Followers

Friday, June 11, 2010

sunnah memaki cincin..


Semakin ramai, saya dapati ramai kawan-kawan saya yang memakai cincin. Saya sendiri tidak pasti apakah maksud sebenar jari mereka disarung cincin... Hmm, mungkin membawa maksud mereka tidak available kot. ^_^ Tapi mungkin juga mereka memakai cincin kerana ingin mengikut sunah Rasulullah. Namun begitu haruslah diketahui bukanlah hanya memakai cincin sudah dikira mengikut sunah. Ada juga caranya... Jadi, disini saya ingin berkongsi mengenai sunah Rasulullah dalam memakai cincin.

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.

Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Luth a.s.



Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.


srikandi: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi saw.memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW dapatlah kita pahala.

No comments: