Followers

Thursday, May 30, 2013

Common Sense

Assalamualaikum w.b.t

Tanggungjawab? apa yang korang faham dengan tanggungjawab? Bagi aku ianya adalah satu amanah yang hukum manusia tetapkan / Allah tetapkan . dan jika tak dilaksanakan, maka korang jawab di akhirat.

Dalam konsep ini, aku bukan seorang yang suka nak bagi arahan untuk orang lain buat kerja. Aku sekadar mengingatkan orang lain jika mereka terlupa. Tetapi bagaimana pula dengan orang yang bermasam muka dengan tanggunjawab yang perlu mereka lakukan ??

Dan kadang-kadang aku sememangnya tegas dalam bab-bab ini. terutama tempat yang korang duduk. Kita hidup bermasyarakat, haruslah melengkapi sesama yang lain. Ada tu pula, sudah tahu tanggungjawab mereka tetapi sengaja tunggu disuruh untuk melakukannya.

Aku sangat tak faham. Aku bukanlah jenis emosional. Tetapi membebel itu perlu sebagai tanda aku sangat cerewet dalam bab ini. Dah biasa lihat orang panas telinga bila disuruh, tapi kenapa sendiri tak mahu ingat tentang tanggungjawab masing-masing.

Kerana itu subjek Sivik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pendidikan di Malaysia itu harus diteruskan. Istilah common sense dalam diri sememangnya kurang dalam diri manusia kini.

contohnya ; Kita sudah lihat kawan-kawan bertungkus lumus mengemas rumah dan membasuh pinggan.takkan kita boleh buat tak tahu untuk susun kasut pula.

contohnya ; Kita hantar adik kita ke tusyen @ pusat jagaan. kita tak mampu membayar upah, apa salahnya kalau kita hulurkan buah tangan.

contoh lagi ; Kita nampak dalam kumpulan belajar kita, dia salah seorang yang akan taip dalam Mic Power Point, takkan kita tak bersalah untuk mudahkan kerja dia yang lain.

oke, senang cerita macam ginilah. Andai kata korang balik kampung, korang nampak mak-ayah korang je yang akan bawak balik barang-barang dapur untuk nenek korang di kampung. Dan setiap itu pula, mak ayah korang tetap membayar gaji pembantu rumah nenek korang. Korang ada rasa sekelumit geram tak tengok pakcik-makcik korang yang tak buat apa-apa. Dan kadang-kadang balik ke kampung hanya tahu makan dodol dan tunggu lemang siap je di hari raya.

Mesti korang rasa dah sampai sudah turn pakcik-makcik yang lain untuk membayar bil elektrik pula ke -   menyiapkan persiapan baju raya untuk nenek ke - atau membawa kuih raya dan sebagainya kan .

COmmon sense memang berlaku di sekeliling hidup seorang manusia. Inilah namanya manusia. macam puzzle. lengkapkan sesama yang lain. Susah juga kalau kita tidak ada perasaan sebegini. kelak pasti timbulnya soksek-soksek di belakang kawan-kawan kita @ keluarga kita mahupun adik beradik kita .

Oleh itu, di sini aku sangat menyeru semua makhluk yang membaca entri kali ini dengan penuh perasaan. Sebab sifat sivik @ common sense ini sangat penting dalam diri setiap manusia. Ia mesti diwujudkan! Ibubapa sangat memainkan peranan penting dalam hal ini.

Mengerah anak-anak melakukan kerja mereka sendiri walaupun terdapat orang gaji di rumah. walaupun kita suda mempunyai orang gaji, apasalahnya 2x dalam sebulan itu, kita suruh mereka pula yang iron baju sekolah sendiri, basuh kasut sendiri. Dan yang paling kerap suruh mereka basuh pinggan mereka sendiri.

Sampai di sini sahaja yang aku mampu coretkan. mungkin melalui post video ini anda semakin faham apa itu common sense. Semoga kita diberi hidayahNya. dan doakan saya dan kawan-kawan berjaya dalam peperiksaan akhir ni ya :')

Wednesday, May 22, 2013

Mei - 57 to go !

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah detik demi detik , sudah tiba akhir Mei. Rasanya baru hari tu Happy New Year. Baru jek bulan Januari. percaya tak percaya pun, i/c Morocco aku sudah siaplaaa jugak . hee. Alhamdulillah atas segala nikmat iman dan islam, kenikmatan, kemudahan serta perasaan yang Allah telah anugerahkan kepada hamba hambaNya.

Dikesempatan ini, aku ingin mohon doa kalian yang membaca , terbaca, sengaja baca blog aku ni. Aku dan kawan kawan akan menghadapi peperiksaan FInal Sem 6 inshaAllah bermula  tarikh 25 Mei 2013 , 6 Jun, 7 Jun. Dengarnya 7 Jun tu ada 4 paper . Keempat empat tu syafawi. fening fening. bolos otakku. Mohon doa kami cepat cepat catch up study dan thesis Ijazah .

Semakin cepat masa berlalu, semakin exam bertandang , semakin bertalu talu pula kekusutan di kepalaku . Ohooohooi seram sejuk mak jemah oittt nak exam . nak naqish thesis lagi . phew phew!! 

Apapun aku berharap agar harga roti Gardenia Butterscoth tak naik harga kat Malaysia. haha! mengidam sangat sangat nak makan roti tuu. Asalkan itu roti gardenia , memang rasa mengidam tahap dewa !

btw, sekarang aku suka berjalan-jalan di Facebook je, Instagram kan dah ade. hihi . oke lah, nak study semula. tata :') semoga kalian juga maju jayaaaaa !!!! Terima Kasih :D