Followers

Wednesday, February 29, 2012

~_~

someone said ;-

single & invisible
teruskan senyuman manis mu !
ikhlas dan itharlah !
fokus pada yang SATU ^^


someone replied ;-

one day u will know the truth
heart can lie
even you see what goes around

Tuesday, February 28, 2012

cuti part 10 : Cordova , Seville , Granada at Spain

Assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah , praise be to Allah . raised up your hand and say Alhamdulillah dapat peluang ke Spain . maybe utk first and last time ke Spain . wilayah yang kiteorang travel just Cordova , Seville , dan Granada . geram jugak.. sebab tak dapat ke Madrid . sebab itu ibu negara Spain. ermm , by the way its oke.. sebab 3 wilayah ni pun rasa macam nak tercabut urat kaki aku. haha. yeahh ! spain sangat besar. dan terkenal dengan keislamannya pada suatu ketika dahulu.

tapi malangnya... semua peninggalan masjid masjid , istana orang islam itu semua bertukar menjadi kawasan gereja yang terbesar . huh.. inshaallah , suatu hari nanti Islam pasti akan tertegak jugakk di Sepanyol .. !


Madinat Az-Zahra

IStana Al-hambra

kolam air di Istana Al-Hambra

Masjid COrdoba


Muzium Cordoba

Madinat Al-Zahra

Istana AL-Hambra


garden Istana Al-Hambra

depan hotel bfore check-out


Masjid COrdoba selepas dtukar kepada gereja :(

Restaurant di Granada

di Seville

Istana Al-Carzar

di Caremona, Granada


air pancut di Istana Al-Hambra



taman Istana Al-Carzar

berhadapan Muzium Vivo, Cordova

di Seville bfore breakfast

oke , sebelum korang muntah tengok gambar aku , baik aku hentikan proses menguplod gambar. hhehe :D nak tgok , ada dah banyak uplod di FB . even aku pergi cume 3days , tapi sakit kaki tak terkata . sebab nak naek ke tower tower setiap masjid @ dkenali sebagai gereja sekarang sangat penat.

ade tu , kat Giralda Tower, Seville 34 tingkat wooo. actually , dulu tempat tukang azan melaungkan azan , beliau naek ke tingkat 34 tu dengan menaiki kuda , tapi kiteorang guna kaki. perghhh ! penat. pecah lemak.. hehe :D takcaye , try sendiri. hehe ^^

di setiap Istana seperti AlCarzar , Al-Hambra , dan Masjid Cordova penuh dengan ukiran kesenian Islam. sangat cantik. bila u all masuk jek , sangat tenang , tapi .. since diorang dah tukar dan kupil segala ukiran tu , then renovate kepada gereja dan segala macam patung jesus la pe kebende tu , aku rase mcam suram dan sangat rasa sedih . yela.. bayangkan dulu tu tempat gah orang Islam. sekarang jadi mcm gitu.. takpe , one day ,tempat2 tu semua pasti akan jadi milik kita semula..

opss , before terlupe , dahulu di Istana tu bila tiba summer , suhu nye meningkat sehingga ke 45'c so ,so.. tukang bina pada zaman tu , buat byk mcm kolam kat tengah2 istana tu , pastu ade air pancut , then garden tempat diorang lepak sangat cantik , nyaman dan redup.. sangat besttt lahh ! terasa kedamaian .. sebab tu kalau korang search youtube or google image kan.. kat istana tu banyak mcm air - air . dulu aku pun pelik , takkan la swimming pool an. hehehe :D bile dengar tour guide tu cakap , baru faham info sebenar ;)

haaa , budget kali ni just 299 euro untuk Travel Agent , belanja + makan just 20 euro . tambang pergi balik ferry hanya 30 euro return . sediakan duit dirham sepanjang perjalanan di Morocco only 4oo Drhamss :) jimatkan ! sebab aku tak beli pape kali ni. cume , shawl - 3 keping poskad Spain utk kawan tersayang pluss sehelai TShirt Granada :) setel !

btw, kalau u all pergi tak guna travel agent lagi murah kot. tapi Spain ni payah sikit . sebab dia tak macam kat France & German . France & German banyak kepada pengangkutan Metro. Spain ni jarang pulak aku nampak Metro , bus , teksi banyak laa.. maybee tu sangat mahal ~_~ so , travel di Spain selayaknya anda menggunakan perkhidmatan Travel Agent :) lagipun diorang pun boleh speaking English :)

oke laaa.. sampai di sini sahaja kisah Winter Break 2012 ! yukk planning utk summer pula ^^
Semoga dimurahkan rezeki & Berjaya di setiap Semester , baru syiookk nak jalan-jalan :)
Tata ! Muche Gracias & adiosss Spainnn !

Saturday, February 18, 2012

Chineese Language Class

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , semester 3 sudah melabuhkan tirai , kini menjelma semester 4 yang semakin mencabar . mungkin aku lagi bertambah kebusy-an untuk mengupdate cerita certi aku . hehe :D yeah ! Jadual Semester 4 pun dah salin . Alhamdulillah , try untuk mendapat pangkat Mustahsan untuk Semester 4 ni . inshaAllah ! will try , will do ! for myself , my family , and most important is for our Ummah !

nak bagitahu , kat universiti aku boleh ambil subjek Bahasa tambahan . contohnya Bahasa Korea / Sepanyol / French dan lain-lain . tapi aku pilih Chineese . actually aku pilih sebab dulu masa aku 7 tahun aku pernah study Cina sekejap. sekrang aku cuba nak teruskan . kiranya basic sikit-sikit tu ade la jugak . heee :D

today , Chineese Language Class come to me . Laoshi baru ..
nama beliau Ming Lin , tapi sayang pulak dia non-muslim then belum nampak lagi ketegasannya . hehe , tak macam laoshi Ayoub dulu . tegas dan sangat disiplin. biasalakan cikgu Asia , mesti ade homework , then kene tnda gune red pen , marks pun mesti per seratus. tak ikut pun konsep Perancis kat sini , total marks per 20 . then mcm-mcm lagi . kalau lambat masuk kelas kene marah . hehe :D rase mcm study kat Malaysia dan sekolah menengah. haha !

nak ceritanya , aku dah habis 6 syllbus untuk semester lepas . untuk semester 4 kali ini dapat buku teks Bahasa Cina dan 2 CD-Rom untuk belajar Cina . pandai pandai la nak kene godek buku tu . hayyak ! then , azam untuk kali ini , cuba dapatkan A+ untuk subjek Cina ni. sebab exam lepas markah aku just 75% . sikit jek lagi nak A+ . dapat A- pun jadik laaaa ~

Buku Bahasa Cina terjemah Bahasa Arab

kenangan dengan Laoshi Ayoub ^^, before tamat semester 3

my classmates . kawan Arab semuanya ~

oke la. tu jek. tata , wassalam :')

Friday, February 10, 2012

cuti part 9 : Marrakech, Ouarzazat , Atlas Mountain, Dades Goges , Merzouga ,Sahara Desert

Assalamualaikum w.b.t

wanna to say .. Happy Winter Break 2012 :) nice sangat cuti kali ini. dapat merayau rayau sekitar Morocco. aku & housemates ke Marrakech , Oukimedan, Ouarzazat , Marzouga , Sahara Desert , dan Dades Goges ..

kat bawah ni , sengaja nak share gambar yang takberape nak cantek.. kalau nak cantek , kene pergi Morocco sendiri. hehe ^^



Muzium Marrakech


Souq Marrakech at Jami3 Al Fanaa


Bahia Castle


Maqam


Hotel Atlas

haa.. aku ni nak promote sikit , kalau datang Marrakech then nak saving , try la bermalam di Hotel Atlas . murah . one night/ per person just 60 Dirham sahaja. accomodation dia pun kira bagus juga.
ala setakat nak bermalam dan hilang penat , kire oke laa kan ^^

next day , main salji di Oukimedan. tadaaaaa!! seronuk sangat sebab dapat hilang kempunan buat ABC plus plus sirup & jagung . fuh fuh fuh . hilang hajat nak merasa ABC . ekeke :D




Pasar lama orang Barbar


Jalan ke Dades Goges ; termasuk list 10 Jalan Paling Bahaya di Dunia


Sekeliling jalan tu dipenuhi dengan salji yang besttt & sweet ..


Atlas Mountain .

best ! sebelah gunung ni ade hotel. memang sangattt sangattt sejukkkkkk !!!!
Hotel Yasmina namenye..aku dapat rasekan yang hotel tu mahal. hehe


Sahara Desert

percaya atau tidak , aku memang da sampai ke Padang Pasir. nasib baek aku travel ni musim sejuk. kalau tidak , kompem kompem gelap muko den.. hehe :D pergi winter pun dah sunburn , apetah lagi summer. uhuk uhuk..


pertunjukkan orang Barbar tu before kami tidur. Dia main alat muzik diorang , then pasang unggun api. aku terase macam zaman dulu kale jek rase .. huhu.. tapi memang syiokkk ar.. pengalaman yang sesangat bestt !


unto den . hehe :D

oke. itu sahaja. totally belanje ke tempat - tempat di atas only 1500 Dirham sahaja. tapi aku ni jenis berjalan takde la memborong . cuci mate , snap berdas das picture , pastu balik laa :) cukup laa kan.. kalau nak mmbeli..aku rase biase biase jek.. baik beli kat Malaysia. hehe :D

k la.. tata ! Wassalam :)

Wednesday, January 18, 2012

Alhamdulillah

Salam Alaik ,

berhabuk betul blog ni. ikutkan hati nak delete. sebab kesian sangat. aku semakin malas mengupdate. study , FB dan Twitter plus lagi Tumblr.. uff uff ! banyak sangat dah laman sosial.. dah kena pandai manage time. aku dah tak boleh nak leka sangat. sebab , misi aku .. nak cepat2 belaja , nak terus Konvo 2013 ni. aku tak nak sangkut sangkut result ! iAllah ! aku cubaaa yang terbaik !! aku dah nampak jalan .. aku cuba plan misi akan datang ! \m/

Alhamdulillah , peperiksaan final semester 3 sudah melabuhkan tirai. semoga usaha aku dan kawan-kawan terbalas dengan kejayaan. aku nak pointer baik-baik juga macam kawan lain. IAllah , Dia tahu mana yang terbaik.. ! kita plan , Dia pun plan , tapi plan Dia lagi bagus dari kita..btw , usaha + tawakkal + redha atas apa pun.. itu jangan pernah lupaa !!

last wish , gudluck untuk kawan kawan wilayah Kenitra.. mood mood winter sekrang..

Doakan aku dapat fly n makan angin ke Spain ! yergh !!! :D amin ..

tata !

# sedapnya melayan Milka Coklat after exam ! memang puas ^^,

Saturday, January 7, 2012

GENAP SEBULAN di Ma Maison

Assalamualaikum w.b.t

Genap sebulan di rumah baru.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. angkat barang , letak barang , susun barang , beli barang baru. semuanya baru. nama pun baru ; Ma Maison
rumah baru ni takde perabot langsung , jadi ..semuanya baru..
housemate pun baru..
semoga ada ukhuwah yang baru juga..

naik tahun 2012 yang baru. Selamat Tahun Baru..
azam dan semangat yang baru. kali ini azam tidak perlu di share..
dan azam bukan sahaja di pasang ketika di Tahun Baru sahaja..
tapi lebih elok di setiap hari yang baru ;)

by the way , selamat menempuhi peperikan smester 3..
semoga kali ini aku dapat genggam Mustahsan !!
raised our pointer !!

k , babai ..wassalam..

# Ma Maison in french ; means Rumah Saya ;)

Thursday, November 24, 2011

Soory dan Sorry ..~

Salam alaik..
first of all , aku nak minta maaf banyak banyak..
aku bukan nak delete anda di Facebook dengan sengaja.
tp aku rasa mcm patut jek nak delete anda .

status tu..memang dah takde stock tatabahasa yang elok elok kah?
asal aku klik Home jek , nampak anda sedang %&&*((()$#$
asal aku klik Home jek lagi , aku nampak gambar anda dan awek anda..
kan elok kalau anda nikah jek.. ni keluar duwet belnje grand2 , hadiah best2 ,
tp ... adehh.. aku pulak yang dapat " dose kering "

soory sangat.ala , maybe tak luak pon kalau aku remove anda kan..~
oke la tu jek nak cakap..

ops nak tambah satu lagi. aku ni taklah hot mana pon.
takdela nak kate hari2 orang add aku..
tapi soorryy jugak , aku tak dapat nak approve anda..
nama pelik pelik , DP menakutkan , memang tak laaa..~
huuu. im sorry , request dah sampai 70 lebih.
tapi 40% dari tu , semuanya pelik pelik..
hayyak..

oke tu jek entri ringkas..

