang..cuma adik nak cakap yang emak ialah seorang ibu yang jauh berbeza dengan ibu ibu yang lain.. emak adalah ibu dan emak juga adalah ayah. yang membujang sejak beberapa belas tahun yang dahulu dan menjaga tiga orang anaknya dengan pelbagai ujian dan dugaan..walaupun adik tahu masih banyak lagi ibu tunggal di Malaysia dan serata dunia, tetapi emaklah seorang yang tabah, cekal dan tidak pernah menjatuhkan air mata kepenatannya di hadapan kami bertiga.. paling penting sekali... emak tidak pernah mengajar kami supaya membenci abah malah membuka hati agar menerima abah seadanya.. Ya Allah! lindungi kehidupan ibuku dan tambahkan ketabahnya..


cukup sampai disini sahaja buat emak..adik rasa, nak tulis panjang panjang pun, blogger lain pun dah tulis benda yang sama..insyaAllah, adik, angah, along tidak akan pernah mengecewakan hati emak..amin..! moga ku pegang erat kata kata ini semua.. amin...!!


IBU MANA YANG TIDAK MERINDUI ANAK ANAKNYA DAN WANITA MANA YANG BOLEH MENYEMBUNYIKAN AIRMATANYA....











No comments: