Followers

Tuesday, March 1, 2011

1 Mac 2011 , semester 2 bermula :)

Assalamualaikum , salam sejahtera buat semua ibu ibu bapak bapak sedare mare kawan kawan:)

Today im very very happy la.. at the first , HS memang malas gila nak pergi ke Jamieah, sebabnya HS berada dalam situasi bertemankn tisu , sapu tangan dan something like that la kan..huhu! im raflamoe again la..rasa macam nak duduk jek dalam comforter lama lama lepas minum susu and makan ubat 4Life..

asal mula semester je , mesti kene selesema. padahal dah nak habes musim sejuk dah..huhu..! dah nak masuk Spring dah pun , sebabnya da masuk bulan 3 :) suhu pun semakin meningkat , dan sudah berani tak pakai sweater ke jamieah dan tidak berstokin tebal lagi semasa tidur. huhu..~

so , muka semakin panas , HS kuat kan hati ke jamiah :) dan mengharapkan this is wonderful day..~ yeah! thats right ! memang betul pun. . buka hati buka minda , masuk kelas dengan hati yang riang :)

akhirnya semester 2 sudah pun bermula ..~ macam tunggu buah kelapa keluar duri dah rase nyee.. haha!

seronok tak terkata , sehinggakan nak berkongsi cerita ni dalam blog ni. tak kesah la ade orang nak bace ke tak , tapi ini hasil tulisan saya, tak maen la copy cut paste ni,..haha!

nak tahu ape yang best?? haaa, kebanyakan ustad ustad semuanya cakap Bahasa Arab Fushah! seronok sangat !! barulah ade feel nak belajar. kalau tak , yang buat muka blurr tu mang HS lah kan orangnya!! haha! housemate HS jek tahu mcm mane muka blurr tu. haha!

naseb baek bukan Bahasa Arab Darijah [ bahasa pasar ] huhu..! alaaa.. mcam korang la kan..orang Negeri Sembilan yang visit Sarawak , ttibe jek borak semua bahasa Sarawak. mesty tak paham sangat an lenggok cakap mereka an..?! tak gtu gamoknye?? mcam tu lah kami di cni..

haha! bagus la ustad tu. Beliau kata , sebenarnya Bahasa Arab Fushah ni lah yang terbaek berbanding Darijah tu. sebabnya Darijah tu bahasa pasar. dan pelajar Malaysia ni lagi bagus dari pelajar arab jika mereka bercakap bahasa darijah. huhhu.. faham tak..?

okeh . macam gini lah , ce korang try borak dengan cikgu BM korang bahasa pasar mcm atau mnggunekan shortform yang tah hape hape dan kurang difahami pada zaman sekarang. [contohnya : kaw nk g new? , ] mesty susah orang dari luar negara nak paham BM korang an..? sebabnya mereka hanya belajar BM skema je..haha! mcam tu la kami..~

kami sebaris , senyum tak terkata. macam kerang busuk dah. nak berborak borak tak boleh , tetapi terhasil lah SMS di kertas kajang HS..haha! tak pedulik gak tuh, tambah lagi buku kosang Aiman dengan Masturah. haha!

itu memang habit HS la an since sekolah menengah until form six dan tak sangka ianya berterusan hingga ke hari ini.. haha! xD

so , start from now.. HS dan kawan kawan Dirasat Islamiyah sangat bertungkus lumus untuk meneruskan misi membeli kitab kitab lagi dan menyiapkan nota nota dan meminjam nota nota budak arab yang pandai pandai :) paling best , cuba untuk baca kitab arab banyak banyak..!

HS suka jadual semester dua ini , ustad ustad , subjek subjek , mudaraj , dan suasana universiti yang ada kerusi baru tu..! i will miss University ini bila HS habes study nanti ..

tidak dilupakan juga , tahniah , Mabrouk kepada senior senior Malaysia Morocco yang baru lepas berkonvo minggu lepas. kepada yang terkena istidrok , tidak bermakna kalian gagal , tapi Dia mahu menguji kalian :) sebabnya , Dia ialah hakim yang paling arif sekali !

oke , sampai sini sahaja . esok HS bersungguh sungguh untuk buat bitoqoh watani. [ i/c Morocco]

p/s ; kawan baek saya kata , kalau selesema beli limau banyak banyak. saya sudah beli , terima kaseh ye inform :)

Thursday, February 24, 2011

cuti part 2 : sisa hidupku semase

Assalamualaikum dan salam sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kesempatan ni HS mampu untuk coret mencoret pengalaman menghabeskan sisa sisa cuti semester 1 HS. alhamdulillah , result semester 1 pun oke. tidaklah mengecewekan. dapat lah ape yang HS usahakan :) alffunn mabrouk kat semua kawan kawan sperjuangan HS :)

haaa, mase untuk bercerita . ngeee..xD! oke, start dari 15 Febuari 2011 HS tak henti henti berjalan. mase ni lah nak jalan. manekan tidak hampir sbulan duduk rumah depan laptop. hurggghh! bapak bosan ea. tak habes habes mengomen ngomen kat FB, updated status sampai kne tegur dengan senior , masak sampai tak jadi , basuh baju sampai kering dan macam macam lagilahhh! huh! tak sanggup nak citer..hahaha!

15 Febuari 2011 bersamaan Selasa HS & the geng went to Book Fair! haaa..international ni..semua kitab kita dari Timur Tengah semua ade. dikire international la tu kann..?! betul tak?! tapi yang membuatkan weirdnye ialah, HS tak jumpa pun bendera Malaysia :( huhu! sedeh jugak laa..!5 jam berjalan , adelah booth negara Jepun , Turkey , Mesir , Lubnan , Jordan , Magribi dan lain lain lahhh..! haa..suke lahh an dapat jumpa ramai sangat bangsa. dah la besarrr gedabak tempatnya.Alhamdulillah la tak sesak macam PWTC tuh. kalau tak , ade jugak kawan HS yang hilang kowtt.. haha! oke , selepas solat zohor, HS dan kawan kawan singgah sebentar di booth Jepun..comel sangat buku buku dan majalahnyaa! geram gila! tapi yang tak best , HS tak boleh nak beli buku yang ade kat booth dia. just pameran sahaja,. huhuh. . :(


azan solat Asar pun berkumandanglah, kami semua tak sempat nak solat disitu. konon kononnya nak solat di Masjid Hassan Thani tapi tak boleh, sebabnya hujan semakin lebat. so kami terus pulang. hebat tak hebatnya. mase hujan tu, tak pakai apa apa baju sejuk pun.. fuhhh! bibir pun jadi biru tu. tunggu pulak bus no.63 selama 30 min. aduhh! tensyen betol..~ penatttt sangat sangat. naseb baekla dapat sit. huh :(



Alhamdulillah, dapat juga HS miliki kitab Muwato' yang diidamkan dari form 5 masa study Pend Syariah Islamiyah , novel English mix Arabic dan kitab Usul Fiqh untuk sem 2 nanty :)


oke ! enough , kite teruskan pada hari yang berikutnya iaitu 18 Febuari 2011 bersamaan Jumaat iaitu hari yang tak dirancang..kami serta merta bertolak ke Mohammedia..! sebenarnya semua nak melepaskan hajat nak ke Ekspo barangan Morocco. so, tanpa menolak ajakan tersebut HS dan ahli bait terus packing bag ke Mohammedia.! waahh seronok sangat barang barangnya.HS sempatlah bile comforter baru just 100 dirham je.



jaranglah nak jumpa kat Malaysia. haha! ade makna yang tersirat disitu. kui3..~ siapa yang di Morocco saja yang tahu barang Morocco macam mne. kalau jual kasutnya mcam mne.jual baju mcm mne hee..dan bagai bagai lah..! tapi tak pe. bila lagi nak jalan tempat orang. ni jelah masenya :)


pada keesokannya 19 Febuari 2011 bersamaan Sabtu, HS dan semua ahli bait dan kakak kakak Mohamedia iaitu dari Villa A.B.U pun join ke pantai! wahhhhhhhh! nak katenye, lepas lah segala rindu kat Malaysia bila nampak pantai. dapat lak picnik kejap kat sane makan nasik lemak made from kak Husna. haha! sedap gile! licin! haha~ yang paling besssssst sekali , dapat lah buat video kejap. created by kak Yusra jugak.. best bawak kak Yusra ni, dy gemar ambil photo berdas das.. haha! rianglah gamaknye!


cukup sekadar ini sahaja pengalaman cuti part 1 HS di semester 1 :) akan bersambung part ke 3 nya. insyaAllah :)

Wednesday, February 16, 2011

aku dah bace, korang try lah :)


"katakanlah (Muhammad) kepada orang orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang orang yang tidak takut akan hari hari Allah ( hari hari pada waktu Allah menimpakan seksaan kepada mereka ) kerana Dia akan membalas sesuatu kaum sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan "
surah : Al Jasiyah
ayat : 14
muka surat : 500

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera buat kawan kawan blogger dan sekalian makhluk di muka bumi ini. :) peace no war. dengar kate lepas ni giliran Morocco pulak nak rusuhan..?! kami hanya doakan yang terbaek. dan still mengharap doa doa orang laen.sesungguhnya Allah bersama sama mereka yang benar :)

bace- pilih -telek telek kitab kitab Arab di Book Fair semalam:)

^___^


since November 2010 setiap pagi kami ada Tadabur Quran bersama sama Ahly Bayt. totally nya enjoy la..! sape tak enjoy ..?!! Quran tu beb! khabar berita gembira.. seronok sangat baca nya!! tenang tuuuhh! percayalah.. HS dah buat, kalian bagaimana? topup iman anda mulai detik ini :)


oke! ayat Allah di atas ditujukan kepada pendakwah pendakwah . kalau kita perhatikan zaman sekarang sudah ramai sangat pendakwah yang menonjolkan diri, heee..kalau nak tahu, share satu ayat Dia pun dah dianggap dakwah tau. ingat tu :) tapi kita kena tengok jugak, dah berapa ramai yang frust menonggeng dengan dakwah mereka tu..bak kate orang, tak de zuuup kat hati. huhu..~


tak pe! jangan mudah putus asa!! serius HS nak kate, janganlah mudah putus asa kalau orang abaikan kata kata kita..renung kembali kisah kisah Rasulullah..yang berdakwah dan apa pula reaksi kaumnya ketika itu :( sayup..! tapi Baginda still tegakkan kebenaranNya :) kuat! gentle! haa..ekau sumo camno??! baru suruh buat assignment dah merungut2..heee


peace no war la beb! peace! so , melalui ayat ni .. ALlah menunjukkan bahawasanya wahai pendakwah..dont give up! move move!


biarlah orang yang kita nasihat tu kate.. " alaaaa..! kau sebook pehal? ni dunia aku..! kubur kita laen laen..baru belajar tinggi nak tunjuk lagak lak ngan ayat kau tuhh.."


heish~ awat hang tu baguih sangat ka..? cehh! jangan sambut dengan kata2 macam ni suda.. heee..:) tak pe tak pe..~ yang bagi hidayah tu Allah..kita hanya mampu menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..ingat tu yea wahai daie sekalian :) jika anda sayangkan islam yang lame dibina dahulu..please never give up!


wahai kawan kawan , bukalah minda..dunia semakin tua dimamah usia..! ditambah pula dengan kerakusan darpada tangan tangan manusia !


T____T


ingatlah! Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melaenkan mereka yang berani mengubah keadaan hidup mereka sendiri :)


kembalilah kepada ayat ayat Dia tadi..Allah akan membalas sesuatu kaum itu dengan apa yang telah mereka kerjakan..


Rindu Rasulullah bukan hanya pada selawat Baginda sahaja, malah praktikkan segala sunnah Baginda..insyaAllah hidup diredhai :) amineeee!


salam ukhuwah sampai syurga,

-HS-

Sunday, February 13, 2011

kenangan kita terlalu indahkan [part 2]


" siapa kata kenangan itu tidak indah?! tidak kiralah pahit atau manis bagi HS semuanya indah. ia dikatakan tidak indah ketika kita harungi saat itu. hakikatnya ia menjadi terlalu manis jika dikenang semula..:) "

ouh..! HS tak tahu kenape cepat sangat air mata meleleh tatkala membaca entri faiznur saat ini :(( berjurai kot..~ dalam hati ade taman lah kate kan..~

Assalamualaikum pembuka bicara ..~ before terlupa..nak umumkan today waktu Malaysia ialah Valentine Day..huh! tiada makna pun semua nie! alaa bukannya kalau kita sambut valentine ni kita boleh kekal dengan pasangan kita tuh..lebih baik kita sambut Maulid Nabi yang akan datang ni..tahu tak Nabi Muhammad s.a.w tu rinduuuuu sangat kat umatnya?! ish!! sama sama kita islah diri yee..! :)

hari ni nak tulis entri panjang panjang biar sampai patah kuku! peduli hape..!! tak kire!! semua ni pasal Faiznur ni la..~ cett! ttbe HS rasa terpanggil untuk menulis tentang dia , kamu , kita dan mereka :)

kamu ;)

wahai Faiznurku sayang..~ aku tak akan pernah lupa semua kenangan yang kau coretkan sampai tak tertulis tu..! kau macam tak paham..aku seorang yang sentimental..aku boleh sebut jugak cuaca ketika kenangan itu semua! haha


Timah yang tercomel!

Aman sweetttt!
^____^

kami budak baru

permulaan 2010 dan penghujung 2010 bagi aku semuanya manis manis belake!! since hati kita nak stay STAM sampai lah aku fly ke Morocco :) indahnya saat itu..copy paste dalam exam [hahaha..shutt] - PWTC - calling calling dtengah malam - berwebcam dengan org Timur Tengah - ?! haha! banyak! banyak sangat pekara yang tersirat..huh! dari aku menangis kau pujuk, dari aku pujuk kau nangis..semua tu lah!


PWTC..so sweet!

kalau kau nak tahu , aku enjoy sangat berkawan dengan kau. bersahabat dengan kau dan berteman dengan kau..! kalau kau nak tahu lah , tak nak tahu , tak pe..bluwekk! c(;

T___T

saat paling touching sekali yang pernah aku lalui bersama kau dan kawan kawan yang lain , masa aku dah nak berhenti STAM.. yela..macam tergantung sangat jek cara aku berhenti sekolah..dengan STAM yang tertangguh MUET terbengkalai , tak dapat nak jumpa warden sepenuhnya , tak dapat nak inform kat kawan kawan semua . macam macam lah..! tapi semua tu , kau yang temankan aku kan?! huhu..! sorry ea.. susah kan kau naik Rumah Warden banyak kali :( :( tak de niat pun nak buat semua tuh..!! huwaaa huwaaaa.. :((

aku saje je buat buat tak sedih masa mak aku jemput aku kat sekolah tuh..yela tak kan nak menangis..dah la kebetulan ada mak Natasha , ayah Natasha emak aku , semua budak lelaki kat padang..huhu..! dapat lak kau bagi aku surat sepanjang panjangnye.. 3 ++helai tak silap aku.. huhu..! dan pemberian kau yang sangat bermakna bagi aku..even kau juz bagi aku minyak panas hijau jek. sebab kau tahu aku jenis tak tahan sejuk waktu malam.. aku tak boleh tidur kalau tak pakai stokin..jenis akan cepat raflamoe bila tidur tak pakai comfeter..dan akan akan akan akan sebagainya. then kau pun bagi aku minyak panas tu kan..?! huhu!! terima kasih sangat sangat tau..kau jugak kawan yang sanggup buat semua ini kalau aku tertidur begitu sahaja kan?!
huhu..! dari pakaikan stokin , tanggalkan crmin mata , selimutkan aku , dan bla bla bla..

=_= "

tapi malangnya..!!!! minyak panas tu...huhu minyak panas tu... T___T huhu tak sampai kat Morocco pun..~ orang yang mak aku kirimkan dokumen aku tuh , dia tak bagi kat anak dia :( dia kata dia lupa nak ambil kat sit KLIA tu !!! aku sangat tersentap dengan kejadian tu, maaf! baru sekarang aku nak bagi tahu kau hal ni..~ mak aku lagi terkilan sebab mak aku kenal kau..! mak aku tahu aku perlukan minyak panas selalu..:( tapi nak buat macam mana?!! T_T

semua kenangan aku Timah , Aman dan Kau..tak pernah luput dalam ingatan aku..! dan kertas yang kau beri pada aku lewat tahun 2006 dulu , sampai sekarang aku tak buang lagi.! still dalam purse aku. kau ingat tak..?! lagu nasyid..~

"sesegar hijau daunan

begitulah kita diibaratkan

tiada siapa yang bisa memisahkan kita

antara

kita semua "

even note kecil tu sekarang dah macam kuning kuning..kepam kepam..aku still tak buang lagi..! sebabnya.. bagi aku , ayat tu sangat meaningful lahh!!!

teady bear Timah pun still aku sangkut lagi dalam loker baju aku! argh! tak boleh nak lupa semua itu! dengan Aman yang tak henti henti hantar meseg rindu kat aku..im soorry Aman! aku tak boleh nak reply meseg kau! rm 4! siapa tahan?! Celcom kejam ! Celcom kejam ! tapi tak pe , Facebook ada.. Yahoo Mesengger ada .. Skype pun ada .. keep in touch kat situ je yea..c(;

winter aku dan mereka

Aidiladha bersama mereka

sekarang, aku pun dengan mereka.kau pun dengan mereka. mereka ini yang membawa suka gembira sedih duka rindu aku. teman jiwa hati aku tatkala di tuutttt!! haha! kau pun tahu kan?!hermm sekarang, padan muka diorang kene dengar ceritacerti aku di malam hari..layan angan angan aku yang karut marut..macam korang selalu dengar malam malam tuh..jeling jeling aku bila aku over gelak..hahaha!! sangat padan muke!! suke aku lah..uwekkk. haha!

korang semua nak tahu tak?! aku dapat rasakan yang salah sorang dari korang akan datang Timur Tengah jugak! Mesir dah aman!peace no war! insyaAllah korang boleh continue study kat sane.t cuti cuti aku datang lah sane, tak pun korang datang Morocco ataupun kita semua tunggu di UK..oke?! boleh?! leh kita round round the world !! arghhh! itu yang aku impikan since aku jejak bumi Maghribi nih! eishh! berangan jek aku..~

sama sama ye kita doa..semua dapat sambung study tinggi tinggi!! nanti jumpa, semua dah grad! arghhh seronoknya!! jadi orang hebat hebat ye :)

wakho [oke] HS ! sofi HS ![cukup] terlalu panjang kau tulis.. takut dia tak terbaca..! "arghh..! mustahil dia tak baca entri aku..ngee.." bisik hati kecilku ~
p/s: maaf gambar yang tak seberapa krn ini lappy baru saya.kenangan lalu banyak di lappy lama..~
sejenak merungkai..~

huh..~ dari 5.30 petang sampai ke 10.24 malam. prepare untuk esok sem 2.doakan aku! ;)
























Friday, February 11, 2011

i'm enjoy with my cooking**

mari memasak bersama sama chef HS ! haha..


assalamualaikum salam sejahtera buat semua pembaca sekalian. semoga kalian semua sehat dan ceria ceria selalu ;)

boleh ke tidak entri HS kali ni , nak masuk kan entri tentang masakan..?! haaa.. siap nak masukkan resepi sekali..oke x??!

kalau dulu dulu HS ni paling malas sangat masuk dapur..malas gile lah! tapi alhamdulillah sejak HS dapat sambung belajar kat Morocco nie..dah tak boleh nak harapkan mak & maid masak lagi untuk HS.. so dah boleh masak sendiri taw ;)

ala..resepi yang HS nak bagi ni pun..entah entah korang semua dah tahu. tapi bak kate orang..kita ni manusia jangan belagak..amek jek! mane lah tahu bila dah try nanti sedap pulakkan..! :P haha~ perasan pulak..


HS menulis entri ini bagi menjawab kritikan kawan HS di Facebooh nih. haha.." lebih baik cari perempuan yang tak lawa, daripada perempuan yang lawa tapi tak reti nak masak.." hermm HS sebagai seorang perempuan tersangatlah malu dengan kritikan ini..haha! i ni perempuan lah!!


so bg gurl @ boys yang baru nak berjinak jinak dengan kuali , senduk , dapur gas tuh..meh sini HS nak ajar sikit..so nanti tak perlu nak suruh mak masak untuk kita @ no need kedai mamak lagi okeehh!!! boleh masak sendiri ;) ala..paling budusss pun, pandai lah masak sambal untuk makan bujang je..heee xD

dah dah..stop annoying..** ni nak beritahu bahan bahan untuk masak sambal..tak kesah lah nak pedas ke tidak ke. tp, bahan bahannye tetap ini..**

p/s : untuk hidangan 4 orang kebawah. jika ramai, sila tambah bahan bahannya :)

  1. segenggam cili kering (untuk pedas )
  2. sebijik tomato
  3. sebiji bawang merah besar
  4. garam secukup rasa
  5. beberapa sudu gula ( ++ gula jika terlalu pedas )
  6. asam keping / asam jawa (jika perlu)
  7. apa apa bahan yang ingin di campur bersama sama ; mungkin seperti ikan bilis / udang / sotong / dll yang rasa bersesuaian dengan citarasa..

oke..cara caranya ialah..cuba mengikut turutan taw..;)

  1. rebus cili kering sehingga nampak ianya mendidih. buang biji biji cili kering tersebut. takut takut boleh terkena apendiks
  2. potong tomato berbentuk segi empat/ segi tiga untuk dikisar
  3. potong juga bawang besar tadi untuk dikisar
  4. kisar kan step 1 , 2 dan 3 bersama sama ( jika mahu sambal sedikit ) tetapi boleh juga diasingkan step 1 itu daripada step 2 dan 3 ( jika mahu sambal banyak )
  5. panaskan minyak dan masukkan step 1 , 2 , 3 itu kedalam kuali .. dan biarkan ianya dimasak selama 4-7 min.
  6. apabila sambal itu sudah nampak merah kemerahan sudah tiba masanya memasukkan garam secukup rasa..jangan lunggah garam dalam kuali sudah lah..:P
  7. 10 min seterusnya boleh la rasa sambal anda tersebut..jika terlalu pedas, boleh lah masukkan 3 sudu gula atau lebih untuk mengurangkan kepedasan itu ;)
  8. akhir sekali boleh lah masuk kan bahan bahan yang ingin di campur seperti udang / sotong / dll ..jangan lupa basuh bahan tadi sebersih bersihnya ya..! xkan lah step membasuh pun nak HS tunjukkan..haha! :P

bagaimana nak tahu sambal dah siap di masak atau belum??! senang sahaja..pastikan sambal tadi nampak lebih merah menyala dari sebelumnya dan pastikan letupan gelembung gelembung sambal tadi semakin bekurangan..faham tak..?!

oke.. enough..! sambal boleh di angkat dan dihidang..selamat mencuba!!

Thursday, February 10, 2011

like..?! heee xD~

kenapa HANASZIED tu suka sangat ea LIKE status orang kat FACEBOOK..?!



Assalamualaikum w. b. t :) ermm entri ini sebenarnya HS khususkan kepada kawan HS ** cik lawyer yang pelik sangat dengan kegiatan HS sekarang..! haha...:P

kelakar jek bila HS pkir balik apa yang dia persoalkan ni..haha! oke..~ enough! stop laughing oke ;)

yang HS paling tak sangka tu, dia boleh tanya n tag my nickname FB tuh..haha! rupa rupanya HS ade geng yang suke dok like - like ni ea...:P



my dekstop yang tidak seberape ^_^

actually HS dah lama nak tulis entri yang ni..sebabnya.. meng-like status orang di Facebook adalah salah satu kegiatan wajib seharian yang dilakukan oleh HS..! hey hey hey..I punya suka laa I nak like..hahah!

oke la..~ my reason nye wahai cik Lawyer..ialahh.. taDa..! haa hamek kau..~

  • sebab nak suruh cik lawyer like balek status HS..! haha~ xdelah gurau jek
  • sebab sudah tak de koje laen
  • sebab HS dah tak de ayat dah nak mengate dan mengomen. haha!
  • sebab HS minat sangat dengan post yang telah di post tu..
  • sebab kadang kadang status anda ade kene mengene dengan life HS
  • sebab dapat keep in touch rasanya la..
  • sebab..erm ape lagi ea..??!

nasib baik lah 'dislike' tak wujud dari dlu. agak nya kalau wujud dari dulu mesty HS punya habit jugak tuh. haha! act sekarang dah ade taw 'dislike ' kat Facebook. juz kamu kamu semua kena update la Facebook kamu tuh. siap dah ade layout Facebook agi taw..

ala korang ni mengadelah..! yang reason laen tuh boleh la pkir sendiri..ala korang pun macam lah tak penah like status orang.hahah!

oke . fullstop.! ** entri sekadar suka suka untuk isi masa lapang **

cuti part 1 : sah, salji itu putih! ** wink wink **

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..ceh dah macam pembce berita pulak.harap semua insan tersayang sehat sejahtera khendakNya :)


sejak 2 menjak ni rase macam malas sangat nak update experience HS yg mahal nie. tapi ape pon. harus dikongsi bersama. sebabnya ade orang yang tertunggu tunggu dengan entri baru. haha! ngaku jek lah orang tu..^_^ hee..


oke lah..nak dipendekkan cerita, 29 - 31 Januari 2011 tecatat lah sebuah memori terindah untuk HS pertama kalinya melihat salji turin di dpan mata! ouch..! sangat mengagumkan! indah sungguh ciptaan Allah.




sudah termaktub dalam Al Quran bahawasanya di bumi ada 7 lapisan atmosfera ;seperti yang diketahui hujan , salji , dan tiupan angin hanya berlaku di lapisan ke tujuh ( exosphere ) herm mungkin skrg HS di lapisan ini kot. haha!


mungkin picture snap yg ini tidak terlalu nampak saljinya. tetapi hakikatnya, salji itu turun depan mataku! happy ** rasa nak bawak emak & along & wan & anis & semua family merasai salji ini..~

kepada kawan kawan yang dah order salji satu botol dari HS .. im sorry la..~ tidak dapat menunaikan hajat itu. salji terlalu sejuk. kaki tangan kuku terlalu kaku. nak buat snowman pon dah tak sanggup.! urfgghh! tudung yang agak tidak menyenangkan kerana basah dek salji ~

inilah wajah HS yang sangat takut kan ketinggian..wahhh gunung ni tinggi sangat! ni pon baru naik sikit jek. dah tak sanggup nak pandang bawah. sedangkan replika kapal yang kat Melaka tu pun HS dah takut nak naek sbb gayat..ni kan pulak nak maen salji kat area atas tuh..haha! mintak maap ler..! sok sok tahun depan, maen salji kat tempat rata la pulak..!! seram sangat nih..~HS pun tak tahulah.. gayat ni keturunan mana yang HS dah ikut. bhahah!! xD



oke..picture ni pula, still kat Fes a k a bandar yang paling bersih di Morocco . bak kata supir yang xbayar roadtax tu..bandar kecil Eropah la..~ mase nih la salji betul betul turun! lebat pulak tuh..!



oke oke oke. stop! malas nak bebel banyak banyak..nanti boring..ini lah antara pic HS & kawan kawan yang sempat di snap di Ifrane, Fes, Morocco. actually banyak sangat,.! sampai 5. sumting GB la pic folder ni jek..! hahaa...banyak gilo! anyway g la tgok sndri kat Facebook HS yep..~


alhamdulillah impian HS dari darjah 5 ni dah tercapai ! tunggu impian seterusnye akan digapai tidak lama lagi :)






Sunday, February 6, 2011

i wanna what i wish..**

salam n hello everyone..~
semoga semua sehat sehat belaka disamping orang di sekeliling anda..
dan
bagi sesiapa punya hari lahir hari ini, moga dirahmati Allah..~
bila dengar kejayaan orang ..
kebahagiaan orang..
kebijaksanaan orang
HS rasa sangatttt cemburu..
mood sedang bercampur baur..=.="
entah jeles lah.. haha!
belek belek pic senior yang sudah merantau jauh d negare orang
melihat kebahagiaan mereka dengan tercinta..
kejayaan senior senior yang tersangatlah hebatttt..
waaaahh! seronok nye merekaaa..! !
muka sedang berfikir..n ter shrugging - shrugging**
mampukah aku ..?!
jika HS " syarifah" yang dulu..
agak agak dapat atau tidak "Hana" yang sekarang miliki yek..?
terlalu banyak kenangan manis yang terawang awang sekarang nih..
tidak mampu dicerita..
manusia sememangnya tidak puas dengan apa yang mereka miliki..
yes! that right.! so HS aja aja fighting!
you must be what do you wish..~
semangat baru untuk semester 2 even result tidak dapat lagi T_T
tahniah kepada my sis!
kamu sering membanggakan emak kita :)
salam new semester..^_^

Wednesday, February 2, 2011

RESULT STAM 2010 mabruk kawan kawan..!

Assalamualaikum, salam sejahtera .~ moge semua nya sihat sihat hendakNya.

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribu ribu tahniah atas kejayaan kawan kwan STAM saya di MAAHAD AHMADI , GEMENCHEH..! kalian semua tidak pernah mengecewakan guru guru sekalian. even perangai dan habit kita selalu membuatkan guru guru berasa risau. haha! kalian terbaek.!

erm, HS merasa sangat terkilan sebabnya.. since SPM result & STAM result tidak dapat hadir bersama sama kawan kawan berkongsi kegembiraan..huhu..apakan daya. semuanya takdir. masa result SPM dahulu HS pergi ambil lesen kereta,. masa result STAM ni pula HS sudah pun berada di Morocco. huhu..tidak mengapa. tidak dpat berkongsi pun bukannya sengaja,..semuanya bersebab..

HS dah expect da..kawan kawan STAM kali ni mesty najah punya la! hebat gilerr..! alhamdulillah telah berjaya mencatat rekod yang terbaek selepas tahun 2005.. iaitu seramaiiii..

  • 2 MUMTAZ SUFI
  • 22 MUMTAZ
  • 19 JAYYID JIDDAN
  • 19 JAYYID
  • 1 MAQBUL
  • 1 ROSIB

ya Allah HS sebagai kawan tersangatlah berbangga dengan kejyaan kawan kawan sekalian.tidak pernah menghampakan.bagi yang ROSIB & MAQBUL tu..tidak mengapalah.mungkin takdir anda sebagai pelengkapnya..huh..:( dan mungkin juga rezeki anda bukan disini,tetapi di masa akan datang nanti insyaAllah..!

alhamdulillah..kawanku yang 3 tuh..semua nya berjaya,walau hakikat nya mereke tersangatlah risau dengan result mereke..hermmm HS dah kte dan antunna boleh..x caye.! hee :)

hah..??! result HS pula..erm..tidak kesampaian la natijahnya ,.huh..2 JAYYID JIDDAN 4 JAYYID. erm..alhmadulillah.tiada yang MAQBUL..huhu..~ bak kata Ustad Taufik.." kalau kamu sabar sekejap tunggu STAM dulu, ala aqal mesty kamu boleh dapat JAYYID JIDDAN "

eerrmm..tidak mengapalah ustad..mungkin juga rezeki saya bukan disitu.tetapi disini atau akan datang :) syukran ustad ustad semua ..! sudah didik kami dengan jayanya..teringat pula kelas di pagi petang siang malam hari tu..:P heee..~

anyway..doakan HS untuk result semester 1 pula ya..teramatlah risau ..! saya tidak mahu istidrak..! dan saya juga tidak mahu risaukan emak saya..!

btw..nak pesan kepada rakan rakan STAM jangan lupa isi borang UPU @ timur tengah cepat cepat.jangan lengah lengah tahu..! kita cuba jek..mana yang baek itu..insyaAllah , Allah tunjukkan jalan.tidak mengapa,, U tempatan juga kita berjihad..U Timur Tengah lebih lebih lgi pula jihadnya..

salam kejayaan untuk kawan kwan semua..:)sayang semua!!

Thursday, January 27, 2011

oh result..bawa bawalah bertawakal..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..buat penduduk Malaysia..HS nak ucap Morning semua..! sobakhul khair.. dan kepada sahabat sperjuangan di Morocco..leil saied..:)
hee.. teringat waktu zaman persekolahan dahulu..pergi sekolah dari asrama then buat duty class..now..kat Jamiah tiada semua itu..sudah ada tukang sapu..heee ;) selamat bersekolah adik adik..HS sedang cuti semester 1 sekarang nie..doakan HS berjaya capai target taw..:)
gambar gambar yang dsediakn ialah salah satu kekhilafan dan kekliruan di antara kami semua..
hahaha..! result STAM yang menghantui kami..! haha!


kesahihan ternyata..


hurm..baru baru ni HS dan kawan sekalian telah digemparkan berita tentang result STAM 2010..mula mula mcm percaya ngn tidak percaya lah kan.tup tup..hamek kau.! sebijik gedebuk kat paper tu..~ haa..bace lah sendiri..memang sah pon result STAM keluar tidak lama agi..! adeh adeh..kalau HS yang ambil 6 paper ni pon dah cuaks yang teramat..apatah lagi kawan kawan yang di Malaysia tu.,. sabar ye korang semua..kejayaan akan diberi kepada sesiapa yang berusaha..:) andai tidak berjaya sekarang pun..ketahuilah Allah itu hakim yang bijaksana..Dia hukum kita sebab Dia suruh kita berusaha lagi..! ;) insyaAllah kita semua najah ..! amin Ya Rabb..~

hey hey hey..kamu semua kira okelah ambil 1 jek result..HS ni..sekali 2 tahu..! result utk STAM & semester 1 ni..huhu..risau lah yang teramat..! takut takut juga kalau tidak mencapai target..yelah..usaha secangkir jek punn..!! huhu..

teringat pesanan emak before HS sampai ke bumi Morocco nih.." jangan lupa..dah sampai sana nanti..mak nak adik mesti dapatkan MUSTAHSAN.." huhu..mustahsan tuu..for ur information mustahsan ni markh nye 12 - 13.99 over 20 la..nampak jek happy happy ni..padahal hati dah gundah gila bila sebut pasal result nih.haduyy..

=.="

anyway HS nak pendek kan cerita..kita pun semakin merangkak ke arah tarikh yang gilang gemilang tu..so..banyak banyak lah pergantungan diri kepada ALLAH ye..:) heishh..tapi bukan masa ni jekkk..teruskan lah perjalanan hidup ini dengan DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL..

bak kate cikgu sekolah rendah HS dulu dulu..cikgu Zainon a k a cikgu Kajian Tempatan HS iaitu [ D U I T ] rasanya semua sedia maklumkan..

(^_^)

hadis 4..

Assalamualaikum w.b.t...
senyum seindah suria..yang membawa cahaya..senyumlah dari hati..duniamu berseri..~ waahh..indahnya ciptaan Allah diberinya kita pelbagai kenikmatan..:)

hendak diceritakan di sini HS telah terpilih untuk menguraikan Hadis 20..HS hanya mampu terrsenyum selepas diplih..heee..XD~ tetapi Hadis ke -4 sahaja..

setelah membaca- menelek-menyemak - dan take note Hadis 4 nih..HS nak cerita and share sikit tentang hadis ni..ermm...HS pun tidaklah sehebat housemate yang lain..semuanya hebat hebat dalam berbicara..sekadar nak top-up top-up tu..boleh la kot (0.O) heee..~

oke..segalanya bermula di sini..~

HADIS 4 :- Dripada Abu 'Abdul Rahman, 'Abdullah bin Mas'ud r.a katanya Rasulullah telah memberitahu kepada kami, sedangkan Baginda seorang yang benar dan diakui kebenarannya, sabdanya : " sesungguhnya seseorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut (rahim) ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani. kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian menjadi seketul daging selama itu juga. kemudian diutuskan kepadanya Malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat perkara : rezekinya-ajalnya-amalannya- dan celaka atau bahagianya. demi Allah, amalannya dan celaka atau bahagiannya, sesungguhnya seseorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. tetapi ia telah didahului oleh catatan ketetapan ( suratan takdir) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka. juga seseorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. tetapi ia telah didahului oleh catatan ketetapan sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga "
( riwayat al - Bukhari dan Muslim)

INTIPATI HADIS :-
  • Nabi s.a.w menyebut peringkat kejadian janin didalam perut ibu yang melalui tiga peringkat.40 hari pertama berupa setitis air mani. 40 hari kedua menjadi segumpal darah dan 40 hari ketiga menjadi sketul daging
  • Roh ditiupkan slepas empat bulan . Jika janin gugur selpas empat bulan , ia mestilah dimandikan - dikafankan -disembahyangkan dan dikuburkan di kwasan perkuburan orang Islam . Haram sengaja menggugurkan janin...!!
  • malaikat ditugaskan meniup roh kepada janin
  • wajib beriman dengan qadha dan qadar Allah. ia merangkumi empat tahap : ilmu-catatan - kemahuan - penciptaan
  • gesaan memperbanyakkan amalan soleh kerana manusia tidak tahu bila ajalnya tiba
  • bertawakal dan berserah kepada Allah
  • hidup manusia ada dua kategori : celaka - bahagia
  • berwaspada daripada kesudahan yang buruk ( su'ul khatimah) . untuk itu wajib bagi setiap muslim membersihkan batinnya spertimana ia bersungguh sungguh membersihkn zahirnya..!
  • perlu berwaspada daripada maksiat dan dosa, khususnya yang tersembunyi. perlu juga berwaspada daripada terpedaya dengan amalan sendiri
  • syurga dan neraka adalah hampir terhadap seseorang hamba..

