Followers

Tuesday, August 30, 2011

jeless pluss pluss


Salam to all Malaysiaanssssssssssssssss !
moga kalian semua sehat sehat belake !

ini cuma entri pendek yang berbau jeless ..~

just wanna to say ,

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

HAPPY MERDEKA DAYY !!

aku jeles , sebab Morocco raya lambat. walaupun raya lambat ,
itu aku tidak kesah.
yang aku kesah, sebab first time dalam hidup aku,

aku tak de baju raye. kasut raya , tudung raya, kerongsang raya
POSTTTTT TAK SAMPAI LAGI !!!!

sedehh makcikkk wokkkk !!

yang paling sadis bile aku call semua famly,
diorang duk melyan lemang , rendang ++

call sedara mara ,
tengah layan mercun , bunga api..
perghh ! tak agak agak !!

call my BFF ,
takde keje laen, dok shopping shopping..
fu fu fu , shoping kat Msia pling best !!

call my tut ,
tengah layan kezen mezen ..
erkkk ! pe kesss???!
dah semua tak dulikk an aku
=="

geram geram , jeles jeless pluss plusss..

oke, tak leh nak bebel banyak.
nk wat promotion tengok tv1 tadi pon,
aku takde gak dalam ucapan salam perantauan tu..
eeyyaaaayyy...!

manyakk tacingg wooo..
watever pon, aku sedih..

Ramadhan sudah berlalu pergi..~
moga amalan kita diterima olehNya..
dan
Ramadhan kita kali ini menjadi latihan untuk 11 bulan akn datang...~

aku mohon dariNya, agar bertemu dengan Ramadhan lagii..
aminnnn!!

k babai.
aku jeles#so tak leh tulis panjang panjang.
hahaha !!

Monday, August 22, 2011

Ramadhan in Love :')






Ramadhan 1432 menjadi kenangan . Semoga bertambah amalan kelak .

Saturday, August 20, 2011

Ayam Salut Tepung ala-ala KFC !

Assalamualaikum w.b.t alhamdulillah kita sudah masuk ke fasa 10 malam terakhir Ramadhan. buat org Morocco,kita belum lagi berbuka puasa. tapi orang Malaysia dah nak sahur dah pun.. heee :D selamat menunaikan ibadah yea semuaa ^_^

mereka patut rasa bertuah bila aku dah follow blog-blog kengkawan aku di FB, bukan follow jek, siap komen sekali aw..haaa, naseblah aku cuti summer 3 bulan sekarang, kalau tak, takde keje aku nak telek blog org satu satu bace entry smpai habes. hehe..takpe. jgn risau. i will follow perkembangan u all BILA AKU FREE. ;)

oke, actually aku sengaje nak masukkan menu masakan aku buka puasa 17 Ramadhan haritu. kenapa 17 Ramadhan? hurmm..sebab aku malas nak hapdate blog.kui3! sekarang baru semnagt sikit ! tadaaaaaa! tu diaaa, ayam salut tepung ala-ala KFC..

sebenarnya aku malu nak masukkan entri ni. sbab org mesti akan kate, ekeleyyy, simple punye masakan pun nak hapdett kewwwww??! HAHA :D peduli apa aku en, asalkan aku puas bila dah pegang sudip dengan kuali..

soorylah, aku terlupa pulak nak tebalikkan ayam yg hitam2 sikit tu. hehe, tak menyempat kott nak snap, sebab waktu buka puasa nak dekat. aku pulak ade misi laen selepas itu. hehe..~
erm.. agak agak nak STORY ke pasal BAHAN & CARA ??! aku sangat malu sebnarnya nak cerita, sebab orang laen lagi maju kehadapan menu mereka. HAHA ! aku pulak, barulah nak testing testing ayam ala-ala KFC..maluu dod !! ^^,

okelah, BAHAN-BAHANya ialah :-
1) 5 biji bawang putih
2) garam
3) lada hitam
4) minyak masak
5) ayam
6) telur ayam
7) tepung

CARA-CARANYA
1) basuh ayam dengan bersih dan jangan lupa untuk berselawat :)
2) masukkan ayam kedalam besin/ bekas
3) kupas bawang putih sebanyak 5 biji dan hiris kecil kecil
4) masukkan beberapa sudu lada hitam mengikut rasa anda. jika banyak ayam, letaklah byk, jika sikit. sekadarnya sahaja.
5) gaulkan ayam tadi bersama-sama lada hitam dan bawang putih yang telah dihiris
6) masukkan 1 atau 2 biji telur
7) gaul sehingga sebati dan perap selama 15- 20 minit
8) tuangkan tepung kedalam bekas yg lain
9) salutkan ayam yg sudah diperap tadi dengan tepung itu sekadarnya

jika anda mahukan kerak ayam yg besar, salutlah agak tebal sedikit :)

10) panaskan minyak dan goreng dengan menggunakan api yang sederhana..
11) angkat ayam dan hidang

ENOUGHH ! DONE ! ni lauk untuk orang bujang bujang jek.kalau da kwen nak buat pon best gak.better adek adek yang nak masuk 16 tahun tu..dah bolelah nak goreng sendri kalau lapar. takpayah nak harapkan mak kita lagi..

aku malu dengan beberapa pemilik blog yang BERGELAR CHEF .. mereka lagi pro dari aku ! hehe, tapi seriyus aku katekan, memasak memang seronok..!






p/s: enjoy seh kat dapur time memasak. terutamnya tyme student + bujang ni. dah kawen sok sok, malu dahhhh weyyy nak beljar masak. masa tu, tak main dah belaja belaja ni. tinggal petik & sebut jek nak menu apa en, then da bole masakk :) heehhe

sekian ^_^

Friday, August 19, 2011

moreh Ramadhan ke-8

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera untuk semua warga muslimin dan muslimat :) moga Ramadhan anda untuk kali ini masih lagi bermaknaa , inshaallah .. salam Ramadhan yang ke-18. apa khabar bacaan QUran kalian..? sudah berapa juzuk? atau dah khatam.. teruskan usaha ye dalam beramal ibadah.. moga fasa kali ini mendapat keampunan dariNya !

toksah cakap banyak lagi.mata aku pun dah naik merah tengok masakan kat bawah ni. actually entri kali ini nak tuju khas untuk sepupu aku.Nama dia Anis Dzulkapli.. GAGGAA ! kak Na nak bagitahu anisss, yang kakNa dah pandai masakk ! haritu kau kan tanye, pandai masak kuih ape lagi selain kek batik.. hehe, here i wanna show u .. kueh keriaa !! tadaaaa~

oke, now nak bagitahu bahan-bahan dan cara caranya :)

BAHAN-BAHAN :-
1) 1 kg keledek
2) 1 kg tepung
3) 1 kg gula
4) garam
5) minyak masak

haa, see ! sikit jekkan bahannya. then , nak CARA-CARAnya pula..
1) kupas semua kulit keledek yg telah dibeli
2) basuh keledek dan rebus sehingga empuk
3) setelah empuk, angkat keledek dan toskan airnya sehingga kering
4) lenyekkan keledek sehingga lumat menggunakan daya energy tangan anda
5) apabila semua sudah lenyekkan dengan baik, taburkan tepung sebanyak 1 1/2 cawan
6) teruskan menguli sehingga sebati
7) masukkan 2 sudu kecil garam , dan sambung mengulinya lagi
8) bentukkan tepung yang telah diuli berbentuk gelang
8) sila tambahkan tepung jika tepung tadi masih tidak dapat dibentuk atau masih lembik

sebelum tu, jangan letak tepung terlalu banyak sehinggakan tepung itu lebih banyak dari keledek.. :) nanty tak berapa nak rasa pula keledeknya..fahamkan ayt aku ni?

selepas dibentuk satu persatu, panaskan minyak.. dan goreng keledek yang telah dibentukkan tadi..aniss soryy banyak ! terlupa nak snap gmbar masa keledek dibentukkan dan semasa keledek + tepung diuli. hehe :D

angkatkan keledek yang telah digorengkan tadi..and then, tiba pula cara untuk menyira keria dengan gula..CARA-CARANYA ialah :-
1) sediakan kuali yg telah panas tanpa minyak masak
2) masukkan 5-7cawan air
3) masukkan 5 cawan gula dan tunggu sehingga larutan gula dan air tersebut berbuih buih..
4) jika lambat berbuih, tambahkan lagi gula.besarkan api gas dan tunggu sehingga berbuih buih
5) masukkan semula keria yang telah digoreng ke dalam kuali tadi mengikut kebesaran kuali anda
6) kacau keria dan larutan tadi tanpa henti sehingga gula menjadi seperti gmbar dibawah
7) jika gula sudah kering dan melekat pada keria bolehlah angkat
8) hidangkan ia..

oleh kerana terlalu excited dengan kuih aku ni, aku terlupa skali lagi untuk snap pic keria yang telah dihidang. hehe :D maaflah budak baru belajar. tak macam CHEF BUJANG. hehe :D

jika korang percayakan resepi aku, bolehlah nak try and test keria @ kuih gelang korang pulaa :)
SELAMAT MENCUBA ! salam Ramadhan ke -18




pssssttt :- 100 % handmade tawww ;)


Friday, August 5, 2011

5 Ogos 2011 bersamaan 5 Ramadhan 1432

Assalamualaikum and very good morning :) First of all, ayuh sama berselawat ke atas Nabi MUhammad s.a.w.. salam ramadhan dan selamat berpuasa yang ke-6. moga moga Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding dengan Ramadhan yang lalu..

dan info terkini : perbezaan waktu antara Malaysia & Morocco telah lambat 8 jam..oke itu sahaja..opsss ! sahur jam 3 pagi, dan berbuka jam 730 malam. ;)

oke! nampak gambar diatas? gambar tersebut telah diedit sndri oleh aku.dan beberape touch up dari angah.bagi tidak menimbulkan kontroversi. hehe :D , anyway aku nak ucap terima kaseh tak terhingga dekat kawan kawan FB yang wish besday aku & angah yang tak putus putus dan bertalu talu dalam masa seharian semalam. hehe :D alhamdulillah , aku sempat reply ke semuaanya :) terima kaseh yang tidak terhingga kerana menyanggup untuk singgah ke wall FB aku, dan menaip panjang panjang wish.. hatta yang paling pendek pon.. hehe.. contohnya [ hb ! ] itu pun, kiree oke dahh :)

Allah yubarikkfikumm wa taqabalallah siyamakumm fi hada shahru kareemm !!

bersama Sohadah

oh sempena meraikan Siti Syazwani, pelajar wilayah Kenitra yang bakal pulang ke tanah air esok hari, kami warga Casa membwanya berbuka puasa dan bertarawikh di Masjid Hassan II, Casablanca.. aku tak tahu kenapa, aku sangat sangat sukaa akan masjid yang damai ini. mungkin kerana berdekatan dengan laut kott dan mesti dan tulis entri tentang Masjid ke-5 terbesar di dunia ni..^_^
takpayah susah susah tunggu bilal azan, kami hanya melihat matahari terbenam sahaja dari jauh. then , berbukaa puasaaaaa ! yeahh, bawak bekal mee goreng lagi.sengja housemate masak ni.snng nak bawak, tak leceh leceh nak berkuah bagai..Hepy BEsday to angah juga.. nahhh adikk suapppp !

oh, taksangka..rupa rupanya ada family arab ni duk usha usha kami berenam dari jauh..then, makcik tu suruuh anak dia bagi roti + ala ala roti canai [ aku lupe nme arabnye ] bagi kami makan.. choukrannn bizzafff ya ukht karimaahhh !

ni la makanan tu. aku tengok macam roti canai, tapi bile aku tarik, dia becerai cerai macam putu mayam. aku pon tak pasti ape namanya. tapi lagi sedap cecah dengan 3asol [ madu ] , nyummy nyummy.. mana pipi aku tak cenggitu, makan makanan bertepunggg jekkk.. hehe :D

usai solat maghrib di kawasan muslimat dalam masjid, kami terus ke kawasan luar masjid, untuk merasai angin damai. dalam masa yang sama,mendirikan saf di dataran yang luas ni, ianya juga dibentang tikar sebanyak banyaknyaa.dan siap dengan speaker banyaakkk sangattt..sebijik aku merasakan seperti di Mekah dahulu zaman 90-an dulu dlu masa aku kecik kecik aku pergi sana :)
inilah suasana yang boleh aku tunjukkan setelah sudahnya solat terawikh.manusia yang membanjiri..alangkahh indahnyaa jika di Malaysia juga berkeadaan begini. tambah tmbah pula dihiasi dengan pemuda pemudi. bukan hanya orang orang tuaa sahajaaa..

on the way nak pulang ambil teksi, terjumpe pulak classmate arab senior aku.namanya Zainab..tu yang paling tinggi sebelah aku tu :) kami bagila tahu dia yang kami ni teruje sangat tgok orang ramai solat disini. pastu dia cakap... ini paling sikit lah ni.. kalau kau nak tngok ramai lagi , tunggu 27 Ramadhan nanti..saf sampai hampir ke tiang ke lautt tu.. ramai yang tidur disini.. masa tu, aku boleee terbeliakk mata sambil tutop mulut dan berkata, wahhhhhhhhhhhhhhh ! bizzaaaafffff [ ramainyaaaaa] !!! sedangkan ramai begini pon kami teruje.. apatah lagi 27 Ramadhan nanti.. (0_o )

ya Rabb, andai usaha kami dalam menunaikan ibadah kepadaMU ini sedikit , Kau tetapkanlah hati hati kami agar teruss thabat dalam perjuangann melawan nafsu kami ini Ya Rabb. moga mendapat redhaMU! amineee :)



sekian sampai disini shaja coretanku!




p/s: jangan terkejut ya, besday angah & aku memang sama :) 5 ogos. tahun jek berbeza ^_^

Friday, July 29, 2011

cuti part 7 : Summer Break

Assalamualaikum w.b.t May Allah bless u alls blogger. my family . my friends.

Musim Soif semakin mula menampakkan dirinya.. cuaca yang semakin mencabar warga Malaysia di Morocco.. bulan Julai diisik dengan jayanya. cuma aku masih terkilan dengan diri aku. langsung tidak membuka kitab ! ufffff ! masa yang paling sia sia bagi aku !

hurm... firstly , program anjuran PMMM iaitu : Muktamar Senawi . tahniah kawan kawan ku yang sudah berjawatan. tanggungjawab kalian besar. aku sokong dari belakang jeklaaa..

kepada mantan mantan senior yang lain , terima kasih beri tunjuk ajar kepada kami sesi lepas. cehhh.. gaya aku , macam lah ade jawatan besaq sangattt. HAHHA.. aku tak kesah laa semua tu.. abaikann jek ! kui3!

aku orang belakang tabir sudah laaaa.. ajk makanan.. first time uli tepung untuk kueh burger Malaysia

Muktamar Senawi 11 diadakan di dewan INPT , Rabat selama 2 hari :)


barisan pemerintahan sesi 2011 - 2012. muka semangatt tuuu

secondly , alfoun mabroukk untuk senior yang sudah menamatkan pengajian di Morocco dan bakal pulang ke tanah air Malaysia.. bangga kott dah dapat degree & master ! uffff jelesss.. moga dapat dipraktikkan ilmu itu di Malaysia kelakkk senior senior .

aku still pegang ajk makanan lagi. kebetulan dipilih lagi..baking vanilla cake & koktail

Istiadat Konvokesyen kali ke-4 sidang ke-2 di Dewan Banini , Rabat

lastly , Sukan Sea antara Malaysia & Thailand & Indonesia. Alhamdulillah Malaysia bolot banyak emas.. TAHNIAH MALAYSIA. tak sia sia aku memekak kat stadium tu, cehhhh..

yeahhh.. akhirnya aku memgang ajk makanan lagii.. main sudu & camca lagi dod ! banyakk ilmu dapur aku dapat.meh meh, aku dah reti buat kueh keria & kueh cara berlauk & maniss.. cehhh POYO !

OKE.. antara gamenya.. bola tampar , ping pong , badminton, futsal, dan takraw.


Sukan Seas di Dewan Ibn Yassine, Rabat selama 6 hari


bukan kat Malaysia jek hangat dengan HARIMAU MALAYA, Morocco pon tawww.. hehe :D

oke! fine ! see , semua program aku jadi AJK Makanan.. haha! kebetulann ke pe tuh? hayyak. btw, thanks laaa.. aku dah pandai main sudu & camca :)





Salam Ramadhan untuk muslimin muslimat seluruh duniaaa ! Jaga kesihatan yea warga Malaysia di Morocco.. dah ramai sangat demam demam nih. yuhuuu..~ turn aku mayb akan smpai. tekak dah mule gatal gatal pening lalat pon sme jek nak tibe. hohoh ! Rabbuna Yusahillana !

Friday, July 15, 2011

TAHNIAH ! ALLAH YUBARIKK FIKKUMMM !


Alhamdulillah , selawat dan salam atas junjungan baginda s.a.w . First of all, aku nak ucapkan congrate congrate ! alfoun mabroukk untuk semua kwan kawan aku.. !

tepat 15 Julai 2011 kawan aku bakal bergelar Mahasiswa & Mahasiswi. akhirnya penantian aku dari Januari 2011 sudah berakhir. alhamdulillah , setakat yang aku lihat kos pengajian mereka pon aku rase setimpal dengan minat mereka. TAHNIAAHH sangat sangat. bila tengok kos Multimedia , Grafik , Pengajian Islam dan Bahasa Arab , aku rasa sangat sangat tertariklah ! rasa macam nak balik Malaysia jugak , study same same.

heee :D tapi takpe. semua tu rezeki masing masing. Dia sudah menyusun dengan segalanya. terimelah dengan redha :) so , totallynya rmai kawan kawan aku dpat USIM .. hehe berkampung sangatlah korang kat sne ea. hehehe..~ nasib badan. yang nak UIA , dapat USIM. yang nak UKM dapat USIM jugak..kui3!

tak lupa , mabrouk jugak untuk kawan kawan aku di Morocco yang berjaya mendapat pangkat dan senior yang naik pangkat.. menjadi orang penting dalam persatuan bukanlah mudah. ianya satu tanggungjawab & amanah yang besar. semoga kalian menjadi penggerak yang baguss bagusss belake !

bak kata Presiden , tema PMMM kali ini , KEARAH TRANSFORMASI PRODUKTIVITI & KREATIVITI yeaahhh ! aku tengok tema ni pon dah rasa bekeyakinan. hehe. anyway , go go go PMMM di mata dunia :)







p/s: kepada kawan kawan yang bakal ke Mesir, kuatkan hati untuk terus sambung stdy ke Mesir walaupun result UPU itu adalah pilihan pertama kalian. sayangggg , jika tolak , peluang besar tu bukan datang selalu. apa apa pon, istikharah lah jalan yang terbaik. insyaAllah :)


SALAM SESI BARU SEMUAA..
2011-2012

Wednesday, July 6, 2011

zaman bujang

Assalamualaikum w.b.t . May Allah bless our day until hereafter..

sekarang jam menunjukkan jam 2 pagi Morocco.Malaysia pulak 9 pagi..selamat pagi semua :) now, aku tak faham kenapa housemate aku goreng mee. haha! MEE GORENG tu weyh makan jam 2 pagi.. mereng semuanya. INSOMNIA !! aku pun tak faham. adakah ini dinamakan manusia normal??!

kui3!! takpe takpe. gunakan waktu BUJANG dengan sebaiknya! kui3!! aku rasa , mahu hari ni tak tidur. sedangkan kepala aku betulbetul pening !! penat jalan jalan kat Hay Hassan semalam..~

ada la habis dalam %^&* dirham. gila tak gila..

[ini barang barang kakak aku...]

beg sandang --- dirham
set sweater --- dirham
baju --- dirham

actually.. aku macam jealous sebab dia beli beg sandang baru.harganya --- dirham. senang lah kalau nak pergi jalan jalan wilayah lain..erm.. compenant kat beg dia macam cantiklah..sebab tu aku sarankan supaya dia beli.. :D

[ barang aku ]
simple jek !
set sweater --- dirham
baju hijau --- dirham
beg TL -- dirham
selipar -- dirham

totall ---dirham..

sekelip mata aku boleh habiskan sebanyak --- dirham. haaa..~ aku beli ni bukan saje saje jek beli.. sememangnya harus beli :) HAHA! dan sekarang aku puas.lebih lebih lagi ade purple kesayangan aku.

aku tak boleh nak letak angka. takut takut mak aku terbeliak kalau dia baca entri ni. tapi , lebih kurang macam gitulah digitnya :)

kasut hitam aku beli tu, sengaja beli.senang nak pergi pasar.aku ni simple jek.nama pun mahasiswi kan. kalau dah kerja boleh lah nak vogue vogue an..hee :D dlu kat Malaysia senanglah. nak beli barang , ambik jekk. terus sumbat dalam trolley.pastu mak pon bayar. seret je kad kredittt.sekarang takde de. nak beli pon, mengire ngire duwet.cukup ke tak ckup ke. tambah-tambah aku ni , under [ FAMA] fother + mother support. pndai pandai lah nak seimbangkan belanja.

masuk duwet bukan selalu, keluar pun harus jarang jaranglah kan..kakak aku jek, special sikit. ade scholarship..<--- betul ke aku eje? sebab tu aku selalu pow dianye stokk.. HAHA!

erm..kawan kawan aku lagi vogue. hebat hebat semuanya. almaklumlah orang nak pergi bercutilah katakan an..~ sabar ye hana , banyak masa lagi. masa ni lah nak raikan zaman bujang. pakai simple simple jek. vogue pon tak payah sangat lah..TAKDE siapa pun nak pandang kau. baju dalam almari pun tak habis berpakai tau. ade hati nak beli baju baru.HAHA!

seriyus aku katakan. kalau dah smpai kat negara orang ni, memang kena pandai bawak diri. urus hal diri dengan baik..sekali kau hanyut dengan sikap BOROS kau. tak kemanalahh jawabnya..~

kalau dulu sangat menjaga kulit jari,sebab aku jenis cepat menggelupas di jari jari. sekarang dah sangat kuranglah.kena pergi pasar sendiri. cari lauk. sayur. beli barang dapur.segala macam. dulu maid kemaskan rumah ,sekarang segala macam kau yang kena sental daki daki dapur. bukan nak kata aku pemalas kat rumah. tapi, selalu maid yang buat semua tu. aku tolong pandang dan senyum.hak3! jahat aku.

sekarang baik dah :) dulu , nak siang ikan pun takreti. sekarang, aku lah yang paling pro siang ikan. dah takpayah orang masuk dapur ajar aku .. hak3! [ POYOO ]

kadang2 aku jadi tak sabar nak balik Malaysia. nak suruh mak aku rasa masakan aku.drive pergi pasar sendri. beli semua :) nicelah kalau mak aku boleh mampu tersenyum tengok aku buat semua tu. hehe!

okelah.. dah bosan kot cerita aku. sekian sahaja. aku menunggu orang Malaysia online..tapi esok aku bakal menetap di wilayah Rabat selama 2 weeks & Kenitra 5 days. miss my room !








p/s:nak bawakk kasutt hitam tu masukk program boleh?? aku dah takde stok kasutt dahh.. tunggu mak pos dr Malaysia.. pleaseeeeeeeeeeee.. jangan bebel @ pandang slekk kat aku nanti ye senior senior sekaliann. hehe :) sorryyy sangat sangattttt


Miley Cyrus - Stay with lyrics


to y0u..

im ssoorryyyyy ! May God bless u dear ^__^

Sunday, July 3, 2011

kubur itu tidak bertanda !

Assalamualaikum. w.b.t. .. kalimah paling agung , laaaaila haillallahhhh !!

firstly malam ni aku macam kaku nak mulakan typing..sayu sangat. aku pun tak tahu nape?! takkan lah sebab kakak aku, ahlina, dan acu pergi lepak rumah Bayti Jannaty kot..?!

=.='

NO.. No..No.. bukan sebab tu rasanya..aku still boleh lepak sorang sorang selagi ada orang kat rumah. sebab aku ni bukan jenis yang suka lepak banyak tempat. kalau aku stay dalam bilik ni, alamatnya.. sampai aku nak pindah rumah baru next year, aku still suka duduk dalam bilik ni jugak.. HEE .. tak pasal jekk..~

actually aku dah tak tidur seharian.malam ni pun, aku tak tahulah aku boleh tidur ke tak..HEBATLAH aku kalau malam ni pun aku tak tidur jugak..erm.. cuma aku nak share something jek malam ni..aku teringin nak berkongsi rasa. sebab aku tak tahu nak share ngn sape. tapi tolong jangan cakap aku poyo.HAHA! tapi kalau nak cakap jugak , aku tak kesah. aku adalah aku..

erm.. korangkan..pernah tak kadang kadang terfikir mati?! orang selalu kata, orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati... nak kata aku ingat hari hari , tak jugakk.. cuma , sometimes tu.. bila aku angkat baju , aku tengok langit.. time tu aku rasa somethingg.. huuu..~ sentapp hati aku..! time tu laa aku rasa..subhanallahh luasnya langitt..entahh bila ajal aku.. :'(

lepastu , aku selalu bayangkan..keadaan aku mati tu macam mane??! baikkah keadaanya? mengejutkah??!

and then ,orang orang ramai usung aku mcam mana masa aku mati tu..bukan nak cerita berape weight aku..bukan nak kata sebab weight aku diorang tak dapat angkat aku.. tapi sebab amalan aku kat dunia sekarang nie..huhu.. Ya Allah..!!!!! kenapalah kadang2 kita selalu tak perasan yang malaikat pandang dan catat amalan kita??! aku selalu lupa..selalu sangat..huhuhu.. :'(

next , aku terbayang lagi.. saat ikatan muka aku tu dibuka mengadap ke tanah.. ahh... actually aku takut dan seram nak menaip ni..sebab dah malam.. :'( tapi.. orang selalu kata , kalau baik amalan kita di dunia ni, kita masuk dalam tu.. rasa sejukk jek tanah tu.. tapi..kalau amalan kita tak elok, buruk dan sewaktu dengannya..maka, lepas sahaja talkin selesai.. akan datang makhluk Allah yang berbisa..ular.. cacing.. arghhhhhhhhhh! Nauzubillah.. aku takuttt.. takutt seksa kuburr..! sebab tu lah , sebaiknya kita membaca surah Al Mulk sebelum tidur..

sini aku kepilkan fadhilat membaca surah al Mulk harap sangat korang rajin baca..sama sama nak tambah amalan.. huuuu..~

pastu, dihisabnya amalan kita yang pertama iaitu solat.. amalan wajib .. selepas itu barulah ada amalan sunnat. itu kalau kita buat yang sunnat..kalau yang takde??! kau bayangkan kau nak topup balik amalan kau..kau gile nak mintak balik ke dunia..??! JANGAN HARAP..sebab tu, Rasulullah dijadikan contoh.. qudwah hasanah.. :) Allah dah susun semua tu cantiikk jekk untuk hambanya.. bak kata orang , dah sedia dah makanan atas meje. tinggal nak suapppp je..

tambah lagi..kita dudukkkkkkkkkk jek la lama lama dalam tuu.. kalau ada orang yang ambil manfaat dari kita semasa hidupnya didunia atau ada yang mendoakan kita, amanlah kita dalam kubur tu. kalau dy banyak ambil yang buruk dari kita.. maka , berganda gandalah keburukan kita..[ korang faham tak ayat aku ni?? ]

pastu pastu dan pastu.. dan sampai lah kiamat... uffff... kubur tak bertanda weyh..! aku takuttt..! ajal datang bila bila jek.. YA Rabb ! ampuni lah dosa dosa kami ni..aku tidak menggunakan nikmat yang kau beri dengan sebaiknya..

huuuuu..! tersentapp lagi bila ending cerekarama " Bila Azan Berkumandang " dia kata...
Bila azan berkumandang , maka DIAMLAH.. dan segerakan lah SOLAT.. agar senang apabila ajal bertemu dengan kita , maka lancarlah kita hendak menyebut kalimah لا اله الا الله ...

Ya Allah ! thabit qulubana...tetapkan lah hati hati kami di bawah jalanMu !!

sekian sampai sini sahaja. moga entri kali ini ada mmberi manfaat kepada sesiapa yang terbaca.. terima kasih kerana sudi datang blog saya .. sama2lah mengislah diri masing masing.insyAllah!

Jangan kamu merasa gembira kerana kamu merasakan telah berbuat taat, tetapi bergembiralah kerana ALLAH SWT mengurniakan hidayah sehingga kamu dapat berbuat taat.

(Sheikh Ibn A'thaillah)
p/s: tahniah kawan yang bakal menjalani PITT. moga kalian terus berjaya.. moga kawan lain terus dipermudahkan kemasukan sambung belajar.. dan selamat berdemo-demo ye Malaysia !
9 Julai 2011

Thursday, June 30, 2011

my Result & register semester 3

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera untuk pengunjung budiman :) May Allah bless u all ~ tidak lupa juga , Salam ISrak Mikraj aku ucapkan kepada semua..janganlah kita pernah lupa bagaimana peristiwa israk mikraj tu berlaku..~

Alhamdulillah.setinggi tinggi kesyukuran ingin aku panjatkan! woahh ** macam nak berucap lah pulakk.. rasanya masih tidak terlambat lagi untuk aku ucapkan alfunn mabrouk untuk kawan kawan & housemate yang baru sahaja menamatkan diri sebagai semester 2 dan senior senior semester 4 :) we praise to Him ! Dia yang bagi jodoh kejayaan ini pada kita semua. Alhamdulillah...!!

walaupon aku tidaklah berapa nak cemerlang, tapi Alhamdulillah, pointer aku meningkat. dari 10.61 di semester 1 ----> 11.25 di semester 2..~

Alhamdulillah. inilah pointer yang aku target before mula exam. memang BETUL pakar motivsi kata, kita mesti punya target diri ! kita mesti ada misi dan visi ! kita mesti ada plan untuk hidup kita. kita MESTI kita MESTI !!

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN DAN APA YANG KITA USAHAKAN!!

oke enough pasal diri aku. kalau korang nak tengok gambar macam mana keputusan exam di Morocco di tampal , sila ke blog kakak aku..~haa.. cenggitu lah gamoknye kami nak tengok result. tak macam kat Malaysia. check gune online jek. jelesshh! tapi tak pe.aku syukur jek. setakat online cenggitu, aku tak kesah..yg pnting , AKU BELAJAR !

-----------------

Alhamdulillah juga, aku pon dah sudah register untuk semster 3..! insyaAllah , after this, aku target Mustahsan pulak !! pointer mesti 12.00 keatas.. amin amin amin !! insyaAllah!

apa yang aku belajar dari semester 2 ni, aku harus alert dengan masa.YE ! aku mengaku memang aku ni malas nak amik tahu ttg keliling. melainkan org bg tahu @ aku nak amik tahu. lagi lagi pasal folio. hahah! mati aku. 2 minggu dah start nak exam final baru aku thegeh hegeh nak pergi Maktabah kat bandar cari info.. gile tak gile ingat sekolah lagi ke kakk oooii...! so, after this i must to be alert !

\0.o/

second pulak, try try try try try [ ni susah skit ] banyakkan bergaul dengan kawan Arab lain. hayyak. aku ni jadi pemalu pulak kat sini. kat Malaysia tak pun.HAHA! seriyuss..~ lagi lagi dengan peniaga @ akhoya akhoya tuu. fuhhh. segan i *_* kui3! insyaAllah , i try my best ! cube cube. nak beli barang sendiri, kene cakap sendiri !! act, kawan kawan aku baik sangat, mesti diorang nak tolong cakapkan.aku hulur duwet jewww. HAHA :D

misi & visi & matlamat aku yang seterusnya aku bersambung akan datang..~

oke, sehingga berjumpa lagi ^_^ tata! gud evening Malaysianss & gud morning Moroccan

Monday, June 27, 2011

OMG OMG !! My First Sight !

Assalamualaikum w.b.t.

May Allah bless you alls..~ Malaysia jam 701 a.m. sesiapa yang sedang bekerja, selamat bekerja. yang mengajar , yang hendak start enjin ke tempat kerja, yang siap siap nak ke kuliyah, first day kuliyah..yang nak ambil result exam , nak pergi temuduga kerja, nak nak nak dan nak... SELAMAT SELAMAT ye semua. semoga hari ini hidup anda berwarna warni..~

cakap pasal warna warni ni.. aku ade suatu pic nak tunjuk. sangat sangat aku teruja..! my first sightt beb! terujaa giler. aku tak kesah orang nak kata aku ketinggalan zaman ke hape. yang penting aku sangat teruje sekarang ! tadi , after Isyak.. aku godek godek album kawan aku ni, Siti Syazwani, student wilayah Kenitra. dia baru balik bercuti dengan kawan Arab dia ke Ouazanne.. aku pun tak reti nak sebut name tempat ni macam mane. yang penting ejaan dia cenggtu lah..~

tadaaaaaaaaaaaa!! aku terjmpa pic nih. wahh ! anak ayam berwarna warni..! comellll nyewwwwwww!!! [ gaya AnwarHadi] heee :D aku mohon ambik dua pictures dia. pastu edit kejap.sebab terlmpau excited !

menurut senior aku, actually wujud je anak ayam warna gini + biru + + mcam macam colour lagi kat Malaysia..tapi kenapa aku tak pernah tahu? cehhh..! macamlah budak BANDAR.. kui3! sekolah kat kampung kampung jugakk..hehe :D

tapi selepas aku meng-google tentang anak ayam ni, dan terbaca satu fakta ni. dia kata , anak ayam ni disuntik telurnya sebelum menetas. dan tuan nya boleh memilih warna apa yang mereka mahu.. dan anak ayam ni, akan terus membesar dengan COMEL ! tapi yang men- touchingkan aku ialah .. warna anak ayam ini akan berubah selepas membesar. Anak ayam ni akan bertukar warna sperti ayam normal yang lain..

uffff =.=

teringin nak jaga anak ayam nie.. seriyus sangat sangat comel !! aku terbayang anak ayam ni sangat comel masa aku bagi dia makan & masa dia tengah hibernate..! ayyehh..~ time tu aku nak snap dia banyak banyak..! huuu..~

tunggulah.. after dapat result ni, aku keluar makan angin sekitar Morocco ni..aku cuba untuk mencarikk anak ayam ini.. HAHAHA. [ gelak jahat ]

\m/

oke weyh. tu jek.. siapa siapa yang tahu kat mana anak ayam ni diperlakukan sebegini, bagitahu aku ea.. :) tak kesah sama ada di Malaysia @ Morocco..

aku sangat excitedd.. ^_^

p/s: pssssssssttt.. aku dah ade tumblr =) siapa siapa yang ada, meh aku nak follow. macam best jugak guna tumblr tu. mudah & kacang goreng ! siapa siapa yang belum ada, yuk sign up. aku risau dengan Blogspot sekarang. kurang baiklah keselamatannye :D

oke. tata! nunite. Mahasuci Allah yang menjadikan anak ayam itu comel !! :)

Sunday, June 26, 2011

43'c --->47'c

Assalamualaikum.. wbt..salam Summer to Malaysians:)

aquk pingin dan butuh ma ais batuk campuqq skarang kamu tawu apa enggakk??!!
[ mood indonesia ]
ufff..~ =.=' im cravingg A.B.C you know ! pinginnnn bangat. kalau hari hari aku dijamu ABC pon aquk enggak kesahh dong..~everyday aku melalui dugaan temperature sehingga 43'C till 47'C
siapa yang tak pernah rasa, jangan nak banyak bunyi. seriyus aku katakan.. tersangat PANAS.. aq tak dapat bayangkan classmate aq yang dari Iraq tu.. dia kata , kalau Iraq , temperature till 50'c keatas.. ahhhhh tidakkk..~ i need sunblock !

hangus hangus..

tapi , dekat sini .. walaubagaimanapun kita merungut panas panas dan panas..ingatlah , Allah yang turunkan semua nikmat ini kepada kita..

Nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan??! sudah selama ini kita boleh bersenang lenang dengan kesejukan , nyaman , selesa , apa lah salahnya jika Allah hendak turunkan kepada kita dengan rasa yang panasss ini.. sabarlah dalam menempuh liku hidup didunia. kerana dunia bersifat sementara..

bak kata housemate aku , Sohadah Rahmat , jangan kerana panasss yang sedikit Allah turunkan kepada kita disini , kita tersyirikkan Dia.. ingatt tu !! agak agak korang fahamkan syirik yang dimaksudkan disini..maksudnya merungut rungut.. terimalah dengan redha..bersabarlahh :)

nasib baik ade summer break 3 months , cuba bayangkan kalau takde. naseb kau ! lagi pulak merungut. belum menghadap lagi perangai orang Arab. lagi pulakkk..

+__+ hayyak !

erm , anyway.. aku sangat happy hari ini.. kerana mak aq dah pandai balas komen kat Facebook. haha! mudah sikit aku nak berinteraksi dengan beliau.. :) siap poke poke aku lagi tau kat Chatbox.. haha :D pastu, bukan takat tu jek , siap suruh aku & anga online skype lagi aw... ^_^

sejam lepas tu, abah pulak main calling calling & webcam dekat Yahoo Mesengger :) ayyeh ! kira completelah hidup aku hari ini..

F.A.M.I.L.Y ---->
father and mother i love you !



p/s : rumah aku ade stok ayam. tapi aq tengah blur esok nak masak ape. ade idea? =.='




Saturday, June 25, 2011

im sorry !


Assalamualaikum w.b.t. May Allah bless our days until hereafter. insyaAlllah..~ today, belum ada lagi nak update tentang percutian. mungkin untuk minggu ini , kami tidak akan keluar berjalan jalan. kerana suhu di Morocco sudah menjangkau 43'C hampir hampir ke 47'C..

grr.. aku yang stay dalam bilik tak keluar keluar ni pon, sudah sunburn muka.baru duduk dalam bilik. belom keluar mana mana lagi. ufff..naik bus pon dah taktahan dah. rasa nak muntah smua ada.. baru ni ada plan nak ke Derb Ghallef. ala ala kedai elektronik yang popular kat Morocco nie. majoriti, kalau nak beli alatan elektronik kat kedai ni lah. such as, handphone , laptop, camera, handycam, segala macam tu semua adelahh.. macam rugi sape tak join cuci mata kat tempat ini..

----------------
------

cuma satu aku pinta sekarang, may Allah
bless our relationship between us..

huh..~ susah juga, kalau sering bertindak mengiku
t perasaan sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. YE ! aku SETUJU mengatakan itu HAK KITA , itu HIDUP KITA, tetapi ingatlah satu saat kita menghadapi satu kepayahan & cabaran, dan ketika itu kita harus menoleh kebelakang untuk mencari pendamping dan peneman kepada diri kita..~ PERCAYALAHH...


aku taktahu kalau memang mampu untuk hidup seorang diri. MAAF SANGAT SANGAT aku hulurkan terlebih dahulu. because i need someone to hear my BIG problems.. mom, i need you now ! i need you to hear all my problems and stories from my heart like before you waste your time with me..~ pleasee ! ya Rabb, temukan aku dengan ibuku walaupun skejap didalam mimpi !

but, i wanna to say from deep in my heart..from Surah Asr

Demi masa (1)
Sesungguhnya manusia itu benar benar berada dalam kerugian (2)
kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan NASIHAT MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran (3)

aku pun tidaklah terlalu baik untuk menasihati orang lain. kerana aku lebih lebih teruk dari anda mungkin..~ tapi apalah salahnya dan gunanya andai sesama kita ada yang mengingati.. andai satu masa apabila kita tidak ingat, maka Allah pula yang akan mengingati kita pula. insyaAllah..!

dan apalah salahnya jika seseorang itu sentiasa memberi tolong selagi ianya tidak bertentangan dengan mana mana..jangan ketika senang dan punya pendamping kita buta dengan orang sekeliling kita yang meminta TOLONG, tetapi ketika dalam keadaan susah.. masa itulah kita tercari cari , dimana orang sekeliling kita tadi..

... seperti dalam Surah Al Maaun

  • Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? (1)
  • Itulah orang yang menghardik anak yatim, (2)
  • dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. (3)
  • Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (4)
  • (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. (5)
  • orang-orang yang berbuat riya.(6)
  • DAN ENGGAN MENOLONG DENGAN BARANG YANG BERGUNA (7)

    seperti apa yang kita tahu, setiap manusia itu memang banyak kekurangannya & ada juga kelebihannya. tidak kisah cantik mana pun dia, masih ada kekurangan lagi , bijak mana pun seseorang itu, baik mana pun dia, tinggi mana darjatnya, tua mana umurnya, hebat mana pun dia , dan lain lain lagi , dia masih punyai kekurangan. dan ingatlah ... kitalah pelengkap hidup mereka. dan salinglah kita melengkapi sesama kita sendiri..

    aku pinta dariNya agar lebih matang dalam menerima keadaan seseorang itu..belajar menerimanya dengan hati yang terbuka..agar hidup ini sentiasa diredhai olehNya..

    sesungguhnya meminta ampun dari Sang Pencipta sangat mudah untukNya memaafkan kita. tetapi, yang susahnya apabila meminta ampun dari manusia..~meminta maaf sangat senang. tetapi untuk memaafkan agak sukar. kerana itulah ungkapan MAAF & MEMAAFKAN itu sangat berharga..!

    aku MINTA MAAF kepada kawan & yang lain andai banyak mengguris perasaan kalian ! may Allah bless us , our life , our study , and more than that ! best of luck in examination. najah kabir menanti kalian !

    Thursday, June 23, 2011

    cuti part 6 : rezeki dengan makanan

    Assalamualaikum w.b.t .May Allah bless u alls and our relationship ^_^


    sekarang aku masih menaip di wilayah Mohammedia. Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir. tidak sangka , apa yang tidak dirancang sebelum ini, berjalan dengan lancar. percutian di wilayah Mohammedia sangat sangat menyeronokkan :D

    now baru lepas subuh. jam menunjukkan jam 449 pagi. Morning Malaysians & Moroccians :) kene taip entri laju laju. mata sudah mula mengantuk. hee :D


    alhamdulillah sekali lagi, picnik yang kami rancang suda selesai. dan tidak dilupakan pada BBQ malam tadi. yang mula jam 930 malam till 245 pagi. HAAHA. lma tak lama. biasalah. perempuan bukan kerje.


    main main api ni, agak lambat sdikitlah..~oke.. aku malas nak bebel panjang. yuk layan gmbar yang sempat disnap..

    menu seharian ini









    before mulakan perjalan ke pantai, bergmbar dihadpan rumah akhowat


    perjalanan hanya 10 minit. dan 15 minit kalau lenggang kangkung.


    huish..~ mengarut :D


    "mira , kasut hana masuk pasir lah.. "

    "haah lah hana.. kasut mira pon.."


    sudah smpai port kami. sedang menunggu matahari terbenam.


    Maha Suci Allah !!
    main game. anjuran kakak Yousra ^_^
    group aku. [ duck ]

    " kak yus.. kak yus , saya seganlah .. tak payah lah buat trademarkk "

    *__*

    matahari semakin mengecil dan terbenam.

    suweetnye..! dapat tengok sunset :)


    selesai sudah game & picnik di pantai,. till jam 845 malam..~

    seronok bau air laut masin! rasa seperti di Malaysia !! =.=

    sebelah malam , after solat Maghrib, terus prepare untuk mula BBQ. kami perempuan. agak teragak agak untuk menyediakan segala brang2 BBQ. special thanks to senior2 ikhwan Mohammedia.

    selesai memanggang ayam sebanyak 5.2 kilogram jam 1115pm. houh..! mati aku..~ makan tidak mengikut masa. then, terus smbung filem Karak..ada show jam 1245 pagi..

    aku ingat syo0k sangatlah cerita tu..h0h0h0..rupanya rupanya, jangkaan aku melesit. biasa jek. nanti korang trylah tgok sndri. sbb aku tak mmpu nak cerita ttg itu. hahak..(0.o)

    oke.. esok balik Casablanca semula.moga moga tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan esok pulaa..~

    so, the point for today, semua manusia masih mampu hidup di perantauan, walaupun ibu bpa & yang tersayang jauh dimata. tetapi dihati dekattt :) ukhuwahfillah until whenwhen :)

    Wednesday, June 22, 2011

    cuti part 5 : 4 tragedi sepanjang perjalanan

    Assalamualaikum w.b.t , very gud morning to Malaysians people , and gudnight to Maroccains ^_^ . bermula penggembaraan kami sebagai seorang mahasiswi..~ HEE :D

    now, hampir genap 8 bulan di bumi Morocco , so kami bercuba cuba untuk berjalan sesama kengkawan tanpa senior.kami bertujuh cuba untuk meberanikan diri mengembara ke wilayah Mohammedia yang hanya mengambil masa sepatutnya 15 minit dengan menaiki train.

    actually, before ni, kami pergi ke wilayah ni dengan menaiki bus. tmbang lebih kurang dalam 10 dirham jek. disebabkan sekarang suda bermula summer, faktor cuaca telah mengakibatkan kami semua menukar plan agar menaiki train. totally , semua :-


    • train : 15 dirham

    • teksi : 18.50 dirham

    • teksi dari Mahattah ke rumah akhwat : 10 dirham

    agak mahal sedikitlah..tapi, yang aku nak cerita disni bukan ttg itu, kami terpaksa mengharungi pelbagai cabaran yang langsung tak masuk akal aku langsung. dan detik petang tadi seolah olah kami dalam drama melayu @ hindustan yang biasa korang tgok show kat Tv tu... :D

    first of all, smpai jek kat perhentian Keretapi Loasis tu, terpampang waktu depart [tiba] train tu. jam 805 malam. sedangkan kami tiba , jam 630 petang. oleh itu , kami tunggu lah sehingga tiba train ke Mohammedia. ingatkan tiba tepat pada masanya , rupanya terpaksa retard lagi [ postpone] selama 10 minit..uffff =.=

    second, alhamdulillah train tiba jam 810 malam. walaupon sebut jek malam, actually suasana langsung tak menunjukkan seperti malam. jam 8 itu seolah olah menunjukkan jam 4 ptg. cahaya matahari maseh terik lagi. kepala aku sudah pula pening pening lalat & rasa nk muntah..~

    third, masuk ke dalam gerabak train dengan penuh ceria muka. tetapi malangnya, sit yang tidak mencukupi. kadang kadang aku rasa macam jeles sangatsangat ngn orang arab & warga lain. sebab diorang dapat sit. beg diorang pon diorang letak kat sit.macam lah beg diorang bayar sit tu jugak. huihh..~ so, kami bertujuh terpksa berdiri selama mana yang mungkin. naseb baik ade sorang brother main gitar. haaa. aku rasa macam ade sedikit happy disitu..padahal beg aku sangat berat coz, aq ngangkut lappy kesayangan aku nih :)

    fourth, tiba tiba, sampai diperhentian kedua Casaport, suis semua terpadam. kami ni pelik sebenarnya, tapi sebab mungkin kami ni tak matang lagi bab bab train ni, so kteorang pun bantailah berdiri punyalah lama. sedangkan semua passengers yang naik tu dah kecoh kecoh dah nak turunkan barang..tak terpkir langsung untuk tanya pe yang sdng berlaku..

    Ya Allah baru tahu, kami semua kne exchange train...! agak bengang disitu. tapi apakan daya. dy cakap French.. masa tu, dah tak de masa lagi dah. tukar dengan keadaan segera. makcik makcik tu angkat barang2 diorang yang gedabak gedabak tu..4 kawan aku dah berlari ikut jalan yg betul. kami yg bertiga lagi ni, orang arab tu dah suruh ikut pintu yg berlawanan arah tu dah. rupanya.. train satu lagi dr way yang lain akan dtg. tak sempat aku nak buat apa2, orang arab tu terus tarik tangan aku naik train.. arghhh! tidakkkk !! masa aku naik tu , laki arab tu , terus tutup pintu train tu kuat kuat. mana taknya... train dari way yang lain tu dah otw dah. pegawai train yang in charge tu pun dah tiup wisel kuat kuat suruh cepatt..

    aku rasa, kalau aku lmbat dalam 3 minit, kompem dah lunyai aku dengan train lain arah tu. nauzubillah..matikan aku dalam husnol khatimah Ya Rabb !

    Alhamdulillah, kami semua selamat. tak de pape yang berlaku. cuma kaki aku suda mula membiru dan bengkak coz laki arab tu tarik aku dengan kadar segera sgtsgt. sakiiitnyaa!

    tapi malangnya juga, kami bertujuh still lagi tiada sit..~ :( anyway kami bersyukur, sampai jugak rumah akhowat di Mohammedia ni..15 minit yang kami jangka rupanya 4 jam..~

    smpai rumah, solat , makan jemaah , terus menonton filem jemaah juga . bertajuk Sanggul Beracun..~

    esok ke pantai.. insyaAllah..harapan moga esok ada sinar bahagia diantara kami <3 !

    May Allah bless our friendship Ya Rabb & please forgive all our mistakens, missunderstanding, misscommunication between us..aminee ^_^

    p/s: jam 3 pagi sekarang. aku tak mampu nak uplod picture. nantilah aku hapdate gambar train yang tinggi tu.. =.= nunite !

    Monday, June 20, 2011

    cuti part 4 : Madinah Casablanca

    Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah telah bercuti selama 3 hari ^__^ semalam Isnin 20 June 2011 telah selesai Bitaqah Watani kami semua. a.k.a I/c Morocco la en. Alhamdulilah , tak payah nak ulang alik ke Balai Polis tu lagi.. untuk meraikan kegembiraan ini, kami semua telah makan angin kat Masjid Hassan Thani , Casablanca.

    Masjid Hassan Thani ni ialah antara masjid ketiga terbesar didunia. wow.. ! hebat sangat ! masa mulamula berjalan kat sini , seriyus aku katakan yang aku sangat merindui untuk jejak ke Mekkah . rindunya. akhir aku pergi ke Mekkah 1999. lama tak lama. banyak sangat perubahan kat sana. Ya Rabb izinkan aku menjadi tetamuMu sekali lagi..

    Moga dimurahkan rezeki untuk kesana. InsyaAllah !

    beberapa keping gambar untuk dkongsi bersama ^__^

    Masjid Hassan Thani dan sekitarnya

    laluannya ala ala Taj Mahal punya ukiran kan

    bahagian dalam Masjid. selepas zohor berjemaah

    hee :D berpicnik sebentar dengan hidangan dari Sohadah Rahmat

    mee goreng , kek batik , honeydew ,makanan ringan.
    [ nampaknya aku dah cheat day ]

    dari kiri Aiman , aku , Syahadah

    inilah Sohadah Rahmat

    dari depan , Mira, Sohadah,aq,

    Ahlina,Aiman,Masturah & Syahadah
    agak malu jugak ttiba nak beratur.
    ala, gayat dengan angin laut lah katekan :P

    maybe this is last tyme aku minum Jus
    selagi aku tak capai target aku.
    hhahaa :D

    Alhamdulillah, menjamu Jus
    6 dirham untuk cawan kecil dan 10- 15 dirham untuk cawan besar
    aku pilih Jus Tuffah jek [ epal ]

    sempat snap bunga kat Bandar masa dalam bus.
    cantikkan! even sekrang dah summer.
    bunga still ade lagi ^__^

    tyme to go !
    balik rumah , enjoy after 5 hours at Madinah
    tambang : 4 dirham

    berkembang jugak otak aku.kalau tak, duduk jekla dalam bilik,tak keluar keluar .

    thats all for today. esok plan kononnya nak ke Mohammedia. Mohamedia seolah olah kampung kami ! lepak lepak bau air laut kat sane . Casablanca ni , bandar Perindustrian. hari hari bising bunyi transport jek..

    oke. tata. moga cuti ini bermnfaat.