Followers

Monday, March 28, 2011

KARI AYAM ** first touch up

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) kali ni nak share bagi sesiapa yang baru cuba cuba nak masak .. hee. maafla. HS memang baru nak berjinak jinak dengan dapur sekarang nie. dah berumur la katekann.. ~


menunye ialah KARI AYAM ! nyummy !




bahan bahannya ialah :-


  • serbuk kari 1 paket atau 3 sudu besar [ sesuai dengan kuantiti ayam ]

  • beberapa potong ayam

  • bawang besar sebiji

  • halia besar ibu jari

  • bawang putih 2 biji

  • penumis [ bunga cengkih , kayu manis ]

  • 3 biji kentang [ beberapa yang anda mahu ]

  • santan / susu kotak [ ikut kesusuaian anda ]

  • cili kering segenggam [ ikut kepedasan yang anda mahukan ]

  • garam

cara caranya ialah :-



  1. basuh ayam yang telah dipotong tadi dengan bersih dan suci [ sambil berselawat ] dan toskannya

  2. potong bawang besar. dan hanya ambil setengah daripadanya , lalu hiriskannya panjang panjang

  3. hiris bawang putih panjang panjang

  4. hiris juga halia

  5. potong kentang mengikut bentuk anda suka

  6. kisar cili kering tadi sehingga hancur , jangan lupa untuk membuang biji lada kering agar tiada sebarang penyakit menanti

  7. ambil 3 sudu besar serbuk kari tadi.

----------------------------------------- tamat tentang cara penyediaan bahan -----------



  1. apabila cili kering sudah dikisar , masukkan ia dalam mangkuk dan gaulkan cili yang dikisar bersama sama dengan serbuk kari tadi. gaulkan ia sehingga sebati

  2. panaskan minyak. dan tumiskan penumis [ kayu manis , bunga cengkih tadi ] , bawang besar, bawang putih dan halia bersama sama. biarkan selama 3 minit agar naik baunya

  3. setelah naik baunya , masukkan pula cili kering + serbuk kari yang telah dikisar tadi kedalam periuk

  4. masuk kan garam secukup rasa

  5. dalam 4 minit selepas itu , masukkan ayam tadi. biarkan ia sehingga nampak daging ayam tadi seprti sudah masak [ hakikatnya belum ]

  6. dalm 7 minit selepas itu , masukkan santan ataupun susu anda sehingga capai kuantiti yang anda idamkan.

  7. gaulkan ia dengan api yang sederhana. agar kari tadi hancur dan tidak berketul ketul

  8. dan biarkan ia . .

  9. tidak lama kemudian , boleh la anda memasukkan kentang yang telah dipotong tadi

  10. tunggu sehingga naik bau kari aym anda.

  11. biarkan dalam 15 ke 20 minit.

  12. tutp api , dan hidangkan :)

HS tahu , ianya sangat simple. dan tidak perlu ditulis lagi resepi ini, tetapi HS rasa sangat teruja , kerana sebelum ini HS memang tidak pernah memasak kari ayam untuk kawan kawan mahupun keluarga.


yang sedehnye, mase tengah basuh blnder tadi , tak tahu la berangan ke ape ke, tetibe kipas besi blender yang tajam tu masuk dalam kuku. da la kuku baru potong, pendek gilaa. sakit dann pedihnya Allah yang tahuu.. :(


credit to kawan, sebab dah share step memasak kari ayam.. :) bagi adik adik yang baru nak berjinak dengan masakan , boleh la mencubanya ye..SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA :)


sekian,


~HanaSzied, Bilik Puteri Bongsu , 9.33 malam~

2 comments:

::mar'atulsufiyyah(^_^):: said...

ceehh..siapakh yang ajar cara itu yaaa..?? hehehhe..tahniah..anda sudah bole kaweennnn yeee..^___________^

::mar'atulsufiyyah(^_^):: said...

tahnnniaaaahhh..:)