Alhamdulillah..~ segalanya telah ditelitikan..jika ada apa apa kesalahan HS sila tegur HS scre privasi oke..? :) HS harap malam ni dapat bentangkan tajuk ni dengan penuh bersemangat ..:)

heee..! aja aja fighting..!!

Tuesday, January 18, 2011

oh milo.!!

assalamualaikum<3 <3

hermm..dah lewat malam sgt dah nie..~ tapi HS tidak tidur lagi..erm tak tahu kenape dengan hari ini..mcm agk down gak la..sebabnye..HS tidak dapat meraih keperluan HS sndri..:(( sedeh taw..nak tahu ape..?!

erm..untuk pengetahuan kamu semua..HS ade bawak stok Milo-Nestum- Susu-Teh sebagai minuman HS sendiri..nak di jadikan cerita..semua stok HS nie..HS letak kat dapur rumah HS nie..stok ni memang setiap pagi HS minum..tgok mood la..kalau nak minum susu..HS buat susu..kalau nak minum Nestum..HS buat la Nestum tu dan sebaliknya..~ hampir 3 bulan HS kat Morocco nie.stok HS pon makin lame makin habes..tang milo..HS sayang skit..sebab Milo xde jual dekat Morocco nie..huhu..(T_T)

--------- bla bla bla bla----------

petang tadi HS bajet la nak minum petang..milo cicah biskut kering dari Malaysia..HS pon masak la air panas..tgok tgok..selongkar punye selongkar..milo HS da hilang..mase tu..HS rase mcm nak nangis pon ade tawww..!! rase nak g jek Casa Airport g bli tiket balek Malaysia bli milo..!!!!! serious lapar giler tyme tuh...!!

ya Allah..yang tak tahan tuh,.telek punye telek..tgok tgok paket 3 in 1 milo HS da ade dalam plastik sampah..!! arghhh..:(( nak meraung jek ya Allah nak mintak mak hantar stok..huhu..mase tuh pikir jugak..tkkan la HS nak jerit kan..? sian la kat housemate yg dah tbai tu..kang takut dy trase pulak..tp cm terkilan la..baru usik 3 bungkus je taw...:((

xpelahh..HS rase HS macam tahu sape yang minum tuh..ermm..halal kan jek la..teringat pulak..ade dalam surah al Quran "kita ni kene infakkan harta kita kepada orang laen.."

mungkin ni bukan rezeki HS kot..ade mase yang laen..Allah akan bagi yang laen pula..huhu..setiap ap yang kita ada ni pon..bukanlah milik kita..semua nya datang dari Allah..

pesanan ringkas untuk semua..sesiapa yang ingin melanjutkn pelajaran ke Morocco jangan lupa bawak stok makanan banyak banyak taw..! ! ! di sini tidak menjual M I L O..! haha XD

Monday, January 17, 2011

my new items!

asslamualaikum warah matullah hi wabarakatuh! segala puji nikmat Allah yang telah diberikan kepada hambamu :) today im happy! happy dapat merapatkan ukhuwah dengan saudara saudara seislamku..:)

dan mulai semalam- hari ini - dan hari hari yang mendatang..HS (Hana Szied) [new short] telah mula menyayangi kawan kawan arab di Morocco..! bukan stakat di Morocco ni jek..malah USA pun ada taw..! nggee..:) happy..so after this moment..tidak perlu lah risau risau mcm mane nk improve Arabic HS lagy..:)
dan dikatakan lagi..HS juga semakin happy today because..HS dan my frend pass ke final sem 1 dalam madah Sorof..alhmdulillah..segala puji nikmatMu..:)harap harap madah dalam wehdah ini berjaya smpi ke peringkt yang HS target..! oh yeahh..!!
today tidak mcam hari Sabtu lepas mase oral Ulum Tafsir..kalau nk tahu..masa Oral Ulum Tafsr HS tggu smpi 12 jam nk tggu turn taw..! now dedabelinggg.. HS n kwn2 juz tggu 1 hour and 45 minutes je nak msuk..alhmdulillah..dimudahkn segala galanya..!
hendak diceritakan sekali lagi..HS jumpa Ghizlane and her friend Affoufa dekat kedai spek :) oh Ghizlane pon nak buat spek baru rupanya..! cantek sangat mereke berdue nie! i like n love until when when...~ (^_^)
pikir punya pikir..relax kejap di rumah..lepak lepak..yang paling tidak disangka sempat luangkan masa bersama my Bibi kt skype..! wow..! tingggggg..! kuar stu idea..yang kami semua nak berjalan jalan petang nie.! haha..mane tidaknye..tinggal 1 jek madah yang belum exam la ktekan..;) gagagag..! seronok berjalan..!
akhirnya HS telah menghabeskn my money sebanyak 240 dirham untuk membeli item yg HS pling impikan since HS form 5 lagy taw! nak tahu...wink wink*** my new contecs lens..! yeah! yeah! yeah! sukenye..:) bi saman 180 dirham..senyum sampai ke pipi la HS today..! bak kte kwan HS quality is more important than quantity..!
HS ni plak jnis kalau itemm tu da HS idamkn..bila dah ade depan mata..sanggup jugak berhabes duwet...! yeah..~ peluang bukan nye datang berkali kali kan..?! haaa..

that my new look** but it is tiruan jek.** tpi HS really use it now

so..now..i with my green contecs lens taw..! jangan terkujat la kalau nmpk HS macam shrekk punya badan..haha! green gitu..act HS nak cri purple colour..but..xde plak stok purple..so ini yang terbaek..! yeahh..:) i like..

lalu promoter itu berkata pada HS.."bi sehahh.." dengan senyuman yg pling manis..! tengs promoter lens..pakai kan HS contencs lens nie..:) muahh..!

Sunday, January 16, 2011

revision2 Ulum Tafsir..~


salam sejahtera salam kebahagiaan..:) setiap apa yang berlaku semuanya takdir dari Allah..:)

orang selalu kata, kenapa setiap apa yang kita hendak tu..tidak selalu dapat dengan sekelip mata..? jawapannya..jangan lupa Allah sedang menghakimi diri kita..ketahuilah.. Allah itulah hakim yang paling bijaksana dalam setiap perkara taw..!

pernah atau tidak kamu semua rasa..setelah kamu penat ...penat sangat sangat berusaha..selepas itu kamu mendapat apa yang kamu semua impikan..?! pernah atau tidak..?! smestinya ketika itu kamu semua akan rasa yang usaha itu sangatt sangatt berbaloi bukan..?!

yeah..that right..! saya pon penah rasa keadaan itu..:)

sejak dua menjak nie..saya pon tidak pasti mengapa orang selalu persoalkan tentang sabar..? alahai..sabar..sabar..;) sabar boleh dipupuk lah sayang..:) lepas tu..orang selalu persoalkan..sabar ni ade hadnye ke..? heish kamu semua niee..

bayangkan lah..andai nya sabar itu tiada hadnya..adekah mungkin kita akan merasai nikmat iman dan islam sekarang..? bayangkan jika sabar itu maseh tiada hadnya juga..smestinya Nabi terdahulu sudah kalah dengan cabaran dan tohmah yang menimpa..

setelah membuat revision ttg ilmu Tafsir..Nabi Muhammad tu lagi la plak macam tohmahan yang Baginda dapat taw..! huhu..~ x dapat saya bayangkan kalau sya yang berada di tempat baginda..

tohmahan yang Baginda dapat darpada kaun Quraisy ; tohmah sihir-gila-syair-buta huruf dan tidak pndai membaca-penipu..

cuba kalian semua bayangkan..jika percakapan kalian di anggap seperti tohmahan diatas..adakah kalian boleh bersabar dengan tohmahan di atas,..? sedangkn baru ujian yang sedikit pon kalian sudah mengeluh..urm..byk2 kan lah munasabah diri kita semua..:)

ingat taw..sabar itu kan lebih baek..:) senyum selalu ya..jika kita merasakan orang laen tidak sempurna untuk diri kita..maka biarkanlah kita mengundur diri dan jadikan kesempurnaan yang kita ada untuk menyempurnakan hidup mereka..:)

thumbs up..!

Thursday, January 13, 2011

short essay from student year 6..haha!

assalamualaikum warahmatullah
keep smile..keep it up..
thums up..!
yeah..! i am natural mood..
hee..
because i had skype with my mom..!
webcam with her,.padil..along..!
happy..:)
now.. i very very miss my frend from Maroc..!
her name is Ghizlane Annaciri..:)
very beautiful ..!
from 1000 am till 430 pm
i was surrounded with arab student..!
but she didn't attended
erm..
nearly 4 arab student want to book & buy lapptop from Malaysia..
because..
at Malaysia very cheapestttt than Moroccoo..
pray for me..
tomorrow.. i have Informatique exam..!
i like..:)
i want 20/20 in this exam..!!
suddenly i want to visit Taj Mahal , India..!!
i want the next episode of my life and at the end with success and blessings
from The Most Merciful..~
we must look deep into nature and then you will understand everything better..!

Monday, January 10, 2011

revision..~

assalamualaikum salam sejahtera..:)
di musim musim peperiksaan nie.. semua bertungkus lumus..bersiap siaga demi mncapai target hidup masing masing..huh..alhamdulillah..so far nie..saya dah jawab exam dengan terbaek..! bukn saya shje..malah kawan kawan pon bgitu hendakNya..:)

seronok bile keluar sahaja mudaraj..kawan kawan senyum lebar..

bila dtnya : kaifa imtihan..? mizz yan..?
maka dibalas dengan senyuman yang sangat lebar..:) : alhmdulillah..bizzyan..! kullu bil kheir...

seronoknye dengar..!!
moge usaha kami semua dibalas dengan kejayaan yang cemerlang..! al maklum la..semuanya pertama kali menjawab exam di rantau orang nie. tidak same seperti Malaysia yang sistematik tuh.. ( mood rindu Malaysia )

kaji punya kaji kitab Ta3alum Adab..
bace punya bace...
hafal punya hafal..

aq tersentuh dan mataku terus terpana dengan ayat ayat dalam kitab tersebut..! ah seronok sangat bace kitab Arab kalau memahaminya..:)
tetapi susah jugak kalau bace sahaja tanpa merujuk kepada yang pakar.. mngikut status pelajar Fes, Morocco di Fesbuknya.. sebesar besar musibah adalah dengan bergurukan sahifah ( lembaran lembaran atau buku - Ibn Al Jamaah-

oke..! now dedabeling..~ i very very like la ngn quotes di Muqadimah kitab nie..~ banyak sangat yang aq belajar dari kalam hukama' nie..antaranya..

لو سكت من لا يعلم لا سقط الإحتلاف kata ni dipetik melalui Imam Ghazali yang mengatakan bahawa sanya..ilmu ni sangat di titik beratkan dalam kehidupan seseorang hamba Allah..:) kalau still x faham jugak..meh cni saya terangkan..

" JIKA ORANG YANG TIDAK BERILMU SENYAP MAKA TIDAK AKAN TERJATUHLAH SESUATU PERBEZAAN PENDAPAT.. " ad faham x agk2 nya yek..?!

selepas itu..selak punya selak..masa pon da x ckup da nak menghafal..aq terjumpa lagi kalam hukama' iaitu.. اذا كثر الملاحون في الدنياء و غرقت السفينة haaa...seram jugak aq tengook ayat ni mase aq mnghafal tuh.. oke oke..meh saya terangkan lagi..~

JIKA RAMAI ORANG YANG NAK BAWAK KAPAL ( bayangkn Titanic) TETAPI TIDAK MEMPUNYAI ILMU PELAYARAN..MAKA KAPAL ITU AKAN TENGGELAM..( kalau salah sila tegur scre privasi ye) - kata kata dari Abu Sufyan Bin Abi Said Al Thauri

haa..so..ap tunggu lagi..saya menyeru agar kite semua menuntut ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad..! ingat tu..! muda muda ni lah seronok nak study..nanty da tua tua..mata suda x terang..telinga da x dengar..nak cakap pon da xde gigi taw..!

pastu dalam kitab tu jugak..ade mengatakn..

BAHAWASANYA ORANG YANG BERILMU IALAH IBARAT BINTANG YANG BERSINAR DI LANGIT NUNNN DI ATAS MAKA ORANG YANG JAHIL DI TASHBIHKN PULA SPERTI BINTANG YANG KELAM DI LANGITT..!

so kalau emas yang korang nak pakai tu pon nak berkilau..apetah lagi ilmu kan..?! mesty mahu yang kilau2 punya..!!

so..the khulasah is ..menuntut tiada erti kata " cukup " krn ilmu Allah sangat luas - kata kata dari Imam Shafie..~

renungkan2 dan selmat beramal..!

Thursday, January 6, 2011

ragam3!

assalamualaikum..:) cuba untuk tersenyum lebar dalam masa yang sangat singkat untuk online nie..! huhu..musim exam..mcam mcam berlaku.. now..aq cuba menterjemahkan semula pengalamn aq sepanjang exam di bumi arab ni..~

haha..! first tyme dlm hidup ade rumah sendiri kan..before ni duduk kat asrama jek,..herm..duduk kat sni xde bezenye sangat..exspecially rules kat cni..arghh..! sme jek macam aq kat asrama dulu..bsuh bju pon ikut tyming..makan pon ad tyming..tugas masak..n totally sme macam aq kat asrama dlu..yang bzenye...aq bebassss sikitttttt jek la..tp..mngkin x berape bebas jugak..!! juz asrama xde la aq byar dwet sewe asrama de cm kat cni

heissshh kau ni hana..nak bebas cmmner agy niehhh..?!!! datang sini nak belajar la..!! eeeissh..!

the story is begin..~ ad sorang housemate aq nie an..dy ngigau mse tdur..nampak sngat fatrah exam tu..haha! kok ye pon nak smnagt nak munaqashah dengan kwan arab esok pon..xyh la cmtu sgt..hee..then..siap tnya.." korang sume faham ke..? xfaham cakap taw.."

pastu..ade agy sorang kwan arab nie..hebat jek menjawab imithan..semngat punya semngat..mase ustad mintak assignment di submit..ramai giler yang nanges..sebab maybe dyorang x siap agy or atc la..haha! kawan Malaysia aq..mantain je..tawakal kat ALLAH..! kui3..~ :P

ade lagi satu cerita ni plak..kami nak exam BLAGHAH..perghhh..bnyak giler nak kene hafal..padahal nota dari budak Arab baru dapat semlam..pastu nak exam plak lusa tu..huh..! gempak sangat la..!! amek kau..~ dah la kelas hari tu mule dari kul 8 until 6 petang ..pastu balun lak 7 helai note kene hafal malam tu..! ggrr.. xtido housemate aq..! kui3..~ esok 2..berlari gi jamieah..~

alhamdulillah baru 2 paper sudah disettelkan dengan penuh keyakinan..hurrr nak kate ade yang kantoi 2..wallahua'alam..aq sudah buat sebaek mungkin..huhu.. (^_^)

ceh..~ yang aq paling x puas haty tu..kami dak Malaysia bersengkang mate duk ngapal dari pagi smpi ke malam..dari malam sampai ke pagy..ade plak dak arab ni duk muke seposen je..meniru depan kami..adehhh..! aq da serabut da..huhu..cuak pon ade..! slumber badak dy jek kuar note dari poket seluar dye..huhu..kami ni duk bermujahadah tak abes abes..dy relax relax jek kuar note...seb bek ustad nampak..pastu budak arab tu kene sound,. oh yeah..! kene tukar tempt duduk exam..! tu kire baek,.kalau kat Malaysia mau kene halau abes abesan..!! grr..~


anyway salam imtihan untuk semua sahabat timur tengah n benua yang laen..! semoga tabah dalam mujahadah kali ini dan thabat dlm mehnah yang di lalui yek..!

walaupun ini hanyalah sebuah penulisan yang errr...tapi tetap x dapat menggambarkan mcm mne episod episod yang kami lalui..!

Tuesday, January 4, 2011

hampir ke3 kali tidak bertitle..~
cuba menerima detik ini..!!
arghhh..! tatkala haty aq melonjak lonjak kerinduan..
diri merasa ingin
CALL semua orang..!
tengs kepada kamu yang sudi reply surat haty saya..!
saya merasakan blog ni memang kita berdua yang punya..!
untuk kedua kalinya aq menangis kerinduan terhadap kamu..!
DOA jek yang boleh iringi kita bersama!
kepada "kamu" tengs jugak sebab online..!
xsangka detik saya nak melupakan "kamu"
detik tu jugak la "kamu" muncul di alam maya..!
grrr...kenape yek..!
selalu sangat saya rasa x puas haty dengan "kamu"
"kamu" ibarat telah melupakan saya..!
tapi saat saya bnci prangai "kamu" tu la..
"kamu" tetap akan muncul..!!
huhu..anyway..
saya rasa NAK CALL SEMUA ORANG sekarang..!
tapi semua x mingizinkan..!
huhu..! tatkala saya melihat kamu online..
saya tegur...
mesty kamu x reply..
kenape ea berlaku macam gitu..!
tapi list name kamu x lah ade sign BUZY or IDLE or sumting..
tapii...~
sungguh aq x sangka sangka..
celik jek mate aq utk pembuka hari ini ...
semua meseg dari kalian saya dapat..
kalian ad berjanji ke..??!!
ke naluri and intipati kita semua same..?
arggh..
muka pon makin panas sekarang..
kepala naek pening..
mata pon sudah bekelopak..
grrr..tidak..
tap...tap..!!
ianya tetap mengalir deras..:((
all my friends ukhra..
even entri ni tidak merasakn diri kalian..
sedarilah..
hanaszied still merindui kalian juga..!!
::mungkin semua ini berlaku akibat fatrah imtihan yang menguji::
::dan segalanya dari ALLAH::

Monday, January 3, 2011

reply balek..!

salam kesedihan..!
salam kesayuan...!
salam kerinduan..!
arghh..! nape awak buat saya menangis malam nie..? awak nak tawu x yang saya baru jek abes exam..Ya Allah..! awak nak tahu tak saya pon selalu harapkan mseg awak.,.even saya tahu saya xkan balas meseg awak..! huhu..
awakk..! awak da buat saya menangis untuk malam yang sungguh syahdu nie..! huhu..
awak,.awak buat saya nak peluk awak..! awak buat saya nak skype ngan awk..! awak buat saya nak dgr sore sore awak..! awak jangan igt saya kat sni macam ni..saya happy..saya lebeh happy kalau awak dekat dengan saya..! awak..saya selalu tatap gmbr kite..!!
gambar kite saya dah tmpal depan loker saya..! kalau awak x caya..awak tnye la roomate saya..! hari hari before saya tidur and g kuliyah..awak mesty tawu saya buat apekan ...saya sikat rambut..saya rikat rambut saya rapi2 sambil tatap muke awak n kawan kite..!!!
awak jangan la cakap cam gini..! awak da buat saya nak balik Malaysia..! awak maafkan saya..! saya tak de pape kenangan yang bleh bagi kat awakk..! saya x selalu join program dengan awakk..!
saya rasa kalau saya kat Malaysia skarang ni..mesty saya xpat nak join awak..
sebab saya ad komitmen kuarge saya..!
awakkkk..!
sekali lagi saya mintak maaf..!
actually saya terkilan sangat masa awk tegur saya mase saya tgah online tu..!
huhuhu..lpas saya abes jek stdy..
sy cari awak balik semula kat list chat saya..!
tapi awak dah HILANGGG!!!
awak dah HILANG...! masa kat YM pon same..!!
awak da off!!! kat skype apetah lagi..!!
awak selalu jek kate awak x leh skype ngan saya n buat vid call ngn saya..!
sbb waktu kite x same..!!
awak dah buat saya menangis malam nieee...!!!
awakk....!!!!!!
saya sentiasa ingat awak dalam doa saya..!
saya sentiasa mengharapkan awak berjaya..!!!!!!!!!
from me to you...
reply untuk awk my bibi..~

Sunday, January 2, 2011


assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..!!

salam sejahtera..~
kehadapan semua sahabat yang saya kasihi sekalian..

saya sangat merindui kalian semua..
boleh x kalian semua sign up skype?

antara salah satu specialnye skype nieh...

1) video camera yang sgt jelas.!
2) voice call yang sangat jelas jugak!
3) bergerak dgn agresif dan pantas !

cukuplah 3 perkara nie jek yang ada sudah buat saya sangat sangat puas dgn skype!

juz yang x bestnye..skype ni cuma...

xboleh BUZZ and icon yang comel comel..:(

tapi x kesah sangat kot.. yang penting saya boleh tgok kalian semua..
dan saya boleh bercakap dengan kalian dengan jelas sekali..!!

please...sign up skype ye..~
i need u all now..!

saya sudah tidak bole call kamu semua mcm mula2 saya datang cni..
sbabnya CELCOM suda mahal..
rm 6 utk 1 minit kol..!
rm 2 utk 1 jek mesej..!
sape plak yang tahan..:(

sekian dari perantauan..(T_T)