Wednesday, November 16, 2011

Tahniah sahabat !

Assalamualaikum w.b.t
bahagianya dengar sahabat nak sambung study!
saya tumpang heppy ye !
sampai nak keluar air mate :'(

sayu dalam gembira !
moga kamu kuat di sana :)
moga dimudahkan segala urusan di sana :)
tahniah atas kejayaan ini !

aku rasa paling bahagiaa sekarang !!

moga ada jalan dariNya !

Tuesday, November 15, 2011

Padil excident :'(

Salam alaik. aku cuba taip selaju mungkin.sebab nak rest. huuu..~ btw nak cerita pasal Padil yang menyayat hati. huhhh.

Pagi tadi akk aku call mak aku kat Malaysia.hee.happy la dy dapat dengar suara mak aku. huuu.masa tu dah lewat malam. aku pulak dah tidur. huu.. pastu..mak aku pon mula la cerita beliau..

padil sewaktu zaman muda. kat sekolah.before aku jemput dia balik rumah aku.
ayukann mase nih. sebab reti sopan & takut ngn tuan. heee

padil sekarang .. dia lentik bila masuk dalam BlackBerry abgcik.mcm tahu2 jek nak uplod dalam FB..
sekarang kurang sopan dan semakin gedik. HAHA !!

Pagi tadi. before mak aku sampai tempat kerja.mak aku pon drive la kan. elok jek drive. mantain and cool jek. mak aku tak perasan satu makhluk kat atap kereta mak aku..
pastu. time mak aku brek kat traffik light (maybe) pastu ade satu makhluk tercampak dari cermin kereta mak aku.. tengok- tengok Padil terjatuh...Si Padil Gedik ni duk atab atap kereta mak aku.. KUI3!!!

wuarghhhhhhh ! Padil terus lari ketakutan.. huuuu.. ---> aku bayangkan bulu bulu dia ala ala kene tiup angin laju-laju. hahaha! mesti sejuk dia kat atas atap tu en.. kesiannye dia..
pastu mak aku terdetik..sesuatu..

mak cakap dekat akk aku masa call.. " kalau mak tak fikirkan adik suruh tolong jaga Padil ni , mak takkan kejar Padil ni mase dia lari tu.."

seriuss tacinkkkk ! tersentuhhh dehhh :'( sadissnye.. harap harap Padil takde luka luka.. huuuu ~
then , mak kejar dan terus bawa masuk dalam kereta hantar kat rumah semula.. dia terus lari ketakutan.. huuuu.. alooolooo.siannya Padil. tapi aku nak gelak pun ada.. hehee..

---------------------------------------------

Padil dah semakin gemuk.sebab hari2 mak bagi makan whiskess jek..pastu makin tidak beradab. haha. baget dia kucing kaye la. dapat makan mewah.. hehehe..
bak kata abangcik .." adik , Padil ni suka panggil kawan kawan dia join dia makan sekali satu pinggan.. "

HAAHAHAHA ! seriyuss aku terasa Padil sangat cute ! HAHA. cuma Padil tak berapa cantik even dia betina. tapi dia Hensem. HAHAAHA :D

oke tu jekk . harap Padil sehat macam mak aku kat Malaysia tuh .
Love u mak ! Love u Padil !! more and more !!

Thursday, November 10, 2011

11/11/11

wujudnya entri untuk Kaka saya !
football player :P
ekekeke :D

happy ever ending
k , babai

Monday, November 7, 2011

Eidadha 1432 !



anak buah aku
Mohd Syabil Fahri bin Mohd Shahir


Do u know why love is blind? Love is blind because
,
"Your mom started to love u before seeing your face". ♥

and we never see our Prophet s.a.w, but w

e still love him till the end.


