And We have enjoined upon man, to his parents, good treatment. His mother carried him with hardship and gave birth to him with hardship, and his gestation and weaning [period] is thirty months. [Al-Ahqaf :15]
Followers
Saturday, June 11, 2011
SALAH FAHAM..~
aku tak mampu nak tulis dan mengarang dengan panjang, cuma aku nak kata , sila ke link berikut -----> luahan hati wanita . itu sahaja.. :D
maaf, aku bukanlah WANITA yang SEMPURNA. kerana cinta BUKAN mencari orang sempurna tetapi menemukan seseorang yang MAMPU untuk menjadikan dirimu SEMPURNA..
hope u alls guys sehat sehat sokmo. chill chill ^___^ kawan kawan selalu suruh aku chill.. tapi ingat senang senang ke nak chill mase tgh sedeyh? huuu. tapi tak pe..~ belajar senyum 1 , 2 , 3 ea?!
anyway , please forgive me for all my mistaken and conversation between i and u..hope we can smile each other like before ..^___^
11 June 2011 : exam French [ setel , alhamdulillah ]
13 June 2011 : exam Fikru Islamiy
16 June 2011 : exam Feqah
17 June 2011 : exam Informatique
18 June 2011
---> the end of my examination ---> bercuty --->berpicnik --->berchat chat (@_@)
misi terbaru ---> mencari Villa baru to stay for 3 years. huarghh *__* jangan jauh jauh deh dari Jamiah , mau aku malas nanty masuk kelas. HAHA !
try to be positive to all , insyaAllah !
Tuesday, June 7, 2011
nak cepat ke lambat ?
entri hari ini cuma nak curik masa aku stdy kejap. erghh. dari pukul 630 pagi tadi until now 3ptg aku still lagi dengan kertas nota aku yang ada 20 muka surat tu. wuarghh.berat jugak woo. baca boleh lah.. nak ngapal sebijik sebulat uhh, Tuhan jek yang tawu lah..~Alhamdulillah tadi call kawan arab aku yng Ghizlane cantik tu , dia kata tak de kelas. heee :D seb baek. tu yang aku menyempat jek nak menaip nie...~
actually aku sekarang tengah buntu dengan perkara yang tak akan berlaku. HAHA..! ade ke patut aku fikir, nak cepatkan masa kee....nak lambat kan masa. huih! =.= sedangkan kalau aku mintak dua dua bende tu kat Tuhan , Dia still akan bg masa yang sama jugak.heihh.merepeklah aku ni..
yelahh, kalau lambatkan masa,, kan best .. aku boleh wat revision banyak banyak agi..senang sikit aku nak hadap EXAM uhhhh..tapi, kalau masa lambat mesty aku lambat nak cuti musim panas..cuti 3 bulan uh. siapa tak semangat..?!! HAHA!
tapi an, kalau masa dicepatkan pulak.....~ kompem kompem kene hadap exam agi 6 paper uh. arghh tidak tidak tidak.aku sangat takut nak ambil paper Tarikh Adab Masyriq. ustazah tu macam skema sangat sangat..kiteorang punya folio an, beliau tak nak ade border.. colour colour, bunga bunga. HAHAH..! macam tak paham jek an. kalau dak Malaysia buat folio memang cenggtu. kaler kaler maen peranan. konon kononnya , dapat markh lebih ar..dapat kat ustazah tu.. haram nak terima. kehkehkeh. so kami kene buat lain..~ =.='
pastu an, kalau lambat masa an, mesty aku lambat nak cuti. aku nak gi jalan jalan ngn housemate aku.plan nak g Spain naik ferry. GAGAG! moga dimudahkan semuanya urusan visa nanty ;)
okelah, nak sambung study balek. walau bagaimanapun masa berlalu. aku & kawan kawan puas bersengkang mata menahan cuaca kat sini yang memerlukan ketabahan dan kecekalan haty.sebab sekarang tengah SEJUKKKK sangat !@__@
Rabbuna Yusahhilana Ya Rabb ! ^___^ amine :)
Monday, June 6, 2011
TAWAKAL ILA ALLAH !
bersyukur juga , aku baru selesai 2 paper yang sangat menyakitkan ! grrrrr~ aku macam kurang berminat bila sebut exam exam dan exam! aku tak minattt.. siyusss..tapi, orang kata , exam ni bukannya masa untuk tunjukkan kebagusan ke hape ke, tapi cuma kita nak tunjuk kat proff tu yang kita sangat faham apa yang beliau ajar masa kelas tu..
heih =.=' the problem is.. bukan aku tak faham apa yang proff & lect tu ajar. faham benor . bebenor aku faham ! cuma aku tak faham soalan :( geramnyaaaaaa ! arghhh..seriyus aku sangat tertekan sekarang ! tak pe takpe. maseh berbaki 6 paper.
kalau boleh bawak Kamus Miftah masa tu baest gilerr kot..! haha, jangan berangan la HANA !
sem II aku cuma target , 4 paper jek ! lebihnya 4 paper gak. adehh..~ samo yo..nak TAKNAK ! memang kene hadap jugak 6 paper ni struggle yang mungkin ! waktu waktu gini , memang aku TAWAKAL habes laahh ..
Allah pun kata , diakhirat nanty Dia bukannya melihat hasil kejayaan setiap hambanya , tetapi yang dilihatNya ialah usaha kita. YEAH ! usaha kita dan sejauh mana tawakal kita padaNya..
cepat cepatlah habis exam. aku dah tak tahan. AKU SUKA BELAJAR,AKU BUKAN MALAS BELAJAR cuma aku taksuka waktu peperiksaan. HAHA! aku pon tak tahu kenape..~ kehkehkeh. XD
saja nak sedapkan haty sekarang nihh..~ huhhhhhh..cuba terima hakikat apa yang berlaku..
soalannya nak tawu tak macam ner? final nie. final . tapi.......... dy bagi kertas jawapan ,penuhkan nama , kelas , pengajian apa, pastu .. terus bagi 20 soalan by lisan. bukannya atas kertas ke ape ke..tapi salin soalan dari proff tu, so kami pelajar Malaysia terhengot hengot , terkejar soalan tu..~hoohoh! jawab setiap soalan tu cuma limit 3 minit jek. arghhh ! apa yang harus aku fikir. Bertuah jugak kawan kawan Malaysia. sistematik sangat peperiksaan sana..!
tapi takpe , Allah dah pesan kat kita , yang Dia tak suka dengan orang yang BERPUTUS ASA.jadi, aku yang pilih jalan ini untuk aku meneruskan hidup , so.. aku harus harus dan harus untuk meneruskan kehidupan aku..
semoga aku & kawan kawan terus tabah ! amin ! try senyum lebar lebar ^____^
Saturday, June 4, 2011
mimpi yang bermaknakah??!
Yallahhhh.. nauzubillah min zalik.. aku tahu, kalau betul itu saat datangnya mati itu. matikanlah kami dalam husnol khatimah. iaitu sebaek baek pengakhiran..
aku takut sebenarnya nak uplod pic ini
dan disambung lagi , " iaitu orang orang yang apabila ditimpa musibah,merka mengucapkan : Innalillahi wa inna ilaihi rajiuuun " [ Al Baqarah : 156 ]
alkisah hikayat Along ...~pada suatu hari dia membawa aku , angah ke satu tempat yang mana tempat itu ialah gerai burger.ketika itu, aku sangat teringinkan burger. [ aku pon tak tahu nape] dteruskan lagi, pemilik kedai burger tersebut ialah kawan baik along..kami pun terus menempah burger special seperti biasa dan along membelanja aku dan angah.
tiba tiba, pemilik kedai burger tadi terus mengejar kami bertiga dengan pisau.kami cuba untuk melarikan diri dengan spenuh jiwa dan raga dari pemilik gerai itu. tetapi malangnya, aku terjatuh, dan along cuba datang untuk membawa aku lari..lalu kawan along yang pemilik kedai itu terus tetak tetak badan aku sampai mati..
hurghhhhhhhhhhhhhh! aku tak dapat bayangkan keadaan itu..! Yallahhh! Yallah..limaza limaza??! hal yumkin sayakunu hazihi qissahh min ahlamu???! laa.. robbama la..!!
masa call along melalui ooVoo ni, aku buat buat tabah jek. dan berdoa dalam haty moge semua ini dijauhkan !!
baru baru ni pula, angah..angah dan hikayat mimpinya..
sebuah van putih yang cuba meletakkan keretanya dihadapan rumah aku. lalu datang seorang nurse menghulurkan sehelai kertas.. dan tertulis.....................disebabkan kemalangan ................kematian..............jam....................
angah terus membuka kain putih yang terselindung jenazah itu.. rupanya rupanya, itu ialah Alongku!! dan terkesan pula pada mukanya kesan jahitan..
ufffffffffffffffffff! tak mungkin tak mungkin semua ini akan berlaku..! Ya Allah elakkan Ya Allah..andai betul kematian itu hampir , berikan kami waktu untuk menghambakan diri kepadaMu Ya Rabb !!!
tetapi, ingatlah..! " Allah tidak akan membebani seseorang dengan kesanggupannya.........
[ Al Baqarah : 286 ]
Wednesday, June 1, 2011
baru aku tahu
eh eh eh, dont forget to gain our new Taqwa. . sekarang da masuk bulan Rejab.. atention, saya suda mula rasa rindu dengan Ramadhan ! heeeeeeee :D
tadi, after stdy then belek belek kitab & note semua, aku terus call emak. aku paling suka call mak. sebab mak selalu update cerite terbaru.haha! borak borak. bla bla bla.. then, mak pas fon kat Along..borak punye borak..~ ni semua pasal nak amek berkat lah nie. sebab da nak exam..~ :D
tiba tiba terdetik nak tanya ,
eh, along.. Padil sehat ke?? Padil tu kcing kesayangan aku. dy kat Msia skang ..
ya Allah dikkkkkk.. ! ko nak tahu , ritu .. along baru langgar dy pakai tayar kereta emakk..
hah???! ko bia betuii.. huuuu.dah tu Padil camne?
Padil skang merajuk. da lame tak nak masuk rumah.duduk jek dalam sangkar tu..cuba kau panggil dy, along bukak loudspeaker ea??!
oke oke.. [ terus panggil , tapi dy tak nyahutt pon ]
huuu..tersentap jugak la dengar, walaupon anak Padil yang kali ni , aku tak penah tengok pon..kui3!

tah tah , comel dy cenggini kottttttt.. alololo..comel sungguh ! erm tu jek laa story ari nie..hehe ! tepu dah pale bace bace n ngadap huruf arabic.. haha!
anyway, dun forget to wish me and all my frens at Morocco luck in this examination ! i wanna get the best result in this semester ! arju ila Allah !
Allahumma amin. man jadda wa jada, wa man zara3a hasoda.. :) siapa yang menuai, dia yang mendapat hasil. iAllah ! semoga yang terbaek utk aku dan kawan kawan :)
Allah is always beside us ! yeah ! believe it !
Friday, May 27, 2011
Malaysia-sick !
Thursday, May 26, 2011
MOOD MOOD EXAM
Wednesday, May 25, 2011
USAHA KAMI


now, before start menaip lagi, aku sempat nak update blog jaappp.kui3!! mood menaip arabic betul lahh skang nie. dah lah terkial kial carik huruf arabic tuh! haih..
Ya Rabb moga kami kuat & terus bertenaga..inshaallah nak Mustahsan semester ni..!
grrrr.. tak sabar nak habes exam. tak larat dahh. tapi tak sanggup nak tempuh keadaan exam tu.. huhhh. moga yang terbaek ! aminee !!
Tuesday, May 24, 2011
SALAM IMTIHAN

Sunday, May 22, 2011
Engkau !

tengs ! kadang kadang ko KEJAM ngan aku.
tengs, dengar cerita tisu Kleenex aku.. :D
Wednesday, May 18, 2011
cemburu & Selamat Hari Raya Aidilfitri
tak lama lagi dah nak puasa Ramadhan..pastu tibalah Syawal .. arghh taksabar nye ! baju raye mak tak abes post lagi. kasut raya pon tak sampai lagi. berharap tahun ni dapat pakai ladies shoes from Adidas! woah ! semangattt ~
act, now i sangat cemburulah dengan warga PMMM [ Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi ] sebab semalam ada shooting from RTM. tv 1 .. ufffff ! cemburu dehhh ! tapi apekan daya .. i tak mampu lah nak jejak sane, it is because , yesterday i ade exam la..exam dengan shooting , i rase shooting lagi important laaa..eh eh eh.. EXAM la derr..!
but im still jealous jugak ! siap diimport kuih raya segala macam..! arghh sebagai seorang anak perantauan, i sngat jealous sebab tak dapat nak wish Hari Raya secara live! ermm.. tapi tak pelahh.. Facebook & Skype & Ym & ooVoo kan ade. face to face jek lah nanty..
grrrr..! tp stilll jealous lagi nih..HEE :D
i malas nak tulis panjang, cuba u oalss tengok link my sis nie. dia pun stdy same dengan i jugak n dia pon tak pat nak join jugak program RTM tu..HAHA! SENASIB. PADAN MUKE KITAKAN :(
oke..jangan lupa saksikan kawan kawan kami di Morocco , program Syahadah , jam 6.30 petang di RTM 1 saluran ceria anda.. :D
[ suka hati i jek nak amek tagline TV lain] kui3!! [ mood jeles lah katekan. taram jek la ..:P ]
kau dan aku

Wednesday, May 11, 2011
tiba tiba mereka berkata..
"ustazzzzzz..!! Maliziaaaa!! seloroh pelajar semester II Dirasat Islamiyah..
"la , la , la ... bilad ahsan fil islam wahuwa.. Turki.." ustad cuba menafi jawapan pelajar semester II
"maza ustad..?! limaza Turki ya ustad..?? " balas pelajar..
"qultu.. ayyu bilad ahsan fil islam.." ustad cuba mengulang semula soalan tadi..
------------------------------- ustad mengulas lebih lanjut dan bercerita panjang ------------------------------------
Assalamualaikum w.b.t semoga sehat sehat hendakNya. jangan lupa selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w~
melalui dialog diatas, jelas terbukti Maliziatt sentiasa ahsan di kaca mata orang asing. tetapi adakah kita mencapai akhlak seperti mana mereka fikirkan..?!
" syufii.. aina mahattah Lawina Harr wa ila Maktabah Saoud..? " tanya aku yang buat muka tebal
"ayyeh.....bi latii syuwaiyaa..ma zal..saikhbiruni, insyaAllah.." jawab pakcik tadi
" ya fatayyat, ente min ayyu bilad? " pakcik cuba menyapa dari tenunganku di kaca tingkap bas
" ahhh.. min Malizia.." sambil tersenyum lebar :D
------- bla bla bla...borak panjang dan sampai ke Lawina Harr --------
di Maktabah Saoud menyiapkan folio Tarikh Adab
kalaulah mereka di Malaysia tahu apa warga asing fikir baik tentang rakyat Malaysia, kan lebih baik. mesti semuanya ahsan juga.mereka juga menggelarkan Maliziat ni..muaddibah..iaitu bersopan santun..Alhamdulillah mereka berfikiran begitu dan pandangan mereka terlalu positif..
oleh itu, kita yang sudah berpendidikan tinggi dan beragama. berkelakuanlah sepertimana yang mereka fikirkan tentang kita dan ingatlah.. kita semua masih ada AlQuran dan Al Hadis untuk diikuti sebagai syariah islamiyah kita..
kalau kita nak orang yang baik baik dengan kita , kita harus jadi baik dahulu. ingat tu..pesanan ni ringkas sangat. harap kalian dapat buka minda dan hati..
Renung renugkan dan selamat beramal..
Sesungguhnya jari yang menaip lebih dekat dengan mata yang melihat, akal yang berfikir, dan hati ini..
Saturday, May 7, 2011
sayunya Hari Ibu 2011


Ya Allah..! teringat saat emak mengorbankan masanya demi menghantarku ke KLIA demi meneruskan pelajaran ke bumi Morocco..adik akan sentiasa mengingati saaat itu.. pesanan emak.. setakat ini , adik tak penah lagi akur.. InsyaAllah moga istiqamah dengan pesanan emak..
jangan ponteng kelas
- jangan gado gado dengan kawan kawan
- mesti yang terbaik.. pangkat Mustahsan paling kurangjangan suka berbelanja benda benda tak senonoh
- jangan susahkan hati emak kat Malaysia..
- paling penting sekali kalau ade dapat " berita " yang tidak diingini, kita semua kene redha..atas segalanya..
setiap tahun mak dapat kad Hari Ibu daripada adik kan..mak , mintak maaf ye.. adik tak dapat nak buatkan untuk emak tahun ni..:( arghhh! sayunya.. selalu sangat, bila emak dapat kad tu.. mesti mak letak kat meja office dia..tapi tahun ni jauh berbeza.. hanya panggilan telefon dari perantauan yang mampu adik lakukan..moga mak sentiasa tabah dalam kehidupan dan kerjaya saat abah tiada disisi kita..
T__T
teringat Tazkirah TDI PMMM semalam..jangan ingat Hari Ibu jekk..kita kate sayang semua. tapi tak pernah aplikasikan kasih sayang tu dengan perbuatan kita..huhuh! Amat tersentuh dengan kata kata ini.celik mata , cuba ingat wajah emak..! awalkah subuh kita..? sedekah AlFatihah kah kita untuk mereka setiap hari..? belaja rajin rajinkah kita..? ataupun kitab masih tersusun rapi lagi..?! banyakkah masa yang kita luangkan dengannya ataupun dengan kawan kawan kita sahaja..?! jadilah anak yang taat.. sami'na wa ato'na..[ dengar dan taat ]
Ya Rabb aku menaip dalam keadaan sayu..Kau sampaikanlah kerinduan aku ini kpada ibuku yang tercinta..yang mendidik aku dari kecil sehingga aku dewasa tanpa suami tercinta disisinya..!! Ya Tuhanku, kau berkatilah dan Kau redhailah segala titik peluh ibuku semasa kehidupan didunianya..!!
Petang tadi ada call emak..macam biasa, kami berborak panjang dalam 30 minit mungkin..yang aku paling tidak sangka ialah emak beritahu kepadaku... emak meminta aku balik ke Tanah Air sesi tahun 2012 untuk mengerjakan umrah..bersama sama.. Along , Angah dan Adik..!!tambahan pula along juga sudah tamat Dip. nya di ITQAN, angah juga dah habis Degree kat Morocco saat itu..cuma aku jek yang tinggal.. insyaAllah..! moga Allah mudahkan urusan pembelajaranku disini..tanpa sangkut sangkutt..aminnn..!
emak selalu pesan, jangan lupa solat Hajat.. doakan emak panjang umur..murah rezeki..paling penting, baca Salamun Qaulan Min Rabbir Rahimm..semoga diberi kesejahteraan keatas semuanya..! insyaAllah..huhu..tiba tiba teringat video kat Youtube pasal operation orang bersalin tuh.. terbayang ea kesakitan makk time tu..insyaAllah, adik akan balas segala sakit perit mak tu nanti..aminnn..!!
Mak,.. adik suka sangat bila mak cakap petang tadi yang hati emak sejuk sangat dengan anak anak emak kan [ ini bukan palsu tapi realiti ].. huhuhu.. tapi hakikatnya , kami masih belum lagi balas jasa emak tu..
hurmm..tak mampu untuk berkata panjang..cuma adik nak cakap yang emak ialah seorang ibu yang jauh berbeza dengan ibu ibu yang lain.. emak adalah ibu dan emak juga adalah ayah. yang membujang sejak beberapa belas tahun yang dahulu dan menjaga tiga orang anaknya dengan pelbagai ujian dan dugaan..walaupun adik tahu masih banyak lagi ibu tunggal di Malaysia dan serata dunia, tetapi emaklah seorang yang tabah, cekal dan tidak pernah menjatuhkan air mata kepenatannya di hadapan kami bertiga.. paling penting sekali... emak tidak pernah mengajar kami supaya membenci abah malah membuka hati agar menerima abah seadanya.. Ya Allah! lindungi kehidupan ibuku dan tambahkan ketabahnya..
cukup sampai disini sahaja buat emak..adik rasa, nak tulis panjang panjang pun, blogger lain pun dah tulis benda yang sama..insyaAllah, adik, angah, along tidak akan pernah mengecewakan hati emak..amin..! moga ku pegang erat kata kata ini semua.. amin...!!
IBU MANA YANG TIDAK MERINDUI ANAK ANAKNYA DAN WANITA MANA YANG BOLEH MENYEMBUNYIKAN AIRMATANYA....
Monday, May 2, 2011
Bersyukur atas nikmat duniaMu
Hari ini nak cerita tentang makanan Morocco ni.. selalu asyik update pasal Cous Cous jek kan..hari ni laen pulakk..Ahad lepas, Tuan Rumah kami yang bernama Rashidah dan suaminya Ahmet ada menjemput kami ke rumahnya..kami tidak menyangkal mengapa mereka menjemput kami ke sana? tambah tambah pula dijemputnya kami bertujuh dengan kereta Mercedez nya..
