Followers

Sunday, April 22, 2012

Solat Subuh ujian TERBESAR :')

Assalamualaikum w.b.t

wahai orang orang kampung sekalian , meh ceq nak habaq mai kat hangpa suma..hangpa suma tahu dakkk yang sekrang ini , hampir semua negara negara di luar negara Malaysia (Asia) dah tukar masa. hehehe :D

 minoriti nya masa sudah bertambah 1 jam. Alhamdulillah so far , Morocco belum tambah lagi satu jam..tapi waktu solat subuh semakin lama semakin cepat . dan solat solat yang lain pula makin lambat . contohnya , solat Subuh pada jam 4.20 pagi .Asar sekitar 4.10 petang , Maghrib sekitar 7.10 malam dan seterusnya. mesti korang rasa macam ... alaaaa , sempoi lettewwwww lebih kurang waktu Malaysia jek..

huhu.. yeah ! i admit it.. tapi sekarang kan dah tukar musim bunga . jadi , waktu siang semakin panjang , dan malam yang terlampau pendek. kalau korang tidur jam 12.00 midnight , mesti korang rasa takpuasssssss abesss bilaa nak bangun subuh jam 4.15 pagi tu .. erhh ! sedangkan jam 5.20 pagi pun dah cerah macam dah 6.30 pagi tauu...( syurukkk ler ) pastu ke kelas jam 8.00 pagi.. lebih kurang mata panda jek ke kelas. hehehe (0_o)

mesti korang still rasa , alaaa..itsss normal la.. kat Sabah & Sarawak pun macam gitu jugak... yeah . i admit it .. tapi kannnn.. kalau korang dapat rasakan perubahan musim daripada musim winter ke musim bunga .. sangatt sangatt laaa mujahadah :'( seriyusss tak tipuuuu..

sedangkan waktu solat bagi musim sejuk lagi lambattt subuh nya. contoh laa kan , subuh jam 5.45 pagi dan syuruk sekitar 7 pagi .. dan Zohor 12.20 tghari . Asar 4.40 petang . bak kata orang , lebih kurang jek mujahadahnya..sebab banyak tidur ..kalau musim bunga @ summer kene banyak bekerja. sebab siang panjang... heheheh :D

btw , yang aku nak cerita kat sini untuk solat subuh jek la.. solat lain tu , inshaAllah !
dan meh rujuk Al-Quran , Surah al-Isra : 78

" Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan laksanakanlah Subuh. Sungguh, solat Subuhmu itu disaksikan oleh Malaikat "

so , GO GO GO Caiyyookkk bermujahdahh di pagi hari , semoga Allah Redha keatas mujahdah kita sepanjang hidup ini. inshaallah , amin !! 

4 comments:

Mardhiyyah_cahayakeredhaan said...

huhu... mujahadah subuh... :)

syazA~aNa said...

Selamat bermujahadah hs

Adam said...

Sungguh luas ilmu Allah sehingga tidak termampu untuk hambaNYA mengetahui semua rahsia yang tersembunyi dalam setiap suruhan perintahNYA dan tegahan laranganNYA ... Orang yang bertuah adalah mereka yang Allah pilih untuk merasai nikmat dalam mentaatiNYA ... Allah sebaik-baik pemelihara ...

Adam said...

Bilamana segala suruhan dilakukan dengan sepenuh hati dan suka, segala tegahan ditinggalkan dengan yakin dan rela, kemanisan dan ketenangan hadir dalam seketul daging yang dikatakan raja dalam diri manusia, hati akan redha ...