SALAM EIDILADHA 1432 !
MABROUK SAEID :)

Eidadha 1432 memang best sebab semua kawan raye rumah " mak angkat arab" masing2 .. rumah pun kosong jek..tapi satu jekla..sebab tak ramai ramai. semua berpecah dan beraya..huuuu..by the way shukur ! shukur ! dapat 2 ekor kambing free. Classmates arab aku sedekah kat pelajar Malaysia Casablanca :)

Jangan lupa menghayati dan mengambil pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim , kesetiaan Hajar dan Ketaatan Ismail dalam meraih redhaNya . inchaallah !



#cuti seminggu taw.ops ! pic family angkt tak sempat snap.
sebab busy tlg diorang (koya :P) *_*

Thursday, October 27, 2011

kisah silam dan cita-cita !


Salam autumn untuk semua rakyat Morocco ! sangat sejuk sekarang.suhu sudah menurun menjadi 20'C dan kejap-kejap 17'C ..sangat rindu sejuk begini. perasaan nak main salji pon dah muncul dah.heee :D

sebenarnya aku excited sangat nak menulis entri kali ni.haha.sebab dah lama sangat tak menaip lebar2..dan yang paling aku excited dan teruja sangat ialah rancangan Deko Bersama Eric season 3 dah start. hehehe..aku pon baru tahu dah ada musim baru.yelaaaa , ketinggalan zaman sikit.rupenye dah nak episod ke-13 dah awww..geramnyee..last - last layan Eric Leong kat Youtube jekla. huuuu.haru haru =='

pernah satu ketika dahulu, cita-cita aku dah besar nak jadi Interior Designer.aku punya idola pulak Eric Leong.pastu berhajat nak register Multimedia University di CyberJaya. huh.. ini memang cita cita aku dari dulu lagi..tapi sayang, kalau aku nak job ni , aku mesti ada ambil kemahiran teknikal. senang cerita kena masuk sekolah teknik jugaklaaa..mak pun memang menyokong aku untuk bidang ini.sebab dia pun nampak aku lebih minat dan cenderung dengan semua ni. tapi.........bidang agama itu lebih family aku titik beratkan..

after Form 3 dulu, aku sangatt teringin nak masuk sekolah teknik.sebab aku nak capai impian aku ni.tapi..paham paham jela mak aku. mesti larang punya.even aku memang sangat sangat suka. akhirnya , mak aku kata, jadikanlah impian aku ni , sebagai sampingan jek bila aku dah besar nanti.nanti boleh buat duit.ermmm..sebab , anywhere pon, AGAMA tu jauh lebih penting dari semua tu..hurm..masa tu, aku rasa mcam down sangat..

yelah.cuba lah imagine.. aku memang takpernah miss tgok rancangan Eric LEong tu.kalau main game pulak masa zaman muda muda dulu pon, main game The Sims, hias hias rumah.pastu susun susun barang kartun tu..then, sangat suka colourful.ahhh, aku sangat sukaaa !!

since aku form 2 tak silap. bukan setakat Eric Leong tu jek..kalau pergi BookFair sekalipon, majalah yang aku nak sangat suruh mak aku beli..mesti Anjung Seri. faverettt gileee !! haha. masa tu kompemlah berduyun-duyun mak aku beli.sebab penghabisan stok karangkraf kan. haha. so, semua murah murahlaa..dengan bangga aku bawak balik rumah..

haaaa.taklupa jugakk..since aku Form 2 until Form 5, aku mesti dipilih dalam kelas jadi Ketua Keceriaan.haha..aku pon tak tahu nape..sampailah kat dorm jugak. ini memang kerja aku.sebab dulu, mak aku memang rajin nak pergi Nilai 3 beli barang..jadi, itu bukan satu masalah untuk aku.hehe. mak aku memang senang sikit bila nak ajak berjalan. hehe. asal duwet ade , takyah bising ar...

tapi, akhirnya aku masih di bidang agama.yeah!! aku suka..dan aku sangat suka Pengajian Islam ni. sebab bidang agama memang sangat luas.ianya juga buat aku matang dan berfikiran jauh..tolong jangan kata, orang agama sangat lambat buat kerja..pastu tak reti semua bab-bab remeh.keje keje pejabat dan etc.. pleasee.. tak semua begitu..tapi, memang aku admit semua ni..yelah , manusiakan tak sempurna. kui3!

oke.stop semua kisah silam aku. dan yang sebenarnya..aku sangat berharap satu hari nanti kecenderungan aku terhadap bidang ni menjadi kenyataan.dalam masa yang sama, aku sudah ada kerja tetap.then interior designer sbagai topup nilai jek.yeahhh ! teringinnnnnnnn ! seriuss teringin...!!!

aku nak jadi macam Eric Leong !!!



