Followers

Sunday, December 30, 2012

The End of 2012.

Assalamualaikum w.b.t

Seusai solat Zohor berimamkan Ahlina , dan ketika baca doa .. aku sedang menghayati kalimat kalimat makna doa tersebut . Ya Allah , lindungilah penglihatan kami , pendengaran kami , pancaindera kami . Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa atas segalanya .
begitulah doa itu diteruskan sehingga selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad .

Ya Allah betapa aku rindu sangat Malaysia . ingin pulang ! ingin cepat cepat habiskan Ijazah Pengajian Islam ini . tapi adakah niat aku masih tidak lurus lagi ? Adakah aku belajar kerana inginkan segulung ijazah ? atau kerana peperiksaan semata mata ? Tahun ini , tahun akhir bagi aku di Morocco.. tetapi adakah aku masih berada di titik yang sama seperti mana aku datang pada tahun 2010 dahulu ? Apakah perubahan yang aku bawa untuk diri aku ? Sedihnyaaaaa T_T

Terbayang bayang aku melambai lambai junior roomate aku dari Lapangan Terbang Casablanca . terbayang bilik aku sudah kosong . meja belajar aku sudah kosong . setiap tingkat drawer aku juga kosong . dan wandrobe juga sudah kosong daripada barang-barang aku. dan setiap barang aku juga sudah di kargo kan . Tetapi , kosong juga kah hati aku ?

Walaupun hati gembira ingin pulang ke Malaysia , hakikatnya masih terbeban lagi tugas sebagai seorang daie untuk diri sendiri dan ummah . Di manakah misi kata kataku ? Kejayaanku untuk Ummahku !!

Put trust in Allah . Aku sedang berusaha ! Aku sedang berusaha untuk menegakkan misi aku dalam diri aku ! Setiap tingginya kemahuan kita , akan dapat menghalang kebatasan setiap kemampuan kita .. Inshaallah aku cuba buat yang terbaik . aku cuba ..


Beruntunglah kepada sesiapa yang duduk di luar negara bertahun tahun dan menghayati setiap episod hidupnya di sana . Jangan pernah buang masa . Kami cukup sekadar 3 tahun sebagai Ijazah . dan bakal pulang di Malasyia tak lama lagi . Doakan aku !

RIANG RIAA OKT - DIS 2012 <3 p="p">

Dis- beli bunga sama sama dengan junior

dalam Santafek Hyndai ,berjaulah


Eid Adha 

Masjid Hassan II


Pantai MOhamedia , tangkap ketam


takbir raya berjemaah di Maison


Library . sette down thesis .



pergi pasar di pagi Ahad ! tamat 2012 ..~

Gaya macam nak balik je dua tiga hari ini. Even lagi 9 bulan nak berangkat , tapi sudah rasa kehangatan Aeport tu !!

Sayunya ! bile boleh datang lagi Morocco ??
 Kawan kawan , tolong doakan aku dan kawan-kawan aku selesai Ijazah untuk 2013 ini dengan jayanya !!!!! Terima Kasih Semuaa ~_~

Tuesday, December 18, 2012

Mom ,genap 65 hari di Morocco. 7 hari di Egypt .. ~

Assalamualaikum w.b.t

salam sejahtera , moga para pengunjung blog ini sentiasa sihat dan dirahmati Allah ..

aku taip dalam keadaan pantas. seperti lipas kudung . kejap lagi ada kelas . yuhuuuu kelassss --"

 Alhamdulillah emak sudah sampai di Mesir. katanya hari ini bukak langkah ke Alexandaria dan Tanta . Semoga emak terus sihat berjalan :)

ni nak promo dan iklan sikit. iAllah pada hari dan tarikh yang ditulis di iklan di bawah . Semoga Ikhwan dan Akhowat dan manfaatkan masa kalian sebelum peperiksaaan . di jemput hadir ke Program Medic Mesir Tanta . emak saya di sanaa !


PROGRAM MEDICMESIR TANTA 

JOM ! TAKE OFF.. PROGRAM INI TERBUKA KEPADA PELAJAR PERUBATAN TAHUN 1, 2 DAN PREDENTAL SERTA DENTISTRY TAHUN 1..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar.

thank you uncle Hadi Othman managekan prog ini. semoga kalian bermanfaat :)

# Transit sebentar ! Datang menziarah bumi anbiya bukan sekadar datang , selagi boleh memberi mutiara kata , sebarkan lah . Semoga Bermanfaat !


GOOD LUCK MOM . I LOVE YOU AND MISS YOU :)

Tuesday, December 11, 2012

Unconscious mood .. ~

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera . dah hampir 3 bulan emak di BUmi Morocco . Alhamdulillah , rezeki tidak pernah henti henti daripada orang arab. ada yang menjemput untuk menjamu selera , mengajar resepi baru , travelling dan macam macam lagi . Alhamdulillah sangat - sangat . emak pun sihat even tak pernah merasai kesejukan kat sini , tapi emak still strong , selesema batuk or watever semua tak de. ALhamdulillah !

Cukup sangat kalau nak buat album emak after come back Malaysia . hihi :D complete dari Utara Morocco sampai ke Selatan Morocco emak dah jalan . Syukur sangat sangat !

Yang sedihnya emak bakal pulang pada Sabtu ni 15 Disember 2012 . touching sangat . so mood aku minggu ni sangat bercelaru . aku rasa macam tak mampu nak study just i wanna have quality time with my mom. huhuh :'( mesti aku sedih when hantar emak kat Airport. sob sob !

emak balik bukan seorang diri , nasib baik angah jadi peneman emak. actually emak jenis boleh survive jek kat mana mana pun. tapi disebabkan bahasa pengantar ialah Bahasa Arab , itu menjadi masalah sedikit untuk aku lepaskan emak seorang diri . Nasib angah buat keputusan utk balik sekali dengan emak :)

huuuuuu . so cancel planning this week untuk ke Library and hantar emak kat Airport , moga dengan batalnya niat aku ke library ni memudahkan lagi aku study . I wanna get bless from her ! aku mahu redha emak . aku mahu redha emak ! i love you mom !!

oh before that , Emak akan transit ke Mesir for a one week . siapa siapa kawan aku yang berada di Mesir jangan segan segan to say Hi to my mom. Alhamdulillah along pun sudah berada di Mesir just for travelling and nak kenal budaya hidup di sana. so far dia sangat seronok. dengarnya dah tak nak balik Malaysia pulak. so the end of Disember , along angah emak akan balik dari Egypt . sakan diorang bercuti and berjalan jalan !

Semoga banyak mendapat ibrah daripada perjalanan ini . Mohon emak dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan untuk berjalan jalan lagi . amin !



Semoga keluargaku masih berada dalam jagaanNya dan diberkati umur kami . amin !


i will miss you mom ! tunggu adik konvo Julai ni . Inshaallah !!!!!!!

with love ,
anakmu :')