Woah..! so far nie.. baru 3 times la naek kereta orag Arab. macam teruja jugak lah dapat naek kereta orang orang sini. sebab boleh dikatakan penduduk Morocco 70% menggunakan pengangkutan awam.. so, hari ini kami berasa sangat bertuah.. ^^,
HS bertanya kepada ketua bayt rumah HS nie..
kak, datang sana naik apa?
jangan risau dee..naik kereta diaa...
woahhh..yeyeyeyeye!! kak, datang sane nak bawak duwet tak..??
hahh..duwet? tak payah de....bawal perut jekk..perut kosong taw..
woahhh..yeyeyeyey! mesty couscous an ...nyummy3!!
lepas solat Zuhur, Ahmet datang call interphone rumah kami..nak bagtahu yang dia dah tunggu dalam kereta..teruja sangat nie...sebab minggu ni Saeid's house tak dapat nak hidang couscous kepada kami..sebab ade ahli usrah dia yang baru meninggal dunia..
Selepas 10 minit, sampailah kat rumah Ahmet & Rashidah...waaaaaaaaaaaaaaaahhh! teruja sangat sangat..rumah diorang besarrr sangatlahh! memang tidak dinafikan, rumah orang Arab memang besar besar belake! terus salam salam..cium dan tanya khbar family dyorang..pastu disuruh duduk sebentar..
tepat 7 minit kemudian...tadaaaa..........!!!! amekkk kauu...~ banyakkk gila makanan! nama makanan ialah Tojine Ayam..wuyoooo! 3 ekor ayam tu..jamu untuk 7 orangg...
Wednesday, April 27, 2011
Turkiyyat wa Maghribiyat zouina bizzaf
Sunday, April 24, 2011
Happy Spring Time
Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera untuk pengunjung blog HS dan semua umat Nabi Muhammad. jangan lupa untuk berselawat ke atas baginda. Mudah mudahan mendapat syafaat :)Today, HS sengaje jee nak hidang pic bunga bunga nie.. biasalahh orang gayat tengok bunga banyak banyak. dulu ade pameran bunga kat PutraJaya , tak nak pergi tengok. padan mukeee..! hahaha~ bukan tak nak tengokla.. mase tu kan Stam, so tak de laa tengokk dee..heisshh..:P
haaa... actually ni Bunga Kertas jek. tapi macam teruja gilaaa gilaaa..sebab first, bunga ni warne pepel. slexx ar, time ni tak pakai pulak baju kurung purplee.. adehh =.=" Baju oren punn jadikk lah.ade la kene kene sikit dengan beg jamiahh tu an..hee :D
hohoho! ni agy laaa..! excitedd sangat snap pic yang nie, siyuss excited !! bak kate kakak kakak senior nie, " eh korang tunggu lahh bunga dia lebat dulu.." hohoho! tak sabarr sangatt dahh! cukup lah warna purple ni dah buatt den teghujeee weyhh !! heee :D nanty dah lebat bunga dia snap agy banyak banyak.. haha!!Saturday, April 23, 2011
semoga panjang umur :)
Alhamdulillah, hari ni dilalui dengan baek jekk :) senyumm selalu, riang sangat tengok bunga bunga kat Jamiah tadi..Subhanallah. Maha Suci Dia yang memberi segala nikmat di dunia nie..semoga, dengan nikmat ini HS lebih bersyukur denganNya..
tiga hari yang lepas, HS ade call mak kat Seremban. Alhamdullilahh mak sehat sehat agy di Malaysia nun..Syukran ila Allah :) naik bulan Mei ni tanggal 13 Mei insyaAllah panjang umur, emak pun menjangkau 55 tahun. woahhh.. sudah tuakah emak saya? hheheh :D emak saya awet muda taw.umur sudah tua, kerja macam orang muda.. adik rindu sngat nak pelukk emak nie..:)

tiba tiba emak bertanyakan pendapat HS..woahhh. dah lama tak jadi perunding kanan emak. .. kuikui..rupa rupanya..~
"adik.. adik.. mak nak tanya ni.."
" haaaa..ape dia mak..? mak ni, gaya cakap , macam ada benda HOT jeww.."