Tuesday, October 4, 2011

cuti part 8: Paris & German



In The Name of Allah
The Most Grecious The Most Merciful

say alhamdulillah..
sudah 2 minggu berada di rumah
setelah seronok berjalan jalan makan angin
di Bandar Perancis dan Kampung German

seronokk ! tak puas..! nak pergi lagi..!
barang semuanya best best ! murah murah !
cuma space beg aku kecik..!

satu target aku,
before aku tamat stdy kat bumi Morocco ni,
seriyus aku nak jejak German lagi..
siyusss , aku tak habes shopping lagi. hahah!

paling seronok, dapat jumpa akk usrah aku kat Besancon :)
sukeeeeeeeeeeeee ! rindu , sayang bertaut kembali :)

oke , dah tu jek mmpu cerita.
nex time la taip panjang panjang.
gmbar Paris , German ada kat FB
tak leh nak taip over sngat sbb semester 3 dah mula.
azam baru. fokus fokus :)


#aku sangat rindu yang tersayang di Malaysia.keluarga, kamu , kawan-kawan. May Allah bless u alls.moga sentiasa dilindungiNya ! T___T jgn tinggalkan ku sendirian

Friday, September 16, 2011

3 days more. heading to Paris - German !

Assalamualaikum w.b.t. Selamat pagi rakyatt Morocco ! huh , komfem takde siapa yang menyahuttt seruan aku.sebab semua tengah lena.aku jek yang berjage sekarang.hurmm.semua keletihan sebab malam tadi main masak masak untuk JAMHARA 2011 ( Jamuan Hari Raya 2011) ala.. buat kecik kecik jek. untuk akhowat Casablanca :) terima kasih yang sudi meraikan.

housemate aku dah update dah pasal Semester 3. aku pulak, baru nak hapdet pasal bercuti.adeh adeh. semangat bercuti tak habis lagi.even dah 3 bulan aku menganggur di bumi Morocco ni.ya Allah..seriyus, kalau korang tak berjalan kemana mana, memang kematu bon*** duduk rumah awww...hehe :D nasib ade jemputan raya minggu haritu..

oke..ladiess in the houseeee ! hari ni ade Jamuan Hari Raya. semoga semuanya happy happy belake. aku taknak rosakkan berat aku yang dah agak berat ni.so , EAT AT YOUR OWN RISK ! oke ??! hahaha :D

actually, nak mintak kalian semua doakan perjalanan kami from 20 -27 September 2011, inshaallah akan berangkat ke France seramai 9 orang dengan 3 orang senior dan 6 batch aku.moga moga selamat sampai.dan dimudahkan perjalanan olehNya.. mohonnn sangat doa kaliann !

alhamdulillah, urusan pembelian tiket flight, train, hotel, bus dan lain lain sudah selesai.moga mudahhhh segalanyaaaa..aminnn! duit pun sudah di convert dalam EURO.baju dah packing.stok makanan dah beli.alhamdulillah.sudah mampu tersenyum lebar.cuma tunggu pos barang dari Malaysia jek.kalau tak, aku takde kasut nak berjalan..=.="

pesan kakak kakak France, jangan lupa bawak sweater ! uffff =.= cuaca sana sudah mulai sejukkah?! 5bulan lebih simpan sweater, baju tight dalam loker. hari ni keluarkan balik.mcm janggal pon ade gak. setoking tebal2 sume.. huh. kena rapi rapi. nanti raflamoeeee.

motif sebenar ke sana untuk merapatkan lagi ukhuwah dua benua antara kami dan kakak usrah kami di France.mereka tinggal di Besacon.inshaallah akan berprogram dengan mereka 4 hari 3 malam.moga dmudahkan!

