soorylah, aku terlupa pulak nak tebalikkan ayam yg hitam2 sikit tu. hehe, tak menyempat kott nak snap, sebab waktu buka puasa nak dekat. aku pulak ade misi laen selepas itu. hehe..~And We have enjoined upon man, to his parents, good treatment. His mother carried him with hardship and gave birth to him with hardship, and his gestation and weaning [period] is thirty months. [Al-Ahqaf :15]
Followers
Saturday, August 20, 2011
Ayam Salut Tepung ala-ala KFC !
soorylah, aku terlupa pulak nak tebalikkan ayam yg hitam2 sikit tu. hehe, tak menyempat kott nak snap, sebab waktu buka puasa nak dekat. aku pulak ade misi laen selepas itu. hehe..~Friday, August 19, 2011
moreh Ramadhan ke-8
selepas dibentuk satu persatu, panaskan minyak.. dan goreng keledek yang telah dibentukkan tadi..aniss soryy banyak ! terlupa nak snap gmbar masa keledek dibentukkan dan semasa keledek + tepung diuli. hehe :D
angkatkan keledek yang telah digorengkan tadi..and then, tiba pula cara untuk menyira keria dengan gula..CARA-CARANYA ialah :-
oleh kerana terlalu excited dengan kuih aku ni, aku terlupa skali lagi untuk snap pic keria yang telah dihidang. hehe :D maaflah budak baru belajar. tak macam CHEF BUJANG. hehe :DMonday, March 28, 2011
KARI AYAM ** first touch up

- serbuk kari 1 paket atau 3 sudu besar [ sesuai dengan kuantiti ayam ]
- beberapa potong ayam
- bawang besar sebiji
- halia besar ibu jari
- bawang putih 2 biji
- penumis [ bunga cengkih , kayu manis ]
- 3 biji kentang [ beberapa yang anda mahu ]
- santan / susu kotak [ ikut kesusuaian anda ]
- cili kering segenggam [ ikut kepedasan yang anda mahukan ]
- garam
cara caranya ialah :-
- basuh ayam yang telah dipotong tadi dengan bersih dan suci [ sambil berselawat ] dan toskannya
- potong bawang besar. dan hanya ambil setengah daripadanya , lalu hiriskannya panjang panjang
- hiris bawang putih panjang panjang
- hiris juga halia
- potong kentang mengikut bentuk anda suka
- kisar cili kering tadi sehingga hancur , jangan lupa untuk membuang biji lada kering agar tiada sebarang penyakit menanti
- ambil 3 sudu besar serbuk kari tadi.
----------------------------------------- tamat tentang cara penyediaan bahan -----------
- apabila cili kering sudah dikisar , masukkan ia dalam mangkuk dan gaulkan cili yang dikisar bersama sama dengan serbuk kari tadi. gaulkan ia sehingga sebati
- panaskan minyak. dan tumiskan penumis [ kayu manis , bunga cengkih tadi ] , bawang besar, bawang putih dan halia bersama sama. biarkan selama 3 minit agar naik baunya
- setelah naik baunya , masukkan pula cili kering + serbuk kari yang telah dikisar tadi kedalam periuk
- masuk kan garam secukup rasa
- dalam 4 minit selepas itu , masukkan ayam tadi. biarkan ia sehingga nampak daging ayam tadi seprti sudah masak [ hakikatnya belum ]
- dalm 7 minit selepas itu , masukkan santan ataupun susu anda sehingga capai kuantiti yang anda idamkan.
- gaulkan ia dengan api yang sederhana. agar kari tadi hancur dan tidak berketul ketul
- dan biarkan ia . .
- tidak lama kemudian , boleh la anda memasukkan kentang yang telah dipotong tadi
- tunggu sehingga naik bau kari aym anda.
- biarkan dalam 15 ke 20 minit.
- tutp api , dan hidangkan :)
HS tahu , ianya sangat simple. dan tidak perlu ditulis lagi resepi ini, tetapi HS rasa sangat teruja , kerana sebelum ini HS memang tidak pernah memasak kari ayam untuk kawan kawan mahupun keluarga.
yang sedehnye, mase tengah basuh blnder tadi , tak tahu la berangan ke ape ke, tetibe kipas besi blender yang tajam tu masuk dalam kuku. da la kuku baru potong, pendek gilaa. sakit dann pedihnya Allah yang tahuu.. :(
credit to kawan, sebab dah share step memasak kari ayam.. :) bagi adik adik yang baru nak berjinak dengan masakan , boleh la mencubanya ye..SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA :)
sekian,
~HanaSzied, Bilik Puteri Bongsu , 9.33 malam~
Friday, February 11, 2011
i'm enjoy with my cooking**
assalamualaikum salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. semoga kalian semua sehat dan ceria ceria selalu ;)
boleh ke tidak entri HS kali ni , nak masuk kan entri tentang masakan..?! haaa.. siap nak masukkan resepi sekali..oke x??!
kalau dulu dulu HS ni paling malas sangat masuk dapur..malas gile lah! tapi alhamdulillah sejak HS dapat sambung belajar kat Morocco nie..dah tak boleh nak harapkan mak & maid masak lagi untuk HS.. so dah boleh masak sendiri taw ;)
ala..resepi yang HS nak bagi ni pun..entah entah korang semua dah tahu. tapi bak kate orang..kita ni manusia jangan belagak..amek jek! mane lah tahu bila dah try nanti sedap pulakkan..! :P haha~ perasan pulak..