" eisssshhh , adik ni, tade pape pon..cenggini, dik rase lah kann.. emak nak pencen awal ke.. lambat..?? "
" hah...??!! mak dah nak pencen daa.. woahhh umur mak da 55 laaa!! "
" haaa tu la dik, emak ni haaa.. naek poning daa dengan kerja sekarang ni. makin bertimbun timbun.. guna komputer pulak tuh..Ya Allah, rasa nak menangis emak ni.."
" heheheh.. emak niee.. kelakarr laa...
" yela dik..sekarang ni mak dah tak boleh nak ngdap sangat komputer tu, kalau bagi emak senduk ke kuali ke periuk ke jalann la.."
[ emak memang cpat tepu bab bab komputer. hehehe ! ]
" ala..makkk.. mak pencen lambat la.. adik pon lambat lagi balik Msia la.." [ kecewa ]
" ermm.. kalau emak lambat, maknanya emak pencen 2014 la dik.."
" haa...oke la tu makk..! takde la mak bosan kat rumahh.. "
tiba tiba mak cakap..
" emak cadang gini dik, kalau emak pencen awal , boleh lak mah stay kat Morocco tu..tunggu smpai adik habes belajarr.."
" wargghhhhhhhhhhhh..! emak serius ke..? kalau macam gtuu.. adek setuju 100% !! pencen awal jek la makkkk !! "
" hamboihhhhh, suke ea kauu dikkk.. pastu mak boleh pergi Syria pulak,kalau ade rezeki Along smbung stdy sne nnty "
" wargghhhhh!! emakkk.... bestnyeee !! oke la tuuu! adek setujuuu !! "
hohoho! emak juga ada cadang nak apply kerja sebagai musyrifah untuk orang pergi Haji ke Mekah tu..moga moga ada yang terbaekk untuk emakk..sukanyaaaa laaa HS dengar kalau betul itu niat emak sebenarnya nak pencen awal.. daripada darah tinggi emak naik smule disebabkan kerja pejabat dia, lebih baek dia stay n kerja macam gini. lapangg la sikit masa tu..
Ya Rabb , kalau betul lah emak boleh stay Morocco ni dengan HS, memang semakin bekobar kobar smngat nak belajar.. heee :D dan secara tidak langsung, impian emak memang berjaya nak duduk sama sama dengan anak anaknya di luar negara..
apa apa pun pilihan emak, HS memang setuju..sebabnya , emak seorang yang berfikiran jauh. Dia pun dah banyak jumpa orang, kalau kemana mana, ade jekkkk kawan yang dia kenal.. Ya Allah murahkan lah rezeki keluarga kami. dan berkatilah kehidupan keluarga kami. Moga Engkau menunjukkan jalan keluar yang terbaik untuk emakku Ya Rabb. Sesungguhnya Engkaulah sebaik baik pengadil di muka bumi ini..
insyaAllah.. allahumma aminn..!!
Thursday, April 21, 2011
cuti part 3 : yang pergi tetap pergi
Vendredi Saint Malaisie ^__^

"eh , angah .. Malaysia da petanglah Ngah.." [ angah mengangguk sambil mengurut kepala ]
"Na.. Na...
Friday, April 1, 2011
senyum , sabar
okee.. itu shaja for today , HS berharap sangat sangat kita semua boleh bersabarr..! ingat , setiap ujian yang Allah turunkan pada diri kita tu , semuanya ada hikmah. dan Allah juga tidaklah kejam.. Dia akan menimpakan ke atass diri kita , perkara yang kita mampu kita tanggung sahaja. . . bila dah suda membebel , merapu meghaban bagai tu , islah diri dan balik semula kepada panduan hidup kita. tanya semula , Nabi Muhammad ada tak suruh umat baginda buat begini ..?! ade tak..?! ade tak...?! ingat tu..!! oke :) ingat , umat yang paling beruntung ialahhh Umat Nabi Muhammad. Baginda ada berkata, " aku sangat merindui umatku.. yang mengikuti agamaku , tetapi tidak sempat untuk melihatku.." Ya Allah.. tersentuh HS bilaa tahu kisah nie.. banyak sangat sirah Nabi yang kita failedd! serius ! banyakk..! semoga , dengan hari yang mendatang kita dapat didik hati kita supaya thabat dalam perjuangan. insyaAllah..Allahumma aminnnn..! ~HanaSzied , 1204 am~