oke, ini plan travel kami.mohon dariNya yg baik baik sahje bila smpai sane..
  • 20/9 - Casablanca- Fes-Paris Beauvais (France)
  • 21/9 - Paris City ( check-in hotel )
  • 22/9 - Paris City ( check-out hotel )
  • 23/9 - Besacon
  • 24/9 - Besacon
  • 25/9 - Besacon
  • 26/9 - Frankfurt, German (check in)
  • 27/9 - German - Fes - Casablanca
mohon sangat sangat,diselamatkan dan dmudahkan segala urusan kami.aminnn !



psssttttt... aku tgh blurr ni, nak bawak lappy ke tak ea?! huhu..takleh bawak beg banyakla.huh.tapi kat sana nnti, wifi merate beb. huh! nak call mak & orang tersayang nnty !!

Monday, September 12, 2011

lagu blog kepada yang bertanya

Assalamualaikum w.b.t dan selamat siang untuk orang Morocco
dan malam untuk orang Malaysia..

btw, semenjak aku tukar lagu blog ni,
ramai sangat yang duk tanya tanya aku ,
apa tajuk lagu ni..
actually , aku pon taktahu pe bende tajuk ea..
godek godek , ttbe sedap pulak nak jadi halwa telinga..
maaflah kepada wanita yang bertanya aku apa tajuk lagu ni since 3 minggu yang lalu ,
dan yang semalam..dan lain lain..
aku tak sempat nak bagitahu ..

now.. tajuk lagu ialah ,

MENJEMPUT BIDADARI - Dani Setiawan

kalau siapa peminat novel Hlovate, kalau korang ada terbeli novel Versus..
dia ada tulis lirik ni masa AO nak melamar Min Edina..
tu pun kalau korang perasan lah.
lagu ni sangat best lah..
lagi sweett yaa amat kalau "ade orang" beri kepada anda..



ehem ehem , LAKSANA ZULAIKHA MENUNGGU YUSOF SANG TAMBATAN HATI lahh katekan.. hehe :D

k, wassalam. nak tengok kitab cinta.. ada Aaron Aziz :)


Sunday, September 11, 2011

kempunan gile !

Assalamualaikum w.b.t.

ya Allah, mood gile gile rindu makanan Malaysia ! eeeeeeeeeee korang orang Malaysia mesti best gile an layan macam macam makanan .. fuh ! tak agak agak.. nakk nakk nakk .. kempunan aku weyhh !

char kuew tiow !
lagi best kalau basah basah sikitt...
pastu , togey tu kalau takde, lagi bagus..
=='
nyummmyyy !! nyummmyy !!

sup sirip ikan hui..
last aku makan makanan ni tahun 5. argh ! seriyus tak tahan nak makan ni. korang nanti kalau dah balik Malaysia atau yang kat Malaysia tu, try trylah carik sup ni. bapak sedapnye..! dulu makan bende pon mase aku duk kat Johor. sebab aku selalu ikut mak aku dinner kat hotel2. sebab ade keramaian. marvellous takleh nak bagitahu ar !
ni satu agy ! Nugget Ayamas !
krukk krukkk !
fuhhh bunyi dy after kene goreng .. puihh puihhh. sodapp giloo.
cecah lak samo sos Kimball. uhhhh , gile kentang lak ai .. teringinnnn :(
nak beli kat Marjane @ Acima kompem dalam mimpi.
sebab mahal tak hingattt !
Tempe Sambal + Kacang
grrr , rasa nak suruh jek kezen aku yang bakal sambung stdy sini bawak an.
tapi segan dod. ade jek kias kias suh bawak. tapi taktahu la dy bawak ke tak..
orang suka tambah ikan bilis. tapi aku tak minat ikan bilis.
sebab aku bayangkan dia mayat ikan. kui3!! haha :D
dari kecik aku berape minat ikan bilis. ekeke :D
ade aku kesah en. haha..~

tension lah takdapat nak merasa :( sadissss sangatt nih ! perantauan betul ! kalau teringin , search jek la kat google .. hayyakkkk .. sabar sabar ..~ oke. babai .

p/s: org Malaysiaaaa , eat at your own risk oke :)