HS menulis entri ini bagi menjawab kritikan kawan HS di Facebooh nih. haha.." lebih baik cari perempuan yang tak lawa, daripada perempuan yang lawa tapi tak reti nak masak.." hermm HS sebagai seorang perempuan tersangatlah malu dengan kritikan ini..haha! i ni perempuan lah!!

so bg gurl @ boys yang baru nak berjinak jinak dengan kuali , senduk , dapur gas tuh..meh sini HS nak ajar sikit..so nanti tak perlu nak suruh mak masak untuk kita @ no need kedai mamak lagi okeehh!!! boleh masak sendiri ;) ala..paling budusss pun, pandai lah masak sambal untuk makan bujang je..heee xD
dah dah..stop annoying..** ni nak beritahu bahan bahan untuk masak sambal..tak kesah lah nak pedas ke tidak ke. tp, bahan bahannye tetap ini..**
p/s : untuk hidangan 4 orang kebawah. jika ramai, sila tambah bahan bahannya :)
- segenggam cili kering (untuk pedas )
- sebijik tomato
- sebiji bawang merah besar
- garam secukup rasa
- beberapa sudu gula ( ++ gula jika terlalu pedas )
- asam keping / asam jawa (jika perlu)
- apa apa bahan yang ingin di campur bersama sama ; mungkin seperti ikan bilis / udang / sotong / dll yang rasa bersesuaian dengan citarasa..
oke..cara caranya ialah..cuba mengikut turutan taw..;)
- rebus cili kering sehingga nampak ianya mendidih. buang biji biji cili kering tersebut. takut takut boleh terkena apendiks
- potong tomato berbentuk segi empat/ segi tiga untuk dikisar
- potong juga bawang besar tadi untuk dikisar
- kisar kan step 1 , 2 dan 3 bersama sama ( jika mahu sambal sedikit ) tetapi boleh juga diasingkan step 1 itu daripada step 2 dan 3 ( jika mahu sambal banyak )
- panaskan minyak dan masukkan step 1 , 2 , 3 itu kedalam kuali .. dan biarkan ianya dimasak selama 4-7 min.
- apabila sambal itu sudah nampak merah kemerahan sudah tiba masanya memasukkan garam secukup rasa..jangan lunggah garam dalam kuali sudah lah..:P
- 10 min seterusnya boleh la rasa sambal anda tersebut..jika terlalu pedas, boleh lah masukkan 3 sudu gula atau lebih untuk mengurangkan kepedasan itu ;)
- akhir sekali boleh lah masuk kan bahan bahan yang ingin di campur seperti udang / sotong / dll ..jangan lupa basuh bahan tadi sebersih bersihnya ya..! xkan lah step membasuh pun nak HS tunjukkan..haha! :P
bagaimana nak tahu sambal dah siap di masak atau belum??! senang sahaja..pastikan sambal tadi nampak lebih merah menyala dari sebelumnya dan pastikan letupan gelembung gelembung sambal tadi semakin bekurangan..faham tak..?!
oke.. enough..! sambal boleh di angkat dan dihidang..selamat mencuba!!